Tajuk punya panjang gila, terbelit-belut lidah menyebut. Oh, persoalan jodoh. Sekarang lagi musim “kahwin”, banyak jemputan untuk habiskan beras. Orang bujang paling suka bab ni, maksud aku, bukan bab kahwin, tapi kenduri kahwin, makan free kan, haha.
Tapi part yang orang cakap “tak best”, kalau kena tanya soalan maut, bukan soalan matematik amsa komen entri aku ni.Soalan dia cukup simple, “Bila kau nak kahwin ni?”, “Giliran kau bila lagi?” dan jawapan dia pun simple, “Belum ada jodoh lagi, nak buat macam mana”.
Persoalan jodoh, semua memang terniat nak kahwin, nak ikut sunnah Rasulullah. Lepas tu terhindar juga dari maksiat. Masalahnya, jodoh belum ada. Belum jumpa. Maka, keluarlah ayat “Entahlah, tiada jodoh aku kali tau”, pergh, maaflah, ayat tu tidak boleh diguna pakai. Minta maaf, minta ampun, kirim salam di angin lalu.
Telah dinyatakan di dalam Al-Quran, “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”. (Yassin:36)
Surah yang selalu dibaca lagi, Yassin. Tapi, ayat itu umum, tak kiralah lelaki dan perempuan, setiap makhluk punya pasangan, umpama siang dan malam, laksana lautan dan daratan, semua tetap ada pasangan. Oleh itu, kita hendaklah yakin bahawa jodoh kita tetap ada, dan sememangnya akan datang pada kita. Yang membezakannya adalah cepat dan lambat.
Persoalannya, kenapa belum ada jodoh lagi? Jodoh bukan macam dalam cerita P.Ramlee, sekali petik, sepuluh yang datang. Kita kena berusaha ke arahnya, InsyaAllah akan ketemu juga. Berusaha? Berusaha macam mana tu? Kan tak elok berkapel? Ni nak suruh usha awek ka? Atau skodeng awek?
Mudah sahaja sebenarnya, terutama bagi lelaki. Nak mengurat awek tiada salah pun, tapi bukan ayat piiwwiitt! Nak mengurat, biar berseni, dan berseni diam. Korang nak ayat skill luahan cinta, baik simpan sahaja, sebab syaitan paling suka nak masukkan jarumnya dalam sesi luahan hati, selagi ianya bukan halal buatmu. Macam mana nak ayat skill diam ni?
Perkasakan peribadimu, jadikan dirimu hebat! Seorang yang mempunyai peribadi yang tinggi pasti akan dipandang orang, konfom awek yang diminat mesti tertawan. Yalah, semua orang nak pasangan mereka yang terbaik, kalau mahu yang terburuk dari ladang, fius rosak lah tu. Kalau dah yakin dia tertawan, bukan jumpa dia, pergi jumpa mak bapa terus, cakap minta izin, nak menyunting bunga di taman. Yang penting, jangan cakap menyunting bunga tahi ayam!
Yang perempuan pun sama, mentaliti kena ubah, jangan fikir sangat perigi cari timba. Sepatutnya memang perigi patut kena cari timba pun, kalau dah jumpa perigi, mestilah kita cari timba kan? Usaha anda? Bukannya pergi tempat lelaki idaman anda tu, lepas tu cakap “Sila pinang saya, harap maklum”. Macam juga yang saya katakan pada lelaki, tapi pada perempuan, perhaluskan peribadi, serlahkan kualiti anda selaku seorang wanita, pasti si dia tertawan. Macam iklan Safi, betulka?
Eh? Itu sapi, hehe. Siap aku kena saman Syarikat buat Safi ni, haha. Apapapun, cuba kita imbas kembali, kenal Siti Khadijah? Konfom kenal kan? Lihat bagaimana beliau sendiri memulakan langkah, merisik Rasulullah melalui Nafisah. Kemudian datang rombongan meminang dari pihak lelaki setelah diketahui hasrat Khadijah itu. Jadi tidak salah untuk wanita memulakannya. Yang penting penuh hikmah, bukannya ikut nafsu semata-mata.
So, buat lelaki dan wanita, sememangnya telah tertulis jodoh kita dengan siapa, tapi usaha kita perlu ada untuk mencapainya. Kerana kita tidak tahu siapa gerangan mereka yang mengisi tempat di sisi kita. Banyak lagi usaha yang boleh dibuat, yang penting, kita tidak menyalahi syarak. Buat lelaki, nanti aku ajar teknik mengurat dari jauh. Nak tahu? Undi dulu 153, amacam? haha.
Cap Kaki : Malaysia Lawan Vietnam, sokonglah Malaysia! Jangan lupa sokong 153! Haha.
Comments
Powered by Facebook Comments


Sama sama berusaha memperkasakan diri..jgn la tak berusaha majukan diri..tapi nak pasangan hebat belaka..
[Reply]
aretikz Reply:
December 15th, 2010 at 10:01 pm
Betul2.. Nak yang baik.. Jadilah yang terbaik.. hehe..
[Reply]
suka n3 ni..mampu buatkan cik tom tersenyum kembali..thanks ye..
atik..tenkiu atas komen membina tue..cik tom terlupa yg cik tom pernh buat n3 tue..thanks..touching siap nangis lg..sob3..thanks again..ni syg atik
[Reply]
aretikz Reply:
December 15th, 2010 at 10:03 pm
Thanx Cik Tom.. hehe.. Yang penting.. Ur smile again.. hehe..
Pergh ~ Xsalah nangis.. sal nangis yang cik tom wat tu yang berkualiti.. sayang cik tom juga.. eh? haha..
[Reply]
baikkanlah diri untuk dapat yang terbaik….selain doa dan tawakkal juga
best entry…kao kao…
sud@is recently posted..Peristiwa 10 Muharram dan Amalan Sunat
[Reply]
aretikz Reply:
December 16th, 2010 at 6:36 am
Yup.. Nak dapat yang baik hendaklah jadi yang terbaik.. hehe..
Thanx bro.. besa2 jak..
[Reply]
haaa.. jodoh yg sebenar bukan senang nk carikan..
p/s: sempat lagi promote vote. ehehe
[Reply]
aretikz Reply:
December 16th, 2010 at 6:37 am
Yezza ~ memang xsenang.. tapi dengan usaha InsyaAllah.. tapi.. ada jodoh tidak benar ka? hehe..
[Reply]
haha betul tu aretik
hehe aku nak tanya kau sekali lagi kau nak kawin agak2 masa umur brape??
haha..
[Reply]
aretikz Reply:
December 16th, 2010 at 6:38 am
Haha.. solan maut ka pula? ahakz..
Kalau men agak2.. mcm besa la umur standard.. 25 wei.. hehe..
[Reply]
yep2,, nak masuk tahun baru ni.. azam baru kena tambah untuk memperbaiki diri.. kan3..sebab Allah tak ubah sesuatu kaum melainkan mereka berusaha untuk mengubah diri sendiri..
huhu.. semua orang duk tulis pasal kahwin ni..dah musim agaknya..
mira_nas recently posted..List of awards!
[Reply]
aretikz Reply:
December 16th, 2010 at 10:32 am
Betul2.. hehe.. Anjakan paradigma kan.. hehe..
Erk? Dah banyak kenduri kahwin.. haha.. tapi.. memang blog saya tulis sal ni yg banyak.. haha..
[Reply]
bestla atik!thank you.tp kalau org yg diminati tu berada jauh.usaha untuk berkenalan dengan si dia harus atau tidak untuk perempuan
?mcm bersms tanya khabar
?atau lebih baik diam. haha.sekadar bertanya
[Reply]
aretikz Reply:
December 16th, 2010 at 10:39 am
Your welkem.. hehe.. uuh.. sebelum tu.. kita sms tanya khabar tu untuk apa? memang nak tanya khabar ato nak mengusha? yakinkah mesej itu untuk tnya kabar? xtercakap hal sinta2? hehe.. semua tu dari hati..
Apa kata Maryam cuba try baca entri saya yang beza cinta sebelum kahwin dengan kapel.. mungkin boleh dapat dari sana kot,, hehe.. ada tu dalam list numba 3 paling banyak orang view..
[Reply]
aku ada kawan single, ko nak kenal tak?? ngeh3 =p
pssst…aku menci solan math ko tu, siap kne gune kalkulator kot
noa recently posted..Who Will Win
[Reply]
aretikz Reply:
December 16th, 2010 at 10:44 am
Aikz.. ko x single ka pula? haha…
Erk? Huaaaa.. trimas kerna menjawab dengan bergaya.. haha… yelah2.. nanti aku cari alternatif lain.. haha..
[Reply]
witwittt~ skala ketinggian dh makin naik.. beberapa ari lg dh nk masuk taon baru.. so, tinggal lg setahun.. tahniah yep~ ^_^
btw, bagos tuh.. kita kena b’usaha jugak.. tp, jgn la t’lmpau desperate.. jd stalker pon best gk kn?? cam keen, si stalker t’hebat! ha3~ ^_^
btw, sempat lg promote blog sendiri tuh.. ni cam gaya ahli2 politik nih! ha3~ ^_^
p/s: ada si anonymous komen kt blog keen.. aytnya lebih kurang camni.. ” *5 tahu pasal blog keen sbb ada kwn *5 yg suruh dia bc kisah tentang si dia kt dlm blog keen tuh..”.. post yg dimaksudkn itu adalah post ttg bicara ati keen tuh.. & scr automatiknya *5 tahu post itu dituju kt dia! waaaa~ tlg3~ T____T btw, komen tuh keen xapprove lg tau.. klu dh approve, keen bgtau la yep~ ^_^
keen~ recently posted..- izinkan saya menangis! -
[Reply]
aretikz Reply:
December 16th, 2010 at 2:41 pm
Berulang kali diriku cuba memahami ayat d atas itu.. baru ku mengerti.. haha.. doa2kan jak la kalo ya.. eh? haha..
Yup.. usaha tu patut tp jangan desperate sangat.. bersederhana katakan.. hehe.. Keen stalker ke.. stallkeeper.. eh? haha..
p/s : ha? kan.. ramalanku benar belaka.. so.. tinggal menanti kompang jak la ni kan? yezza.. haha.. best ni.. haha.. macam fairytale.. kan3?
[Reply]
“Perkasakan peribadimu, jadikan dirimu hebat! Seorang yang mempunyai peribadi yang tinggi pasti akan dipandang orang, konfom awek yang diminat mesti tertawan. Yalah, semua orang nak pasangan mereka yang terbaik, kalau mahu yang terburuk dari ladang, fius rosak lah tu. Kalau dah yakin dia tertawan, bukan jumpa dia, pergi jumpa mak bapa terus, cakap minta izin, nak menyunting bunga di taman. Yang penting, jangan cakap menyunting bunga tahi ayam! ”
perh..mantap ayat tuh! setuju3x… pernah jugak minat seseorang tp tak rasa diri cukup sempurna. tengok dari jauh boleh tak?hahaha…gedik betul! =.=”
wot3..sempat lagi berkempen..terbaik la! hahaha
khaiyisahusna recently posted..pesta raih undi
[Reply]
aretikz Reply:
December 16th, 2010 at 2:46 pm
Hehe.. Thanx ^_^ .. Uuh.. macam tu ka pula? kena yakin dengan diri.. kalau dah jodoh.. InsyaAllah dia menyempurnakan dirimu.. hehe..
Selagi boleh la katakan.. hehe.. Kempen dari en3.. lagi bek.. ahakz..
[Reply]
bagi saya
jodoh adalah bila bertemu dgn org yang tepat pada masa yang tepat
Kujie recently posted..ASB – Bila Anak Menjadi Dewasa
[Reply]
aretikz Reply:
December 16th, 2010 at 2:55 pm
Hehe.. betul tu kak kujie.. hanya tuhan yang tahu orang dan timingnya.. tapi untuk mencapainya.. dari kita saja..
[Reply]
jangan risau, ehehhe lambat laun ada lah tu jodoh.. kalau dah sampai seru, tak kemana punya ..
[Reply]
aretikz Reply:
December 16th, 2010 at 3:17 pm
Yezza.. kepada pembaca sekalian.. dengarlah nasihat cik ain.. hehe.. betul tu.. dah sampai seru xkan kemana..
[Reply]
rilek2 dulu.. hik3
mungkin bagi org-org tua yang sudah bekerja seperti mu.
ya mungkin sudah patut mencari-carilah jodoh yang seswai.
bagi kami yang masi jiwa muda dan study lagi..
err rilek2 dulu.. belajar belum habis tiba-tiba pula mau kawen apa semua.
biar capai matlamat satu-satu dulu..heheheh..
sampai masa Insya Allah.. hihihi
nui recently posted..Rest in Peace
[Reply]
aretikz Reply:
December 16th, 2010 at 4:49 pm
Cis,. tua katamu? haha.. mentang2 buku itu ada ditanganmu ya? ahakz..
Terpulang kepada masing2 sebenarnya.. bila nak cari.. hehe..
Cool.. aku tau ko kawen tahun depan kan? haha..
[Reply]
nui Reply:
December 17th, 2010 at 3:16 pm
hmm salah esk sda sy kawen. hahaha
nui recently posted..Rest in Peace
[Reply]
aretikz Reply:
December 17th, 2010 at 4:00 pm
Esok ka pula? Cis.. nda pandai menjemput ni.. ni lah orang merampong ni.. haha..
zaman skarang xde istilah perigi cari timba, hihi..jodoh kdg2 ada kat depan mata tp kita sendiri x nmpk..Allah bagi kita hint, dan apa yg kita perlu buat, adalah usaha..
luna Q jimat recently posted..15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGERCOM CONTEST
[Reply]
aretikz Reply:
December 20th, 2010 at 7:07 am
Yup.. betul2.. terangtungtang depan mata.. tetapi wat dek jak.. hehe…
Yang penting usaha yang diredhaiNya..
[Reply]
Pingback: Tips Mengurat Gadis Cara Aku Episod 1 | SeGaLa CeRiTeRa