Satu Gambar Seribu Penceritaan

09/12/2010 – 10:26 pm

Berturutan gambar ini sahaja yang muncul dari semalam kan? Picture Of My Life Contest, contest pertama yang ku anjurkan. Pastinya satu kenangan berharga buatku, kerana cerita-cerita yang join contest ini, bukan mudah untuk kita tahu, kerana pada setiap gambar yang ada, penuh dengan kenangan-kenangan yang menjadi memori berharga buat setiap manusia. Siapa tahu, dalam gambar ada cerita sedih, cerita lawak, gembira dan bermacam lagi emosi yang tidak kita dapat gambarkan, melainkan, perkongsian. Ya, berkongsi penceritaan, menjadikannya lebih menarik, dan kita sama-sama merasakan apa yang terdapat di dalam gambar tersebut.

Siapa sangka, di sebalik gambar, terselit cerita sedih, seperti kehilangan orang yang tersayang. Begitulah yang dirasakan oleh Farah Nasuha, Masterx, Miza Yusof, NadyaSyakila90, dan juga Syufa. Kenangan bersama insan tersayang jika dikenang pasti membuat jiwa meruntun sedih, kerana semuanya cuma mampu dikenang, yakni satu memori terindah. Rumahku syurgaku, siapa yang tidak sedih, jika yang tersergam indah, hangus dalam sekelip mata? Rasa yang dikongsi oleh Sab, apabila rumah mereka sebelum ini telah dimamah api. Cerita sedih dari sebuah gambar.

Persahabatan, indahnya bila terbina. Susah senang bersama, gaduh pun ada juga. Terbina kekal selamanya. Tidak kira di sekolah, kolej, tempat kerja, mahupun dimana sahaja, sahabat juga kita berjumpa, tidak kira apa titlenya sekalipun. Semua punya sahabat yang rapat, seperti persahabatan yang diceritakan dalam sebuah gambar oleh Cikgu Ain, FideilaNfahk, Princess Shana, Shag, Rara, Yana, Zahidah dan Zikeryhassan. Dalam persahabatan mereka, bermacam kisah-kisah sepanjang mereka bersama. Ada sedih, gembira, lawak dan semuanya bermakna.

Ayah dan ibu, ayah dan ibu, itulah, permulaan kami, dapatlah melihat bulan dan matahari, ahai.. Lagu Sudirman, penuh makna yang mendalam. Siapalah kita tanpa ibu dan bapa. Kita hidup di dunia ini, hanya ada satu ayah, ada satu ibu. Kasihnya ayah, jarang digambarkan melalui emosi, tapi perbuatan mereka sudah cukup menggambarkan kasih sayang. Begitulah cerita dari Cik Tom dan Nailofar, terpancar jelas kasih sayang ayah, yang cukup menggamit seribu cerita. Ibu? Siapa kata tiada cerita ibu? Kasih sayang ibu tiada siapa yang boleh nafikan, tidak kira leteran, semuanya demi anak mereka yang tersayang. Ibu permata hati, didikan mereka penuh dengan kasih sayang, bicara Alie, Cik Lya, Iza, dan Siti Mardhiah Mansor.

Siapa ada adik? Sayang adik tak? Mesti sayang kan? Kalau tidak, manakan mungkin ada wakil menceritakan tentang adik mereka. Semestinya Farayhasukri dan Siti begitu sayang dengan adik mereka. Cop, tunggu, ada seorang wanita menyampaikan lebih dari itu, yakni cerita tentang suaminya, pergh~ Sayang suami. HMaiza mecoretkannya. Yang lelaki? Kenapa tiada cerita tentang Isteri? Semua masih bujang yek? Haha. Tidak dilupakan, haiwan peliharaan pun kira famili juga kan? Wansiti dengan Whitecappuccino telah menjelaskan mengenai kucing mereka.

Cuti-cuti gempak seyh ~ Semestinya bercuti ada ambil gambar kan? Mira’e, Sufeenan dan OrenLimau, seronok bergembira, dan dikongsi bersama dengan kita. Azmi? Kenapa dengan dia? Pergi bercuti juga, tapi, penuh liku, sebab kerana kereta, cincai beratus hangus duit, belum campur duit belanja bercuti. Sesuatu tempat tidak semestinya hanya semata-mata tempat sahaja. Pening? Maksudnya, penceritaan menggambarkan kenangan ditempat itu, cerita kerusi, lorong dan ruang tamu, asal namanya penceritaankan, banyak kenangan termaktub disana. Ayie, Fatin Liyana, Shaofie, yakni insan bercerita disebalik sesuatu tempat.

Kenangan demi kenangan menerjah, ada detik cemas, tanya sahaja Mira_nas, ada yang saspen lawak, macam cerita Imanshah, ditambah peristiwa terlanggar tiang, pasti Khaiyisah Husna tersenyum simpul, belum lagi ☆aDihAys☆, cawannya betul-betul keramat, hehe. Itu baru cawan, belum resit peringatan, menjadi pengajaran buat Teratai, hehe. Gambar alam turut menggambarkan sesuatu, yakni kecantikan alam ciptaanNya. Wan Hazel dengan La Dolce Azila, bait-bait kata tentang kehidupan berpaksikan alam. Tidak dilupakan, Padin, tatkala bergambar, mempunyai keadaan dan peristiwa yang tersirat di dalamnya. Bukan satu, banyak seyh~ Gambar bunga pula menceritakan perasaan seseorang, dan yang bercerita mengenainya, Suzierahman. Sebut tentang perasaan, perasaan lapar menerjah, inilah penangan Saya, hehe.

Gambar sumber inspirasi membina keyakinan diri, Cik Yaya membuktikannya. Menceritakan diri sendiri, Qilah, itulah dia, pengalaman terakhir ketika berada di sekolah rendah. Begitu juga dengan Feez-cucutokaji, pengalaman mengajar di sekolah menjadikan memori indah bersama muridnya. Sekolah tempat menuntut ilmu, tapi dimana-mana pun kita boleh menuntut ilmu. Dan perjalanannya penuh liku, betul tak Nunama? Dan dengan ilmu, Cikgu Hakim meraih detik kejayaan bermakna. Bermakna bukan hanya diungkapkan dengan kata-kata, Dilla merasanya sendiri apa makna disebalik kejutan hari jadi.

Terima kasih yang menyertainya, semoga pertandingan ini menjadi ikatan ukhuwah sesama blogger. Maka klimaksnya pasti dinanti. Yezza ~ Nak umum sesuatu kejutan lagi. Insan yang hantar awal, Padin dengan Nailofar, akan automatik masuk dalam bloglist. Tahniah! Itu baru satu, sekarang, 7 terpilih, siapa dia? Direct to the point, Princess Shana, Saya, Sab, Syufa, Imanshah, Nailofar, dan Teratai. Tahniah diucapkan. Sekarang, pemenangnya antara mereka semua, jeng3x~ Diumumkan, tempat ketiga ~ Nailofar! Tempat kedua ~ Imanshah. Da choosen one ~ Teratai. Congratulation! Nak tuntut? Tekan menubar kat atas, pada contact, sila submit akaun bank anda pada sana, harap-harap CIMB la, haha. Bank lain pun ok saja, hehe. Hantar pada beta, selesai semua kerja. Sekali lagi, thanx sal join ^_^ Yang tak berjaya, edisi kedua InsyaAllah tahun depan, tapi dengan contest yang berlainan dari yang lain. Sebelum lupa, buat Cik Tom, juri kedua tu, Keen, hehe.

Cap Kaki : Selamat Hari Lahir Wahai Kenangan Terindah ^_^


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Contest Selamat Hari Guru, Cikgu!
  • Warming Up For Cool
  • Blog Review 2011 by Nurulchumel
  • Segmen Entry Terbaik
  • 500 Blog!

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Aktif and tagged . Bookmark the permalink.

30 Responses to Satu Gambar Seribu Penceritaan

  1. syufa says:

    waaa..maceh2!! ngeeeee!

    untuk cik nailofar : goodjob awaaaakkkk!! weeeee!!~ :)))))

    [Reply]

  2. padin says:

    Wah dah keluar keputusan, hee…
    congrats kepada pemenang, keh3 nama terawal join pon masuk list, thanx aretikz hee..
    padin recently posted..Tips Memilih Domain

    [Reply]

  3. tahniah buat para pemenang!~ :)

    heppy sebab first time masuk contest..haha
    dpt cari pengalaman….uhuk!~ ^^
    khaiyisahusna recently posted..Segmen Cerpen Kreatif bersama Ben Ashaari

    [Reply]

  4. miza yusof says:

    tahniah pada semua pemenang :) miza yusof recently posted..Kotak Menjerit Tergendala Buat Sementara Waktu

    [Reply]

  5. cik tom says:

    tahniah kpd semua pemenang…hehe..owh keen rupanya juri ke 2..ptt la xjoin contest ni…

    slmt hari lahir jgk ;) cik tom recently posted..Kenapa Susah Nak Dipanggil Temuduga

    [Reply]

  6. Shag says:

    Woah. Tahniah untuk semua. Lagi lagi buat pemenang! :D Shag recently posted..Award – Second Award for my followers ONLY!

    [Reply]

  7. Sufeenan says:

    Mabruk ‘alaikum…pilihan juri yg tepat..:)

    [Reply]

  8. masterx says:

    Tahniah buat pemenang,,
    anda memang best,,
    hehe…:)

    [Reply]

  9. teratai says:

    salam aretikz~terima kasih sbb beri peluang jadi pemenang, ni nanti tidur senyum memanjang!
    teratai recently posted..Syukrandapat award lagi!

    [Reply]

  10. mira_nas says:

    huhu.. tahniah pada pemenang~
    mira_nas recently posted..Ayam gajah pembuli

    [Reply]

  11. tahniah to all yg menang…hehe :)
    yg tak menang leh cube lg kan.. :)

    [Reply]

  12. teratai says:

    salam aretikz~kak dah hantar no akaun, dah x sabar ni…he,he..tqvm :) teratai recently posted..Syukrandapat award lagi!

    [Reply]

  13. imanshah says:

    salam

    wah macam tak caya lah, baru 2nd time masuk contest, tetiba dapat 2nd…masih dalam mood bersedih..pagi esok cuba untuk bergumbira..terima kasih tuan punya tanah, para juri dan para pembaca..

    [Reply]

    Azmi Reply:

    wah3…congrat abg man…
    nanti boleh la kau belanja aku..haha…
    Azmi recently posted..Hard Rock Cafe Hard Rock Hotel Penang

    [Reply]

  14. nunama says:

    aduiduidui.
    malunye kat Keen. siap suh dia join lagi,
    haha. rupanye the secret judge. hehe. :) nunama recently posted..Sedikit Kata-kata

    [Reply]

  15. Azmi says:

    tahniah kpd pemenang….
    insyalah aretik kalau kau buat aku join lagi..hehe…
    Azmi recently posted..Hard Rock Cafe Hard Rock Hotel Penang

    [Reply]

  16. keen~ says:

    tatau nk komen pe.. tahniah kpd semua~~

    p/s: wah3~ part ni yg sedap nk komen nih.. uhuk3~ sape tuh?? ^_^
    keen~ recently posted..- sepatutnya yang telah hancur berkecai! -

    [Reply]

  17. imanshah says:

    Mi, thanks ye kamoo yang tag aku..heh
    imanshah recently posted..PESAN PAK GURU BUAT ANAK DIDIK

    [Reply]

  18. farayhasukri says:

    wah..menarik sbb ade siap wat kesimpulan..suke2..tq2 aretikz!
    .tahniah2 kpd pemenang..:)
    farayhasukri recently posted..bukan peminat encek kacang

    [Reply]

  19. zahidah says:

    tahniah untuk semua pemenang…

    [Reply]

  20. OrenLimau says:

    hehe.tahniah kepada pemenang!
    kita semua adalah pemenang.tiada pengalah.haha.
    congrats!

    [Reply]

  21. toyol says:

    sekeping gmbar seribu makna..
    btul..
    hnya yg mmilki akan memahami..
    yg melihat blm tntu mngerti..

    [Reply]

  22. siti says:

    tahniah berjuta-juta lemon buat semua pemenang..kepada yg lain, kite semua bukan penggalah. HAHA :p siti recently posted..OMG! Saya dah jadi blogger!

    [Reply]

  23. ellen says:

    Tahniah kepada Aretikz kerana berjaya anjurkan kontest ni…Tahniah juga pada para pemenang, next time kalo ada contest harap2 ellen dapat join..itupun kalo ada cerita bagus punya..maklumlah Ellen tak pernah ada entry baik dan cerita bagus…tak reti buat la..hehe….

    [Reply]

  24. saya says:

    wahhh.congrats buat top 3. =))

    [Reply]

  25. sab says:

    hee..agak ketinggalan. tq ya :)

    pape pun.. entri ni best pulak di baca. wee~
    sab recently posted..perempuan jenis apa kau ni -

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: