Cerita Agama? Not My Taste Ok!

Huh ~ Nak cerita agama? Baik skip saja, buang masa aku nak dengar. Ingat-ingatlah wei, aku peduli apa orang cakap, bukannya kamu bagus sangat. Kubur masing-masing juga. Aku bukannya anti dengan agama, tapi kamu yang wat aku bengang apa yang korang cakap. Aku pun ada iman lah, bukannya nak murtad pun. Kalau belum boleh berdiri di kaki sendiri, baik tak payah nak cakap orang. Sendiri nak ingatlah wei. Apa dosa aku korang yang tanggung? Tak payahlah nak berlagak dengan cakap-cakap agama. Muak aku dengar, tahu tak? Lepas tu mesti ada sensitif, nak kutuk-kutuk aku kan? Korang nak maki, maki jak lah, aku pun yang jahat ada juga pahala, tahu tak?

Buang masa aku layan korang. Nak cerita, cerita jak lah, tak payah nak bagitahu aku, nak besar-besarkan suara supaya aku dengar. Tahulah aku nak taubat juga. Dari dosa kamu mengutuk aku, cakap lebih-lebih, macam ahli politik yang menabur janji sahaja. Nak banggakan diri sendiri. Cubalah doakan aku kah, kan elok. Manatahu, terbuka hati aku nanti. Daripada nak nasihat aku, sorry, not my taste! Kalau cerita artis ka, filem hot ka, lagu best ka, ok lah. Aku pun dengar Maher Zain apa, tak payah susah-susah nak pasang lagu Raihan untuk aku! Kalau aku cek blog tu cakap sal agama, minta maaf, aku tak nak terjah lagi. Lagipun memboringkan! Korang terasa? Nak aku minta maaf? Nonsense! This is my thought la. Dont be Baldi Fool, semua ayat skema, tapi kalau kutuk, ayat berbunga-bunga, macam mawar! Memang mawar pun, sebab tu berduri!

Memang beginilah ironi masyarakat sekarang, sukar untuk dinasihati. Apabila ada yang datang pada mereka suruh nasihat tutup aurat, jangan tinggal solat, tinggalkan yang jahat, buat benda baik, mereka akan berkata belum ada hidayah. Kalau makin kerap dinasihati, makin mereka melenting, suruh jangan jatuhkan hukuman pada mereka. Yang menasihati itu belum tentu bagus lagi. Suruh kita doakan mereka lagi, supaya berubah. Bila ada kutuk, tahu mereka sakit hati, tapi tidak pernah mengambil kutukan untuk memperbaiki diri. Bagaimana Allah hendak memberi muka kepada mereka yang tidak ingin memandang kepadaNya?

“Maka tatkala mereka berpaling dari kebenaran, Allah memalingkan hati-hati mereka.” (Ash-Shaf: 5)

“Dan begitu pula Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al-Qur’an) pada awal kalinya dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat.” (Al-An’am: 110)

Cukup dua ayat Al-Quran yang jelas, menyatakan tentang sesuatu yang kita sendiri boleh berfikir. Mereka yang berdoa agar hidayah diberi kepada mereka, ingatlah, jika benar doa itu makbul, selalunya azab didahulukan untuk menghapus dosa tersebut. Hidup ini untuk memilih, bukannya Allah yang mengatur hidup kita. Kita boleh memilih menjadi baik, dan ujian yang datang kepada kita untuk mengetahui sejauh mana iman kita. Kita memilih untuk menjadi jahat, sehingga belum kita bertaubat hanya azab yang menanti kita kelak.

Hidayah itu meluas, InsyaAllah akan ku kupas pada keesokan harinya. Benda yang kita mungkin terlepas pandang mengenai hidayah. Terutama bab yang mengharap agar diturunkan hidayah kepada mereka. Itulah yang paling ditakutkan sekali. Kenapa? Sok cerita ya? Haha. Apapapun, sempena permulaan tahun baru Hijrah ini, marilah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik lagi. Salam Maal Hijrah, wasalam.


Cap Kaki : Terdapat kejutan mengenai contest tersebut. Apa dia? Tunggu, haha.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Dia Antara Tokoh Terulung
  • Doakanlah Aku Dapat Hidayah Ya?
  • Damba Cintamu
  • Tatkala Istikharah Mengharap Petanda
  • Kita Semakin Muda

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , . Bookmark the permalink.

22 Responses to Cerita Agama? Not My Taste Ok!

  1. aslan zara says:

    okk ohh….tik….

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Apa yo? ko ok ka? haha..

    [Reply]

  2. padin says:

    pilihan di tangan sendiri sebenarnya..
    cuma, kita memang di galakkan untuk saling menasihati,
    memperingati, supaya kita sama2 akan mendapat manfaat bersama..
    jangan putus asa untuk saling tegur menegur..

    salam maal hijrah, aretikz
    padin recently posted..Bicara Tentang Blogwalking

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. betul bro.. itu penting.. sentiasa cuba.. kerna nabi pun tatkala membawa kebenaran dicaci juga.. selagi kita berada di jalan kebenaran kan ^_^
    Salam maal hijrah juga wat padin ^_^

    [Reply]

  3. hazwan says:

    kadang-kadang orang ni ade ego masing-masing..tak nak terima pendapat dan teguran orang lain
    salam maal hijrah bro

    [Reply]

    aretikz Reply:

    itulah ego yang xbertempat.. hehe.. yg pnting.. sama2 kita muhasabah diri.. ^_^
    Salam hijrah juga wat hazwan ^_^

    [Reply]

    padin Reply:

    betul, ego pon biar bertempat,
    kalau hal agama pun nak ego,
    tu dah kategori bodoh sombong tu hee
    padin recently posted..Bicara Tentang Blogwalking

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. memang sesuai term tu.. bodoh sombong.. hehe.. ^_^

  4. keen~ says:

    betol tu.. kita pon kena berusaha nk cari hidayah tu.. doa la byk2 supaya hidayah tu dtg.. huk3~ =.=”

    p/s: wahhhhh~ terkejutnya! terkejutnya! ha3~ ^_^
    keen~ recently posted..- sepatutnya yang telah hancur berkecai! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. hidayah tu memang kena cari.. ^_^

    p/s : Ni terkejut ka culture shock? haha. *_*

    [Reply]

  5. Azmi says:

    bagus tik..teruskan sampaikan jebenarab walaupun iainya pahit….
    Azmi recently posted..Hard Rock Cafe Hard Rock Hotel Penang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    InsyaAllah bro.. Selagi boleh ^_^

    [Reply]

  6. Azmi says:

    erk…aku ingt kau tadi…suspen…btl la…tak semua org boleh terima teguran
    Azmi recently posted..Hard Rock Cafe Hard Rock Hotel Penang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Oh, saja jak wat saspen.. Nasib bukan ingat aku terus.. haha.. Yup.. selalunya yang begini memang payah ^_^

    [Reply]

  7. eiela says:

    sama-sama kita saling menasihati, kita dah buat yang terbaik, nak dengar ke tak, tuh terpulang kat individu tuh la kan.
    eiela recently posted..Mereka Alami Sindrom Motivasi Down

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. itu semestinya.. tidak dapat dinafikan.. selagi boleh.. kita nasihati mereka.. ^_^

    [Reply]

  8. noa says:

    tajuk supen je, takpe2 teruskan usaha ye,
    noa recently posted..Aku nak Budak Zzz

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. saja jak.. mensaspenkan keadaan.. ^_^

    [Reply]

  9. naim says:

    perh..terkejut aku..igtkan luahan isi hati bro tadi..
    huhu..btw, nice writed..
    kta prlu saling nasihat menasihati.. :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Oh tidak.. hehe.. thanx bro.. ^_^
    Yup.. perlu saling nasihat menasihati ^_^

    [Reply]

  10. cik tom says:

    cik tom suka cerita agama yg disampaikan secara santai seperti entry kat blog ni :) cik tom recently posted..Kenapa Susah Nak Dipanggil Temuduga

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ahakz.. biasa2 jak ni cik tom ^_^
    Masih lagi memperbaiki mutu penulisan ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: