Oh Yeah ~ Sekali lagi aku nak share benda yang boleh menjana idea pemikiran korang. Seperti mana tips cari idea yang terbahagi kepada part 1 dan part 2 macam cerita last Harry Potter sebelum ini, yang ni lain dari yang lain sikit. Apa yang lainnya? Kalau korang tengok blog orang lain, sudah tentu ada nama blog dan tagline mereka kan? Banyak kreativiti yang ditonjolkan dalam tagline mereka. Macam blog aku ini la, Segala Ceritera, taglinenya, ceritera selagi boleh! Kalau korang dah kering idea tahap gaban, gaban boleh bantu anda menjana semula tahapnya agar korang boleh dapat idea. Nak contoh? Meh aku bagi contoh blog atau taglinenya dan terjemahkan kepada idea entri tahap gaban!
Memula kita tengok blog Keen, namanya Quaint Of Keen. Err, aku tak dapatlah idea tengok macam ni, huhu. Tup tap nampak something pada headernya, menulis sebab terpaksa! Yah, memang aku terpaksa menulis, kalau tidak konfom istilah berhabuk akan keluar dari mulut tuan blog ini yang diterjemahkan kepada penulisan. Kenapa kena paksa untuk tulis blog? Sebabnya, orang nak datang tengok entri terbaru, disamping itu pertambahan dalam enjin carian meningkat, and then dapat juga improve pemikiran kita untuk menulis. Belum lagi point ni dihuraikan, so? Ada idea dah? Ha? tak cukup? Jom blog lain pula~
Blog seterusnya, teman tomey beta, Cik Tom. Nama blog Tomato Gurl’s Life, tagline kat header Everything Fun Begin Here. Lo, nak begin macam mana pula ni? Kat mana fun nya? Cool, pernah pergi jejalan kat mana-mana tak? Paling cikai pun opkoz la balik kampung kan? Atau lepak akt sekolah? Jadi, apa yang buat anda fun kat sana? Aku kalau balik kampung kat Kuala Penyu masa kecil, best siot, fun woo. Segala buah yang kena tanam aku panjat, terutama favret buah yakni buah Rambutan aku panjat. Tapi yang bisa, pernah satu kali tu masa panjat pokok Rambutan, kaki aku tersangkut di celah pokok! Macam mana boleh tersangkut? Dah pokok tu bentuk Y, faham-faham saja la. Sangkut pun kat betis, kaki berlipat, nak kuarkan punya main payah, sakit woo. Dah nama budak, konfom nangis, haha. Bla bla bla bla, dan sebla-bla aku nak cakp, jadi entri lain pula nanti, haha.
Terjah tempat Mira, the89Dimension, Voice of mine, from the tought of youth. Suara aku nak bercerita sal apa, dari pandangan seorang yang muda, makanya bagi orang yang muda dan mengaku muda, apa isu yang berbangkit? Sila nyatakan pendapat anda! Orang tua selalu cakap, jangan duduk atas bantal, nanti berbisul. Selaku orang muda, takkan nak terpengaruh kan? Jadi pendapat aku, bukan mereka nak tekankan tentang benda tu berbisul, tapi tak elok tempat kepala tu letak kat bawah punggung. Luahkan pendapat anda, jangan takut, voice of yours! eh? terubah tagline, jangan marah ya Mira? Hehe.
Aduhai, bro, ko ni mentang-mentang lah lelaki, awek semua ko bagi bedal kat atas yek? Erk? Ok-ok, pergi tempat Azmi pula. Budu Masin, masin lagi tahi hidung!! Pergh, semasin-masin budu, tak pernah ku rasa lagi. Tapi, semasin-masin tahi hidung, korang mesti pernah rasa kan? Aku tak pernah rasa, aku tak tahu pun tahi hidung tu masin. Mana lah tahu rasa dia macam aiskrim cornetto ka, atau maggi laksa ka. Eh, Azmi, ko pernah rasa tak? Haha. tapi, tak lawan masin garam. Orang tua kita makan garam terlebih dahulu, yakni maksudnya pengalaman lebih top! Jadi, jangan cakap mak bapa kita tak tahu apa-apa sal itu ini, dari pengalaman mereka memberi nasihat, kena beringat. Kita selalu memberi pendapat dari akal fikiran, tapi kurang serinya pendapat itu, sebab apa? Pengalaman! Pengalaman yang menjadikan pendapat kita lebih diyakini.
Sikit sangat lelaki, baru satu jak? Aduh, ya, lepas ni contoh lelaki lagi. Padin, dengan padinno.com, kat header tertera perjalanan ini. Nak jalan pergi mana? Jalan-jalan cari pasal? Bukanlah, perjalanan kehidupan kita lah, apa yang ada sepanjang kita berjalan dimuka bumi Allah ini. Kira riwayat hariku kata bro Sop. Takkanlah buat idea tiada dalam perjalanan hidup kita? Sepanjang riwayat hari anda hanya plain sahaja? Manatahu ada perkara yang anda tidak puas hati, atau menggembirakan namun tak tahu pada siapa ingin disampaikan, maka suarakannya. Dimana lagi selain dari blog, blog kan umpama suara bawah tanah kita juga? Kan Belalang? hehe. Na, 3 orang lelaki terus ku letak, ada bantahan?
Lepas ni, boleh letak perempuan balik kan? Ni tak boleh lepas, dah macam adik aku (Haimeh?) kan Yuk? Today, tomorrow n bla bla bla~ Nak cerita samting hari ni yang nak wat esok, yakni kenduri kahwin makcik aku. Selalunya medan nak cari jodoh pun boleh, haha. Sesimple tagline dari Wavex, yakni Ideas itu boleh dapat dari mana-mana. Art of living kata Qistina, yakni salah satu seni dalam kehidupan yang boleh diterjemah dalam entri. This is my story kan, betul tak Noa?
Yang penting, macam aku cakap, idea itu boleh datang kat mana-mana, cuma cara nak sampaikan tu. Nanti ada idea, tapi bila nak taip tu yang payah. Apapapun, banyak cara kita nak cari idea. Samada suratan atau kebetulan jak terilham idea atau tidak, yang penting kita try cari yang tersirat. Macam baru jak nampak tagline tu, kan bro Nazirul? Menyuarakan segala yang tersirat, yezza. Cuma kalau Zaer, aku betul-betul serender nak dapat idea dari tempat dia, ahakz. Tapi kalau dari entri boleh kot, hehe. Nak lagi? Boleh, tapi relax, tidak boleh terus-menerus. Banyak lagi skill nak cari idea, nanti aku bagi lagi yek? Haha.
Cap Kaki : Pergh ~ Sok balik kampung, nak wat entri autopublish lagi pas ni, huhu~
Comments
Powered by Facebook Comments


first time masuk sini. nice entry u have
idea boleh dapat kat mana2.. tapi paling selalu dalam toilet kata orang.. hahaha.. aduhai.. bilik kecik tu lak tempat banyak kuar idea ek? hahaha…
aleeya recently posted..Novel- Haruskah
[Reply]
aretikz Reply:
December 3rd, 2010 at 10:07 pm
Thanx aleeya ^_^
Yup.. memang ada di mana2.. saya rasa tempat tu pun memang berhantu idea.. sal saya kadang2 time mandi petang muncul idea time tu.. ahakz..
[Reply]
hehehe..bebel panjaang la aretikz psl tagline blog cik tom..hehe…fun kat mana?begin kat mana??cik tom pun xtau sbb main hentam je tagline tue..hahahahah…
p/s; seminggu cik tom tak online..skang sesi balas jejak entry+komen
cik tom recently posted..Entry Fresh Dari Ladang Tomato -
[Reply]
aretikz Reply:
December 3rd, 2010 at 10:12 pm
Fun dimana? Fun disini.. haha.. men hentam ka pula? asal ada idea nak tulis.. hehe..
p.s : Teruskan usaha.. ahakz..
[Reply]
haha……kamen rider kah itu…?
*lari tajuk*
wansiti recently posted..Lovehuntersss 1st Lucky Draw
[Reply]
aretikz Reply:
December 4th, 2010 at 9:33 am
Hehe.. itu gaban.. ahakz..
[Reply]
haha aretikz.. tu lah, idea ni kat mana2 kita boleh dapat kan,
cuma nak mengembangkan atau mempersembahkan dengan style sendiri
kadang2 ambil masa juga, hee
[Reply]
aretikz Reply:
December 5th, 2010 at 6:37 pm
Yezza.. Idea sentiasa masyuk.. tapi.. bila nak kembangkan tu yang jadi spoil kadang2.. hehe..
[Reply]
wahahahahhaha~ mcm kenal je blog yg kt atas sekali tuh.. dan cara huraian tuh pon mcm ku pernah bgtau.. ha3~
btw, betol3~ cari je idea kt mana2.. cuma, kena teruskn usaha je~~ hikhikhik~ ^_^
keen~ recently posted..- sepatutnya yang telah hancur berkecai! -
[Reply]
aretikz Reply:
December 6th, 2010 at 8:40 am
Erk? Macam kenal? Siapa ya? Har3x~
Yup.. yang penting cara nak sampaikan tu yg xdak wat blank.. ahakz..
[Reply]