Azam Yang Tak Tercapai Akalmu!

Aku baru nak menaip awal pagi, tapi secara mendadak kawan aku bawa pergi Sandakan. Sebab tu aku posting lambat gila. Wajib post sesuatu, sebab 1.1.11 kan, nombor cantik seyh, bukan selalu dapat. Nak dijadikan cerita, aku ni kalau dah pergi Sandakan, benda wajib yang kena pergi, Kak Faridah Cafe punya tempat. Best ka tempat tu? Ala, korang pun selalu pergi punya, takkan tidak tahu pula, “K”ak “F”aridah “C”afe la. Tahu kan?

Jadi berbarislah aku mengikut peraturan-peraturan hukum moral. Pergh~ Sudah peraturan, hukum lagi, haha. Di kaunter tu, awek kiut juga lah, dup dap dup dap aku rasa, wajib tu, kalau tidak, dah arwah aku kalau jantung tidak berdegup. Aku rasa orang baru, sebab muka pun macam baru nampak. Tapi, biarpun dia kiut, aku selaku customer mesti akan geleng kepala juga, sebabnya?

Masa turn giliran part aku, aku pun order simple-pimple jak. Setakat snack plate, zinger burger dengan chezzy wedges, bukan aku order macam-macam pun. Tapi berulang kali dia nak konfomkan makanan aku order. Lepas tu yang hangit, berulang kali dia cek kaunter tengok apa yang aku order. Aku pun menanti dengan sabar sepertimana customer sebelum aku, hoho. nasib cute, sejuk hati, eh?

Tapi sebenarnya aku tak juga kisah sangat, saja jak cerita aku jumpa awek kiut yang baru kerja dekat Kak Faridah Cafe tu. Ni azam baru cari awek kerja sana? Tidak! Aku nak cakap azam yang orang selalu buat, masa baru-baru, memang nak buat tu semangat, tapi bila dah tak tentu hala, makin lama makin bingung. Lepas tu, jadilah tak tercapai akalmu.

Bagi aku, sambut tahun baru bukan penting pun. Penting sangat ka? Pergi kumpul-kumpul, lepas tu tengok orang nyanyi-nyanyi, dan lepas tu tengok bunga api. Apa yang tinggal? Sampah bertaburan ditengah padang. Ini tahun baru yang disambut?

Weehuu ~ Hakikatnya bukan tahun baru yang penting, tapi pemikiran kita menghadapi sesuatu titik tolak dalam peralihan. Peralihan waktu, sebenarnya sama sahaja. Macam adik aku cakap dalam Facebook dia, beza antara 2010 dengan 2011 adalah 0001. Dekat jak pun, yang berubah satu nombor jak.

Kalau kita nak berubah, bukan waktu yang penting, tapi diri kita yang penting, kalu aku start esok pun, sama juga boleh berubah. Tapi kalau duk makan meggi jak, cakap jak nak berubah, terbakarlah azam yang nak dibuat tu, hehe.

Kuatkan diri tu senanglah aku cakap, tapi nak buat tu macam mana? Paling simple aku cakap, bacalah surah Al-Mukminun ayat 1-11, senang cerita. Lepas tu disamping nak bantu diri sendiri mencapai azam yang tersemat, jangan lupa membantu orang lain juga. Jangan set minda tu cakap diri sendiri pun belum tercapai, nak bantu orang lain pula? Ganjaran besar woo bantu orang, secara automatik sendiri pun terbantu. Percaya?

Yang penting kalau nak capai azam, biarlah berpada-pada, melalui jalan yang diredhaiNya, bukan azam bagai nak rak, tapi hati bagai nak berak. Azam tahun ni aku nak kereta Ferrari, tapi naik motor, ragut beg orang. Aku nak bantu mak bapa ringankan beban mereka, tahu-tahu masuk lokap jual dadah. Kalau macam tu, bagus kamu jadi Batman yang kuat, yakni kuat makan!

Azam oh azam, ramai nak mencapaimu, tapi selalu tak tercapai dek akalmu. Apapapun, santai dulu, cool, relax. Tahun baru lupakan, yang penting kita kena ingat, masa depan itu lebih berharga. Untuk mencapai masa depan, bertindak dari sekarang, bukan merenung masa depan, kan?

Bro SkemaNoti : Inilah part ganti cap kaki, waka waka hey hey~


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Nescafe 3 In 1 : 5 Sandakan, BPM Hari Ini Dan Terima Kasih
  • Entri Dalam Entri
  • Sotong Dimakan Mak Nyah Yang Gay
  • Nescafe 3 In 1 : Shoutbox Terlampau, Rm 30 Dan Sekuntum Mawar
  • Kegeraman Di ShoutBox?

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , . Bookmark the permalink.

24 Responses to Azam Yang Tak Tercapai Akalmu!

  1. imanshah says:

    tak pernah berazam pun..hurm..selalunya tahun baru dan hari lahir akan berlalu begitu sahaja tanpa ada pengisian yang istimewa..kecuali sujud syukur dan bacaan yassin untuk arwah ayah
    imanshah recently posted..INILAH HARINYASELAMAT HARI LAHIR IMANSHAH

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Its ok bro.. azam itu luas konsepnya..
    Itupun kira pengisian istimewa.. so.. keep it up.. hehe..

    [Reply]

  2. Azmi says:

    wahaha…tak leh blah tu nama kak faridah cafe…kreatif sunggoh….
    Azmi recently posted..Sibuk La You ni

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. penjenamaan malaysia.. haha..

    [Reply]

  3. tqaAwesome says:

    hahaha nice! betol2, dan azam tak semestinya diperbaharui pada awal tahun je, setiap masa boleh berazam! >.<
    tqaAwesome recently posted..berita paling gembira dari kerajaan untuk tahun 2010

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. anytime anywhere.. penghijrahan itu sekadar titik permulaan.. yezza..

    [Reply]

  4. aim says:

    haha..nice pic
    aim recently posted..POLIS DAN JPJ BERPESTA DI MALAM TAHUN BARU 2011-MELAKA

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. itu godek dari google jak.. hehe..

    [Reply]

  5. mira_nas says:

    huhu.. setuju sangat.. satgi baru nak pos macam mana nak capai azam baru~
    mira_nas recently posted..Hari ini hari ulang tahun kelahiran saya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. post.. jgn xpost.. cepat.. haha..

    [Reply]

  6. sud@is says:

    best n3…ingatkan dah dapt ngorat awek tu…rupanya nak crita pasal azam..

    dah jemu dengar azam itu ini hakikatnya supa je..

    betul tiada pebezaan 2010 dengan 2011..sambutan yang membazir dan membebankan PBT tapi..

    siapkah dibelakang tabir sambutan awal tahu baru?..fikirin
    tidakkah terfikir kesan2nya kepada rakyat terutama golngan remaja…..
    sud@is recently posted..Tahun Baru Nak Hebat

    [Reply]

    aretikz Reply:

    thanx sudais.. hehe.. itu saja jak tu..

    mentaliti yg payah nak berubah kan.. menyambut tahun baru tapi masih di takuk yang lama.. huhu..

    [Reply]

  7. keen~ says:

    keen berazam setiap hari.. hrp2 xdpt laki nama azam nnti.. hahahahaha~ ^_^

    bicara hati: amboiii~ tukar gk tuh.. tiru keen nih~~ hohoho~~ =.=”
    keen~ recently posted..- 1 1 1 1 20 -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ha.. ini lah ni.. jaga2.. yang xmo tu yg dapat selalu.. haha..

    weehuu ~ ini lain sikit.. tengok nanti.. ahakz..

    [Reply]

  8. syufa says:

    hoho..ade katak..byk la..berangan je..ish3!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ahakz.. yang penting bukan beta.. haha..

    [Reply]

  9. ::CikSmile:: says:

    waaa… panjang tol azam dy nie… emm~ mudah-mudahan tercapai jugak t yee… :))

    chomey c panda tuh.. :D ::CikSmile:: recently posted..-CARA MEMBUAT RESUME-

    [Reply]

    aretikz Reply:

    InsyaAllah.. tapi.. sejak bila kat ats tu jadi azam? hehe,,

    Tu dorang nak lari dari kandang aku.. kan kantoi.. haha..

    [Reply]

  10. aim says:

    azam last tu tak leh kot..aku dah tempah
    aim recently posted..POLIS DAN JPJ BERPESTA DI MALAM TAHUN BARU 2011-MELAKA

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. ala.. nampaknya kecewa katak tu.. wakaka..

    [Reply]

  11. miss yaty says:

    hihi..setuju dgn pendapat atik tu..jgn azam bagai nak rak je kan..doa dan usaha tetap kena buat…

    aik best ke dpt cium di ana rafali wahai katak;p

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx 4 setuju,, hehe..

    Erk? tu kena tanya katak.. haha..

    [Reply]

  12. cik tom says:

    hihi…plg menarik hati cik tom part katak tue..wah makan kepsi xajk cik tom ek…

    erk bro ganti tapak kaki???hik3 ;P
    cik tom recently posted..Blog Miss Yaty Di Review Sempena 2011

    [Reply]

    aretikz Reply:

    erk? nak kenal dengan katak? haha.. Ala.. bukan xnak ajak.. tak terajak.. hehe..

    saja jak.. perubahan xda erti.. haha..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: