Antara Dua Darjat?

Mana Ghazali. mana dia?”, tempik Tengku Mukris, mengejutkan seluruh penduduk kampung. “Bawa Ghazali ke sini, jika tidak, seluruh kampung menjadi mangsa!”, Tengku Mukris memberi amaran.

“Aku Ghazali, gerangan apakah kau ke mari, datang bertandang tanpa memberi salam”, Ghazali memunculkan diri.

“Oh, kau Ghazali ya, orang kebanyakkan yang tak sedar diri!”, Pang! Satu tembakan mengenai Ghazali. Maka berlaku adengan yang panjang dan malas aku nak cerita. Setelah di forward, maka Tengku Mukris terbaring di tanah, mengelap darah di mukanya.

“Lihat padaku, darahku berwarna merah, sama seperti darahmu. Tiada apa yang membezakan kita, hanya hati busukmu membanggakan keturunan yang tiada makna”, pedas, itulah yang dipulangkan kepada Tengku Mukris.

Dan tiba-tiba..

“Assalammualaikum”, satu suara memberi salam.

“Waalaikumsalam warahmatullah, siapakah gerangan dirimu ini?”, Ghazali tergamam melihat kedatangan tetamu tak diundang.

“Maaf, aku ni sesat sebenarnya, tapi lepas lihat adengan ni, sebagai saudara seislam, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, saling ingat-memperingati. Wahai Tengku Mukris, lebih baik anda bertaubat, kalau tidak, ending filem ni kau dah mati. Sia-sia tak sempat bertaubat. Jangan diturut rasa marah, nanti membawa binasa. Bawa banyak-banyak bersabar serta berIstighfar. Kalau tembakan kau tu headshot kena Ghazali, berdosa besar ko tau tak?”, oh, insan itu aku sendiri, macam mana aku masuk sini ya?

“Aku bukan apa, pangkat dan harta tak bawa ke mana, ada apa dengan Tengku tu? Bukan boleh bawa sampai ke kubur. Eh? Boleh juga lah, jadi Tengkurak”, sambung aku.

“Ha, Tengku dengar sendiri, bawa-bawa bertaubatlah”, sindir Ghazali lagi.

“Kau jangan nak cakap orang Ghazali, kau tu lagi lah, mengendap isteri orang, kau tahu tak betapa berdosa kau cuba mengacau isteri orang? Kalau dah tak ada jodoh tu, cukup-cukuplah. Apa yang ko renung cinta sesama manusia? Ko tahu tak cinta agung ialah mencintai Allah dan Rasul? Nak syndrom down kunun, tiada makna pun”, kena juga ko sebijik Ghazali, hatiku ketawa menari-nari.

Kini aku memandang Tengku Zaleha, pergh, boleh tahan, nasib bini orang. “Kau lagi Tengku Zaleha, yang ko pergi cari Ghazali buat apa lagi? Ko tu isteri orang, faham tak!”, tegas pula ayat aku ni, haha.

“Tapi, aku tak mencintai Tengku Mukris, pernikahan kami hanya ditentukan oleh ayah”, Tengku Zaleha mempertahankan dirinya.

“Ini lagi, baru jak aku nasihat si Ghazali. Ko dengan Tengku Mukris tu pasangan suami isteri yang sah. Adalah menjadi kewajipan bagimu untuk patuh dan taat kepada suamimu. Keredhaan Allah padamu terletak di tangan suamimu, tahu tak? Dosa curang ni, sudahlah tak tutup aurat, ish3x~”, aku hanya mampu menggeleng kepala. “Tengku Mukris, sudah la tu, berdamailah dengan Ghazali, jagalah isterimu sebaiknya, bimbinglah dia kearah yang betul, cukup-cukuplah kamu gaduh tu”, kata putus dariku, harap mereka sedar.

“Ghazali, aku minta maaf dengan apa yang ku lakukan, aku kini sedar kesilapanku”, bicara Tengku Mukris sambil cuba bangun untuk bersalam dengan Ghazali.

“Aku pun begitu juga, maafkan aku menggangu kehidupan rumahtanggamu, semoga berbahagia kamu dunia dan akhirat. Zaleha, lupakanlah aku, binalah hidup baru bersama suamimu,” balas Ghazali sambil memandang Tengku Zaleha. Tengku Zaleha hanya mengangguk sambil menangis teresak-esak, ending yang baik punya.

Allahuakbar, Allahuakbar!

“Azan Asar sudah berkumandang, bersihkanlah diri kamu, kita solat berjemaah bersama-sama. Besar khaifiatnya berbanding solat sendiri”, kataku sambil tersenyum.

“Ha, ni mazhab mana ko guna ni? Kami jak solat Asar, ko tu pergi solat Subuh!”, tiba-tiba Sudin menyampuk.

“Eh? Biar betik?” Lantas ku terbangun dari tidur!

******************************

“Aikz, mana semua orang ni? Aku punya babak mahu tembak Tengku Mukris sebelum Ghazali kena tembak ni. Peliknya?”, Aduhai Tengku Aziz, sudah Happy Ending lo, har3x~

Cap Kaki : Semoga aku tidak disaman akibat menukar jalan cerita dan dialog, amin!

Ini juga ceriteranya

  • Warkah Seorang “Playboy”Warkah Seorang “Playboy” Assalammualaikum dan salam sejahtera Aku sedar, penulisanku ini mungkin tidak menggambarkan keseluruhan mereka yang di luar sana, tetapi aku terpana, mengapa mudah menjatuhkan hukuman […]
  • Ceritera Doktor Yang?Ceritera Doktor Yang? Kisah 1 Di sebuah rumah orang kaya, anak mereka mengalami sakit yang teruk. Orang kaya itu menelefon doktor peribadi mereka untuk segera merawat anak kesayangannya. Doktor tiba dan […]
  • Kisah Tauke Dan Si PerokokKisah Tauke Dan Si Perokok Pada suatu hari, tatkala hujan renyai-renyai, seorang pemuda bernama Mamat telah masuk ke sebuah kedai. Dan disitulah, sebuah cerita bermula.... Mamat : Tauke, rokok Malboro biru […]
  • Tips Jimat Yang Orang Biasa BuatTips Jimat Yang Orang Biasa Buat Berita buruk buat yang kerja Goverment, minggu depan dah gaji. Eh? Napa berita buruk? Sal nak tunggu gaji seterusnya memang bisa. So, masa ni orang nak berjimat cermat kan? Kalau nak […]
  • Buat Lelaki Yang Nak NikahBuat Lelaki Yang Nak Nikah Entri sesimple-simplenya. Khas buat Lelaki tetapi wanita pun boleh lihat video ni. Kalau memang dah tak sabar, memang beginilah jadinya, hehe. Atau nervous kali? Apapapun, Layanzz~ […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. ironinya..haha, hebat la inan itu..nasib baik ceritahappy ending. paling tak tahan kenyataan si Sudin..

    “Ha, ni mazhab mana ko guna ni? Kami jak solat Asar, ko tu pergi solat Subuh!”, tiba-tiba Sudin menyampuk.

    di sisi allah memang tiada istilah darjat.. hanya yang membezakan ialah Taqwa..
    harta, darjat,pangkat, tiada apalah padanya boleh dibawa ke negeri yang kekal abadi
    mira_nas recently posted..Cara mengesan blogger gila trafik!

    • Hehe.. hepi ending.. ahakz.. apapapun.. mimpi tu tak sama mimpi sebenar.. haha..

      Betul, setuju dengan mira.. disisi Allah semestinya tingkat ketakwaan.. Sama2 kita meningkatkan takwa kepadaNya.. :)

  2. Wow…hebatnyer
    anda bijak dan kreatif !
    Follow momoy back yer….kiter boleh kenal2
    MY RECENT POST : JAPAN MAID CAFE a.k.a Cosplay Restaurant
    Jangan lupa VOTE Momoy di BBPM No. 382 !!

  3. aku suka sume crita P Ramli, ada message dalam cerita
    tengok byk kali pun x pa…
    sud@is recently posted..Elak 7 Perkara Selepas Makan

  4. oh ghazali…hehe…atik ni mmg peminat cerita p ramlee ek??kbykn n3 byk kisah p ramlee..cuma telah di auta oleh owner blog ni..tp xpe menarik..hehe..
    cik tom recently posted..SUARAPEOPLEDOTCOM SANGAT GEMPAK

  5. wah3~ best~~ tahniah~~ ^_^

Trackbacks

  1. […] mana arah hendak aku tuju? Argh! Sesat gila sudah ni, sudahlah cerita Antara Dua Darjat, sekarang masuk pula Anakku Sazali. Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku tersepak tunggul, dan lantas […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: