Bila Isu Memasak Dan Imam Timbul

Bharian.com.my

Anda mesti pernah membaca isu perempuan tak pandai memasak ni kan? Lepas tu perempuan pun balas balik, lelaki kalau tak jadi imam, belum boleh kahwin. Dalam blog sudah banyak artikel tersebut disebarkan, belum lagi dalam Facebook tu. Nama tajuk pun macam-macam sudah, tapi isi masih sama, hehe. Tapi yang aku mahu cerita disini, lain dari yang lain. Peringatan buat para wanita, dan lelaki juga tidak terkecuali, biarpun point dalam artikel tersebut memang mengena, tapi tetap ada tapinya.

Kenapa pula ada tapinya? Sebab kalau review point dalam artikel tersebut, konsep imam bagi mereka adalah orang yang mengimamkan solat. Benda wajib bagi manusia solat, sebab solat itu tiang agama, jadi kalau lelaki tu tak tahu solat, maknanya, tak layak pun jadi suami kepada seorang isteri. Tapi memang kat dunia ni, isteri memang buta main bantai juga ambil laki macam tu, sebabnya? Mereka pun lagi suka kalau tidak solat kot, haha. Kalau lelaki tu tahu solat, secara logiknya, memang sah kan dah boleh jadi imam? Dah cukup syarat macam artikel tersebut nyatakan kan?

Dah tahu solat, opkoz la boleh jadi imam. Betul ni, cuma antara layak atau tidak sahaja, sebab bukan sembarangan orang boleh jadi imam juga. Tapi itu cerita di masjid, bukan bab rumah. Kalau dah tahu kat masjid belum layak, cubalah jadi imam kat rumah, betapa besarnya pahala tu. Namun, ingat! Bukan setakat itu sahaja yang dilihat wahai wanita. Kalau mahukan imam solat, insyaAllah, jika anda jumpa lelaki yang sentiasa menjaga solatnya, maka mereka itu boleh jadi imam. Tapi untuk menjadi imam di rumah, bukanlah semudah menjadi imam di masjid.

Apakah sebenarnya yang ingin dibicarakan di sini? Setelah panjang berjela pendahuluan, baru mahu masuk point utama. Bilamana seorang lelaki diijabkabulkan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, secara automatik, lelaki tersebut adalah imam kepada keluarganya. Merekalah yang akan mengemudi bahtera mereka, menjadi nakhoda kepada krew kapal di dalam. Ingat senang jadi imam ni?

Tersenyum-senyum mungkin sebilangan lelaki membaca artikel tersebut, sebab ramai yang yakin, kalau perempuan tanya boleh jadi imam, konfiden jak nak jawab “nak try sekarang pun boleh”. Sekarang wahai wanita sekalian, kalau nak tanya tu, jangan fokus imam solat, cakap imam rumah terus. Barulah dengan aku pun sekali terkena, haha. Jadi imam rumah ni besar tanggungjawabnya, kalau tidak, siaplah kaum wanita yang patut dilindungi jadi punch bag lelaki. Itu yang paling ekstremlah, paling lembut pun, perjalanan perkahwinan ni seolah-olah hubungan di antara orang asing tinggal serumah jak nanti.

Sehebat mana pun anda menjadi imam di masjid, kalau di rumah tidak terurus, memang anda gagal menjadi imam di rumah. Tinggal retak menanti belah sahaja. Lihat mereka yang berkekalan hingga ke akhir hayat, apakah rahsia mereka? Kesabaran, itulah yang paling utama. Dan yang wanita, janganlah letakkan semuanya kepada lelaki, bab itu minta laki, bab ini minta laki, segala-galanya laki. Maksud disini, jangan menambah beban, nanti anda dianggap beban.

Kurang faham? Lelaki berusaha dalam menjaga kebajikan rumahtangganya, tetapi kadang-kadang isteri kurang menghargai usaha suaminya, malah menambah duri di dalam daging lagi. Tatkala lelaki membuat silap, mula komplen si suami, walhal sepatutnya, bukan patut komplen, tetapi memperingatkan mereka. Kerana wanita memang secara semulajadi mempunyai sifat pendidik, dan salah satu cabang sifat itu adalah mendidik mereka dengan kasih sayang, kerana khuatir mereka akan jauh terpesong lagi. Bukannya cakap “Benda macam tu pun susah nak ingat ka? Saya minta beli sos tiram adabi, bukan maggi”. Walhal boleh cakap macam ni “Abang lupa yek sos tiram adabi? Tidak apalah, lain kali jangan lupa tau, nanti abang juga tidak merasa masakan saya yang tersedap sekali” yakni dengan nada kasih sayang.

Kesimpulannya, bukan senang nak jadi imam di rumah ni. Kalau senang, tidaklah banyak cerita lelaki pukul, bunuh isteri, kes cerai sana sini, yang menjadi santapan berita setiap hari. Perempuan pula, kalau nak cari imam rumah, pastikan diri tu bersedia menjadi surinya, bukan jadi racunnya. Sekali lagi, ingatlah, imam di masjid belum tentu berjaya menjadi imam di rumah, tetapi imam di rumah, InsyaAllah boleh menjadi imam di masjid. Apapapun, wa tetap nak cakap, lelaki paling beruntung dapat perempuan pandai masak, haha.

Cap Kaki : Kalau lelaki pandai masak, perempuan?


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Jodoh Tertulis Di Langit Tapi Bukan Turun Dari Langit
  • Oh Isteri ~ Thumb Down
  • Mari Berpacaran Dan Wali Band
  • Yang Dicari Dan Yang Mencari
  • Kisah Cinta Agung Bersenikan Diam

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Kekeluargaan, Ceritera Pendapat and tagged , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Bila Isu Memasak Dan Imam Timbul

  1. mira_nas says:

    insyaAllah.. jika berbekalkan ilmu…di rumah mahupun di luar… lelaki mampu jadi imam..
    mira_nas recently posted..Terlalu Berterus Terang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. betul tu.. selagi ilmu itu digunakan dengan sebaiknya.. insyaAllah.. mampu jd imam.. tapi. kalau sekadar ilmu untuk adat.. xkan pernah mncapai ibadat.. hehe.. ^_^

    [Reply]

  2. keen~ says:

    wah3~ another one.. =.=”
    betol3~ tp ktne nk cari org cmni?? O_0
    keen~ recently posted..- ini bukan cerita tipu! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Another one apa? Ish3x~ Pantang cite sal kahwin, dikira terus.. haha..
    Err, cari jak la.. hehe.. Jadi yang yang terbaik.. InsyaAllah, dapat yang terbai ^_^

    [Reply]

    keen~ Reply:

    ha3~ well, bese la.. ni ngah wat survey, dh smpai blom thp WAJIB kawen! ha3~ ^_^
    erkk..?? cari..?? mls la.. pencarian itu m’buatkan kita letih.. pas2 bila dh letih, give up.. pas2 men amik je sape2.. T______T
    keen~ recently posted..- ini bukan cerita tipu! -

    [Reply]

    Qistina Reply:

    habis tu kan kalau xcari tak kan senang2 je dia datang?
    krg experience cket bab2 ni….huhu

    dulu klu musim kenduri nampak cam bestnye org kawen….
    bila da besaq cket ni baru nampak bukan benda mudah…
    benar, KESABARAN adalah kunci utama kebahagian…
    kawen oh kawen~
    Qistina recently posted..Tentang Cinta

    aretikz Reply:

    Siap wat survey lagi dia ni.. kalau dah wajib.. konfom dah bagi jemputan.. haha..
    Ha, Keen.. lihat apa Qistina cakap.. har3x~ Ingat senang2 nak datang? Ni nak kena wat entri macam mana mencari la ni kalau begini.. haha.. Tapi.. kalau perempuan duk tunggu jak, kira senang la juga tu, haha..
    Yezza, kesabaran adalah kunci utama.. kalau tak sabar, “cerai” ni macam minum sup jak tu, ahakz.. ^_^

  3. ayu says:

    aah kn..btul jgk 2..
    sokong 100%
    ayu recently posted..my bf -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx ^_^

    [Reply]

    keen~ Reply:

    walaweyhhh~~ ada penyokong tuh~~ klu cm2, keen nk jd pembangkang la, aci x?? ha3~ ^_^
    keen~ recently posted..- ini bukan cerita tipu! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. itu pencadang.. baru cun pembangkang.. kalau penyokong.. kena jadi pemberontak.. baru aci.. gaga~betul ka tu? hehe..

  4. Cik Eija says:

    huk….sy suda pass kelas memasak.. Maka….abang Atiq sudah bersedia ka??? haha..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Har3x~ sudah2.. yang penting.. jangan mahal yek? ahakz..

    [Reply]

  5. fitri says:

    imam tidak terhad kepada imam solat semata..seorang lelaki itu memang seorang imam paling kurangpun dalam keluarganya sendiri..

    masalah kita ni bila cakap pasal imam je hanya terhad kepada imam solat…adoi
    fitri recently posted..Atlet Malaysia Capai Sasaran 9 Pingat Emas

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Betul tu bro.. Konteks imam tu memang luas.. tapi bila difokuskan kepada imam untuk rumahtangga.. semua terarah kepada mengimamkan solat kepada isteri mahupun anak.. Bab imam dalam solat boleh dibuat yang penting sebagai imam kepada keluarga bagaimana kekuatan hatinya melaksanakan perkara tersebut.. disinilah kita semua kena fikir konteks imam sebenar ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: