Apa nak tulis hari ini ya? Oh ya, aku balik kampung hari ni, jadi nak tulis tentang aku balik kampung lah. Or8, tangan bersiap sedia, jari jemari berada di keyboard, dan… Start taip, dan taip dan taip. Emm, padam balik, ada macam ada yang tak best pula. Taip lagi dan lagi dan lagi. Aah, padam balik. Betul la tak best, adeh. Cool, banyak idea ni, tukar benda lainlah. Okay, kali ni nak tulis Malaysia tewas dengan Indonesia 5-1, pergh, konfom gempak punya.
Eh, jap, nak makan dulu, lapar seyh. Nyum, nyum, makan maggi pun jadilah, biarpun hakikat maggi tu bukan bagus sangat. Okay, sambung balik tulis, Malaysia tewas main bola. Tulis punya tulis punya tulis, terfikir pula, ala, mesti banyak sudah blogger cerita sebab ni kan? Cancel lah, boring orang baca nanti. Muak orang mahu tengok ni, di Berita Harian Online pun ada. “Stedy, still banyak idea ma”.
Okay, kali ni nak tulis pasal dunia blogger la. Nak tulis tentang blogger terlampau. Terlampau? Rasanya macam mana terlampau tu? Kutuk sana kutuk sini, serang sana serang sini. Yezza, mesti banyak orang nak komen ni. Write and write and write, tup tap, ala, nanti orang komen kutuk aku? Ish, gila betul aku nak buat entri macam ni. Itupun kalau ada orang nak komen, kalau tidak? Baik tak payah tulis lah macam ni. Relax, idea masih banyak lagi. Nak tulis sal apa lagi ya?
Tahniah lah kalau banyak idea. Tapi idea tak kan kemana selagi mentaliti macam di atas tu masih wujud dikalangan kita. Jangan resah, jangan takut, tiada apa yang perlu dirisaukan. Yang perlu dirisaukan adalah, sejauh mana penyampaian kita, dapat menarik pembaca atau tidak. Tapi bukan bermaksud kita tak yakin dengan penulisan kita, tapi cuba dapat review dari pembaca. Paling bagus rakan rapat kita sendiri. Dari situ kita dapat luaskan bidang penulisan.
Cuba lihat blogger yang mantap, kenapa ramai yang terjah disana? Sebabnya mestilah tentang entri kan? Kalau sebab kacak, cantik, blog dia PR 4, atau memang blog tutorial, itu semua sampingan. Yang penting kita cuba berusaha memperbaiki apa yang ada, bukan sebab blog aku, suka apa aku nak tulis. Nanti ikut tulis suka hati, tak banyak baca sendiri kecewa di hati.
Apapapun, sila yakinkan diri anda untuk menulis. Idea cikai macam mana pun, kalau olahan menarik, InsyaAllah, orang akan tertarik. Macam aku, aku pun cuba improvekan lagi cara penulisan ni. Mencuba pelbagai cara. Guna kreativiti semaksimanya. Yang aku nampak sebenarnya pada kebanyakkan blogger, bukan kering idea, tapi kering otak cara nak sampaikan sesuatu perkara. Belum campur perkara-perkara yang mengacau minda macam contoh diatas tu. Aku pun nak minta pandangan yang membaca ni, macam mana gaya penulisan aku ya? Hehe.
Cap Kaki : Entri ini secara autopublish tatkala aku dalam kereta menikmati perjalanan pulang ke kampung halaman, ahakz.
Comments
Powered by Facebook Comments


Minggu depan saya balik kampung jugak… yeayy!!! Blog ku mula berhabuk.. huk… T_T
[Reply]
nui Reply:
December 3rd, 2010 at 9:53 am
rajin2 ieja update cik ieja. hehehe..
ko balik ka ieja? brapa lama cuti ko ja?
2mggu? heheh
nui recently posted..Sem 3-2010
[Reply]
Cik Eija Reply:
December 3rd, 2010 at 10:04 am
iya nui..hehe.. Sy balik dlm seminggu lebih jak..xdpt lama…
ko bila balik sini nui??
[Reply]
aretikz Reply:
December 3rd, 2010 at 10:19 am
cis.. bercengkerama kamurang tempat beta ya.. haha.. selamat bersuti.. ko tu nui.. sukup2 la suti ko itu.. haha..
nui Reply:
December 4th, 2010 at 1:55 am
eija : alahh ingtkan mau berpoya2 lg sama ko d kk ka nnt.. huhu
sy balik mggu dpn.. hehehehehe..:D
firdaus : ahhh.. cuti jgak! hahah
nui recently posted..Sem 3-2010
aretikz Reply:
December 4th, 2010 at 9:28 am
Poya2.. buku gue?
entah la aku pun tak reti….kadang2 macam tak tau apa gaya penulisan yg terbaik..jadi pening
Azmi recently posted..Natural 99 Pilihan ku STICKY POST
[Reply]
aretikz Reply:
December 3rd, 2010 at 10:23 am
Hehe.. aku pun tak tahu juga.. haha..
[Reply]
kdg2 takde idea gak nak wat n3..berhari-hari..;)20
[Reply]
aretikz Reply:
December 3rd, 2010 at 10:24 am
Hehe.. maybe boleh usha entri saya cara nak cari idea? kalu itu dapat membantu la ^_^
[Reply]
ntah la.. kena buat survey dulu.. hik3~ ^_^
btw, ok je gaya penulisan aretikz~~ yeayyy~ keen suke~~ ^ _^
wooooO~ blek kg xbgtau! nnti tlg cubitkn pipi fahmi bg pihak keen yep~~ comel2~ ^_^
owhhh~ kpd abg fahmi plak.. semoga slmt smpai~ ^_^
keen~ recently posted..- terlampau menarik perhatian ke kalau -
[Reply]
keen~ Reply:
December 2nd, 2010 at 6:38 pm
owwwhhh~ lupa nk bgtau.. ni sesi tunaikn jnji kt post ni.. .: terlampau menarik perhatian ke kalau.. :.
[Reply]
aretikz Reply:
December 3rd, 2010 at 10:26 am
Ok ke? ahakz.. Aikz.. ada juga bagtahu hari tu.. huhu.. nak cubit yek? cubit sndri.. haha.. anyway thanx ^_^ dah sampai pun smalam.. hehe..
[Reply]
keen~ Reply:
December 3rd, 2010 at 11:47 am
haa.. bagoslah dh smpai.. fahmi pe kabar?? sihat ke? xde ke gmbr dia yg terbaru?? hik3~ ^_^
keen~ recently posted..- terlampau menarik perhatian ke kalau -
aretikz Reply:
December 3rd, 2010 at 1:31 pm
Hua3x~ Macam tau2 jak entri pas ni apa.. lalalala.. ahakz..
huhu.. idea bukan senang nak dapat.. tu yang saya pon stuck nak update entry..
mira_nas recently posted..Tag berlagu -tajuk sahaja!
[Reply]
aretikz Reply:
December 3rd, 2010 at 10:27 am
Boleh tu mira.. xsusah tu sbnrnya.. hehe..
[Reply]
waaa leh jadi motivator nih
noa recently posted..Skinny Jeans for Rm40!!
[Reply]
aretikz Reply:
December 3rd, 2010 at 1:33 pm
Erk? hehe.. Motivator? Matibesi boleh kali kot.. haha..
[Reply]
buat la n3 blogger terlampau..konpem gempak nih..hehe
cik tom recently posted..Entry Fresh Dari Ladang Tomato -
[Reply]
aretikz Reply:
December 3rd, 2010 at 10:25 pm
Oh.. haha.. err… emmm.. aaa… uuppss.. ahakz..
[Reply]