Seberapa Jujurkah Tajuk Anda?

Gempar! Datuk gersang merogol nenek! Gadis lesbian mencari mangsa! Bagaimana teknik memikat janda? Dan yang paling gempar, kenapa semua tajuk tu langsung tiada kaitan dengan entri? Saya search Google begini jadinya? Eh? Alamak, kantoi! Oh, itu sekadar contoh sahaja, jangan fikir lain-lain ya. Beginilah kaedah kebanyakkan orang yang mencari trafik. Tajuk gempak habis, tapi? Entri cakap tentang perkara lain. Akhir sekali dia cakap, “Maaf, itu korang search sendiri tempat lain lah ya?”. Perlukah sampai sebegini untuk mencari trafik?

Tidak kiralah apa tajuk sekalipun, kebanyakkan orang akan teruja untuk melihat sesuatu yang berkaitan dengannya. Tapi bila dicari itu bukan sepatutnya, mesti memberi impression yang buruk kepada blog kita terutama mereka yang baru pertama kali datang bersimpuh di tempat anda. “Ala, mereka search benda tidak elok kenapa pula? Padan muka masuk entri nasihat agama!”, Tapi kalau niat cari trafik dengan letak benda macam tu, tidak kah sama anda menipu? kan dosa juga tu?

Hakikatnya, tajuk itu biarlah berkaitan dengan penceritaan. Bukannya tajuk gempak, isi langsung orang bingung, alih-alih, sekadar menarik perhatian sahaja rupanya. Niat kena betul, hati kena ikhlas. Bukannya semata-mata trafik, sanggup meletakkan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Yang dimaksudkan disini bukanlah tajuk saspen, macam cerita lawak, atau keyword dari Nuffnang ka, tapi ini memang niat tajuk yang entah apa-apa, tapi entri langsung tiada kaitan dengan tajuk tersebut. Jangan tumpukan tajuk tuuuut jak, tajuk lain pun boleh jadi. Ini hanya menyebabkan pembaca merasa tertipu dengan entri tersebut. Apatah lagi tajuk yang dicari berkaitan dengan sesuatu informasi yang diperlukan!

Benda ni memang complicated jika dibicarakan, sebab kebanyakkan orang terlalu kreatif mengolah ayat, sehingga mimpi pun jadi cerita. Macam yang saya katakan, semua berdasarkan niat, jika niat untuk trafik semata-mata, kirim salam di angin lalu. Tapi jika kerana menampilkan kreativiti menulis, mimpi pun boleh membuatkan orang lain tergelak sama. Pembawaan kita menampilkan apa yang disampaikan. Sekali lagi, niat kena betul, hati kena ikhlas.

Cap Kaki : Update dalam keadaaan mengantuk, ahakz.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Nama Dan Tagline Blog Pun Boleh Dapat Idea Entri?
  • Tips Mencari Idea Penulisan Melalui Kaedah Pemerhatian Part 2
  • Tips Mencari Idea Penulisan Melalui Kaedah Pemerhatian Part 1
  • Laman Web Untuk Mengetahui Tahap SEO Anda
  • Perlukah Kejar BE Nuffnang?

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Blogging and tagged , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Seberapa Jujurkah Tajuk Anda?

  1. keen~ says:

    huk3~ rasa mcm keen pernah wat je.. T____T
    yo lah, pasni xwat lg.. ^_^
    keen~ recently posted..- terlampau menarik perhatian ke kalau -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Pernah ka pula? huhu.. Sekadar pendapat jak lah.. ahakz.. lagipun.. keen wat untuk trafik ka? bukan kan? ahakz..

    [Reply]

    keen~ Reply:

    rasanya mcm pernah.. tp bukn tajuk gempak yg ada unsur lucah.. he3~ ^_^
    ha3~ bukn.. utk up trafik org + suke2 nk kenakan org.. ha3~ ^_^
    keen~ recently posted..- terlampau menarik perhatian ke kalau -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Macam jak pun kan? ahakz.. err.. tapi xpernah eden nampak no.. tapi kalau kenakan orang.. memang ada.. ahakz.. tp itu kreativiti Keen.. bukannya nak tipu orang baca entri.. susah juga nak explen ni.. haha..

  2. Azmi says:

    seeeeetuju………………………….
    walaupun aku tak pernah search keyword lucah2 gitu (ehem2)
    Azmi recently posted..Natural 99 Pilihan ku STICKY POST

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Thanx bro.. erk? jangan search. haha..

    [Reply]

  3. noa says:

    tak penah la pulak tanya kat tajuk entry aku tu dia jujur ke tak.huhuhuhuhu , aretikz ko jgn marah haaa, aku gurau je tau =p
    noa recently posted..Skinny Jeans for Rm40!!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    marah ni! haha.. lo.. nanti saya tolong tanyakan.. bole? ahakz..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: