Kenapa dengan semua orang? Terus menghukum saya tanpa mengenal diri saya sebenarnya. Allah lagi layak untuk menghukum saya berbanding kamu. Jika anda tidak kenal saya, janganlah terus katakan saya jahat. Saya tahulah saya tak pakai tudung, tapi yang pakai tudung pun belum tentu baik. Saya tak pernah nak sakitkan hati orang, mengapa nak sakitkan hati saya. Cubalah doakan orang dapat hidayah, kan itu lebih baik? Semoga saya mendapat hidayah untuk memakai tudung. Biarlah saya bertudung kerana ikhlas, saya tidak ingin hipokrit!
Hei sial, ko ingat ko sembahyang dah kira bagus sangat ka? Dosa mengutuk tu apa kes? Untung-untung aku yang dapat pahala. Aku tahu lah aku ni jarang-jarang sembahyang, tapi yang ko ikut sedap kutuk aku apahal? Tak bolehkah doakan aku dapat hidayah? Untung-untung, ko yang dapat pahala juga kan wei? Doa ko tu makbul, jadi makbulkanlah supaya aku jadi orang-orang beriman!
Entahlah geng, aku pun tidak tahulah napa macam ni. Susah juga macam ni. Tensen aku geng, bila lah aku dapat berubah ni. Belum ada hidayah lagi aku dapat. Ko doakanlah aku dapat hidayah. Ko kan sahabat baik aku, semoga doamu makbul aku dapat hidayah. Entahlah, bila aku dapat hidayah ni, sudah sesat habis aku ni. Oh tuhan, berilah aku hidayah.
Ironinya masyarakat masa kini, sungguh memerlukan hidayah untuk mengeluarkan dari kesesatan. Seperti mana entri aku sebelum ni, aku ingin kupas mengenai hal hidayah, yang orang selalu minta doakan dikurniakan hidayah ni. Bukan maksud aku tak boleh kita doakan mereka, atau doakan mereka itu adalah satu perbuatan yang sia-sia, manatahu berkat doa, mereka peroleh hidayah? Tetapi, kemungkinan musibah melanda kepada mereka sebelum hidayah itu datang, dek kealpaan dengan kecantikan dunia.
Para ulama berpendapat hidayah itu ada dua, yakni Hidayah Irsyad dan Hidayah Taufik. Hidayah Irsyad itu datangnya dari Al-Quran dan Sunnah, para ulama, ilmuwan yang menyampaikan ilmunya kepada kita. So, secara amnya, ilmu yang disampaikan adalah hidayah kepada kita, orang yang membimbing kita, yang menasihati kita, itulah salah satu Hidayah Irsyad. Malah, kita sendiri boleh mencari hidayah tersebut! Manakala Hidayah Taufik itu datang dari Allah, sesuatu yang Allah beri, yang kita harapkan, dan inilah yang diminta oleh kebanyakkan orang, dan hidayah ini yang paling mahal untuk kita dapat. Kerana nikmatnya cukup manis, menjadikan kita lebih bertakwa kepadaNya.
Dan mereka yang mendapat Hidayah Taufik adalah orang yang dikehendakiNya, oleh itu, jika kita ingin tergolong dalam orang yang dikehendakiNya, berusahalah kita mencari hidayah, dan perbanyakkan doa. Bukannya terus hanyut dalam dosa dan hanya mengharapkan doa dari ORANG LAIN untuk beroleh hidayah. Lihat sahaja mereka yang bukan beragama islam, kebanyakkan mereka mendapat hidayah samada mereka mempelajari islam itu sendiri, atau melihat rakan islamnya melakukan sesuatu ajaran islam, dan jika dikehendaki Allah, maka mereka memperoleh hidayah. Mereka belajar dari pancaindera yang digunakan, penglihatan, pendengaran, sentuhan, percakapan, dan hasilnya, mereka mendapat hidayah dariNya.
Tapi kita, sejak lahiriah, yang mendapat hidayah dari didikan orang tua, guru, didedahkan dengan Al-Quran dan Sunnah, tapi makin jauh pula dari simpangnya kerana bisikan syaitan. Cuba kita cari hidayah itu, pakai tudung, solat dijaga, biarpun hakikat, ianya hanya kebiasaan. Tapi jika berterusan, disamping mendalami maksud yang tersirat, InsyaAllah, kemanisan iman yang kita dapat. Common lah, macam juga kerja. Takkan nak tunggu orang offer kita kerja, kalau bukan kita sendiri berusaha mencarinya pada mula. Kita berusaha, selebihnya adalah doa. Kerana doa itu senjata ampuh bagi umat islam sekalian.
Ingat, kita dikurniakan akal fikiran untuk memikir baik buruknya. Orang yang bijak adalah yang menggunakan akal sebaiknya, tetapi orang yang bodoh adalah mereka yang menyalahgunakan akal fikiran mereka. Hidayah itu memang datang dari langit, tapi bukan datang dengan mudah. Harganya cukup mahal, jadi dari kita sendiri untuk mencari emas buat hidayah yang mahal itu. Emas? Ilmu yang disertakan amalan ^_^
Cap Kaki : 2 hari menjelang keputusan, esok ada preview tentang result contest, InsyaAllah.
Comments
Powered by Facebook Comments


seringkali manusia menunggu agar diberikan hidayah. kadang2 Allah dah bagi hidayah tu, tapi kita yang terlalu leka sehingga membiarkan peluang keemasan tu pergi… semoga Allah tetapkan iman kita bersama.
p/s: nice entry tuan belog… rasa macam nak share je..boleh?
khaiyisahusna recently posted..salam maal hijrah
[Reply]
aretikz Reply:
December 7th, 2010 at 9:35 pm
Begitulah manusia.. hehe.. Semoga kita ditetapkan dalam iman.. amin ^_^
p/s : Thanx.. boleh saja.. tiada halangan pun.. ^_^
[Reply]
khaiyisahusna Reply:
December 8th, 2010 at 6:52 pm
terime kasih…..
sy copy paste tanpa sedikit pun edit mengedit…
juga di link kan ke sini.
share kat fb….^^
khaiyisahusna recently posted..salam maal hijrah
[Reply]
aretikz Reply:
December 8th, 2010 at 7:50 pm
Oh kat Fb.. Mana2 saja.. selagi bermanfaat kepada semua ^_^
[Reply]
mknn xkn jatuh ke riba.. kena masak, xpon gi beli kt kedai..
cam2 la hidayah.. carilah cara utk m’gapainya.. ^_^
btw, nice post!! ^_^
keen~ recently posted..- sepatutnya yang telah hancur berkecai! -
[Reply]
aretikz Reply:
December 7th, 2010 at 11:03 pm
Pergh ~ ayat.. haha.. dari mana perumpamaan ni? ahakz..
Anyway.. Thanx ^_^
[Reply]
kalau nak tunggu hidayah semata-mata nak berubah, buat apa. kalau nak berubah, kena ada niat. takkan selagi tak dapat hidayah sampai ke tua, selagi tu xnak berubah..betul tak?? hehe
[Reply]
aretikz Reply:
December 8th, 2010 at 7:02 am
Betul.. itulah stigma masyarakat kini.. selagi xdapat hidayah.. selagi tu lah tak nak berubah.. hakikatnya hidayah itu ada mcm jenis.. ^_^
[Reply]
well..golongan macam ni secara ringkasnya kurang faham yang Allah tak akan ubah nasib melainkan dia yang berusaha.. ambil langkah setapak untuk berubah juga dikira berusaha.. asalkan istiqamah
mira_nas recently posted..49 di BlogLarian
[Reply]
aretikz Reply:
December 8th, 2010 at 8:44 pm
Hehe.. Betul2.. Masih asyik dengan kemanisan dunia kan.. huhu..
[Reply]
” bertuahnya kamu kerana antara insan yg terpilih untuk menerima hidayahNya”
“dirimu bagaikan sehelai kain putih sekarang… bersih dr sebrg dosa”
itu adalah kata2 9 tahun yg lampau….
tapi skrg aku sendiri yg mencorakkan noda2 hitam ke atas kain putih itu…
Ya Allah.. Engkau ampuni lah diriku insanMu yg lemah lg hina ini…
sesungguhnya dia masih memerlukan kekuatan dari Mu…
[Reply]