Detik Cemas Exam

Yezza ~ Exam kan kebanyakkan sekarang ni? Dari Spm sampailah Universiti, semua tensen gila sekarang. Tapi budak lelaki yang selalunya selamber jak, kan? Biasalah kalau dah sedia kan, cewah, betul ka pula tu? Ahakz. Time exam ni, masa jawab exam, pernahkan korang punya detik yang bisa betul penangannya? Dakwat pen habis ka, terkantoi tiru “toyol” ka, atau apa-apa yang lagi bisa sampai sekarang korang mesti ingat punya?

Aku pernah kena sekali woo, pergh, sakit jiwa merana gara-gara sebatang pensil mekanikal. Best jak tengah jawab soalan, tiba-tiba ada spoil! Apa yang spoil? Masa tu exam pengajian am STPM, konfiden jak menjawab. Kebiasaan aku menanda terlebih dahulu di kertas soalan, sebelum menghitamkan jawapan tersebut di kertas jawapan.  Time siap tanda di kertas soalan, ada 20 minit lagi nak tamat. So, kerja seterusnya menghitamkan jawapan la di kertas jawapan.

Unfortunately, masa menghitamkan jawapan tu, karbon pensil tu habis daa. Terpaksalah isi balik, tapi, tak pandai keluar-keluar matanya tu. Kalau keluar pun, sudah putus, sampai tekeluar terus dari pensil tersebut. Aduh, tinggal 10 minit lagi ni, banyak lagi mahu kena tanda. Pensil ni lagi wat hal. Aku bukan tiada pensil spare, tapi kawan aku pinjam masa tu, aduhai. Terpaksalah aku guna karbon tu jak menghitamkan jawapan. Ingat senang? balik-balik patah, itu jak kerjanya. Aduh, gila tul, sakit kepala macam ni. Silap sendiri jugakan, mahu buat macam mana. Rasa-rasa, sempatkah aku dapat tanda semua dalam kertas jawapan tu?

“Masa menjawab telahpun tamat”, satu kelegaan terpancar di muka setiap orang. Itu muka mereka, bukan muka aku. Tensen eh, terpaksa stop juga menjawab. Masa tu tinggal 15 soalan lagi belum dihitamkan. Tersemat di ingatan woo. Bagaimana peritnya kesan 15 soalan yang tidak ditanda? Kosong!

Tapi, kejadian itu disedari oleh seorang pengawas peperiksaan masa tu. Tiba-tiba dia pergi tempat kawan aku, dia minta pinjam pensel, lepas tu dia cakap “Cepat, tanda soalan yang tinggal tu”, Ya Allah, betapa bersyukurnya aku masa tu. Dengan sepantas kilat, aku pun menghitamkanlah soalan tu. Semua tumpuan terarah kepadaku. Tiada aku mahu peduli sudah, lagipun makin dekat kertas tersebut mahu dikutip. Nasib line meja aku, guru itu yang ambil kertas jawapan. Bolehlah ambil masa sikit.

Ambil masa? Jangan mimpi! “Tanda saja, janganlah dibelek soalan tu lagi!”, tegur lagi pengawas tu. Dah sampai tempat ku rupanya. Memandangkan keadaan yang kelam kabut, terpaksa baki soalan yang tinggal, aku main hitam hantami sahaja. 5 soalan last tu yang tidak sempurna. Apa boleh buat, dengan keadaan yang rela paksa, bagi sahaja kertas jawapan tu dengan beliau. Bersyukurlah kan, sudah diberi kemudahan yang ada. Tensen gila aku masa tu. Kawan-kawan aku pun naik seram, sebab tidak pernah nampak muka aku yang macam mahu makan orang. Tatkala kebanyakkan pengawas berada di belakang mengutip kertas jawapan, secara spontannya, mari kita spontan, eh? Bukan, tanpa disangka, puiiingg, pensil tu aku buang keluar tingkap.

Terkejut wei yang nampak tu, sudahlah dalam dewan tu bukan sekadar kawan-kawan sekolah aku, tapi pelajar sekolah swasta dan persendirian pun ada juga. Jatuh saham aku depan gadis, eh? Haha, tapi aku sudah peduli apa, yang penting pensel tu aku tak mahu nampak lagi depan mata. Ades, padahal aku bukannya pemarah juga, lepas geram saja, ahakz. Nasib esoknya tiada exam kalau tidak silap, kalau silap pun, bukan selalu, hehe. Last day exam tu, ucapan terima kasih sahaja yang mampu ku ucapkan pada cikgu tersebut. Baktimu disanjung jasamu dikenang orang cakap. Yang penting, sediakan spare part sebelum nasib tidak menyebelahi anda!


Cap Kaki : Hari ni last day contest. Siapa lum submit, sila submit dalam kadar segera! hehe..


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Bila Mata Jadi Berat
  • Setiap Gambar Ada Ceritanya, Hatta Potret Monalisa Sekalipun
  • PenPal Not PayPal
  • Goodbye 2010 : Entri Tribute 2010
  • Empty Dalam Hati

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Detik Cemas Exam

  1. keen~ says:

    alaaaaaa.. cite tergantung!! pe kesudahannya?? dpt berapa?? hik3~ ^_^
    keen~ recently posted..- terlampau menarik perhatian ke kalau -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Aikz? gantung nak tahu result? No no no.. xmungkin.. haha..

    [Reply]

  2. imanshah says:

    sekarang ni saya tukang jaga exam..seronok tengok gelagat anak2 murid yang gelabah, tertidur, kadang2 ada yg tiba2 pengsan..itulah secebis kenangan sebagai pendidik

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Wah.. jaga exam rupanya.. hehe.. Yup.. sama jak time kecil2 dulu.. cuma time exam tidak tidurla.. tapi pening kepala kalau soalan killer.. hehe..

    [Reply]

  3. Azmi says:

    apsal kau tak pinjam je…
    haha kesian dowh mahu lenguh tgn nak isi semua dengan carbon

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Terpaksa jadi jujur kan.. hehe.. exam besar tu.. kalau bercakap dengan kawan nanti kena cakap meniru.. ahakz..

    [Reply]

  4. neon says:

    AKU SELALU JADI INSAN TERLAMBAT DALAM EXAM =(

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? hehe.. Sabar jak la.. ^_^ Biar lambat asal jawapan selamat.. hehe..

    [Reply]

  5. mira_nas says:

    huhu,, tu la .. lain kali bawa pensel 2B..
    sy plak tensen tengok adik saya lepak sangat tgh SPM ni
    mira_nas recently posted..Memaksa itu melemaskan

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Memang ada pensel 2B.. tapi kawan pakai kan masa tu.. huhu..
    Erk? Kalau lelaki memang selamber-mamber.. kalau perempuan.. errr.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: