Nescafe 3 In 1 : Isu Kutuk, BPM 2010 Dan Hadiah Hari Jadi

Nescafe 3 in 1, bukan bermaksud diri ini mahu membelanja nescafe. Kalau sorang satu minta belanja nescafe 3 in 1, pergh, bankrap itu konfom. Ramai blogger kan di Malaysia ni, ahakz. Ada perkaitan di antara 3 perkara di atas dengan entri ini. Apa kaitannya? Ada, tapi kita selami dahulu isu itu satu-persatu.

Mula-mula isu kutuk ni. Anda ada baca entri Kutuk Panas? Kutuk Sejuk? Tiada? No komen, haha. Tapi untuk yang komen tu, inilah penjelasannya. Sebenarnya tiada isu kutuk-mengutuk pun, saja jak buat entri macam tu. Sal tengok rancangan Oh Yeah kan, terdetik nak buat benda tu. Kalau ada yang lihat part isu sindir menyindir dalam Oh Yeah, memang tahu apa yang cuba saya sampaikan. Cuma adaptasi ke dalam blog sahaja, tiada niat lain pun, hehe.

Kalau tidak, konfom ada yang tak undi nombor 153 di BPM nanti, haha. Anyway, Oh Yeah tu rancangan baru di Astro Warna, memang gelak guling-guling  jugalah tengok tu. Kesimpulannya, jangan nak mengutuk, dosa, hehe.

******************************

BPM 2010, hangat seyh. Banyak blogger baru termasuk diri ini mempromote habis-habisan nombor ekor bertuah, haha. Kalau siapa yang ada add fb aku, nampak sangatlah promosi gila aku ni. Last-last, aku rasa, benda promote macam ni sangat sia-sia. Betul, bukan main-main. Kenapa aku cakap macam tu? Adakah nombor 153 itu tidak memberi tuah? Siapa cakap tiada tuah, popular tau, tak percaya? Nah, aku bagi bukti!

Bukti tipu malah tiada kaitan, hehe. Bukan sebab aku dapat undi rendah, tapi aku menelesuri apa yang patut kita buat sebagai blogger baru, yakni janganlah kita promote sesuatu yang sia-sia. Maksud aku? Kita promot, tapi blog kita sebenarnya tidak tingkatkan apa yang patut. Bertempek sticky post number, dan entri di bawah, ada kureng sikit. Bukan aku punya blog bagus, cuma kita cuba tingkatkan apa yang patut.

Contoh bila kita menang, konfom ramai orang akan tulis tentang pemenang, dan mesti ada link ke blog kita. Takut-takut yang 1st time terjah, bila masuk, mereka tertanya, apa yang buat orang pilih  blog macam ni? Konfom jadi macam kat bawah ni ~

So, kita yang baru-baru ni, ambil kesempatan segmen yang dibuat oleh Azman Roslan, untuk menunjukkan apa yang ada blog kita, yang buat orang masuk, ada penuh ummpphh ~ Konfom yang datang, akan datang lagi berkali-kali, percayalah. Sebab tu aku sudah buang sticky post tu, sebab aku takut entri aku yang aku ingin kongsi orang terlepas pandang. Tapi terpulang cara kita masing-masing, yang penting bersaing cara sihat, kan? Sekali lagi, Vote 153 di sini, haha!

******************************

Hadiah hari jadi? Kalau aku menang BPM ka pula? Lambat lagi hari jadi aku. Aku cuma tertarik dengan cerita dari Pak Nil, yakni Aznil Haji Nawawi dalam ruangan Borak Pak Nil. Tajuk dia serasi bersama Shira. Dia mengulas tentang program terbarunya nanti, Serasi Bersama. Apa kaitan dengan hari jadi?

Bukan apa, dalam rancangan tu, akan dikongsikan cerita kisah rumah tangga selebriti.Aku ni tiadalah minat sangat nak tahu cerita pasal artis, tapi Melodi pun pandai tengok juga, haha. Salah satu ceritanya, berkenaan novelis terkenal, Ahadiat Akashah. Hakikatnya, Ahadiat dan pasangannya, tak pernah sambut birthday tau. Mereka abaikan sahaja kalau nak bagi hadiah birthday pasangan masing-masing.

“Selalunya dalam rumah tangga, ramai pasangan kecil hati jika pasangan lagi satu terlupa tarikh hari jadi dan ulang tahun mereka, apalagi bila tiada pula hadiah disediakan. Namun pasangan ini mempunyai alasan munasabah.

Bagi Ahadiat, jika sekali hadiah diberi pada tarikh penting itu, ia perlu diteruskan sehingga bila-bila. Jika sekali terlupa, keadaan akan lebih parah.” Ini aku copy paste sikit dari Hmetro online, hehe. Nak tahu cerita lebih? Klik sini jak.

Tapi bila fikir, ada betulnya. Takkanlah kita cuma baca Yassin pada malam jumaat kan? Hanya berpuasa di bulan Ramadhan sahaja? Bersedekah tatkala Solat Jumaat? “Lagipun, kata Ahadiat, sebenarnya kalau nak beri hadiah tak perlu tunggu tarikh istimewa dan ini sebenarnya yang akan menjadikan hari-hari mereka dipenuhi dengan banyak kejutan.”

Jadi, kita tukar mentaliti kita, nak beribadat jangan pada hanya waktu tertentu, InsyaAllah, Allah akan memberi pelbagai kejutan buat kita. Selagi kita ikhlas kepada pasangan kita, dia akan sayang dengan kita, begitu juga denganNya, selagi kita sentiasa melakukan sesuatu keranaNya, pasti Dia akan memberi ganjaran kepada kita. Apapapun, cuba adaptasikan dalam berblogging, insyaAllah, kita dapat sesuatu manfaat darinya.

*****************************

So, apa kaitannya? Kaitannya, aku saja jak mahu letak entri ni dalam entri “Nak promote blog supaya dapat undian?” dalam BPM tu. Panjang gila lah pula, haha. Tapi, macam aku cakap, aku perbetulkan niat aku, menulis bukan untuk popular, tapi menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang, InsyaAllah, itu yang aku perlukan sekarang. Semoga berjaya kepada mereka yang ikut, jom promote blog kita, undio noh 153, haha.

Sebelum terlupa, kepada Maryam yang request pertanyaan tentang diam dan usaha, esok saya akan buat satu entri mengenainya. Memang nak buat pasal tu dari dulu, tapi belum berkesempatan. Ha? Entri tentang apa? Tunggulah esok, hint dia, pernah cakap dengan Cik Tom nak buat benda ini, dan paling kuat sekali, ready-ready dengan Keen, pasti dia cakap nak dekat kategori wajib kahwin, haha.

Cap Kaki : Marilah mari, kita mengundi, biarpun tak cukup umur, haha.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Nescafe 3 In 1 : Shoutbox Terlampau, Rm 30 Dan Sekuntum Mawar
  • Tak Update Pun Tak Apa
  • Azam Yang Tak Tercapai Akalmu!
  • Nescafe 3 In 1 : 5 Sandakan, BPM Hari Ini Dan Terima Kasih
  • Entri Dalam Entri

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Nescafe 3 In 1 : Isu Kutuk, BPM 2010 Dan Hadiah Hari Jadi

  1. keen~ says:

    perghhhh~ ni sejk bila bljr kumpul2 byk cite dlm 1 en3?? =.=”
    btw, keen dh undi~~ bleh undi brapa kali lg?? ^_^
    yup2~ jgn tunggu masa t’tentu.. tp wat la ari2.. hik3~ ^_^
    keen~ recently posted..- gembira dalam malu -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha..saja jak.. belajar mempelbagaikan cara penulisan.. ahakz..
    Thanx Keen.. sekali jak lah..s al tu orang cakap bawa bala tentera.. haha//
    Yezza.. istoqamah kan ^_^

    [Reply]

  2. gnesop.com says:

    good luck artik..
    nescsfe? mmg kegemaran sop.. huhuhu

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx bro,, hehe,,
    Erk? Jarang pekena nescafe.. hehe..

    [Reply]

  3. hahaha.. yang ni nampak blog yang patut di pilih.. betul tu. perlu tunjukkan potensi blog, baru orang undi.

    akashah kata tak perlu tunggu tarikh special nak bagi hadiah.. leh buat surprise banyak2 dalam setahun. leh praktik ni. hihi ;P

    **lupa nk jwb soalan math cik kak..
    ASaDa RyutaRo recently posted..Kaer Azami

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Biasa2 jak bro.. hehe.. sekadar pandangan untuk diri sendiri juga agar tidak ghairah mempromote.. hehe..

    praktik.. jangan xpraktik.. kalau boleh minta pasangan praktikkan dengan kita banyak2.. bru best kan? haha..

    ** hok olo.. wajib tu.. tp.. bukan cik kak.. lelaki ni,, hehe..

    [Reply]

  4. undi la parti aretikz.. konpem dapat kupi bila menang. bro mesti ada slogan yg menarik la
    Sasa Al-Sharif recently posted..Berdiri Di Mata Dunia

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. undi2.. kupi apa tu aa geng? ahakz..
    Erk? slogan? aduh.. apa slogan best ya? ahakz.. ka manifesto mo di wat ni? hhe..

    [Reply]

  5. noa says:

    “kata Ahadiat, sebenarnya kalau nak beri hadiah tak perlu tunggu tarikh istimewa…” ko tanak bg hadiah kat aku ke =)
    noa recently posted..Who Will Win

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Pergh ~ dengan senyuman lagi tu.. begitu menggoda sekali. ahakz.. ni yang cair nak bagi hadiah ni.. ok2.. nak bagi.. hadiahkan doa.. boleh? ahakz..

    [Reply]

  6. kuat kempen anda! haha… wee!~ btw undi xsah dah dijalankan pada no 153 tu..nasib baik xkena halau sebab umor xcukup g….hak3…

    betol2… xsemestinya nak kena tunggu ari istimewa baru nak bagi hadiah. tp kalau bg pun best jugak kan? hahaha…..:)
    khaiyisah husna recently posted..pesta raih undi

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. Macam tahu2 jak? ahakz.. Xdalah kuat sangat.. asal ada orang cakap.. hehe..yezza.. thanx atas undian tidak sah tersebut.. hehe..

    Yup.. everyday is a lovely day terus.. hehe.. kalau bagi memang la best.. sepa xnak hadiah pula.. ahakz.. jadi.. bila nak bagi beta hadiah ni? eh? haha..

    [Reply]

  7. cik tom says:

    kuat kempen tue aretikz..cik tom dh stop..hehe…good luck cik tom ucapkan ye…

    cam boleh agak je n3 pe??n3 turun dr langit tue ker??dah lama la tunggu..hehe..
    cik tom recently posted..Hapuskan Air Matamu Dengan Azam Baru

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ahakz.. kalau cik tom memang kenapatan la gara2 ada fb.. tapi pastu xseberapa sudah.. hehe.. asal ada kempen jak.. hehe..

    Yezza.. turun dari langit.. soru wat tertungu.. tapi.. en3 mana yang cik tom komen tu ya? lupa suda ni.. haha..

    [Reply]

  8. maryam says:

    ill wait for the new entry of yours :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx 4 waiting.. :)

    [Reply]

  9. imanshah says:

    wah banyak citer..bersiaran dari kampung ni..susah tol nak fapat line internet..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Wah.. Live from hometown ka bro? hehe..

    [Reply]

  10. bisk says:

    sebenarnya en3 nih lebih menjurus kepada mari lah mengundi no 153…ya kan atik?hehe.kalau rasa blog sudah cukup layak untuk bertanding tiada salah kalau mau mencalonkan blog dalam apa orang hebohkan sekarang nih BPM..ya BPM dan aku belum pernah ikut apa2 pencalonan.harap sukses atik.sabah maju jaya!haha
    bisk recently posted..sendiri

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. Tidak la sangat.. hehe.. Yup.. kalau dah tercalon.. boleh bertanding secara sihat.. terpulang dengan cara masing-masing kan, hehe..
    Thanx.. Yezza.. Sabah maju jaya.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: