Soalan maut! Siapa tak sembahyang Jumaat tadi angkat kaki! Ha? Ala, gadis-gadis tidak termasuklah, janganlah lari dari blog ni. Tapi bukan korang sembahyang Jumaat ka? Tiada? Siapa cakap? Bukan kamu ada sembahyang Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dengan Isyak? Jangan bantah, sebab sembahyang Jumaat la tu, i mean, sembahyang hari Jumaat. Anyway, tajuk ni tiada kaitan dengan khutbah tadi, tapi ini fatwa yang baru aku tahu.
Fatwa? Uish, ulama mana yang cakap sedekah tu cukup setakat di masjid? Ada, memang ada. Kita saspenkan dulu ulama mana yang pandai-pandai cakap macam ni. Dup Dap Dup Dap. Ok, setelah diperkenankan oleh awek ghaib yang duduk sebelah ni, fatwa tu dari diri kebanyakkan orang. Sebabnya? Selalu orang memang suka bab sedekah, tapi sekadar di masjid. Selalunya hari Jumaat lah selalu.
Itu fatwa adat, mindset manusia. Hakikatnya tidak boleh dipisahkan. Tabung sorong-sorong tu yang orang selalu masukkan duit. Tapi sampai bila tabung masjid tu sahaja diisi? Berapa lama nak tunggu orang miskin dapat bantuan dari masjid tu? Itupun silap-silap duit itu digunakan untuk memperbaiki bangunan masjid. Ok juga lah, tapi, yang miskin terbela ka?
Itu sedekah harta benda. Konsep sedekah ni meluas woo. Yang paling mudah, sedekahkan senyuman. Ini yang part bisa, sebab bukan semua orang boleh senyum. Aku ni pun tergolong susah nak senyum, sebab berapa banyak orang tegur, haha. Tapi, takkan aku nak senyum time dorang tidak pandang muka aku yang hensem ni?
Senyum tu biar berpada juga, bukan senyum mengejek, mengurat, dan jenis segalanya. Maksud senyum itu sedekah adalah kita memberi senyuman dengan ikhlas tanpa ada niat-niat yang lain. Seumpama memberi salam la juga. Bukannya senyum nak bagi cair perempuan, sebab tu lah aku jarang senyum, nanti banyak gadis cair, haha.
Yang pasti senyum itu mudah. Kalau susah sangat nak belajar senyum, aku boleh tolong ajar. Pernah Nampak iklan Yes tak? Korang try lah belajar macam iklan tu, insyaAllah, pasti tersenyum, haha. Tapi jangan macam iklan colgate. Sebabnya…
Yang ni pun sedekah baik punya, yakni sedekah ilmu. Apa yang disusahkan untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada. Pelik tul ada juga insan yang kedekut ilmu, hakikatnya tidak juga dia jadi bodoh kalau bagi ajar orang. Kan bagus sedekah ilmu yang ada dalam diri manusia, lain lah kalau orang tu Tanya balik-balik, hakikat kita bukan tahu!
Berlumba-lumbalah kita untuk bersedekah, sebab apa yang kita bagi itu, bukan hilang terus begitu saja, tapi pasti tuhan akan memberi yang lebih baik dari yang kita ada. Yang penting sedekah kena ikhlas, seperti tangan kiri tak nampak apa yang tangan kanan bagi.
Apapapun, ingat, sedekah itu luas konsepnya. Renungkanlah sebuah hadis : Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : ” Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah.”
Cap Kaki : Tidak lama lagi tahun depan, hehe.
Comments
Powered by Facebook Comments



di masjid kebanyakkannya sedekah sehinggit, dan kebanyakkan kita sedekah 10 hinggit dekat rokok…
tukang karut recently posted..Suatu Hari Di Hujung Tahun
[Reply]
aretikz Reply:
December 31st, 2010 at 10:00 pm
Hehe.. benda yang xboleh blah.. ahakz..
[Reply]
bagos! ^_^
p/s: jumpa tahun depan! ^_^
keen~ recently posted..- result untuk pelajar USIM dah keluar! -
[Reply]
aretikz Reply:
December 31st, 2010 at 10:01 pm
Erk? ^_^
p/s : Ya.. jumpa tahun depan.. hehe..
[Reply]
betul tu, sedekah senyum paling senang.. so senyum lah selalu.. tp kan kan kan, kalau senyum dengan bangla nnt dia senyum gatal pulak.. tak sukaaaaa… kalau senyum biasa okey lah..
sedekah , kalau belanja orang pun okey kan?
terima kasih komen entry saya tajuk help me! help me!
Selamat tahun baru
[Reply]
aretikz Reply:
December 31st, 2010 at 10:02 pm
Hehe.. selagi boleh senyum kan.. yang penting senyum bertempat.. hehe..
Its ok Ain.. Hepi new year juga ^_^
[Reply]