Warkah Seorang “Playboy”

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Aku sedar, penulisanku ini mungkin tidak menggambarkan keseluruhan mereka yang di luar sana, tetapi aku terpana, mengapa mudah menjatuhkan hukuman kepada perwatakanku? Apakah benar sesuai istilah “Playboy” dijatuhkan kepadaku? Wahai mereka diluar sana, sedarlah, coretanku hanya sekadar renungan, terpulang kepada pemikiran kita, mengungkapkan makna “Playboy” itu.

Tatkala ku melihat awek-awek kiut-miut lalu, dan sebaik sahaja ku lontarkan vokal “wah, awek”, tentu sahaja kamu berkata aku gatal, dan lantas mencop aku “Playboy”. Adakah kerana mereka ku puji kiut pun aku sudah di cop “Playboy”? Atau kerana aku pantang melihat perempuan? Aku sedar kesalahanku, yakni tidak menjaga pandangan, tapi itu bukan bermakna aku “Playboy”.

Tatkala aku bergaul mesra dengan perempuan lain, sekejap dengan ini, sekejap dengan itu, kamu terus katakan aku “Playboy”, mengayat semua wanita. Salahkah aku berkawan dengan semua orang? Atau, gayaku seolah mengayat mereka? Aku sedar kesalahanku jua, yakni tidak membataskan pergaulan dengan mereka, tapi itu bukan bermakna aku “Playboy”.

Tatkala aku cuba usha awek, kirim salam dengan mereka, dan aku sentiasa mengirim salam dengan perempuan berlainan, lalu kamu katakan semua nak dibuat awek ka? Salahkah aku mencari pasangan? Kamu bukan tahu aku berpuluh kali ditolak. Atau caraku itu seolah-olah aku cuba memasang ramai? Aku tahu kesalahanku, yakni mencari dengan hati yang desperate inginkan kekasih, bukan teman hidup selamanya, tetapi aku bukan seorang “Playboy”.

Tahukah kamu, aku ada kawan yang kini merengkok di penjara. Kerana apa? Dituduh merogol gadis bawah umur! Sadis bukan? Kerana dia memang Playboy, suka tukar-tukar pasangan, dan mempermainkan hati wanita, dan selepas itu buat projek. Dan bila dia memutuskan hubungan dengan gadis tersebut yang mana kedua-duanya rela, dia dituduh merogol hanya kerana gadis itu membalas dendam. Kini dia bertaubat dengan kehidupannya, tetapi sayang, gadis itu makin liar kerana dendamnya terbalas!

Kini aku sudah berkahwin, punya seorang isteri yang cantik, akhlak yang baik, sejuk hati ini melihatnya. Itupun setelah ku sedar, ku harus menjaga pandangan, kerana yang seksi itu seksa, yang tertutup itu selalunya menjaga diri. Dan ku sedar juga, aku harus membataskan pergaulan, bukan bertepuk tampar, cubit bahu, dan kini dia wanita yang halal bagiku melakukan sedemikian rupa. Malah ini kesedaran utamaku, bukanlah berkirim salam memulakan cinta, tetapi dengan jalan yang diredhaiNya, yakni meminangnya.

Dan saat pertunangan kami bercinta mengenal diri, menjaga peribadi agar tidak hanyut dengan cinta nafsu. Sekadar bertemu bila ada urusan dengan mahramnya, bertanya khabar dengan sms tanpa meluahkan rasa sayang, menelefon sekadar perlu tanpa ada lenggok manja menggoda. Dan akhirnya kami diijabkabulkan, dan berkapel setelah nikah. Berkat istighfar, kiniku temui cinta sejati. So, stop calling me “Playboy”!

Sekian, Wassalam.

Cap Kaki : “Aku” di atas tiada kaitan dengan “Aku” yang menulis.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Antara Dua Darjat?
  • Bengangnya Memandu Di Bandar
  • Azam Yang Tak Tercapai Akalmu!
  • Nescafe 3 In 1 : 5 Sandakan, BPM Hari Ini Dan Terima Kasih
  • Entri Dalam Entri

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Warkah Seorang “Playboy”

  1. misyamissyou says:

    suka post ni.. :) hehe..bkn playgirl gak..
    misyamissyou recently posted..tulip oh tulipjom tengok!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Thanx Misya.. Ya.. saya bukan playboy juga.. haha..

    [Reply]

  2. gnesop.com says:

    tp jika hanya berkawan ramai.. selalu lepak dgn perempuan, selalu berhubung dengan prempuan, itu kira bukan playboy.. :)
    playboy ialah lelaki yg suka mempermainkan perempuan.. cam ajak main bola ker, main congkak ker… huhuhu [joking]

    nice entry :) gnesop.com recently posted..Diari Aidil Adha Tahun 2010

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Betul tu bro.. tp banyak yg salah konsep.. kalo nampak yg mngayat bnyk2.. kena cop playboy.. padahal.. dah berpuluh org tolak dia.. haha..
    Apapapun.. diri ini tak sampai berpuluh tolak.. berbelas pun tidak.. bawah par jak.. ahakz..
    Btw.. Thanx Bro ^_^

    [Reply]

  3. playboy..dont play2..=)
    Balqees Amanda recently posted..Faktor Kenapa Manusia Itu Semakin Kurus

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. No more play.. ahakz..

    [Reply]

  4. innz says:

    playboy is not good ;D
    innz recently posted..bahasa diri di kalangan couple

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. Never be a palyboy.. hehe.. ^_^

    [Reply]

  5. nui says:

    huyiooo..
    nui recently posted..Rest in Kampung!! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Apa yang huyioo aa? Satu Kesilapan bilang? ahakz..

    [Reply]

    nui Reply:

    xda saja ja tuh..
    sbnrnya mo ckp..
    alah lelaki sama ja..
    hak3.. :D nui recently posted..ternyata gue masih budak cengeng

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ceh.. aku ingat ni.. kalo ko ckp nnti laki ko lain dari yg lain.. awas.. haha..

  6. Qistina says:

    best entry ni!!
    menegur secara berhikmah….

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx Qistina.. Biasa saja.. hehe..

    [Reply]

  7. izalis says:

    the best ‘player’…
    di manakah silapnya?
    hahaha…(merapu..)

    apa2 hal.. dun judge a book its a cover..
    jgn d sebut playboy o playgurl la..
    kita namakan ia dalam proses memilih..
    lalalalalalala.~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yang merapu tu tuk aku kan? haha.. Pilih,, jangan xpilih.. hehe..

    [Reply]

  8. keen~ says:

    ingtkn post ni ditujukn kt keen sbb keen kata aretikz playboy kn.. baru nk terasa gila2.. hik3~ ^_^
    keen~ recently posted..- pemergiannya dirasai al-Fatihah -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Lo.. xpernah terniat pun nak tuju kat Keen.. hehe.. ini lagi awal draft b4 Keen cakap begitu.. hehe.. ^_^

    [Reply]

    keen~ Reply:

    eceh~~ kiranya mmg ngaku la playboy nih?? wakakakakaka~ joking~ ;p
    xpe2.. pasni keen wat en3 warkah seorg playgirl yep?? ^_^
    keen~ recently posted..- pemergiannya dirasai al-Fatihah -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. Tidak sama sekali.. Wa Lelaki jujur yek.. cewah.. hehe..
    Wowowo. jangan sekeder cakap dong.. wa tunguin.. ahakz..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: