Dia Antara Tokoh Terulung

Beliau adalah keturunan Bani Yarbu’, biasa dipanggil dengan Abu Ali. Lahir di kota Khurasan. Setelah dewasa ia pindah ke Kufah dan belajar hadis di sana serta memperbanyakkan ibadahnya. Kemudian beliau pindah ke Makkah dan wafat di sana.

Ishaq bin Ibrahim berkata, “Setiap malam, beliau menghamparkan tikar di dalam masjid, lalu melakukan solat malam. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar, kemudian bangun dan melakukan solat lagi. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar lalu bangun dan melakukan solat lagi. Begitulah yang beliau lakukan sampai datang waktu Subuh.”

Ishaq berkata lagi, “Aku mendengar beliau berkata, ‘Apabila kamu tidak mempu melakukan solat malam dan puasa di siang hari, maka ketahuilah, bahawa kamu adalah orang yang terhalang dari rahmat Allah, dan terbelenggu oleh kemaksiatanmu.”

Diceritakan oleh Fadhl bin Rabi’, bahawa pernah suatu tahun, khalifah Harun Ar-Rasyid melaksanakan haji. Lalu ia berjumpa Fadhl bin Rabi’. Kemudian mereka berdua berjumpa lagi dengan beberapa ulama untuk bertanya ilmu. Ternyata para ulama tersebut menyatakan bahawa sebaiknya khalifahlah yang memanggil mereka dan mereka datang, bukan khalifah yang datang kepada mereka. Demikian para ulama tersebut mahu diberi hadiah oleh khalifah, dan hutang-hutang mereka dilangsaikan.

Kemudian mereka tiba di rumah tokoh ini, lalu Khalifah berkata kepadanya, “Ambillah hadiah ini”. Jawab Beliau, “Sesungguhnya ketika Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, beliau mengundang beberapa ulama untuk diajak musyawarah. Beliau berkata kepada mereka, ‘Aku telah diuji Allah dengan ujian yang berat. Maka berilah aku pendapat’. Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menganggap memegang kekuasaan adalah suatu ujian. Tetapi kamu dan para penjawat lain menganggapnya sebagai nikmat.

Diantara para ulama tersebut ada yang berkata kepada beliau, ‘Jika kamu ingin selamat dari azab Allah SWT, maka cintailah Muslimin sebagaimana kamu mencintai dirimu, dan bencilah mereka sebagaimana kamu membenci dirimu sendiri. Sesungguhnya aku khuatir kamu tentang suatu hari yang waktu itu banyak kaki-kaki terpeleset (masuk neraka). Maka, adakah orang yang memberimu pendapat?”

Mendengar itu, Harun Ar-Rasyid menangis, dan berkata kepada Beliau, “Berilah lagi nasihatmu kepadaku”. Maka Beliau berkata lagi, “Sesungguhnya Abbas, bapa saudara Rasulullah SAW pernah meminta jawatan daripada Nabi. Maka Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya kepemimpinan adalah kesengsaraan dan penyesalan di hari kiamat. Jika kamu mampu menolak supaya tidak jadi pemimpin, maka lakukanlah”.

Harun Ar-Rasyid menangis lagi, dan meminta tambahan nasihat seperti tadi. “Hai orang yang tampan rupa, esok pada hari kiamat, Allah SWT akan meminta tanggungjawabmu dengan rakyatmu. Maka jika kamu dapat menjaga wajahmu itu dari neraka, maka lakukanlah, dan janganlah menipu rakyatmu, kerana Nabi SAW bersabda, ‘Barangsiapa yang masuk waktu pagi dalam keadaan menipu, maka ia takkan mencium bau syurga”.

Khalifah menangis lagi, dan bertanya, “Apakah kamu punya hutang, sehingga saya dapat melangsaikannya?” Beliau menjawab, “Ya, saya punya hutang kepada Rabbku. Ia akan menanyakan tentang hutang itu. Celakalah aku jika Rabbku menanyakan aku. Celakalah aku, jika Ia membicarakannya”. Khalifah berkata, “Ini ada seribu dinar. Terimalah buat nafkah keluargamu, dan untuk memperkuat ibadahmu”.

Insan ini berkata, “Subhanallah, aku telah menunjukanmu pada jalan keselamatan, tapi engkau malah memberiku imbalan seperti ini. Semoga engkau diselamatkan Allah SWT”. Lalu keluarlah khalifah dari rumah tersebut, sambil berkata kepada Fadhl bin Rabi’, “Jika kau menunjukkan kepadaku seorang alim, maka tunjukkanlah aku pada orang yang seperti ini”.

Siapakah Beliau yang dimaksudkan? Beliaulah Fudhail bin Iyadl r.a. yang wafat pada tahun 687 H. Ambillah pengajaran dari cerita ini, untuk sama-sama kita bermuhasabah diri.

Cap Kaki : Persepsi sekuntum mawar merah “Anda mengeluh kerana mawar yang berduri ataupun bergembira kerana duri berbungakan mawar” ~ Ziggy


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Doakanlah Aku Dapat Hidayah Ya?
  • Cerita Agama? Not My Taste Ok!
  • Damba Cintamu
  • Tatkala Istikharah Mengharap Petanda
  • Kita Semakin Muda

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Agama and tagged , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Dia Antara Tokoh Terulung

  1. imanshah says:

    salam

    bagus ar kau, tak lupa selitkan sejarah islam..alhamdulillah, dapat ilmu aku malam ni

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Wasalam

    Thanx.. sekadar perkongsian :D
    SegalaCeritera kan.. hehe..

    [Reply]

  2. cik tom says:

    bagusnya n3 ni..cik tom xpernah tau plk pasal sejarah tokoh ni..sob3…
    cik tom recently posted..Hanis Zalikha Blogger- Pelajar dan Model Cun Yang Famous Dan Meletup

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Selagi kita boleh buat satu perkongsian.. InsyaAllah.. ada ilmu baru yang kita dapat.. ^_^

    [Reply]

  3. Hans says:

    sokong komen di atas
    1st time baca
    thanks sudi berkongsi
    belajar benda baru lagi hari nih

    P/S : Misteri Danella : “Danella Cakap Dengan Siapa?”

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Selagi boleh bro.. hehe.. Thanx sudi membaca ^_^

    [Reply]

  4. mira_nas says:

    ‘kekuasaan itu satu ujian’
    gerun juga bila membacanya.. teringatkan amanah2 yang dipegang

    Buatlah pembaca anda setia bhgn 1
    mira_nas recently posted..Buatlah pembaca anda setia bhgn 1

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. Amanah yang dipegang pasti akan dipersoal nanti.. seram dowh.. huhu..

    [Reply]

  5. noa says:

    aku tak semat baca habis lagi ni

    petang ni aku sambung baca lg ek
    noa recently posted..Aku Kat Korea Ke Ni

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. aku tunggu yek? hehe..

    [Reply]

  6. Nice entry. Vee suka.
    Thanks for sharing… :)

    Awak, Vee dah update senarai nama peserta “99 Hari Kisah Klasik Kita”.
    Vee dah letak nama awak.
    :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx Vee.. Ilmu untuk semua ^_^

    Yezza.. thanx kerana menjawab persoalan.. jalan cerita dah ada.. tinggal tulis lagi.. ahakz.. matilah katak.. gaga~

    [Reply]

  7. keen~ says:

    yeahhh~ keen pernah bc sal dia nih kt dlm buku mana ntah.. hik3~ kagum sbntr~ ^_^
    btw, syabas sbb berjaya tulis sal dia.. jrg org jumpa kisah ttg dia.. ^_^

    p/s: sy seekor rama2.. atau lyg2.. bukn bunga mawar.. hik3~ ^_^
    keen~ recently posted..- izinkan saya menangis! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sebentar jak? Ahakz.. Alhamdulillah, sal ini pun dari kawan punya.. banyak lg tokoh2.. nanti2 jak la dulu.. hehe..

    p/s : bukan ulat bulu ke? ahakz..

    [Reply]

  8. alhamdulilah, cerita yg bagus.. kan best kalo sume pemimpin dpt amalkan mcm diatas… mcm khalifah harun ar- rasyid…

    p/s: wuhaaaa…explen sket bab mawar tu? sepoloh kali bace masih kurengsss pahemm…huhu
    khaiyisahusna recently posted..serabut!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Kita berdoa mana yang terbaik.. dan jangan lupa.. kita pun pemimpin juga.. aspeknya kan meluas.. hehe..

    p/s : lo.. napa xbca seratus kali? hehe.. dun wury, akan diterangkan pada en3 lain k? hehe,,

    [Reply]

    khaiyisahusna Reply:

    yups..i know, all of us are leaders…hehe..tp payah jugak nak pimpin diri sendiri..selalu terbabas masuk longkang…ngeee!~

    p/s: janji akan dituntut…^^,

    p/s p/s: ade jual psp terpakai..nak??hahaha
    khaiyisahusna recently posted..serabut!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ha? Ni lesen L masih ni kan? ahakz.. Sentiasa bermuhasabah diri.. itu yang terbaik.. kalau xnak pun.. bermuhaterengganu pun boleh.. hehe..

    p/s : ada dah xlama lgi.. hehe..

    p/s p/s : men gem laptop jak ni.. manada masa men psp.. huhu..

  9. Pingback: Aku Ingin Berubah | SeGaLa CeRiTeRa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: