Ouch ~ Letih sungguh hari ini. Balik dari Hometown kan. Esok kerja lagi, aduh. Tidak apa, kerja mesti ikhlas, cewah, hehe. Lama sudah tidak buat entri pasal kesihatan. Sepatutnya selaku insan yang bekerja di bahagian kesihatan kena buat banyak entri sal sihat sejahtera ni. Namun, blog ini bukan blog kesihatan. melainkan niche yang pelbagai, haha. Aku pun tidak tahu apa niche blog ni, ada sesiapa yang boleh bagitahu?
Kerana keletihan itu, diri ini terasa nak tidur. Penting tidur ni, kalau tak percaya, cuba jangan tidur, konfom mata korang ngantuk juga tu, haha. Apakah ceritera di sebalik tidur? Ini yang aku sempat wat research dari internet, kalau nak lebih, macam biasa, google sendiri, haha.
1. Tidur akan membantu menyihatkan jantung anda. Selalunya serangan jantung dan strok menyerang pada waktu pagi, diulangi, selalunya. Ini dijelaskan dengan bagaimana tidur berinteraksi dengan pembuluh darah. Kurang tidur dikaitkan dengan tekanan darah dan kolestrol yang kurang baik, yang menjadi faktor kepada serangan jantung dan juga strok.
2. Tidur mengurangkan stress. Jika anda kurang tidur, anda boleh mendapat stress. Fungsi-fungsi tubuh anda berada pada tahap tertinggi dan akan menyebabkan peningkatan tekanan darah dan pengeluaran hormon stress. Dan hormon-hormon stress juga menyebabkan anda sukar untuk tidur. Jeng3x~
3. Tidur mengurangkan keradangan. Peningkatan hormon stress menyebabkan meningkatnya risiko terhadap penyakit jantung, kanser dan diabetis. Keradangan dianggap satu sebab kerosakan tubuh badan anda berbanding usia anda. Kalau tak percaya, cuba try, ahakz.
4. Ini part terutama perempuan yang nak diet! Tidur membantu mengurangkan berat badan anda. Aikz, selalu orang cakap makan tidur makan tidur bikin gems? Siapa suruh tidur lepas makan, ahakz. Ketahuilah bahawa para penyelidik mendapati mereka-mereka yang kurang tidur cenderung untuk dapat obesiti. Hormon ghrelin dan leptin, adalah hormon yang menyeimbangkan tatacara makan, akan terganggu jika kurang tidur. Dan ini menyebabkan anda sentiasa ingin makan!
5. Sememangnya tidur menenangkan hati anda jika ada masalah. Eh, kalau ada problem kan stress? Kan kalau stress susah nak tidur? Tidak ka bertambah stress macam tu? Cool, hakikatnya, kalau kita menyalurkan kesedihan contohnya menangis, kita pasti mudah mengantuk. Bila kita tidur, esok pagi bangun hati pasti akan tenang sedikit.
6. Tidur membantu untuk “merepair” badan anda. Erk? Biar betul? Sebabnya? Tidur sebenarnya adalah waktu untuk memperbaiki kerosakan pada badan seperti stress, sinaran ultraviolet dan pendedahan bahaya yang lain. Masa tu, badan kita menghasilkan lebih banyak protein berbanding biasa. Molekul protein inilah yang membantu untuk membina sel-sel dan seterusnya membaiki kerosakan badan.
7. Tidur membuatkan kita lebih bijak! Ini fakta bukan auta. Korang belajarlah sehabis baik, selepas itu tidur seketika, dan kemudian bangun dalam keadaan segar, lalu baca balik. Konfom ada peningkatan dari segi pembelajaran. Sebab tu lepas Subuh jangan tidur, baca buku!
8. The one and the last, pakar mengatakan bahawa salah satu daya tarikan untuk kurang tidur, adalah, melayari internet!
Cukuplah buat hari ini. Memandangkan aku letih, terasa nak tidur. Tapi itulah, nak blogwalking dulu. Memang betul la fakta nombor lapan tu, haha. Apapapun, adios, ahakz.
Cap Kaki : Selamat malam, tidurlah, sayangku. Eh? Jeng3x~ Saja nyanyi, hoho.
Comments
Powered by Facebook Comments


tp, klu asyik tido je, otak jd lem***.. ni pon fakta! hik3~ ^_^
tp, klu spesies tido kt blog org tu cmne plak?? ha3~ ^_^
keen~ recently posted..- pemergiannya dirasai al-Fatihah -
[Reply]
aretikz Reply:
November 21st, 2010 at 9:38 pm
Itu tidur melebih.. haha.. tapi fakta yang betul.. 10 markah.. hehe..
Erk? Tido kat blog pempuan xpa.. ni tido kat blog lelaki.. errr.. haha..
[Reply]
nice sharing..
gnesop.com recently posted..Diari Aidil Adha Tahun 2010
setuju, tido yg secukupnya sgt penting..
[Reply]
aretikz Reply:
November 22nd, 2010 at 7:53 am
Sharing is Penting.. hehe.. Yezza.. semuanya di atas adalah cukup tidur.. tak kurang.. tak lebih.. hehe..
[Reply]