Goodbye 2010 : Entri Tribute 2010

Oh Yeah ~ 2010, now your time is over, let 2011 to make a fresh start for everyone in da world. Eh? Ingat aku nak buat entri english? Oh tidak, belum cukup tererist lagi nak buat entri macam tu. Keajaiban kalau aku buat entri bahasa english, mungkin 2011 permulaannya?

2010, masing-masing ada episod suka, duka, gembira, pahit, manis dan segalanya. Mesti ramai yang mencari episod sorotan 2010 untuk dijadikan entri. Tidak kiralah dalam negara, luar negara, dan difokuskan kepada kategori sukan, politik, bencana alam, sosial dan pelbagai lagi genre untuk dipaparkan. Tidak kurang juga yang letak sorotan peribadi sebagai titipan.

Aku? Semestinya tahun ini aku berkenalan dengan dunia blog. Bermacam-macam ragam yang dipelajari sepanjang memasuki arena ini. Jika dibandingkan antara 2009 dan 2010, Alhamdulillah, tahun 2010 lebih baik aku rasa berbanding tahun 2009. Sememangnya tahun 2009 adalah tahun merundum sikit buat aku, dan aku telah set 2010 tahun kebangkitan.

Yezza, biarpun ada zaman kemurungan pada tahun 2010 ini, kerana sudah aku set tahun kebangkitan, aku dapat juga bangkit dari kemurungan tu. Malah aku mendapat sesuatu yang lagi baik dari itu, kepada yang mengikuti perkembangan blog ini, mesti tahu apa yang dimaksudkan, hehe.

Yang tak tahu, cuba try godek-godek. Sudah aku letak page baru kat atas tu, nak godek mudah artikel yang ada, klik jak “Artikel Blog“, senang nak check it out. Pergh ~ sempat promot lagi, haha. Itulah pertambahan terbaru sebelum penutup 2010.

Jika aku post ni benda, bermakna entri aku telah mencapai 183 sudah. Follower pula setakat ini 582, setelah setengah tahun berblogging. 24 haribulan 6 2010 tarikh post pertama menjelma. Masa tu template berat sangat, oleh kerana aku obses dengan biru, aku tidak mahu guna theme lain melainkan berwarna biru.

Jeles juga aku tengok ramai orang bercorak-corak blog dorang, aku punya tidak canggih sangat. Nak edit-edit pun bukan reti sampai sekarang. Lagi-lagi wordpress, terhad themes yang ada. I mean, warna biru, haha. Tapi aku tidaklah ambil pusing sangat sekarang, sal aku sudah tahu, apa yang aku perlukan untuk berblogging, yakni kepuasan.

Skema pula entri aku kan? Tahulah mahu habis 2010, orang malar cerita tentang peristiwa berlaku tahun 2010. Macam buang bayi, Malaysia menang AFF Suzuki Cup, pembunuhan kejam Datuk Sosilawati, letusan gunung berapi Merapi disusuli Tsunami yang melanda selepas itu. Aku malas mahu cerita sal tu, tapi aku mahu cerita part lain sikit.

Follower pertama aku, korang rasa-rasa siapa? Sebenarnya insan yang 1st tekan butang follower, Cik Almade Nespesor. pelik kan nama dia? Haha. Dia tu junior sekolah aku dulu. Tapi junior sekolah aku yang selalu jenguk-jenguk tinggalkan komen, Cik Nui dan Cik Eija. Persamaan dorang 3 ni, aku cuma biasa dengan dorang dekat Facebook, kalau dulu di sekolah, minta maaf minta ampun, aku kurang mengenali mereka, haha.

1st blogger luar kenalan yang aku kenal secara biasa, maksudnya bukan setakat tinggal jejak, Cik Smile. Macam mana ku kenal? Sebab aku jadi follower blog dia numba 123 dulu, lepas tu dia review blog aku, pergh ~ terharunya masa tu. Mana tidaknya, belum sampai satu bulan berblogging, sudah ada orang review, ahakz. Terus start sana aku kenal dia, dah macam adik aku dia ni.

Yang paling rajin tinggalkan komen? Kalau korang terjah entri pun boleh tahu siapa. VVIP blog aku, tapi jangan fikir lain-lain, haha. Keen, you are rock. Tapi dia dah cakap tahap kemalasan update melanda dirinya, nak kena tembak dia ni. Blogger lain pun ada unik cara kenal. Macam Cik Tom, mula-mula tinggal komen macam biasa, rupanya dia geram aku tinggalkan jejak blogngensot, haha.

Pergh ~ semua gadis ka pula diatas tu? Siapa cakap lelaki tiada? Ada juga, macam pemilik Suara Bawah Tanah, Belalang, kenal sebab aku tag dia Cerpen Pautan anjuran Bro Sop dari Riwayat Hariku Press, eh? Hehe. Aku bukan kenal sangat dia masa tu, gara-gara dia komen tempat cik tom, terus aku tag nama dia sambung cerpen tu. Kejam sungguh beta, haha. Tapi Belalang tetap cool. Tak percaya Belalang cool?

Makin lama makin banyak kawan maya aku, nak sebut memang banyak. Ucapan terima kasih kerana sudi beramah mesra dengan aku, biarpun aku tahu, aku bukan jenis berchat kat SB selalunya, huhu.

Alhamdulillah, sepanjang aku berblogging, aku ada buat contest juga. 49 penyertaan, dan aku ucapkan terima kasih sebab join contest tu. Dapat juga kenal-kenal terus dengan dorang ni, hehe. Dan seperti dijanjikan, lepas ni bloglist tersebut bubar, dan digantikan dengan bloglist baru.

Apapapun, semoga tahun hadapan (Macam lama lagi tahun 2011) akan menjadi tahun lagi baik dari 2010. Berusahalah kita meningkatkan diri, semoga yang terbaik itu akan kita dapat pada tahun 2011. Farewell 2010!

Cap Kaki : Lepas ni aku malas nak wat cap kaki, hoho. 2011 korang tak akan nampak cap kaki lagi, yezza.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Empty Dalam Hati
  • Fanatik Luar Tabii
  • Bila Mata Jadi Berat
  • Detik Cemas Exam
  • Facebook Official Page SegalaCeritera Dot Com

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , . Bookmark the permalink.

32 Responses to Goodbye 2010 : Entri Tribute 2010

  1. imanshah says:

    Salam

    Buka Hati ada damai
    Buka mata ada terang
    Buka kasih ada sayang
    Buka kotak komen ada ucapan Selamat Tahun Baru 2011
    Semoga semua harapan yang tertunda dapat dikotakan di tahun 2011 ini. Amin.

    ikhlas :

    Sahabat mayamu,
    Imanshah

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Wasalam

    Pergh ~ Thanx bro.. Memang serender xdapat balas.. huhu…
    Selamat tahun baru juga bro ^_^

    [Reply]

  2. wahh…….ada nama saya… bangga….bangga! Haha…. Iya…dulu ko sumbung..xmo tegur kami…..errkkkk…. hahahhha….

    Happy new year liau ny…..sapat2 la ko kawen tahun depan ya! Ameeenn….
    Cik Cinderlala @ Cik Eija recently posted..Open a new book2011

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ceh.. orang jaga pandangan maa.. haha.. padahal.. nama kamurang pun bukan aku kenal sangat.. haha..

    Amin.. eh? haha.. lambat lagi wei.. ahakz..

    [Reply]

  3. hola- hola….selamat tahun baru..arap2 amalan pun sentiasa meningkat la yek!~ ngeee:)
    khaiyisahusna recently posted..hilang mood

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Selamat Tahun Baru Juga ^_^
    Semestinya.. Yang Penting Istiqamah.. Hehe..

    [Reply]

  4. keen~ says:

    lamanya kita xckp kn?? last skali, tahun lepas.. lama tuhhh!! hahahaha~ poyos~~ ^_^

    amboiii~ nk tembak2 plak.. sape ajar nih?? =.=”

    hohohoho~ skrg dh tahun 2011.. bermakna lg setahun sblm keen dpt merasa nasi minyak.. hahahahaha~ peace! ^_^

    p/s: aigooo~ kenapa dh tamau wat?? =.=”
    keen~ recently posted..- result untuk pelajar USIM dah keluar! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Fuh.. itulah.. lama betul rasanya.. haha..

    Err.. hehe.. ala.. iboh kedak ya.. ahakz..

    Wah.. Keen dah nak kahwin yek? haha..

    p/s : Haha.. jeng3x~

    [Reply]

    keen~ Reply:

    amboi~~ cuba nk belitkn fakta ea?? bukn keen la.. tp aretikz.. saje wat2 lupa ke atau takot kantoi?? tehehehehe~ ^_^

    p/s: hate surprise~ =.=”
    keen~ recently posted..- result untuk pelajar USIM dah keluar! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    eh? lo.. kaver line ka tu? haha..

    p/s : jeng3x~ juga.. haha..

  5. Shag says:

    Selamat Tahun Baru, bro! Tak kesah lah tak ada cap kaki. Janji jgn hilang ngesot ke sana ke mari :P

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Selamat tahun Baru juga Shag.. Ngensot itu xkan hilang.. trademark tu.. hehe..

    [Reply]

  6. Silah says:

    x de nme……
    T____T
    *muhasabah diri*
    Silah recently posted..haku pun nak jugak entry malam nikih2

    [Reply]

    aretikz Reply:

    erk? olo.. kita tetap kawan jua kan? hehe..
    Yup.. sentiasa muhasabah diri ^_^ (memang itu ka maksd Silah? hehe)

    [Reply]

    Silah Reply:

    btol ke kwn…. :cool:
    ye aretikz..muhasabah diri…..sentiasa..insyaAllah
    Silah recently posted..haku pun nak jugak entry malam nikih2

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Betul la.. takkan tipu? hehe..
    InsyaAllah.. teruskan usaha ^_^

  7. selamat tahun baru..
    tahun berubah..pasni umur pun akan bertambah..
    haih..dah tua..
    hope 2011 lebih baik dr 2010..
    ☆aDihAys☆ recently posted..1111 mission

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Selamat tahun baru juga.. xpa.. yang penting pemikiran seiring dengan usia.. hehe..

    [Reply]

  8. cik tom says:

    terima kasih atik kerana sudi jd kawan cik tom di dunia blog…terima kasih jgk atas segala panduan n nasihat atik kt cik tom selama ni ye…semoga ukhwah persahabatan kita akan terus berpanjaangan…

    semoga blog ni terus sukses..cik tom suka je layout blog ni..simple+kemas…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx juga wat Cik Tom.. InsyaAllah.. Selagi nyawa di kandung badan.. pasti ukhuwah akan berpanjangan..

    Hehe.. nak tukar juga ni nanti.. xkira.. haha..

    [Reply]

  9. mira_nas says:

    selamat tahun baru.. moga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya~
    mira_nas recently posted..Hari ini hari ulang tahun kelahiran saya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Selamat Tahun Baru juga Mira ^_^

    [Reply]

  10. sab says:

    dah macam karangan time spm dah sab baca.
    huhu. pape pun. keep on blogging.
    happy new year. wee~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Jadi.. berpa markahnya ya? haha..
    Hepi new year juga wat Sab ^_^
    Yezza.. semestinya.. kita keep on blogging sesama..

    [Reply]

  11. zik says:

    selamat tahun baru…. :-) moga terus kita berkarya….
    zik recently posted..Mereka yang sempoi disember 2010!!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. teruskan usaha kita bro.. hehe..

    [Reply]

  12. Adam says:

    Slmt taun baru gak! =D
    Adam recently posted..Sibuk sana- sibuk sini Haish

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Selamat Tahun Baru Adam ^_^

    [Reply]

  13. miss yaty says:

    wah banyaknye kenanngan untuk di kenang spanjang 2010 kan :)

    setuju dgn pendapat cik tom..jgn ngensot lagi ye ;p

    selamat tahun baru atik ^__^
    miss yaty recently posted..Lokasi Percutian Untuk Sekeluarga dan Berbulan Madu Di Malaysia

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. kenangan pemangkin masa depan.. pergh ~ macam manifesto lah pula.. haha..

    erk? setuju kakaknya la pula.. haha.. tak aci! dun wury.. tak ngensot, blogngensot jak.. haha..

    Selamat tahun baru yati ^_^

    [Reply]

  14. pinky pixie says:

    salam ziarah.

    slmat tahun baru! hehe

    banyak betol pahit manis dia. teruskan berblog ya =)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? hehe.. benda tidak boleh lepas.. Selamat tahun baru juga Pinky.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: