Oh Yeah ~ Entri Nescafe menjelma lagi. Suka sangat aku buat macam tu, haha. Maaflah tidak dapat mengensot macam biasa, memang holiday habis biarpun orang cuti sakan sambut Krimas. Di kesempatan ini juga, aku ucapkan selamat menyambut perayaan anda kepada rakan-rakan yang menganut agama Kristian. Aku Holiday Inn di Sandakan sahaja, tempat asal si Amoi ni. On9 tu konfom terhad, sebab tiada sumber internet di tempat kawan aku.
Apa kaitan 5 Sandakan? Merujuk tempat utama yang dituju? Oh tidak sama sekali. Perkaitannya, start jalan pergi Sandakan jam 5. 5+, tengok wayang The Warrior Ways dengan Tron pukul 10.45 pm (Jumaat) dan 11.15 pm (Sabtu). Pergi Sepilok pukul 9.45 am (Sabtu), itulah part yang kurang puas hati sikit. Memang ini patut pihak pengurusan sana take note.
Tarikan utama Sepilok adalah Orang Utan, dan kebanyakkan mereka pergi sana waktu Orang Utan itu makan. Namun gagal mereka mengawal monyet liar yang cuba mencuri makanan Orang utan tersebut. 5 lawan 3. mana tahan Orang Utan tu. 15 minit sahaja aku dengan kawan aku di sana, sebab tempat tu sudah dikuasai monyet. Bukan 15 minit sahaja di Sepilok, tapi tempat makan Orang Utan tu, hehe.
Lepas tu kami pergi Rainforest Discovery Centre, duduk santai di sana, tidak larat mahu explore tempat tu, belum makan. Kesimpulan duduk-duduk di tepi tasik jak lah, haha. Kemudian pukul 12.15 pm, baru kami pergi makan di Sim-sim.
Oh Sim-sim, tempat makan yang wajib bagi mereka yang datang ke Sandakan. Aku puas sudah makan sini, haha. Tempat apakah ini? Tempat makan ikan bakar. Tapi bayar ikan sahaja, yang nasi, sayur, semua habis-habislah korang melantak, hoho. Burrpp, kenyang gila.
Itu jak perkaitan dengan number 5. Saja jak buat begitu, bukan selalu kan? Tapi, tiada kaitan dengan feng shui nombor 5 ya, syirik tu percaya nombor tu ada bawa nasib baik punya, hoho.
******************************
Bpm oh Bpm, kali ini dengan segmen Sahabat Blogger dengan berkategorikan negeri. Baru jak aku buat entri tu. Kalau nak join, usha-usha dekat bawah entri ni. Apapapun, aku sebenarnya nak ucapkan tahniah kepada insan-insan yang berjaya menjadi top 10 di BPM baru 2010. Kalau nak tahu siapa yang top 10, klik sahaja Top 10 BPM Baru.
Yang aku bagitahu tempat pertama, Ain Zulaikha. Aku bangga dia tinggalkan jejak berupa komen dan blogngensot, haha. Jadi, bila Ain nak belanja aku makan di Kak Faridah Cafe (KFC) ni? Larik~
******************************
Terima kasih sayang, ku ucap padamu, kerana menyambut tanganku, yang hampir layu, woooo. Uhuk2, tiada-tiada ni mahu nyanyi sebagai intro. Direct to the point, terima kasih ku ucapkan kepada Ellen, kerana duit relod Rm 30 sudahpun berada dengan tenangnya. Senang hati mak bapa mentua dengar suara aku. Eh? Sejak bila aku sudah nikah ni?
Terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang mengundi aku di BPM hari tu. Biarpun tidak lepas peringkat kedua, tetapi bersyukur kerana ada juga yang sudi mengundi. Terima kasih juga buat mereka yang sudi menjenguk blog aku yang bersawang seketika cuma, seperti mana yang telah ku terangkan sebelum ini.
Terima kasih, satu ayat yang paling mudah, tetapi sukar untuk kebanyakkan orang untuk cakap. Bukan payah pun untuk kita memberi penghargaan untuk ucapan terima kasih itu. Mungkin terima kasih kita bukan berdasarkan ucapan, tetapi, hargailah apa yang telah dilakukan kerana itupun salah satu tanda terima kasih.
Aku suka pergi satu kedai dekat tempat kerja aku ni. Asal jak beli barang, tidak pernah orang kedai tu tidak ucapkan terima kasih. Asal beli barang, terima kasih, asal beli barang terima kasih, asal terima kasih aku terbeli barang. Kalau di pasar raya, susah cashiernya nak ucap terima kasih, mentang-mentang bukan kedai dia. Nasib kebanyakkan cashier boleh tahan, eh? Astaghfirullah, hehe.
*******************************
Or8, semoga hari anda santai hari ini. Nak sambung tengok Malaysia lawan Indonesia lagi ni. Sambil-sambil balas jejak mereka-mereka yang berkenaan. Sekali lagi, Terima Kasih!
Cap Kaki : Lazer, lepas tu mercun, memalukan!
Comments
Powered by Facebook Comments



huhu MEMANG ENTRI 3 DALAM SATU NIH..=)
NEON recently posted..Stickt Post – Sokongan Korang Amat Diperlukan
[Reply]
aretikz Reply:
December 27th, 2010 at 8:50 pm
hehe.. kebiasaan buat ni.. ahakz..
[Reply]
majuk ngan aretikz sbb gi melancong xajak keen.. ha3~ ^_^
keen~ recently posted..- putus persahabatan hanya sebab result -
[Reply]