Tips Mencari Idea Penulisan Melalui Kaedah Pemerhatian Part 2

Yezza ~ Setelah membuat part 1, kini muncul part 2. Kenapa ada dua part? Sebab part 1 tu dah panjang, kalau tidak, konfom satu pun cukup. Kadang-kadang semasa menulis pun secara tidak langsung point sesuatu topik boleh muncul tanpa diminta. Sebab tu semasa menulis tidak disedari pandai panjang pula. Kali ini part 2 akan membawa pencarian idea melalui kaedah pemerhatian dari segi persekitaran. Yakni berdasarkan pemerhatian dari kaca mata anda sendiri.

Kebanyakkan blogger peribadi memang dapat idea melalui cara sebegini rupa. Malah, cara sebegini lagi mudah berbanding pembacaan. Kenapa pula? Kerana kalau membaca banyak fokus kepada topik, berbanding persekitaran, pelbagai idea secara automatik timbul. So, macam mana kita dapat ilham dari pemerhatian persekitaran? Jeng3x~

> Pemerhatian kejadian sekeliling. Seperti yang kak Sarah Najwan cakap dalam entri sebelum ni, dia selalu dapat idea melalui kejadian di sekelilingnya. Tengok, dah dapat idea berdasarkan komen bukan? Apapapun, kejadian yang saya maksudkan tidak kira samada berlaku pada diri sendiri, ataupun orang lain. Dan benda ni on the spot buat kita terfikir untuk tulis entri. Contoh, semasa anda pergi Parkson, berlaku kejadian pergaduhan suami isteri dekat sana. Lalu muncul entri berdasarkan kejadian tersebut.

> Perbuatan. Apakah yang dimaksudkan perbuatan? Yakni apa yang kita lakukan, yang menimbulkan idea untuk dijadikan entri. Macam Bro Sop cakap melalui komennya di part 1, bangun tidur lewat pun boleh jadi entri. Apa jenis perbuatan sekalipun boleh jadi entri. Cuma terpulang apa yang ingin diterangkan. Samada tips bangun tidur awal, atau mungkin nak buat apa yang berlaku akibat bangun tidur lewat.

> Menonton Tv. Yezza, dari sini pun boleh buat entri. Biasalah kalau bab informasi kan. Tapi, perluaskan konsepnya. Tidak semestinya berdasarkan National Geographic, Agrotek, atau apa-apa rancangan berkenaan informasi. Cinta Kirana pun dah ada orang buat entri, belum lagi cerita lain. Menonton Tv juga termasuk kategori tengok wayang yek, ahakz.

> Pengalaman. Ini berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman orang lain. Tapi senjata paling ampuh adalah pengalaman sendiri. Tapi, bukan lebih kurang macam point di atas? Pemerhatian dari kejadian sekeliling? Memang ada persamaan, tapi yang membezakannya, pengalaman adalah asam garam, sesuatu yang mungkin berulang, atau orang lain pun pernah alami juga. Dan pengalaman adalah sesuatu perkara lama yang kita belajar untuk menjadikan diri lebih baik. Contohnya, entri “Kenapa Aku Tak Mahu Kapel”, dengan berdasarkan pengalaman sendiri, digabungkan dengan pengalaman orang lain, maka hadirlah idea nak wat benda tu.

> Pemerhatian Gambar. Ini seperti contest yang saya anjurkan. Berdasarkan gambar, kita beritahu cerita di sebaliknya. Ini terpulang berapa gambar yang anda ingin letakkan. Tapi, contest tu mahu satu gambar saja ya. Tidak boleh lebih! Haha. Dan tarikh tutup 1 Disember makin hampir, cepat! Cis, siap promote, haha.

> Pemerhatian sesuatu kejadian. Eh? Macam lebih kurang point atas sekali tu? Itu pemerhatian kejadian sekeliling, tapi yang ni, sesuatu kejadian. Maksud? Kejadian berdasarkan daun semalu. Bila disentuh, dia menguncup. Maka kita akan boleh cakap, pohon semalu laksana perempuan, orang perempuan yang pakai tudung dan punya sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau disentuh, dia akan menutup dirinya, menjaga kehormatannya. Eh? Entri dalam entri la pula, ahakz.

********************************************

Demikian serba sedikit perkongsian yang dilakukan. Biarpun idea boleh datang sendiri, tapi kita pun boleh mencarinya. Semua bergantung bagaimana pemikiran kita berinteraksi dengan pemerhatian kita. Jika kita guna seluruh pancaindera dengan baik, konfom bertambah idea yang datang. Sebenarnya, dalam melaksanakan entri, kunci utamanya adalah PEMIKIRAN. Sengaja di besarkan, kerana tanpa pemikiran, idea kita tidak akan kemana.

Serius, dengan pemikiran, kita tahu mengolah idea tersebut dengan sebaiknya. Contohnya, cerita tentang bangun tidur lewat. Kalau kita dapat fikir secara kreatif, banyak yang boleh diceritakan. Dan dari segi penyampaian, cuba letak emotional quality di dalamnya. Misalan, kita cerita dengan bangun lewat dalam penyampaian lawak, maka kita dapat buat orang ketawa. Mungkin sedih, kerana bangun lewat tidur menyebabkan bos marah akibat lewat pergi kerja. Ataupun dalam nada pengetahuan, iaitu tips bangun awal.

Oleh itu, kesimpulan yang boleh dibuat, idea itu timbul dengan pemikiran, dan dalam pemikiran ada pengolahan, pengembangan, perasaan dan sebagainya. InsyaAllah, apa yang kita ingin sampaikan, dapat diterima orang. Yang penting, menulis keranaNya, InsyaAllah, ada berkat disebaliknya.


Cap Kaki : Oh, tak sabar tunggu cerita Harry Potter Finale Part 2. Kiut tul Hermoine tu, ahakz.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Nama Dan Tagline Blog Pun Boleh Dapat Idea Entri?
  • Seberapa Jujurkah Tajuk Anda?
  • Tips Mencari Idea Penulisan Melalui Kaedah Pemerhatian Part 1
  • Laman Web Untuk Mengetahui Tahap SEO Anda
  • Perlukah Kejar BE Nuffnang?

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Blogging and tagged , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Tips Mencari Idea Penulisan Melalui Kaedah Pemerhatian Part 2

  1. keen~ says:

    ala.. xde part 3 k?? huk3~ T____T
    oh~ sekali lg en3 yg bermanfaat~ tahniah~~ ^_^

    p/s: asal ada bau ulat bulu je?? ^_^
    keen~ recently posted..- terlampau menarik perhatian ke kalau -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Part 3? Cite bersiri ka pula? hehe..
    Besa jak la.. hehe.. apapapun.. thanx ^_^
    p/s : ulat bulu? ada bau ke? kalo biskut ulat bulu ada la.. hehe..

    [Reply]

  2. MissNafa says:

    terima kasih :) berguna amat ..
    MissNafa recently posted..tudung awning jadi tudung syiria

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Syukur jika berguna untuk Nafa ^_^

    [Reply]

  3. eiela says:

    banyakkan idea nak tulis dalam blog nih.

    Latest Entri :
    Hati-hati Dengan Penipuan SMS
    Jana Pendapatan Dengan Burung Walit
    eiela recently posted..Perjalanan Hidup Sebuah Blog

    [Reply]

    aretikz Reply:

    selagi boleh befikir.. mesti boleh punya.. hehe.. ^_^

    [Reply]

  4. gnesop.com says:

    nice sharing.. thx :)
    mmg bagus memerhati nih..
    gnesop.com recently posted..Blog Review- Dunia Kecilku Yang Hijau

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx 4 reading bro ^_^
    Yup.. yang penting tahu apa yang ingin dibuat tentang idea itu. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: