Abaikan tajuk tunggang-langgang dan serabai itu. Memang jiwa kacau jika anda cuba mencari kesalahan di dalam ayat tersebut, haha. Esok tarikh pengumuman siapakah sepatutnya yang akan membawa pulang wang tunai Rm 150 kan? Korang nak bila masa pengumuman tu? Subuh-subuh? Zohor-zohor? Asar-asar? Maghrib-maghrib? Atau Isyak-isyak? Erk? Apa yang ku katakan sebenarnya ni? Ohtidak, adakah excited sangat? Excited bagi duit? Bankrupt ada la, haha. Tapi, memang ikhlas baik punya nak bagi hadiah. Thanx a lot yang join contest ni.
Oh ya, aku ada cakap nak bagitahu kejutan kan? Apa kejutannya? Tidaklah kejutan sangat, mungkin bagi korang biasa sahaja. Sebelum aku bagitahu update contest tersebut, aku nak bagitahu bagaimana benda ni diadili. Mungkin aku bukan cikgu, tapi sudah jadi judge, so aku yang tentukan sistem permarkahan, seram juga, sal ada yang cikgu dan bakal cikgu join, haha. Terbahagi kepada 3 perkara. Yang pertama, markah paling besar, 50% fullmark. Yakni dari segi penyampaian, sejauh manakah cerita yang disampaikan tersebut dapat difahami perkaitannya dengan gambar kepada juri. Semua ni bergantung pada olahan ayat dalam menguatkan penceritaan dan perkaitan diantara gambar. Terpulang kepada jurilah, umpama memberi markah dalam ujian Bahasa Melayu, tapi ini tiada kaitan dengan tatabahasa semua, haha.
Kedua, kreativiti, 30%. Macam mana gaya cerita dibuat, yang menyerlahkan lagi entri tersebut. Pengunaan bahasa, susun atur entri, kelainan dari entri yang lain, dan macam-macam lagilah. Yang last, 20%, sejauh mana impaknya terhadap juri. Kalau perempuan yang juri, mungkin senang nak buat hati juri begegar agaknya kan? Haha. Tidaklah juga, ini kira markah bonus sejauhmana juri berpuas hati dengan entri tersebut. Paling simple, bab ni membawa juri emosi seketika. Tak kisah sedih, gembira ataupun apa jenis emosi sekalipun.
Ini antara fakta contest. Sebanyak 49 orang yang memeriahkan contest ini. Thanx again. Biarpun tak cukup 50, haha. Yang bisa, kebanyakkan join adalah wanita, yakni 41 orang. Pergh ~ Ini yang wat cair sikit ni, haha. Selebihnya Lelaki Macho yakni 8 orang. Peserta pertama dari golongan wanita, entri yang disubmit pada 5 November 2010, pukul 5:42 am. Waktu subuh ni, ambil berkat subuh kali. Kan Nailofar? Hehe. Peserta lelaki pertama? Bro Padin 1st hantar, yakni pada 18 November 2010, jam 11:16 pm. 13 hari bezanya tu, haha. Peserta yang paling akhir sekali melengkapkan senarai 49 orang, yakni wanita juga, Qilah is da choosen one. Tatkala 4 minit lagi nak tutup, pergh, hebat.
Apapapun, sebelum apa-apa, aku minta maaf atas kelemahan pihak penganjur. Kenapa? Sebabnya, aku bagitahu sampai 1 Dis, tapi aku tak bagitahu pukul berapa. Yakni 12:00 am 1 Dis. Maaf sesangat. Lain kali, kalau ada 2nd contest, akan diperbaiki itu semua. Jangan boikot ya? Hehe. Anyway, yang aku ingin bagitahu, dari 5 orang yang akan masuk bloglist, aku up jadi 7. Serta, aku hanya remove nama contestant kat sidebar, setelah tamat tahun baru 2011. Dan aku akan gantikan dengan link anda yang betul pada 10hb Dis nanti, tidak menuju link entri contest sudah.
Bukan setakat itu sahaja, ada lagi, tapi nanti esok aku bagitahu. Apapapun, sabar menanti ya. Muka-muka pemenang, ahakz. Banyak-banyak berdoa malam ni, manatahu berkat doa, hehe. Sekali lagi, dari pihak penganjur, maaf atas segala kesulitan, serta, terima kasih keran join ^_^
Cap Kaki : Nak tahu tak juri kedua siapa? Jeng3x~
Comments
Powered by Facebook Comments


Salam…
Fuhh, suspen punya ayat…
Nak baca pun dah terasa debarannya…
iza recently posted..Buah Jering Punya Cerita
[Reply]
aretikz Reply:
December 8th, 2010 at 9:42 pm
sabar2.. baru sikit tu.. hehe.. sok baru betul.. ahakz..
[Reply]
fuhhhh~ bleh plak duk main surprise2.. kasihanilah jiwa2 ini yg t’seksa.. isk3~ =.=”
keen~ recently posted..- sepatutnya yang telah hancur berkecai! -
[Reply]
aretikz Reply:
December 8th, 2010 at 11:32 pm
ahakz.. jap2.. sepa yg contestant sebenarnya ni? haha..
[Reply]
Lah tak perasan! LOL~
Shag recently posted..Award – Second Award for my followers ONLY!
[Reply]
aretikz Reply:
December 8th, 2010 at 11:35 pm
Erk? hehe.. syukur dah perasan.. hehe..
[Reply]
mak aih..berdebo2 nak tau ni..cpt la 12/12..uwaa…hadiah besday la kalau menang
[Reply]
aretikz Reply:
December 8th, 2010 at 11:47 pm
12/12? hehe.. gud luck.. fasa akhir dah ni.. hehe..
[Reply]
fuh2…cik tom nak jampi kasi menang sok..hehe..eh silap doa kasi menang..hehe…
malas la nak tahu sape juri ke 2 sbb sebelum ni pernah tanya tp atik xmo bgth jugak ;p
cik tom recently posted..Kenapa Susah Nak Dipanggil Temuduga
[Reply]
aretikz Reply:
December 9th, 2010 at 7:15 am
hehe.. solat hajat lagi ya.. ahakz..
ala.. janganlah malas.. haha.. dibagitahu juga tu.. hehe..
[Reply]
cik tom Reply:
December 9th, 2010 at 1:27 pm
hehe…okies…owh nak bgth sape juri ke 2 ek??ok cik tom nantikan..nak tahu jugak sape..misteri je gayanya..hehe ;))
cik tom recently posted..Kenapa Susah Nak Dipanggil Temuduga
[Reply]
aretikz Reply:
December 9th, 2010 at 5:50 pm
Ahakz.. Misteri nusantara tu.. kalau bagitahu.. konfom beguling2 nanti.. ahakz..
hahahaha saspen3
padin recently posted..Tips Memilih Domain
[Reply]
aretikz Reply:
December 9th, 2010 at 7:17 am
hehe.. saspen sal ada nama ka tu bro? haha..
[Reply]
aku pelik ni, apsal aku tk tau pun ko ade wat contest, ke ko buat dulu sblm aku kwn ngan ko. jap jap jap kite ni dh kira kawan ke ngehngehngeh
noa recently posted..AkuStatik
[Reply]
aretikz Reply:
December 9th, 2010 at 5:54 pm
Erk? Aku pun lupa2 ingat lah pula.. Tapi takkan lah sticky post xperasan? hehe…
Opkoz kawan ^_^
[Reply]
hehe..berdebor teman..
syufa recently posted..tutorial nak letak lagu dalam blog
[Reply]
aretikz Reply:
December 9th, 2010 at 5:55 pm
Dup Dap Dup Dap.. ahakz.. ^_^
[Reply]
turut berdebar w/pun x join.. huhuhu
[Reply]
aretikz Reply:
December 9th, 2010 at 5:56 pm
Hehe.. biar betul ni.. aura habis.. ahakz..
[Reply]
gua tak masuk pun.. kah kah kah
[Reply]
aretikz Reply:
December 9th, 2010 at 7:05 pm
Haha.. xpa.. masuk komen pun ok.. hehe..
[Reply]