Selama Mana Anda Menjadi Blogger?

Oh Yeah ~ Persoalan yang konfom aku boleh jamin jarang-jarang korang terfikir, kan? Memang kalau jadi blogger ni, sejauhmana rasanya anda akan bertahan? Memang pada permulaan kita tidak terfikir, tapi lama-kelamaan saat menjadi limited edition, segala-galanya terhad, maka akan timbul pertanyaan “Haruskah aku mengundurkan diri dari arena blog ini?”.

Aku? Aku pun tidak tahu, sampai bila aku menceburi bidang ini. Sekarang ni belum ada komitmen lagi, masih bujang kan. Otak masih lagi belum terbeban dengan banyak perkara. Yang konfom selaku lelaki, aku bebas nak cakap awek kiut, eh? Tapi, bila fikir balik, lelaki ni jarang nak expose awek dorang sendiri kan?

Kalau perempuan, konfom dengan bangga tunjuk boyfie dorang. Kalau lelaki, satu bulan punya entri pun belum tentu girlfie mereka terselit, tak semualah, kebanyakkan sahaja. Dorang lagi suka cakap Lisa Surihani, Emma Watson, Nia Ramadhan dan yang sewaktu dengannya. Tengok aku stedy cakap Horikita Maki tu awek aku, dalam mimpi!

Oleh sebab gaya bebas, kebanyakkan bujang-bujang punya masa untuk menulis, melainkan, mereka yang punya komitmen kerja yang tinggi. Sebab itu kumpulan sasaran blogger adalah bujang, dan kebanyakkan masih study. Kalau part kerja, tengok jenis kerja yang dibuat, dan kebanyakkan cikgu lebih mudah untuk meneruskan usaha dalam dunia maya ini.

Kahwin

Part ini yang buat aku tergamam. Kalaulah aku kahwin, senang kah nak menelusuri dunia ini? Sebab ada komitmen sudahkan, isteri yang kuit-muit kan. Macam tahu-tahu jak isteri aku macam tu, wah, bahagianya, haha. Pagi cari nafkah, kalau isteri pun bekerja, hantar pergi dan ambil balik kerja, pergh ~ terjaga rapi isteri aku tu. Malam berbual mesra,  makan sama-sama, layan tv sambil isteri lentok kat bahu, fuh, belum part lain lagi, err, korang fikirlah sendiri, haha.

Mungkin masa tu masih ada lagi, setakat update entri bukannya ambil masa berjam-jam, kalau begitu, konfom otak menulis macam mahu buat novel. Silap-silap, isteri lagi boleh bagi idea, senang kerja aku. Eh? Macam betul-betul aku sudah nikah lah pula.

Part ada anak

Anugerah tidak terhingga, saat isteri melahirkan anak. Semestinya aku berada disamping isteri, bagi sokongan dan kata-kata moral, sebab isteri tengah bertarung dengan kesakitan yang mendalamkan. Saat si kecil lahir melihat dunia, pantas ku ambil, melaungkan azan dan iqamah. Disana saat bergelar bapa akan menjadi cabaran.

Selagi masih kecil, macam-macam kerenah mahu dilayan. Ada yang mahu jadi action kamen, ada mahu cekobi, mahu tiru Sin Chan la tu. Eh? Jauh pula imiginasi aku ni, oh tidak! Tapi, bila part ada anak, masih boleh menulis, pengalaman kan boleh jadi idea.

Kejadian sekeliling, apa yang dilakukan anak, itu ini segala semua, rasanya masih tiada masalah kot. Lagipun itu cuma part masa kecil, bila dorang dah besar, banyak masa nak menulis.

Dah Tua, uhuk2.

Ini kalau dah part ada cucu, anak-anak semua dah beristeri dan bersuami. Mungkin boleh tulis blog, tapi, blog orang tua masa tu, masih ok ka? Takkan aku nak wat entri gila macam masa gila-gila remaja dulu? Takkanlah nak jadi Che Det pula? Bisa jua ya, hmmm, konfom gaya menulis pun lain.

“Sebagai generasi muda, seharusnya anda mesti menjadi bijak berfikir untuk melaksanakan apa-apa juga perkara”, macam Perdana Menteri pula kalau tulis macam tu. gaya penulisan pasti akan berubah, pergh ~ persoalannya, haruskah?

Kembali muda

Jauh juga imiginasi aku, napa aku tak tulis maut yang datang menjelma? Sebabnya, konfom mana mungkin aku menulis sudah macam tu, hehe. Hakikatnya kebanyakkan jawapan orang adalah standard, selagi boleh menulis, selagi itu diteruskan. Oh, bukan jawapan aku macam tu, aku punya jawapan lain sikit.

Selagi minda aku mampu menjana sesuatu yang baik punya, selagi itu aku akan masih bertahan di dunia blog. Aku akan berhenti saat waktu puncak, dan selepas itu, barulah aku berpuas hati. Kalau korang? Saat jasad di kandung tanah? Erk?

Cap Kaki : Hari ni napa aku rasa kosong?


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Empty Dalam Hati
  • Ada Idea, Tapi….
  • Aku Blogger! So What???

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , . Bookmark the permalink.

33 Responses to Selama Mana Anda Menjadi Blogger?

  1. keen~ says:

    mungkin smpai 1/1/2011 je kot.. hik3~ ^_^
    amboiii~ imaginasi xbleh bla.. jauh dan dasyat~ =.=”

    p/s: mungkin sbb minum air kosong byk sgt kot.. ha3~ ^_^
    keen~ recently posted..- result untuk pelajar USIM dah keluar! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Ok saja.. hehe..
    Nasib stop sikit,, kalo panjang.. haha..

    p/s : mungkin ^_^

    [Reply]

  2. cik shabah says:

    keep on blogging yah ;p

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Or8, thanx ^_^

    [Reply]

  3. imanshah says:

    salam, rasa dah rabun mata tu, fikiran dah nyanyuk, stoplah

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. weehuu ~ kalau part rabun leh kaber spek.. tapi part nyanyuk.. takut2 lupa bila masa ada blog.. hehe..

    [Reply]

  4. bile pikir2 balik kn atik, baru ingat saya dah setahun lebih berblogging ni..cm2 jenis manusia jumpe..tp pengalaman mengajar kite..selagi masih mampu menulis kite menulis jela..hehe :) Siti Safiyyah recently posted..Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Pergh ~ kira lama lah tu.. setaraf Zack Zukhairi.. hehe..
    Yezza.. pengalaman tu lah aset penting kita ^_^

    [Reply]

  5. tqaAwesome says:

    wahhhh~ inshaAllah akan berblogging selagi terdaya. huhu ~
    keep it up bro. dah kawen nnt pon jgn lupe update. haha

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. Ganbate-ne
    Erk? haha.. tu kalo xupdate.. leh tak? sal 4 sekaligus tu.. har3x~

    [Reply]

  6. nub says:

    ada masa2 yang boleh dicuri untk berblogging…insyaALLAH akan update2 entry..

    hehhe
    nub recently posted..hak ah lakera lakera la

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Weehuu ~ selagi ada masa bro.. hehe..

    [Reply]

  7. selagi mana saya bertahan utk berblog
    selagi tu lah hehe
    Eazy Izzuddin recently posted..GiveAway Domain by KhaiZariencom

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. bertahan selagi mampu.. motivate ourselves ^_^

    [Reply]

  8. tqaAwesome says:

    nak tambah, haha. tapi betol lah, org laki tak suke cter sal awek diorang, pompuan je terhegeh2 letak pic pakwe lah, hari2 cter pasal pakwe drg dalam blog. haha
    tqaAwesome recently posted..nak jadi apa ni can someone tell me

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. rasa2.. napa yek? ahakz..

    [Reply]

  9. gnesop.com says:

    selagi boleh berblog kot..huhuhu
    tah ler.. agaknya sampai bila..
    jika boleh diteruskan sampai ketua, bagus juga.. sbb sop ingin jadikan blog sebagai diari peribadi..
    bila tua2 nanti boleh tgk.. kongsi dgn cucu cicit jika panjangh umur.. :) gnesop.com recently posted..Blog Review- kakyongdotcom©

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. bagus juga tu.. tahu2 tup tap.. baca blik.. guling2 trus.. hehe..

    [Reply]

  10. maCy says:

    itulah. komitmen banyak sebenarnya. apatah lagi bagi yang bekerjaya dan bekeluarga. apa pun macy harap atik teros bloging. yeah! ;D
    maCy recently posted..cinta@2010

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. betul2.. Dun wury.. selagi boleh.. thanx Macy ^_^

    [Reply]

  11. mira_nas says:

    terfikir juga perkara ni.. mungkin setakat yang mampu je..

    btw.. hr ni birthday saya~
    mira_nas recently posted..Hari ini hari ulang tahun kelahiran saya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Weehuu ~ Selagi ada waktu.. yezza..

    Wau.. Happy Birthday Mira ^_^

    [Reply]

  12. belladiea says:

    jauh gile pk..hehehe

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. Imiginasi terlebih kan.. hehe..

    [Reply]

  13. noa says:

    selagi ko datang kat Budak Blog aku…selagi tu la aku ber blogging

    (teharu tak ni huhuhuhu )
    noa recently posted..Pengakuan Terbuka

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. dun wury.. InsyaAllah akan diterjah senantiasa ^_^

    [Reply]

  14. ni pundah start hormon malas nak nulis….keh3…
    belom lagi masuk belajar ni…karang tutup terus blog tuh….weee!~

    nape rasa kosong? errrrrr!~~~
    khaiyisahusna recently posted..hilang mood

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Har3x~ Ni pengaruh Keen ka pula? ahakz..
    Errrr… emmmm.. haha..

    [Reply]

  15. hanys says:

    Akan stop blogging bila diri dah MEGA sibuk dgn hal2 kerja+anak2+suami+rumahtangga tambah pulak kalau otak dah beku nak blogging kot…haha
    or lebih senang, akan totally stop kalau dah masuk tanah, hehe
    hanys recently posted..Soalan Famous Amos

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. kalau dah sibuk.. memang kesempatan tu kurang.. part masuk tanah.. memang xdapat dibangkang.. hehe..

    [Reply]

  16. zik says:

    kalau internet dah tak boleh digunakan lagi… so stoplah blogging.. hee
    zik recently posted..Kedamaian yang ku pinta

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. kalau internet xdapat guna.. semua konfom stop.. haha..

    [Reply]

  17. apple says:

    owh wahh….selagi ada benda nak d cakap selagi 2 la blog bjalan….hihih
    apple recently posted..sekadar luahan hari keempat tahun baru

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. betul2.. semana yang mampu ^^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: