Empty Dalam Hati

Kosong, mampu diumpamakan kegelapan di satu lorong.

Aku juga punya perasaan, sama seperti manusia yang lain, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Perasaan itu pasti membunuhku, jika aku biarkannya sendirian. Tetapi, aku lebih suka membiarkannya, mungkin kerana itulah cebisan diriku, yang lebih suka memendam rasa.

Lelaki pemendam, konfom jatuh saham. Biarkan saja, kerana aku lebih suka dipandangNya, dari aku diabaikan terus, hanyut oleh mata-mata yang tak akan pernah berhenti memandang kita dalam sudut yang berbeza.

Yang satu akan berkata baik, yang satu akan berkata buruk, itulah hakikat manusia, tak ada yang sempurna di matanya.

Weehuu ~ aku tahu aku lebih berserah pada waktu. Kerana bicara kosongnya hati bukanlah kerana pandangan manusia itu sendiri, tetapi dalam mencari siapakah menghuninya nanti. Kadang-kadang ada keraguan dalam pencarian ini, namun aku pasti, jika benar itu telah tersurat secara hakiki, maka pasti dihargai dengan sepenuh hati.

Aku tahu aku pandai juga memikirkan Dia, diam tanpa berkata apa, biarlah ianya berahsia, untuk menyelamatkan jiwa.

Namun, rasa kosong ini mesti juga diisi, tak semestinya teman hati. Kerana setiap yang berlaku itu, pasti kosong itu terisi sesuatu.

Aku menulis cerita, membaca, berkenal mesra, dan membuat apa-apa sahaja perkara, bagiku semua itu tetap sama, tanpa ada kebosanan melanda, kerana aku tahu, itulah benda yang mengisi jiwa, selagi dilakukan keranaNya.

Setiap yang dilakukan keranaNya itu ibadah, dan itu juga dinamakan keikhlasan, kerana urusan Ikhlas itu adalah kita denganNya, bukan pada pandangan manusia. Tetapi ikhlas itu boleh orang lain rasa, selagi diizinkanNya, maka dari situ akan lahirnya cinta.

Semuanya dari kita sendiri, melakukan apa sahaja yang diingini, untuk mengisi rasa emptynya hati.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Goodbye 2010 : Entri Tribute 2010
  • Selama Mana Anda Menjadi Blogger?
  • Fanatik Luar Tabii
  • Bila Mata Jadi Berat
  • Ada Idea, Tapi….

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Empty Dalam Hati

  1. keen~ says:

    dan hati kecil ini menyuruh tuannya berhenti drp berblogging utk mengisi kekosongan hati itu.. ^_^
    keen~ recently posted..- result untuk pelajar USIM dah keluar! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    tuan yg mana satu tu aa? ahakz..

    [Reply]

  2. maCy says:

    mahu postif seperti atik~

    mahu buat segalanya keranaNya juga~
    maCy recently posted..cinta@2010

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Selagi boleh ^_^

    [Reply]

  3. cik tom says:

    wah jiwang n3 ni…pas bc n3 ni buat hati cik tom rs kosong je..sob3..
    cik tom recently posted..Blog Pelajar UiTM Perempuan Yang Paling Top di Malaysia

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Hehe.. Lo.. jiwang ka pula? Oh tidak.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: