Edisi Selongkar : Budak Sekolah Makin Manja!

Pergh ~ Tajuk macam mahu makan orang jak. Hakikatnya, aku nak bagitahu esok sekolah, yahoo! Ceh, aku buat apa gembira? Sebab dapat jumpa cikgu sekolah? Mentang-mentang mak bapa aku mengharap menantu cikgu, haha. Esok konfom bermacam ragam kepada mereka yang baru mendaftar masuk sekolah. Lagi-lagi ibu bapa yang 1st time hantar anak masuk sekolah. Selamatlah kalau yang masuk ni tidak nangis, tapi, kalau yang jenis manja, siap sedialah menunggu kat luar kan? Hehe.

Aku masa kecil-kecil dulu, masa masuk sekolah, tak payah bapa aku tunggu aku, sebab aku staring ma. pergh ~ Bangga siot. Kawan-kawan baru aku jak yang kebanyakkan nangis, aku pun pelik kenapa dorang nangis. Banyak juga ibu bapa menunggu kat luar, termasuk bapa aku. tapi bila dia nampak aku ni stedy jak, bapa aku pun baliklah pergi kerja. Tinggallah aku nak survive sorang-sorang, tapi sebagai staring, aku tak nangis.

Itu part masa mula-mula bersekolah. Ini part balik sekolah. Masa tu balik pukul 12.30 tengahari. yang nangis tu apa lagi, berhentilah menangis sebab dah balik. Aku dengan stedynya tunggulah bapa aku ambil. Tunggu punya tunggu punya tunggu, sekolah dah lenggang, masuk sesi petang.

Lama sangat aku tunggu, last-last, keheroan aku musnah akhirnya. Aku menangis sepenuh hati, pitching pun sampai masa tu, tempo pula tidak lari, kira flat la tangisan tu, haha.

Bayangkan aku tunggu sampai mahu dekat jam 2 petang. Nasib ada cikgu yang nampak aku sorang-sorang duduk dekat bangunan sekolah cuba menenangkan keadaan. Cikgu tu pun telefonlah bapa aku, nasib dorang tahu nombor telefon opis bapa aku, bukan susah pun, telefon jak bank, sebab bapa aku kerja bank dulu.

Kelam kabut bapa aku ambil aku, sempat juga aku merungut kelewatan kena ambil. Bukan bapa aku sengaja pun, hakikatnya, bapa aku tidak tahu timing bila aku habis!

Kalau budak sekarang, kira kebanyakkan dah biasa masa masuk tadika, sebab tu boleh kena tinggalkan. Cuma boleh dikira sedikit sahaja yang masuk menangis-nangis. Ada yang lama betul nak biasakan diri masa tu. Aku pernah rasa masa jadi cikgu ganti, sebab ada anak muridku masih lagi nangis biarpun dah masuk bulan 2 sesi persekolahan. Oleh sebab aku hensem, lama-lama semua enjoy juga, syukur. Tapi apa kaitan dengan hensem?

Jadi mana part yang manja? Budak-budak sekarang makin demand, minta itu ini dengan ibu bapa, kononnya memudahkan mereka di sekolah. Macam minta beli telefon lah, Iphone lagi tu, belum part manja sampai suka mengadu ibu bapa macam-macam tentang sekolah dorang, cakap cikgu itulah, sekolah beginilah. Ibu bapa pun banyak yang layan cerita anak dorang, bisa-bisa.

Kalau budak kecil, masih boleh dimaafkan lagi. Yang paling manja diantara semua pelajar, selalunya pelajar asramalah. aku pernah rasa sekolah harian dengan sekolah asrama, jadi memang perbezaan perangai tu ketara jugalah. Ikut pengalaman aku, kalau budak asrama ni, asal tiada duit, mula call minta duit. Padahal baru jak minggu lalu kena bagi. Tiada daya survive langsung.

Aku ni memang bab sekolah asrama, daya survive tu memang bolehlah juga. Tiadalah demand minta duit balik-balik melainkan keperluan. Biarpun kadang-kadang pandai juga minta, hehe. Sekali-sekala, ceh, tidak boleh pakai, haha.

Masalah utama budak asrama cepat habis duit, dorang suka makan di kantin berbanding makan di dewan makan. Bajet standard kan kalau makan dewan makan, tak menarik hati langsung. Belum part habis duit belanja yang bukan-bukan, contoh jelas, rokok.

Aku pun memang sadis part duit ni, sebab bukan pandai nak simpan, hehe. tapi part jimat tu memang terer la. macam aku cakap dalam tips berjimat, orang paling suka berjimat masa dah nak kering, hehe. Bila dah tinggal sikit duit, konfom, aku tak makan di kantin waktu rehat. Satu minggu hanya makan di dewan makan. Selalu kalau makan di kantin, time rehat jak. Sebab tu juga aku tak pandai membesar masa di sekolah, kurus memanjang, tak pandai makan lebih.

Masa time jimat, duit dalam poket memang tak pernah sampai 5 ringgit, khas untuk tambang bas ambil duit di bank. Memang terpaksa juga aku ikat perut kalau lapar, selalunya aku biasakan diri berpuasa, kira ok jugalah kalau begitu. Dapat pahala, cewah, promot diri sendiri ka pula? haha.

Belum part balik bermalam. Kalau yang dekat rumah ni, sesuka-suki jak balik rumah, tak payah nak bagitahu warden. Tak boleh nak berjauh dengan mak bapa. Bila sudah begitu, tahap kemanjaan mereka ni makin menjadi-jadi, khuatir juga tidak dapat hidup berdikari, terlalu bergantung mak bapa. Susah sangat nak survive macam tu.

Aku balik bermalam ni selalunya sebulan sekali jak. Tapi part mahu balik bermalam tu pun sadis, mana ada duit nak tambang balik rumah. Duit dalam dompet pun 2 ringgit, nak balik masa tu 12 ringgit lebih, belum campur tambang bas pergi stesen. Jadi, macam mana aku nak balik?

Simple matter, bersyukur juga aku ada budak manja, jadi mentaliti dorang ni senang dipergunakan, hehe. Teknik dia macam ni. Sekolah aku ada dua blok asrama, setiap blok ada 14 buah bilik. Dalam setiap bilik tu ada 8 orang yang tinggal. Misi aku sebelum balik esoknya, aku pusing-pusing setiap bilik, minta dorang duit 20 sen, hehe.

Ini bukannya peras ugut, kalau tiada pun aku tak paksa. Cukuplah sekadar tanya, ada 20 sen? Boleh minta? Bayar balik ka? Konfom dorang bagi tanpa minta bayar balik. apa sangat nilai 20 sen tu. Bayangkan 14 bilik, darab 8 orang. Ada 112 orang menginap, campur 2 blok, 224. Tolak satu yakni aku, adalah 223. Darab 20 sen? Pergh ~ Rm 44.80 tu.

Tapi bukan semua ada duit 20 sen. Aku kalau dah ada 80 sen selalu, kalau dia tiada 20 sen, aku minta tukar seringgit kertas dengan 80 sen, jadi tidak juga berat aku bawa syiling kan? Hehe. Tidaklah sampai 40 ringgit juga aku minta, bila sampai 20 ringgit, cukuplah. Macam begitulah aku survive, nasib dorang tak amek kisah, begitulah nilai 20 sen yang tak dipandang.

Yang masih sekolah ni, belajar untuk survivekan diri, dan peranan ibu bapa pun penting juga. Cubalah suruh anak-anak tu urus sendiri keperluan dorang masing-masing. Nak sayangkan anak, biar fikir secara logik, nanti ada yang jadi macam cerita Anakku Sazali, kan parah tu.

Panjang tul aku membebel, bukan selalu pun, haha. Ikut hati, sampai sok pagi aku mahu menulis, sal sudah lama tak tulis panjang-panjang. Apapapun, selamat kembali ke sekolah, kepada cikgu wanita yang bujang lah, sebab, mustahil budak-budak sekolah baca blog aku ni, har3x~ Semoga berjaya, yezza ~

Bro Skemanoti : belakang parang kalau diasah lagikan tajam, tapi tetap orang guna depan parang, bukan belakang parang! Tapi perang sekarang dah tak guna parang, harap maklum. Apa yang aku melalut ni?

Ini juga ceriteranya

  • Abang Yang Kejam!Abang Yang Kejam! Semalam hari yang meletihkan, sampai rumah pukul 10 malam. Hari ini pula tak dapat nak relax, sebabnya, mak pergi kerja, bapa ada projek kat tempat jauh sikit, aduhai, kesimpulannya, […]
  • Ini Bukan Anak Saya!Ini Bukan Anak Saya! Senyumnya si kecil ini memandang lensa kamera. Umurnya baru sahaja mencecah setahun, namun senyuman seolah-olah bakal masuk tadika. Namun ingin ku tegaskan, ini bukan anak saya! Why? Ada […]
  • Pakcik Misteri, Panggilan Misteri Dan Menjadi MisteriPakcik Misteri, Panggilan Misteri Dan Menjadi Misteri Hari ini aku tidak ke mana-mana. Lepak di office, isi data dalam laporan, supaya senang hantar nanti, tidak payah tunggu sudden death hantar laporan, ceh, hakikatnya, awal pagi, buka […]
  • Keranamu KoleraKeranamu Kolera Pergh ~ Kebizi-mizian melanda aku. Tiada makna cuti hujung minggu, sebab aku bekerja juga. Nasib boleh ambil overtime, kalau tidak, sadis. Tahu-tahu jak, bukan semua orang rela hati nak […]
  • Serangan BalasSerangan Balas Sememangnya tidak dinafikan, dirimu memang paling rajin. Memang saspek gila aku dengan kerajinanmu. Cuma kerajinanmu mengundang masalah kepadaku. Mungkin kalau orang sebut rajin, konfom […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. salam

    hakikatnya, masa dah merubah segalanya. ibu bapa yang nak bagi, bagilah..duit dah lebihkan..hehe..teringat kisah Anakku Sazali..

    Tunggu masa ada anak esok2..macam mana agaknya

  2. wooooo..cik tom dulu xpernah masuk tadika sbb bila masuk je nangis nak baalik…takmo kena tggl..heheheh…last2 terus xmasuk tadika…

    tp alhamdulillah bila masuk darjah 1 tue ok la plk…hehe…semua dah bmbg kalau dah xnak sekolah lgsg..makcik2 ramai dah sindir…tp alhamdulillah berjaya gak habiskan pelajaran…huhu…
    cik tom recently posted..Puteri Iqa Izyan Blogger Terengganu Yang Gilakan Pink Blog Review

  3. hihi..bru nak puji sebab jadi hero mase tadika…hihi..yaty dulu ske sgt pegi tadika tapi last2 tetiba ckgu tadika tu garang gila terus majuk taknak pegi tadika dah smpai ayah libas dgn lidi..hihi..

    tapi still taknak pegi jugak..last2 masuk pasti,,hihi :)

    hensem ke cikgu ganti ni?;p
    miss yaty recently posted..Blog Miss Yaty Di Review Sempena 2011

    • ala.. pujilah.. haha.. tp.. tu part darjah 1.. bukan tadika.. huhu..
      hehe.. kenangan hebat tu.. nasib cikgu garang gila.. kalau garang waras? hehe..

      erk? lalalalala.. (ya, har3x~)

  4. seronok jugak baca kisah awak….hehe….

  5. zaman dah berbeza..
    dulu lain skrg lain..
    nak kata manja, tak juga..
    kalau skrg dibiarkan mmg byk perkara akan terjadi..
    contoh pergi sekolah sendiri.. dulu jalan tak sibuk sgt.. penculik tak ada..\skrg? macam2 ada.. huhuh
    gnesop.com recently posted..Review HTC Aria- Kekal update

  6. PERGHH KO NI KIRE CALON PILIHAN LAA PANDAI BERJIMAT BERDICURRY LAK TUHH..BAGUS2..

    CHECK ENTRY MANTAP ! #
    AWEK KHAIRUL FAHMI KENA SERANG #
    MANUSIA BERMATA TIGA ! #
    CARA BUAT BUTTON FLASH#
    NEON recently posted..Kekasih Khairul Fahmi Che Mat Kena Serang !

  7. Kepada semua guru selamat bertugas… kepada semua pelajar tanamkan sikap “sayang”. Sayang duit, Berjimat. Sayang harta benda, jagalah dengan baik…

  8. setakat nih, keen xpernah nanges pon klu kena tiggal.. dan keen xphm mentaliti org yg menangis time baru masuk sekolah.. bukn cikgu mrh pon.. baik ada lah~ huuuu~ =.=”

    wahhhhhh~ peras ugut tuh.. kalah along~ hahahahaha~ ^_^

    bicara hati: itu part mengarutkah? O_0″
    keen~ recently posted..– 1 1 1 1 20 –

    • Ahakz.. Hok olo.. besala tu.. tak biasa berenggangkan dengan mak bapa.. hehe..

      Erk? Tidak.. bukan.. hehe.. tapi memang along dalam keluarga kan? ahakz..

      errr.. haha.. tepat sekali.. hehe..

  9. aduh masa dulu tadika.. kena tinggal nangis beb.. huhu… 2nd day ok dah.. huew
    zik recently posted..Transformasi zikrihusainicom 2011

  10. tak pernah msuk tadika, lepas tu bila dah masuk darjah satu tak ngis pun cuma tak nak gi skolah sebab takut cikgu marah. kita pulak yang kena pujuk anak Cikgu yang asik nangis merupakan kawan baik masa darjah satu.. padahal rumah dia belakang rumah je kot..
    ainzulaikha recently posted..Semester baru pun bermula

  11. pengalaman berguna tu.. kerja cikgu ke ni?
    ptt la nk menantu pon cikgu.. hahaha

    nway, slmt tahun baru ya atik :) Yana recently posted..the last DAY of 2010

  12. hehe..budak2 skang ni dah bertambah ngada2..seyes, tgk pun kdg2 nyampah!

    p/s : dulu mak teman luna g sekolah sampai darjah 2 :p luna Q jimat recently posted..Kerana BMW budak 6 tahun dibelasah sampai lembik- inikah sikap sebenar orang orang kaya

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: