Tips Untuk Berjaya Dari Penjenayah

Beluran, 24 November 2010 – Seorang penulis blogger didapati cuba memesongkan pemikiran pembacanya dengan mengemukakan tips aneh yakni dengan memberi tips untuk berjaya bersumberkan jenayah. Beliau telah pun ditangkap oleh pihak berkuasa dan kini cuba menguasai pihak berkuasa dengan teorinya itu.

Demikian keratan akhbar ciptaan dariku sendiri. Oh tidak, aku tak sanggup ditangkap polis tanpa sebab musabab yang perlu, dan tidak mungkin aku harus mencipta sebab gila untuk ditangkap oleh polis. Namun ku terfikir seketika, penjenayah-penjenayah yang masih lagi berkeliaran, bagaimanakah mereka menjadi orang yang hebat? Anda pernah terfikir benda ini? Cuba kita tengok satu demi satu kerja penjenayah ini.

Pencuri

Pencuri sebenarnya orang yang lebih berjaya berbanding spesisnya yang lain iaitu perompak, penyamun, peragut dan yang sewaktu dengannya. Mereka menggunakan kemahiran mengambil barang orang tanpa disedari siapakah si pelakunya. Apakah yang membuat mereka berjaya? Yakni senyap berisi. Maksudnya? Mereka berfikir dalam diam bagaimana mengambil barang tersebut tanpa disedari. Semestinya mereka yang berjaya adalah mereka yang senyap dan berfikir, berbanding yang suka bercakap tanpa berfikir. Sebab tu mereka berjaya mendapat apa yang diinginkannya.

Pencuri berjaya bukan kerana kesenyapan mereka juga, tetapi mereka bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan. Mereka bukan sewenang-wenangnya mengambil barang begitu sahaja. Dalam senyap itulah, mereka mengambil kesempatan mengambil sesuatu. Mereka tidak sia-siakan peluang yang ada setelah dalam diam berfikir untuk mengambilnya. Semestinya tips berjaya dari pencuri, ambil peluang yang ada!

Perogol

Ouch, mungkin kedengaran agak lucah sedikit. Bagaimana perogol ini ada tips untuk berjaya? Persoalannya terlebih dahulu, apakah yang menyebabkan mereka merogol? Kerana keinginan memenuhi nafsu yang kuat. Ya, seorang perogol seharusnya punya keinginan yang kuat untuk melakukan perkara sedemikian rupa. Jika ragu-ragu, tidak gantung gamaknya? Uppss, haha. Tips berjaya dari seorang perogol, semestinya mempunyai keinginan yang kuat. Kalau tidak, benda yang dia buat hanya keraguan yang tinggal, bukankah begitu?

Jika keinginan sudah kuat, apa lagi yang diperlukan? Semestinya buat sehabis baik! Ya, siapa yang menyelami hati seorang perogol, mungkin gelak bila cakap buat sehabis baik, haha. Takkan buat tu sambil lewa kan? Mestilah dilampiaskan apa yang ada. Semestinya untuk berjaya, buat sehabis baik, sesuatu yang diajar dari perogol. Ades, kuning sungguh point ini, haha.

Pembunuh

Sungguh sadis, sungguh kejam, itulah yang digambarkan kepada seorang pembunuh. Tapi, yang diceritakan bukan pembunuh kelas murahan. Tetapi pembunuh yang terlalu kreatif, sehingga mencipta seni dalam pembunuhan. Laksana Jack The Ripper dalam siri Sherlock Holmes, seni seorang pembunuh dalam menghasilkan kejayaan. Berfikir kreatif, itulah bagi mereka yang berjaya menjadi pembunuh kelas tinggi. Mereka sukar dikesan, malah berani tampil untuk menunjukkan seolah-olah mereka tidak bersalah. Kerana pemikiran kreatif mereka menyebabkan mereka berjaya membunuh tanpa takut ditahan!

Untuk menjana pemikiran kreatif, tidak akan kemana tanpa keyakinan yang tinggi. Seperti yang dikatakan, mereka menzahirkan kreativiti mereka dalam membunuh, sehingga yakin, mereka tidak dikesan. Ekspresi pemikiran kreatif dengan keyakinan, tips yang baik bagi pembunuh kelas pertama. Kerana jika mereka tidak yakin dalam melahirkan benda kreatif, pasti begitu mudah mereka dikesan, mungkin sebelum sempat mereka melakukan pembunuhan!

Kongsi Gelap

Yakuza, Mafia, mahupun geng apa sekalipun, lihat sahaja kejayaan mereka, sehingga ditakuti oleh seantereo dunia. Tapi apa yang buat mereka berjaya? Kepimpinan dalam perencanaan sesuatu. Apa sumber jenayah mereka? Pasaran gelap opkoz, jual beli dadah, senjata api, hatta manusia sekalipun. Semuanya direncanakan dengan sempurna, agar pihak berkuasa tidak dapat menghidu perbuatan mereka. Itulah kejayaan mereka, merencana sesuatu dengan teliti, mengambil kira baik buruk dalam melakukan sesuatu.

Tapi, yang direncana tak mungkin berjaya tanpa sokongan dari rakan-rakannya. Kerjasama itu penting, selain mendengar pendapat mereka. Itu bertujuan menjadikan pelan yang dibuat itu perfecto. Kejayaan besar selalunya dengan bantuan orang, bertukar-tukar fikiran, kerana mungkin dia tahu sesuatu maklumat yang kita tidak ketahui, dan itulah tips berjaya dari kongsi gelap ini.

******************************************

Demikian tips berjaya dari penjenayah, bagaimana mereka berjaya, telah jelas apa yang diperkatakan. Apakah entri ini mengajak anda untuk menjadi penjenayah? Oh tidak, tapi kita ambil mana yang patut, bukannya menjadi mereka, kejayaan dunia sahaja. Mengapa kita tidak ambil sesuatu dari perbuatan mereka? Adakah kita hanya fikir keburukan sahaja? Mereka buat benda jahat, apa yang baik pada mereka bukan?

Common, buka minda kita sekalian, untuk menjadi bijak, jadilah pemerhati, ambil mana yang baik, bukan yang buruk. Hakikatnya, kita semua dikurniakan akal, dan orang yang berakal adalah orang yang bijak. Tapi kenapa ada yang punya akal tapi tetap bodoh? Kerana, orang yang bodoh adalah mereka yang menyalahgunakan akal mereka, seperti pencuri, perogol, pembunuh mahupun kongsi gelap! Termasuklah golongan yang malas berfikir!

Jika anda seorang pelajar punya pointer 2, janganlah yang pointer 4 memandang rendah pada yang pointer rendah itu. Silap-silap mereka lagi berjaya dari anda. Kerana, mereka yang berjaya adalah mereka yang berjaya mengawal hidup dengan baik, menggunakan ilmu yang ada, biarpun sikit, tetapi berkualiti! Yang penting, sentiasa menambahbaik diri, bukannya selesa berada di atas. Demikian juga penjenayah, dek kerana jenayah yang mereka lakukan, mereka sentiasa berhati-hati, dan memperbaiki kemahiran yang ada, dan sentiasa menggunakan kelebihan mengikut keadaan.

Apapapun, jadilah orang bijak yang berjaya, bukan orang bodoh yang berjaya. Seperti yang aku katakan, mereka yang bijak adalah menggunakan akal sebaiknya, manakala yang bodoh, menyalahgunakan akal yang diberi. Ambil yang baik, bukan yang buruk, dan aku tak ajar anda menjadi penjenayah, tapi berfikir mengenai tips berjaya dari penjenayah!

Cap Kaki : Jangan jadi orang yang makan suap (rasuah), kerana itu tidak pernah berjaya, sebab malas berfikir!


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Telinga ~ Anda Ingin Pekak?
  • Cerita Panas Artis Bertudung!
  • Penantian Itu
  • Nama Dan Tagline Blog Pun Boleh Dapat Idea Entri?
  • Seberapa Jujurkah Tajuk Anda?

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Ilmiah and tagged , , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Tips Untuk Berjaya Dari Penjenayah

  1. HAHA tak pernah terfikir pun semua nie :D saffrina|anirffas recently posted..Woman Problems

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. xpa.. sekarang dah tahu ^_^

    [Reply]

  2. keen~ says:

    keen nk ikot peraba la.. diorg lg bijak!! hik3~ ^_^
    keen~ recently posted..- sape nak RM 150 free je -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Peraba dapat apa? huhu..

    [Reply]

    keen~ Reply:

    dpt rasa la.. ha3~ *keen dh mengong!* ^_^
    keen~ recently posted..- sape nak RM 150 free je -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? ni kes berat ni.. haha~

  3. Haw says:

    rumah aku pun pernah d rompak.. hanya tuhan je yg akan balas
    Haw recently posted..BIMB – Al-Awfar

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Aduh.. huhu.. Sabar jak la.. Redha dengan ketentuanNya.. Ujian kan.. Chill ^_^

    [Reply]

  4. imanshah says:

    tak suka profesyen2 di atas..benci..haha..tq ya, salam kenal, 1st time malam ni saya di sini..
    imanshah recently posted..PICTURE OF MY LIFE CONTEST

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ahakz.. salam kenal juga.. thanx 4 singgah.. Apapapun.. saya pun xsuka juga.. just kita ambil yang positif untuk jadi yang baik.. ^_^

    [Reply]

  5. Azmi says:

    haha…memang la…semua yg jahat2 bermula dgn p…
    Azmi recently posted..Picture Of My Life Contest

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Bermula dengan p?

    [Reply]

  6. orang muo says:

    nak jadi penyamun pun ada tip ye…betul…nak berjaya dlm bidang apa skali pun mesti ada ilmu
    orang muo recently posted..Aneh Tetapi Benar – Bayi Dalam Kandungan Bergerak Dan Berpusing Begitu Kuat

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. tidak.. saya xajar jadi penyamun.. hehe.. tapi kita amek yg positif dalam pebuatan mereka untuk diadaptasikan menjadi kebaikan.. sememangnya kalau nak berjaya.. kualiti ilmu itu penting berbanding kuantiti ilmu ^_^

    [Reply]

  7. mira_nas says:

    well.. out of the points..
    yang paling penting hati mesti ‘kering’
    mira_nas recently posted..Terlalu Berterus Terang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Men bedal jak yek? hehe..

    [Reply]

    mira_nas Reply:

    ye a… bijak camne pon … penghalang nak buat kejahatan kan iman..
    lepas tu.. kalau dah hati kering memang tak rasa apa la dok wat dosa..pe?
    mira_nas recently posted..Terlalu Berterus Terang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    sebab tu orang beriman adalah orang yang berakal.. dan orang yang berakal adalah orang yang bijak.. maka yang melakukan dosa itu tergolong mereka menyalahgunakan akal.. hehe.. dan memg benteng kejahatan adalah iman,. hehe.. kalau ati kering.. memng kena basahkan tu.. hehe..

  8. gnesop.com says:

    tips berjaya dari penjenayah? or tips berjaya elak dari penjenayah? atau tips berjaya jadi penjenayah? huhuhu
    tajuk agak comfius..sorry yer artik
    gnesop.com recently posted..Selamat tiba di KL dari PD

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. soru kalau konfius bro.. tapi secara amnya.. saya cuma cungkil.. kenapa ada penjenayah berjaya.. dan yang dicungkil itu adalah antara tips untuk berjaya.. dan dari tips tersebut.. kita aplikasikan jadi baik.. hehe.. xda ketan nak jadi penjenayah ya.. ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: