“Tuan-tuan dan puan-puan, sila beri perhatian kepada taklimat keselamatan yang akan ditunjukkan sebentar lagi. Prosedur keselamatan di pesawat ini mungkin berbeza dari pesawat lain yang pernah anda naiki”, kedengaran pengumuman dari pramugari bertugas. Berulang kali sudah diterangkan, tetapi kepentingannya tidak boleh dinafikan. Siapa tahu, ada dikalangan orang di dalam pesawat itu pertama kali naik kapal, kan?
“Excuse me sir, do you want coffe or tea?”, suara pramugari sopan ketika memberi servis kepada penumpang pesawat. “Boleh minta orange juice tak?”, lain ditanya, lain diminta. “Okay sir”, senyum sahaja, biarpun dia tahu, pertanyaan itu tidak berbalas.
Masalahnya, aku tak nak cerita pasal kapal, aku nak cerita pasal coffee. Kenapa dengan coffee? Why? Eh? Ni mahu try buat entry english ka pula? Konfom David Beckham ketawa ngensot-ngensot nampak entry aku nanti, hehe. Bukan coffee yang tu, tapi copy paste ni. Aku tahu banyak dah yang buat benda ni, tapi korang pun sendiri dah baca awal-awal kan? “Prosedur keselamatan di pesawat ini mungkin berbeza dari pesawat lain yang pernah anda naiki”
Isu ini tak mungkin habis, tak mungkin akan hilang, sebab inilah lumrah dunia blog, nak tegur macam mana pun, orang akan tetap buat. Macam naik kapal, itu jak benda berulang yang akan diterangkan sebelum berlepas. Tapi dalam banyak-banyak penumpang, siapa agaknya yang akan ambil kisah penerangan prosedur tu? Anda?
Ya, dalam blog ini, memang ada entry kopi teh ni, percayalah! Tapi tak banyak, cuma bagi aku, ianya istilah perkongsian, nak bagi backlink pun, sumber tak diketahui, sebabnya? Dah ramai orang buat entry tersebut, sampai langsung tak diketahui dari mana asal usus entry tersebut. Secara free orang tu dapat pahala, kerana entry yang aku kongsikan, merupakan entry berunsur kebaikan.
Tapi itu bukan bermakna entry kebaikan boleh di copy paste begitu sahaja. Cuma, link tu dah jauh ke laut, nak letak pun kita tak tahu. Yang sebenarnya lebih berbahaya di kalangan pengopi bukan dari blogger, tapi, anonomore, sebab benda yang dorang kongsi tu di forum selalunya. Lalu, bila dah ada di forum, maka tersebarlah di merata tempat, bukan setakat FB, Fs, Myspace malah di blog pun ada.
Kadangkala kita tidak sedar perkara tersebut, tapi itulah hakikat, cuma biarlah dicopy itu membawa manfaat, sebab jika kita tidak tahu mana sumbernya pun, paling kurang kita dapat juga bagi kredit dengan pencipta entry tersebut, yakni segunung pahala kepada dia. Tapi kalau tahu, jangan memandai tidak bagi backlink, kerana itulah etika dunia blog beb.
Pepatah arab ada menyebutkan, “Makan apa yang kita suka, berpakaian seperti orang lain”. Pergh ~ Arab lagi tu, kalau nak bagi pepatah melayu, tu, dah translate melayu lah kiranya, haha. Maksudnya, dalam satu majlis, makanlah apa yang kita mahu di sana, tapi pastikan pakaian kita bersesuain dengan majlis. Secara kiasan, tulislah apa kita suka, buatlah apa yang korang mahu di dunia blog, tapi, ikutlah etika berblogging, macam yang orang selalu inginkan. Takkan nak pergi majlis kenduri pakai baju tidur?
Khutbah terakhir Rasulullah S.A.W, pada akhir katanya menyebut ” Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kataku daripada yang terus mendengar dariku.
Apa kaitan dengan copy paste? Copy paste benda bermanfaat, maknanya kita menyebarkan benda yang baik kepada orang. Dan jika pesanan itu sampai kepada mereka, pasti kredit kita dapat menyampaikan apa yang patut. Tapi ayat last tu “Semoga yang terakhir lebih memahami kataku daripada yang terus mendengar dariku”, adakah entry yang kita copy tu akan difahami semua orang?
Mesti ada yang tertanya juga kan? Kalau kita ditanya, jika kita sendiri kurang mahir dengan entry tersebut, mahukah menjawab pertanyaan tersebut? Kalau bagi jawapan ikut sesedap rasa, sesedap rasa itulah yang mungkin membinasakan kita, kerana takut orang salah faham apa yang kita cuba sampaikan. Dosa geng. Itulah gunanya backlink kan? Kalau tak tahu, boleh refer orang punya entry.
“Ala bro, sebab saya tahulah, saya publishkan entry tu, untuk perkongsian”. Tapi kalau tahu, kenapa kita tidak cuba olah dengan ayat kita sendiri? Pergh ~ Checkmate terus. Dengan aku-aku sekali checkmate, haha. Sebenarnya, perkongsian itu satu kaedah yang bagus, kadang-kadang, penyampaian kita pun bukannya baik sangat, sebab itulah entry copy itu ditempek, sebab menarik.
Kalau penyampaian tak menarik, orang nak lihat? Kadang-kadang sebelah mata pun payah. Sebab itu terpaksa juga dicopy, agaknya. Tapi tetap backlink itu penting, kalau nak mengopy paste sekalipun. Kalau tak tahu sumbernya, jangan claim milik kita, kerana itu yang seeloknya.
Part tidak diketahui sumber ni yang menakutkan, mana tidaknya, ko amek tempek entri itu ini, tahu-tahu, ada yang menyesatkan. Selidik dan rujuk, itulah paling terbaik. Aku wat entri ni pun, aku wat research, supaya pemikiran tu luas, tak lah ke satu arah yang orang biasa nampak. Nampakkan kebaikan copy paste? Tapi, nampak juga apa yang kurang di sana.
Aku bukan bagi dalil boleh copy paste, tapi ini pandangan terhadap dunia “copyrism” yang tak akan habis. Mana yang baik kita ambil, mana yang buruk kita jauhkan, semuanya kerana idea yang diberi olehNya untuk kita coretkan. dan dari kita bagaimana mengaplikasikan benda baik dalam kehidupan. Copy paste bukan bermaksud buruk, tetapi, kalau ada pilihan lain, itu lebih baik. Seperti orange juice. So, sekarang, apa yang kau rasa? Oren?
Ingat, idea itu datang dariNya, fakta tak boleh diubah, tetapi cara penyampaian boleh kita pelbagaikan. Macam entri tutorial, bolehkah kita mengubah fakta? Tak boleh! Rosak fakta tu. Tapi, agak-agak nak copy paste tanpa backlink, sebab kalau orang tak dapat hasilnya, korang sendiri yang jawab, kalau korang tak tahu, kah kah kah (evil laugh) So, get the recipe, and make your own. After that you can serve everyone after you know how to make that thing.
Aku pun cuba mengelak copy paste, tetapi jika ada sesuatu yang menarik, aku kongsikan, yang penting aku tidak claim benda tu aku punya. Kalau tahu sumber, backlink itu penting, dan, beritahu empunya diri. Simple, tapi itu yang tidak dibuat selalunya.
Ini entry muhasabah buat aku, sebab aku bukan blogger yang perfect. Ada juga entry aku kena copy, tapi aku anggap perkongsian, sebab sudah ada backlink, biarpun hanya segelintir bertanyakan kepada aku. Tapi aku tidak marah, sebab dicopy benda baik kan, hehe.
Panjang lebar aku cakap ni, apapapun, kalau korang ada pandangan lain, cakap jak, sama-sama kita perbaiki diri, adios, ahakz.
Bro Skemanoti : Mengutuk, memaki, mengeji orang itupun copy juga. Copy syaitan!
Comments
Powered by Facebook Comments





erk. sab rase macam bace khutbah pulak. haha
pape pun..this entri sgt menarik !!
sab recently posted..YEAH!! AKHIRNYA PEMENANG CONTEST AKU DAN KACA MATA
[Reply]
aretikz Reply:
January 15th, 2011 at 11:55 pm
Erk? haha..xkanlah? Thanx sab ^^
[Reply]
Salam
hamba menulis tentang diri hamba sahaja..malas nak copy2 paste nikan..pasal diri sendiri, pasal anak2 murid, pasal sekolah,pasal hidup.then senang menulis dengan rasa hati sendiri
imanshah recently posted..BILA MASA AKU KAHWIN DENGAN KAKAK KAU
[Reply]
aretikz Reply:
January 15th, 2011 at 11:57 pm
yup.. kalau personal.. stedy jak.. hehe..
[Reply]
mana yang baik, elok dikongsi-kongsi.. sop suka kalau entry sop disebar-sebarkan … (kalau sapa2 nak) huhuhu..
[Reply]
aretikz Reply:
January 15th, 2011 at 11:58 pm
Betul.. ada tu bro.. kita jak xperasan kadang2.. hehe..
[Reply]
indeed. aku setuju. aku baru je nak memerah santan untuk idea tu. nicely done.
matahari recently posted..yang mana satu kau nak
[Reply]
aretikz Reply:
January 16th, 2011 at 12:00 am
Thanx.. xpa.. maybe prosuder berlainan kan.. hehe..
[Reply]
emm.. klu anggap sedekah je, cmne?? =.=
keen~ recently posted..- apabila peguam bergaduh dengan anak guamannya -
[Reply]
aretikz Reply:
January 16th, 2011 at 12:02 am
Erk? hehe.. syukur alhamdulillah la.. ahakz..
[Reply]
cik tom suka je kalau orang nak sebar ilmu baik..tp kalau dah copy+paste entry sama dgn blog kita pastu xde bg backlink lgsg 1 hal dah…ngaku tue entry dia 100%…pastu entry yg di copy+paste plk lebih dr 1…hurm…manusia…
[Reply]
aretikz Reply:
January 16th, 2011 at 12:05 am
Itu yg xpatut tu sebenarnya.. huhu.. apapapun.. bersabar jak lah yek? huhu..
[Reply]
Panjang. Dengan tabah Shag habiskan. Kiki. Entri bagus. Boleh muhasabah diri Shag kat sini. Shag suka capy jugak. Tapi bukan keseluruhan entri. Ada part. Selalunya, gambar. Kiki. Dan di kasi jugak kredit, di entri mana Shag cilok. Hehe :P
Entri terbaru Shag : Bukti pembaca tidak baca isi entri kita. Haih~
[Reply]
aretikz Reply:
January 16th, 2011 at 12:06 am
Thanx sal baca.. hehe.. ahakz.. kalo part gambar.. shhh.. haha..
[Reply]
entry yg bagus!
nub recently posted..aku ada 100 kekasih!!
[Reply]
aretikz Reply:
January 16th, 2011 at 12:07 am
Thanx ^^
[Reply]
ehemm..blog mish xde sape nak copy paste kot..hehe…
mish recently posted..Buffered Earning ke XX !!!
[Reply]
aretikz Reply:
January 16th, 2011 at 12:13 am
Hehe.. bagus2.. haha..
[Reply]
aku tanak tambah pendapat aku, sbb pendapat ko dh cukup padat (kalau dlm SPM leh dpt A ni) cuma aku nk g tau ko yg…………. aku suka minum kopi, bila ko nk blanje aku minum kppi ni
noa recently posted..Selamat Tinggal Sayang
[Reply]
aretikz Reply:
January 16th, 2011 at 12:19 am
Pergh ~ haha.. A ka pula? ahakz.. Ada kopi kat rumah.. xpayah susa2 nak gi luar.. haha..
[Reply]
betul2…sokong entry nih
P/S : Bersama Hans Menikmati Aneka Masakan Berasaskan Telur Di Kampung Kuantan
Hans recently posted..Antara Pukul- Jam- Minit Dan Waktu
[Reply]
aretikz Reply:
January 16th, 2011 at 12:25 am
Thanx Hans ^^
[Reply]
myibuk japp..tumpang lalu pak atiekk…
apple recently posted..- idea Lets play a game -
[Reply]
aretikz Reply:
January 16th, 2011 at 12:28 am
boleh saja.. haha..
[Reply]
cute, gojes, cool entry.. like it to d max.. (^_____^)v
alice.charlotte recently posted..Dont Stress!
[Reply]
aretikz Reply:
January 16th, 2011 at 12:29 am
San Q Alice ^^
[Reply]