Yang Dicari Dan Yang Mencari

“Orang yang senang dapat selalunya susah menjaga pasangannya manakala orang yang sentiasa mencari biarpun tidak dapat pada mulanya, bila sudah dapat, dia akan jaga sepenuh hati”

Terkenang diri ini tatkala mendengar kata-kata ustazah aku masa kat surau dulu. Ada program khas untuk para muslimah kan, tapi aku yang bukan golongan ni pun ada juga sana, bukan gatal, tapi lupa sudah apa tugas aku, haha.  Kira orang sebalik tabir jugalah, hehe. Yang lelaki di ruangan perempuan masa tu dan yang wanita berada di ruangan lelaki. Yang bagi ceramah pun ustazah, sebab itulah lelaki kena suruh masuk ruangan wanita dan begitu juga sebaliknya. Bila fikir-fikir balik, betul juga apa yang ustazah tu cakap. Mungkin bukan semua, tapi kebiasaannya begitu. Anda faham ka maksudnya? Kalau tidak, mari kita rungkai satu persatu.

Apa ada yang dicari? Maksud yang dicari di sini mereka yang senang-senang nak dapat. Macam cerita P.Ramlee, sekali petik, sepuluh yang datang tau. Mungkin sebab wajah mereka, atau peribadi mereka menyebabkan mereka cuba didekati. Oh well, kalau dah namanya senang dapat, opkoz ayat macam mana pun, yang minat memang cair punya. Oleh kerana senang dapat, maka wujud keselesaan di situ. Dan keselesaan itulah yang membunuh mereka, menyebabkan mereka mengabaikan pasangan mereka, yang akhirnya mereka sendiri rimas dengan pasangan mereka itu. Dan disinilah timbul isu jemu.

Kerana kebiasaan, dikhuatiri tatkala memasuki alam perkahwinan, menjadi jemu kepada suami atau isterinya. Benda yang selalunya menakutkan pada perkahwinan ialah timbul istilah “jemu”. Bahaya wei, inilah kalau cinta disemai bukan keranaNya. Bila dah jemu, itu yang timbul curang, hubungan dingin dan segalanya. Statistik penceraian di satu negeri menjelaskan kenapa bercerai kerana pasangan mereka tidak cantik seperti dulu. Bukan isu cantik yang timbul sebenarnya, tapi dia dah jemu pandang pasangan dia sendiri!

Kalau tak timbul isu jemu, tidak akan berbuah perasaan cinta terhadap orang lain, tidak mungkin hubungan menjadi dingin, dan semestinya, akan ada setiap yang baru bagi pasangan ini. Sayangkan, jika pasangan itu tidak dihargai kesungguhannya kerana sudah jemu dengan dirinya. Bila dah jemu, macam-macam alasan yang keluar untuk mengelak dari pasangan tersebut.

Tapi bagaimana yang mencari? Dia cuba dan cuba dan cuba, susah betul nak dapat. Tapi sekali dia dapat, pergh, siap, segala-galanya untuk pasangannya. Apa-apa pun, pasangannya diutamakan. Dia menjaga sepenuh hati. Sebab dia dah dapat, dan tidak akan timbul istilah jemu, kerana bagi dia susah untuk ketemu yang lain. Ini yang bahaya, menimbulkan rasa rimas pula pada pasangannya kalau tidak dikawal. Naik kepala pula pasangannya bila sudah terasa dilebih-lebihkan.

Kerana apa dia terlebih-lebih? Kerana dalam mindanya sudah set, kau yang satu. Dan salah satu sebab juga, mungkin kebaru-baruan. Macam orang yang susah bila jadi kaya terus macam-macam dibeli. Sebab belum pernah rasa macam begitu kan. Bila sudah rasa, betapa indahnya dunia, yang penting dia akan menjaga sepenuh hati, tidak mahu dilepaskan, dan perasaan itu boleh menimbulkan cemburu buta!

Jadi, kalau dicari dan mencari pun susah, mahu buat macam mana lagi? Hakikatnya, semua mencari, tiada istilah dicari. Yang isu timbul ni yang senang dapat sahaja, hehe. Sebab itulah kita dianjurkan tidak melebih-lebih, tidak pula berkurang-kurang. Yakni secukupnya. Dianjurkan mencari mengikut yang telah dituntut akal pemikiran, rasa cinta keranaNya, bukan tuntutan nafsu semata-mata, kerana jika ikut nafsu, tidak hairan jika menjadi jemu.

Sebab itu bila mencari, carilah untuk menjadi pasangan suami atau isteri, kalau belum mampu, jangan nak menggatal dulu. Apapapun, semua dari hati, unutk memilih yang terbaik. Jika kamu ketemu yang baik, janganlah disia-siakan, rugi wok, silap-silap, kalau dapat yang lain, tak sama macam yang satu tu. Tapi tu lah, tuhan dah tentukan mana yang terbaikkan? So, cari-carilah, pasangan hidup betul-betul oh kawan, bahgia berseri, rumah tangga aman harmoni.


Cap Kaki : Sekali lagi entri muncul tatkala mandi, ahakz.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Jodoh Tertulis Di Langit Tapi Bukan Turun Dari Langit
  • Oh Isteri ~ Thumb Down
  • Mari Berpacaran Dan Wali Band
  • Bila Isu Memasak Dan Imam Timbul
  • Kisah Cinta Agung Bersenikan Diam

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Jodohku Jodohmu Jua and tagged , , . Bookmark the permalink.

14 Responses to Yang Dicari Dan Yang Mencari

  1. cik tom says:

    wah menarik n3 kali ni..ntah rs malas nak mencari..tunggu jodoh je turun dr langit..boleh ke??lalalalala~
    cik tom recently posted..Tutorial Guna Code Table Untuk Kemaskan Banner Exchange

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha. malas yek? dalam draft ada crita sal jodoh dri langit.. tungu yek.. ahakz..

    [Reply]

    cik tom Reply:

    wah ade ke??dah publish bgth ye…tp rsnya dah boleh agak pe n3 tue..hehe ;) cik tom recently posted..Tutorial Guna Code Table Untuk Kemaskan Banner Exchange

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Dah boleh agak? Haha.. macam mna leh agak =.=”
    Sudah berkurun sudah.. tp yg draft adalah tjuk.. ahakz..

  2. keen~ says:

    sekali lg.. en3 jodoh~ ha3~
    btw, bersederhanalah dlm setiap perkara.. & sntiasa b’syukur dgn setiap pe yg kita dpt.. ^_^
    keen~ recently posted..- pemergiannya dirasai al-Fatihah -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sekali lagi? Dah berapa lama tak buat tau.. haha.. Nanti tulis buku Nikahnya Aku Terima.. boleh ka? haha..
    Yup.. bersederhana dalam setiap perkara.. betul2.. hehe..

    [Reply]

  3. eiela says:

    susah kan, kena terima seadanya dan bersyukur dengan apa yang ada, insyaallah takkan apa-apa. Jodoh setiap orang dah ditentukan cuma lambat ke cepat je.
    eiela recently posted..Award Dari Shag Dan Aidiladha

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Betul tu.. kebanyakkan mahu ikut sedap mereka saja.. dengan bersyukur kita dapat yg terbaik.. InsyaAllah.. Yup. sememangnya antara cepat dan lambat.. yang penting.. ada usaha.. hehe.. ^_^

    [Reply]

  4. izryn says:

    menerima seadanya…tidak perlu terlalu mncari kesempurnaan…..bimbang akal tidak menerima bila tba2 bertemu kekurangannya….bersyukur dan serahkan selainnya kepada Allah…..kesempurnaan itu lahir bila kita sama2 berusaha ke arah itu dalam usaha penambahbaikan dalam sesebuah perhubungan…insyaallah……..apepun be my self..itu yg sebaiknya…
    izryn recently posted..Doaku buatmu Sahabatku

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Itulah yang sebaiknya.. Manusia yang sempurna adalah mereka yang tidak sempurna.. yang menjadikan diri kita sempurna bersama pasangan adalah kita menerima baik buruk mereka.. kita bersyukur dikurniakan mereka.. InsyaAllah, semuanya akan baik saja ^_^

    [Reply]

  5. sud@is says:

    huh best n3 ni , awas jgn lah cepat jemu, fikirkan juga andai diri juga di’jemu’ orang (betul ka ayat ni)…
    sud@is recently posted..Rahsia Tulisan Tangan

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx ^_^
    Yup.. Letakkan diri di situasi di”jemu”, konfom kita pun rasa terasing dalam sepi.. hehe..
    Adakan jak perkataan tu.. hehe..

    [Reply]

  6. gnesop.com says:

    nice entry..
    cari dan dicari…
    skrg perlu cari berbanding dicari.. kalau artis mungking dicari.. huhuhuh
    gnesop.com recently posted..Diari Aidil Adha Tahun 2010

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx bro.. selalunya memang mencari.. kalo dicari.. memang hebat la orang tu.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: