Kutuk Panas? Kutuk Sejuk?

Ikut sedap kau jak nak cakap apa kan? Ko ingat kau siapa woo! Suka hati nak cakap orang. Nak kata orang itu, nak kata orang ini. Aku tahulah blog ko tu famous amos, tapi buat apa nak burukkan sesama manusia? Apa yang kau dapat dengan memburukkan orang? Pengunjung datang tempat aku lagi bertambah. Padan muka kau! Suka sangat nak burukkan orang. Cuba bagitahu dulu apa faedah nak kutuk-kutuk orang ni? Sendiri punya blog pun ada copy paste, lepas tu ada copy tempat aku lagi! Macam biasa lah tu, buat muka tak malu, mengaku hak cipta terpelihara tempat dia!

Yang aku tak puas hati lagi ni, bukan seorang kau nak kutuk, banyak lagi orang kau kutuk. Siap detail lagi suruh orang jangan masuk blog orang! Aduhai, mana nilai-nilai agama yang kau belajar? Suka cakap tentang agama, tapi cakap buruk juga tentang orang. Berkat kah begitu? Ilmu itu yang kau ajar pada dunia. Yang aku hairan, banyak juga komen-komen yang menyokong kau burukkan orang. Pelik ya, apa kes? Apa jampi ko bagi dengan dorang ni? Panas aku, hangat ni, kalau bagi penumbuk sedap juga ni!

******************************

Oh Yeah ~ Aku bukan marah siapa-siapa ya, hehe. Asyik-asyik kerja aku nak memanaskan keadaan jak. Sebelum tu aku nak tanya korang, pernah tak tengok Oh Yeah? Yang kat Astro Warna tu? Mungkin ada yang pernah, mungkin ada yang belum. Tapi kali ini aku bawa anda merasai Oh Yeah dalam blog. Bagaimana? Mudah sahaja, yakni menerapkan elemen sindir-menyindir dalam ketidakpuashatian anda. Ilmunya, pastikan ayat anda baik-baik sahaja, manisĀ  begitu. Pada last ayat cuba terapkan elemen senyum. Dan pada part-part perkataan, bagi panjang huruf dia. Bagi menang sahaja mereka yang anda tidak puas hati. Nak lihat contoh? Mari kita terjah, jeng3x~

******************************

Wahai saudara yang saya sememangnya tak kenal anda siapa, tapi betapa saya bertuuuuuah sungguh kenal anda siapa :D . Mulut anda sememangnya tercipta untuk berkata-kata, tak kiralah nak cakap pasal apa sekalipun. Eh, sukanya saya, suka sangat-sangaaaaaat :D . Lebih-lebih lagi anda blogger populaaaaar, terkenal, bangganya saya mengenali anda. Saya tahu, anda bukan memburukkan, awak kan popular, mana boleh burukkan orang :D . Saya bangga anda sebuuuuut tentang saya tau, tak putus-putus orang datang tengok saya terus. Terima kasih saya ucaaapkan, awak memang baaaaaik hati :) . Oh ya, memang blog saya ni tercipta untuk awak copy paste saja, jangan risau ya. Ambil saja, awak cakap awak punya pun tak apa, kan sharing is cariiiiing? :)

Oh, rupanya banyak pula awak famouskan orang lain ya, ingatkan saya sahaja. Baaaaaik sungguh hati awak, kagumnya saya :) . Saya setuju lah awak suruh jangan masuk blog saya dan orang-orang berkenaan. Blog saya tak menarik macam awaaaaak, malu saya orang tengok. Lagipun, awak kan pakar agamaaaaa, entri awak selalu nasihaaaaaaat tentang agama, baguuuus lah awak ni, memang baik, mana mungkin ada hati nak burukkan orang kan? :) . Berkat tau yang awak ajar, bagus sungguh. Oh, yang suka komen-komen awak pun baik sangaaaaaaatt. Pengikut setia tau, memang patut mereka ikut awak, tak terpesong ke neraka :) . Sungguh sejuk hati saya, lain kali saya bagi hadiah kat awak supaya blog awak maju jaya selama-lamanya. Kelas gitu.

******************************

Amacam? Murni tak ayat tu? Ada lebih kurang macam minyak masak Seri Murni tak? Erk? tau lah minyak Alif yang popular, ahakz. Apapapun, tak kira macam mana ayat korang, asal niat nak buruk orang, janganlah, berdosa. tak baik. Yang diatas tu pun jangan ikut. Saja jak aku buat macam tu, haha. Ajaran sesat betul! Yang penting, jika kita buat baik dengan orang, InsyaAllah orang buat baik dengan kita, begitu juga sebaliknya :) . <— Bukan ayat sindir tu, hehe.

Cap Kaki : Jangan lupa klik Vote Pilihan 4 Nombor 153 8) Thanx~


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Nescafe 3 In 1 : Shoutbox Terlampau, Rm 30 Dan Sekuntum Mawar
  • Saya Nak Masuk Blog List Ellen
  • Nuffnang Oh Nuffnang
  • Nescafe 3 In 1 : Isu Kutuk, BPM 2010 Dan Hadiah Hari Jadi
  • Antara Dua Darjat?

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Mengarut and tagged , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Kutuk Panas? Kutuk Sejuk?

  1. keen~ says:

    yeahhh~ senyum itu kn sedekah~~ ^_^
    alaaa.. sindir dlm diam, xslh kn?? ha3~ ^_^
    keen~ recently posted..- gembira dalam malu -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. senyum itu memang sedekah,.. ahakz..
    xda salah pun.. yang penting niatlah.. ahakz..

    [Reply]

  2. padin says:

    apa yang berlaku ni aretikz heee…
    padin recently posted..Mahsuri Dan Lagendanya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Xda apa2 bro.. saja jak.. hehe.. auta semata-mata.. hehe..

    [Reply]

  3. siti says:

    err..ape kes ni atik?heh, taknak sindir2 sape2 boleh?hehe :) siti recently posted..Kasih bapa sampai

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Xda kes la Siti.. hehe.. saja jak tu.. anyway napa private? xdapat den nak terjah.. hehe..

    [Reply]

  4. cik tom says:

    erm ade gosip baru??hehe…dah lm xym..kalo xleh korek rahsia…hehhee…
    biasa la tue..kdg2 ade yg lupa daratan..bl dia kutuk2 dpt backlink jgk…ln kl kutuk blog cik tom sekali dan bg backlink ye..hahahahaha..
    cik tom recently posted..SUARAPEOPLEDOTCOM SANGAT GEMPAK

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. xda la cik tom.. hehe.. saja jak ni.. or8.. nanti kutuk cik tom.. haha..

    [Reply]

  5. Pingback: Nescafe 3 In 1 : Isu Kutuk, BPM 2010 Dan Hadiah Hari Jadi | SeGaLa CeRiTeRa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: