Pada zaman dahulu kala, di satu negara bernama negara Andalusia, yakni tempat yang dicatatkan dalam World Book Of Records sebagai negara paling banyak anak dara lanjut usia, tinggal seorang nenek kebayan. Kebetulan dia pun salah seorang daripada anak dara lanjut usia.
Nenek kebayan ini terkenal dengan keseraman yang melampau, malah dikatakan dia pernah membunuh beribu ekor nyamuk, disamping menyeksa ayam dengan menggorengnya dan memakannya. Kadang-kadang pandai juga nenek kebayan ni masak Ayam Masam Manis, kalau rajin dia masak Chicken Chop.
Arakian satu hari, dia terasa mahu juga membawa orang ke arah kebaikan. Dia ni bukannya jahat pun, tapi untuk membawa ke arah kebaikan, kadang-kadang dia segan, sebab diri dia ni pun kadang-kadang ada perlu diperbaiki. Tapi dial peduli apa, dia tetap dengan pendiriannya. Jadi, dia pun macam biasa bertanyalah cermin dia, siapakah orang yang harus dia bagi nasihat. Lalu cermin itu pun berkata -
Hampa mendengar jawapan cermin itu, dia pun menjual cermin itu di kedai pajak gadai. Dengan duit yang dia dapat itu, dia pun pergi cyber cafe, nak cari siapa yang dia boleh bawa ke arah kebaikan.
Lalu google pun memberi jawapannya. Snow White? Kenapa Snow White? Dia muka innocent putih bersih macam mana pula boleh tergolong orang perlu diberi nasihat? Lalu google pun memberi jawapan kepada persoalan nenek kebayan itu.
Oh, rupanya, dia bersama dengan lelaki bukan muhrim. 7 orang lagi tu, Astaghfirullah, tidak boleh jadi macam ni. Aku harus pergi mencari dia, tapi kenalah bagi hadiah dulu. Hmm, apple disalut blueberry ni sedap juga, baik aku bagi yang ini, monolog hati nenek kebayan.
Maka, pergilah nenek kebayan itu mencari Snow White. Setelah menggunakan Google Map, dia pun dapat jumpa dengan Snow White di pasar. Ketika itu Snow White sendiri sahaja, yang 7 orang lelaki pergi kerja. Maka berkatalah nenek kebayan, “Cu, kau tahu tak betapa berdosa kau tinggal dengan lelaki bukan muhrim? Berdosa besar tau tak!”, kuat suara nenek kebayan itu sehingga orang yang berada di pasar itu dengar butir-butir percakapannya.
Malu dengan perkara tersebut, maka Snow White pun berlari pergi ke rumah. Nenek kebayan mengejar dari belakang, sambil bunyi nafas kuda akibat semput. Oleh kerana dia rasa sudah memadai nasihat Snow White, dia pun nak bagi hajat terakhir dia, yakni sebiji Apple. Snow White terima dengan muka masam. Ketika dia baru menggigit apple itu, tiba-tiba.
“Princess, jangan makan itu Apple, ada racun tu!”, salah seorang lelaki kerdil berteriak tiba-tiba. Terkejut dengan teriakan itu, Snow White pun tersedak , dan pengsan kerana tercekik. Panik! Itulah yang berlaku kepada nenek kebayan.
“Kau bunuh dia! Kami mesti bunuh kau!”, teriak kesemua lelaki kerdil itu, lalu semua mengejar nenek kebayan tersebut. Kejar punya kejar, akhirnya nenek kebayan itupun terselamat dari mereka.
“Begitulah ceritanya cu”, kata nenek kebayan kepada aku. Aku hanya menggeleng-geleng kepala. “Nek, niat nenek tu baik, tapi tak patutlah nenek mengaibkan orang. Bagi nasihat kalau mahu direct pun, biarlah dengan Snow White tu sendiri, bukan dengan secara umum. Nabi tak suruh kita membuka aib orang nek!”, tegasku.
Zaman para sahabat dulu, ada seorang lelaki, nampak orang berzina. Maka bergegas lah dia pergi jumpa Saidina Umar Al-Khatab yang merupakan Khalifah kerajaan Islam ketika itu. lelaki itu terjumpa Saidina Umar di pasar. Lantas lelaki itu menceritakan perkara tersebut kepada Saidina Umar. Semua orang yang berada di pasar mendengar kenyataan lelaki itu. Kesudahannya? Saidina Umar memerintahkan lelaki itu ditangkap kerana mengaibkan orang!
Tapi tu lah nek, zaman sekarang, orang memang susah nak terima nasihat, sabar-sabar jak la. Mereka lebih suka pandang yang negatif berbanding yang positif. Macam nenek juga, memberi epal tu pun kena salah tafsir menjadi racun. Cara nenek juga salah, kalau tidak, mungkin tidak juga disalahtafsir, ujarku sambil tersenyum.
Nak tunggu orang terlalu baik bagi nasihat, sampai berjanggut pun susah, sebab dunia akhir zaman, orang baik ni terlalu baik sangat sampai tak terbagi nasihat. kalau orang lain, konfom dorang suruh cermin diri dulu. Pergh ~ Kalau saya lah nek, kalau orang merokok suruh jangan merokok, memang tidak betul. Adakah patut? Tapi kalau dia ni suka mengumpat tapi suruh jangan merokok, mungkin kita tengok apa yang positif, sebab dia tidak merokok!
Nabi memang suruh kita bagi nasihat dan saling memperingati, cuma biarlah seiring dengan apa yang kita buat. Yang kena bagi nasihat, ambillah yang positif, kaji diri, bukan pusing fakta sehingga menampakkan benda yang kecil menjadi besar dan benda besar menjadi kecil. Belum part keji caci maki lagi nek, nak nasihat orang tapi mengutuk, itu lagi berdosa namanya.
Pap! Satu tamparan singgah ke muka aku. “Napa tampar saya nek?” Kata aku dengan marahnya. “Saja, boring aku dengar ceramah kau, lain kali, kau lah yang bagi nasihat dengan orang, aku nak pergi bertaubat dulu”, kata nenek itu sambil berlalu pergi. Cis, menyesal aku dengar cerita dia.
Bro Skemanoti : Coz Allah Is Always By Your Side
~Mari Mengayat Episod 3 masih belum dapat di siarkan, harap maklum~
Comments
Powered by Facebook Comments






salam..bagus cerita ni..faham apa yg tersirat.
wc recently posted..BeRi MeReKa PeLuAnG
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 10:17 am
Thanx sebab memahami yang tersirat itu.. hehe..
[Reply]
Atik! Haha. Ingat kan cerita pasal Snow White betul. Ada udang sebalik batu sungguh rupanya. Nice entri! Terbaik.
Pap! Saja nak tampar jugak
Shag recently posted..Erin & Elia – 1st Combined Giveaway FCG
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 10:23 am
Ahakz.. kalau snow white betul.. bek bagi GA cd snow white.. ahakz..
aduh.. apa salahku? haha..
[Reply]
terbaik!!
keen~ recently posted..- penipuan bicara -
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 10:30 am
Erk? San Q.. ahakz..
[Reply]
salam~ nice entry~ suke! ada maksud tersirat yang sampai…:)
sunah sakura recently posted..blOglist blOgger 2011
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 10:31 am
Thanx sakura.. sama2 kita amek yg positif.. hehe..
[Reply]
hahaha,,,semat2!
nub recently posted..happy tahun kelahiran ke-8 Leonairats semua!
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 10:40 am
Thanx Nub.. hehe..
[Reply]
hahaha..SUPERB!! aku dah serius mmbaca awal td..lawak2…
tp bgus! ada nasihat..
Kreatifbuzz recently posted..Blog Aku Bukan Tempat Ping Blog Kau
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 10:44 am
Ahakz.. Ini serius, kata ming2.. ahakz..
Yang penting kita amek +ve.. hehe..
[Reply]
CUTE SEH NENEK TU..AKU PON TAK SANGKA BETAPA BURUKNYA PERANGAI SNOW WHITE SELAMA NI..TAK SEDAR =P HAHA
CHECK ENTRI MANTAP NI :
# TWITTER ARTIS MALAYSIA ! #
# STICKER KERETA YANG LAWAK#
# NAK PINDAH WORDPRESS?? #
# GIVEAWAY AWAK BUSUKKK ! #
NEON recently posted..Sticker Kereta Yang Lawak !
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 10:46 am
Haha.. Snow White tu innocent jak kan? hehe..
[Reply]
ahaahha…..citer cinderela moden ade x?? ahaha
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 10:49 am
Ahakz.. Ingat ni kesinambungan zack zukhairi ka pula? ahakz..
[Reply]
apple Reply:
January 9th, 2011 at 10:55 am
iya bah tik.. manatau kan kobleh jadi zack ke2.. nnt ko wat la katun2 cute 2..hihi^^
apple recently posted..-terjebak dengan suami orang-
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 11:03 am
Haha.. part lukisan.. serender wei. huhu..
apple Reply:
January 9th, 2011 at 1:33 pm
rajin juak saya may mlukis…tapi malas la bah publish2…hihi ^^ cua ko wat entry sal penyakit berjangkit. dapat juak saya ilmu dari sifu atiek..
apple recently posted..-terjebak dengan suami orang-
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 1:41 pm
Ini barulah, haha. Lama sudah tidak buat info sihat, nantilah aku buat, tapi memang cara gila-gila la, haha.
nice weih story nih
maksud tersirat dia banyak
thumbs up untuk kamu
P/S : Siapa Yang Pernah Pergi Brunei? Apa Yang Seronoknya Di Sana?
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 10:51 am
Thanx bro.. hehe..
[Reply]
best layan cite ni..hihihi…:)
MyREVENGE recently posted..ADAM SHAHbudak yang hilang
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 10:58 am
Thanx revenge.. hehe..
[Reply]
aretikz kau selalu dtg dgn idea yg berbeza..aku ingt cerita snow white yg dah basi tuh…
bagus2.. i loike it…
Azmi recently posted..Awek atau Kawan PART 1
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 11:01 am
Saja jak tu bro. kebetulan jak crita ni ada ketan yg ingin disampaikan. btw. thanx. he2.
[Reply]
hahaha.. tergelak bace entry nih.. seronok lah!
Yana recently posted..Buang TABIAT!
dan ada mesej tersirat.. yupp, Allah is always by my side
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 11:05 am
Hehe.. Mesej makan dalam yek? Yezza.. He always be there. he2.
[Reply]
kreatif la!!! sy suka!! sy suka!!! sy suka!!! ada lagi??????
Zaiya recently posted..Midnite Stories
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 11:08 am
Thanx Zaiya.. hehe.. Erk? InsyaAllah.. versi lain.. hehe..
[Reply]
laaa,,,selame nie kite duk salah faham laa ye ngan nek kebayan nie,,
baek rupenye nek,,,amupun nek,,,
nak apple satu,,huk8
miszpathetic recently posted..BADBOYS-sape suke
[Reply]
aretikz Reply:
January 9th, 2011 at 11:10 am
hehe.. tu la.. niat dia baik.. orang putih jak putar belit fakta tu.. haha..
[Reply]
Versi cinderella ada ka?? haha..
[Reply]
aretikz Reply:
January 15th, 2011 at 11:44 am
Bakal2.. haha..
[Reply]
terbaek..mmg manusia skrg susah nak terima nasihat..walaupn cara baik, cara kasar..masih sama..keras degilnya mengalahkan batu nisan btol..haish..
Jejaka Terhangat recently posted..Blogger Perlu Berevolusi
[Reply]
aretikz Reply:
January 15th, 2011 at 11:48 am
Betul tu bro.. hehe.. Semua demi kepentingan diri kan.. semoga kita semua tergolong dalam mereka yang mudah menerima nasihat..
[Reply]
Pingback: Gempar! Blogger Tipu Blogger | SeGaLa CeRiTeRa
Pingback: Persamaan Antara Orang Ditegur Dengan Terlanggar Tiang | SeGaLa CeRiTeRa