Sally, yang berusia 8 tahun, adalah anak sulung daripada dua beradik. Dia baru sahaja mengetahui yang adiknya, George, sakit dan perlu dan dibedah. Ibu bapanya yang berpendapatan rendah tidak mungkin mampu membiayai perbelanjaan pembedahan yang mahal itu, apatah lagi jaminan insurans kesihatan mereka sudah lama ditamatkan kerana tidak mampu membayar premiumnya.
“Hanya doa dan keajaiban yang dapat menyelamatkan adikmu!” kata bapanya kepada Sally.
“Keajaiban? Apa itu?” Sally bertanya di dalam hatinya.
Sejurus kemudian Sally masuk ke biliknya dan berdoa untuk mendapat keajaiban yang dia harapkan, iaitu supaya adiknya sembuh. Tidak lama selepas itu, Sally keluar dari bilik dan pergi menjenguk adiknya. Dia ingin melihat samada doa yang dibacanya tadi sudah menyembuhkan George atau tidak.
Ternyata, adik kesayangannya itu belum sembuh lagi. Lalu dia kembali semula kebiliknya dan mengambil tabung yang berisi duit simpanannya. Dia memecahkan tabung itu dan mengumpulkan satu-persatu duit-duit logam yang bertaburan. Selepas dikira, tabungannya hanya berjumlah 1 dollar 11 sen.
Sally kemudiannya meminta izin daripada ibu bapanya untuk pergi ke kedai ubat di seberang jalan bagi membeli ubat untuk adiknya. Dengan rasa terharu, ibunya membenarkan Sally membeli ubat dengan berbekalkan sejumlah wang yang mustahil untuk membeli ubat yang diperlukan.
Setibanya di kedai ubat, Sally tidak dipedulikan oleh pekerja di situ, mungkin kerana dia masih muda untuk berbelanja. Pelbagai cara untuk menarik perhatian pekerja di sana, tetapi tetap tidak berhasil. Namun Sally tidak berputus asa. Dia kemudiannya mengetul-ngetuk kaca kaunter dengan duit logamnya sehingga kedengaran bunyi yang agak bising. Akhirnya, seorang pekerja kedai ubat datang menghampiri Sally dengan muka marah, lalu bertanya, “Apa kamu mahu?”
“Saya mahu membeli keajaiban bagi menyembuhkan adik saya yang sedang sakit!”, jawab Sally tegas sambil menunjukkan wangnya yang berjumlah 1 dollar 11 sen itu.
“Maaf adik, di sini kami tidak menjual keajaiban. Kami hanya ada menjual ubat-ubatan. Pergilah balik dan minta duit secukupnya daripada ibu bapa kamu supaya dapat membeli ubat yang diperlukan”, kata pekerja itu dengan nada kesal.
“Makcik, tolonglah! Kata ayah, hanya keajaiban yang dapat menyembuhkan adik saya. Mungkin makcik boleh menolong saya?” Kata Sally lgi.
Belum sempat petugas itu menjawab, tiba-tiba seorang lelaki yang dari tadi mendengar percakapan Sally, datang menghampiri mereka.
“Siapa nama kamu? Keajaiban bagaimana yang diperlukan oleh adik kamu?”, tanya lelaki itu.
Sally mula menceritakan kisah dirinya dan keadaan adiknya yang sakit itu, sementara lelaki itu mendengar dengan penuh sabar.
“Adik saya sudah lama sakit dan perlu dibedah. Tetapi ibu bapa saya tidak punya wang yang cukup bagi membayar perbelanjaan pembedahan itu. Kata ayah, hanya keajaiban yang dapat menyembuhkan adik saya. Sebab itu saya datang ke sini, untuk mencari keajaiban seperti yang ayah katakan!”, kata Sally.
Semakin lama Sally bercerita, semakin parau suaranya. Malah, ketika bercerita mengenai keadaan adiknya, Sally mula menangis. Cerita Sally menyentuh hati lelaki berkenaan.
“Sudahlah Sally, jangan menangis lagi. Sekarang, boleh bawa saya berjumpa dengan ibu bapa Sally? Sekiranya boleh, saya ingin ke rumah Sally dan melihat keadaan adik Sally yang sakit itu”, kata lelaki itu sambil memeluk Sally.
Rupanya lelaki itu adalah seorang pakar bedah terkenal yang bernama Carlton Armstrong. Dipendekkan cerita, George akhirnya selamat dibedah dan keadaannya kembali pulih seperti biasa. Pembedahan itu dilakukan sendiri oleh Dr. Armstrong, malah kosnya adalah percuma.
“Pembedahan itu pasti mahal. Sekiranya kamu tidak mempunyai keyakinan dan kasih sayang terhadap adikmu, ibu tidak dapat membayangkan berpa harga yang perlu kita bayar kesemua ini”, kata ibu Sally sambil memeluk anak kesayangannya itu.
“Ibu, harga pembedahan itu adalah 1 dollar 11 sen ditambah dengan keajaiban”, jawab Sally dengan gembira.
******************************
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma’af mema’afkan
Bait lagu kumpulan Raihan bertajuk Kasih Sayang. Kekuatan kasih sayang nyata menghadirkan keajaiban. Tidak kira kepada siapa pun, saat paling bermakna adalah perhubungan yang disertakan dengan kasih sayang. Sayang bagaimana? Sayang tanpa syarat, sepertimana sayang seorang ayah dan ibu kepada anaknya. Tidak mengharapkan balasan, yang penting anak mereka berjaya.
Tanya kepada diri kita, adakah kita menyayangi seseorang kerana hartanya? peribadinya? rupanya? Atau kita sayang tanpa ada alasan langsung? Jika kita sayang, biarlah sayang berkualiti. Maksudnya? Ini yang disalah tafsir kebanyakkan orang. Kerana sayang diturutkan, kerana sayang maruah tergadai, kerana sayang, keluarga berpecah belah. Nasihat itu juga tanda sayang, marah itu juga sayang, teguran itu juga sayang. Sayang supaya tidak ada kebinasaan.
Kerana Sally, keluarganya hidup dengan ceria. Berkat doa yang disertakan kasih sayang, maka adiknya berjaya diselamatkan dengan izinNya. Tuhan itu maha pengasih, bukan maha pembenci, oleh itu, tidak rugi kita menanam rasa sayang. Ada apa dengan benci? Hanya racun yang menyakitkan hati, dan menjadi titik hitam yang menjadi dendam.
Ku titipkan petikan sebuah puisi untuk renungan bersama, “Bukan titik yang menyebabkan tinta, tetapi tinta yang menyebabkan titik. Bukan cantik yang menyebabkan cinta, tetapi cinta yang menyebabkan cantik”.
*Cerita Sally dipetik dari buku “Setengah berisi setengah kosong karya Parlindungan Marpaung.
Cap Kaki : Yezza, cuti-cuti yang best! Yakni Sabtu dan Ahad, haha.
Comments
Powered by Facebook Comments



waaaaa~ terharu.. dan hmpir2 menangis.. huk3~ betul tuh, syg xperlukn ‘sbb’.. klu kita syg ber’sbb’, mungkin satu ari nnti kita akn benci org tu bila ‘sbb’ itu ilang.. =.=”
p/s: eleh.. 2 ari je cuti.. keen cuti 2 minggu! ha3~ ^_^
keen~ recently posted..- izinkan saya menangis! -
[Reply]
aretikz Reply:
December 17th, 2010 at 8:32 pm
ala.. napa xngaku nagis? haha.. Yup.. there is no reason when u really love someone.. cewah.. ayat.. haha.. matilah katak.. ahakz..
p/s : cis.. nak jeleskan la tu.. haha.. xpa.. yang penting duit masyuk.. haha..
[Reply]
wahhh ajaib tu..= ) good story beb keajaiban tu boleh terjadi dgn kuasa Allah..
NEON recently posted..Zizan Raja Lawak Balas Email Aku
[Reply]
aretikz Reply:
December 17th, 2010 at 9:00 pm
Yup.. semuanya bergantung kepada keikhlasan.. InsyaAllah.. dipermudahkan urusan ^_^
[Reply]
asal recently post aku keluar post lame kat bawah ni huhuhu
NEON recently posted..Zizan Raja Lawak Balas Email Aku
[Reply]
aretikz Reply:
December 17th, 2010 at 9:03 pm
xtaulah.. comment luv kadang2 pandai xdapat detect en3 baru.. huhu..
[Reply]
sangat22222222222 mencengkam hati !!!! *_*
[Reply]
aretikz Reply:
December 17th, 2010 at 9:29 pm
sayu kan? huhu..
[Reply]
azlina Reply:
December 19th, 2010 at 12:19 am
sangat sayu meyh,,,,
azlina recently posted..lemak degil kuat melekat
[Reply]
aretikz Reply:
December 19th, 2010 at 12:49 am
hok olo.. nangis ka pula tu? hehe..
oh..
cerita ni menyentuh hati saya..
best!!
[Reply]
aretikz Reply:
December 17th, 2010 at 9:30 pm
Yup.. naluri saya sebagai lelaki kak turut tersentuh.. huhu..
[Reply]
alamak….hampir nak menangis ni..tisu cepat! sob3…. menyentuh perasaan betul.
bila hati dh ikhlas syg seseorang, nak buat pape semua sanggup! sbb syg tu mcm keajaiban yg mendorong perlakuan seseorang….wah…ayat sy ke tuh! patot tepuk tangan…hahaha
p/s: hargailah orang tersayang.
khaiyisahusna recently posted..pesta raih undi
[Reply]
aretikz Reply:
December 17th, 2010 at 10:40 pm
Nangis.. jangan xnangis.. haha.
Yup.. betul tu.. semuanya kerana sayang kan.. tepuk tangan juga,, ahakz..
p/s : ada diskaun tak harganya? haha..
[Reply]
entri yang menarik….kasih sayang adalah segalanya..apatahlagi dgn keikhlasan…maka wujudlah keajaiban…
izryn recently posted..Majlis Pernikahan SM Nasarudin dan Marion Caunter
[Reply]
aretikz Reply:
December 17th, 2010 at 10:42 pm
thanx kak.. bila disertakan dengan keikhlasan.. semuanya menjadi kemanisan.. hehe..
[Reply]
best!
siti nur kaxzmilah recently posted..free n fly
[Reply]
aretikz Reply:
December 17th, 2010 at 11:21 pm
Thanx ^_^
[Reply]
terharu dgn sikap sally..susah nak cari org begitu hari ini,,..begitu juga dgn Dr tu
Azmi recently posted..Bosan Dengan Ads Jom Block
[Reply]
aretikz Reply:
December 18th, 2010 at 6:31 am
Yup.. memang susah.. InsyaAllah.. selagi kita menanam sikap psoitif dalam diri kita.. kita pasti akan menarik sayang..
[Reply]
kasih sayang mengatasi segalanya…
luna Q jimat recently posted..15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGERCOM CONTEST
[Reply]
aretikz Reply:
December 18th, 2010 at 6:35 am
Yup.. all about love.. hehe..
[Reply]
nak nagis dah baca cerita ni.. serius nih..
nilai kekeluargaan yang sukar kita lihat hari ini
mira_nas recently posted..Kontest Blog Terkemas
[Reply]
aretikz Reply:
December 18th, 2010 at 8:02 am
Ala.. napa semua nak nagis.. napa xda yg nagis.. hehe.. saya pun sebagai lelaki mengakui tersentuh dgn cita ni.. tp xnangsi yekk apatah lg nak nagis.. haha..
Yup.. nilai kekeluargaan yang makin disajikan dgn cerita xelok.. huhu..
[Reply]
Wah
sedeyhnyew cite Sally nieyh!
Lelaki Ini recently posted..Kerana Cinta Ditolak- Cuka Getah Sebagai Balasan
[Reply]
aretikz Reply:
December 18th, 2010 at 1:22 pm
Penuh intipati di sebaliknya..
[Reply]
wah kisah benar ke ni??mmg menarik..kasih syg seorg kakak pd adiknya mengatasi segalanya…
cik tom recently posted..Kenapa takde orang yang jenguk blog saya
[Reply]
aretikz Reply:
December 18th, 2010 at 9:01 pm
Kurang pasti.. Maybe kot.. hehe.. Yup.. itulah kasih sayang tanpa syarat.. hehe..
[Reply]