Lelaki Dan Romantik

Weehuu ~ Penat seyh. Rasa macam urat-urat sendi nak putus. Bukan apa, gotong royong di rumah kan. Pihak berwajib yang membersihkan rumah ni tidak lain tidak bukan, aku, saya, me dan i. Eh? Macam sama jak orangnya tu? Haha, baru bersih sikit nak sakit badan. Mum aku stedy lagi, pas kerja office boleh lagi tengok drama Hindi channel 108 Zee, lepas tu urus hal ehwal rumah tangga. Aku?

Ala, kira ok la, rajin, kalau bakal bini aku tahu aku ni rajin, beruntungnya dia, cewah. Belum part lain lagi, lepas cuci kain, solat, baru berkira-kira nak masak. Ha, jangan, lelaki bujang semua terer masak, tak percaya? Perempuan cuba tanya kawan-kawan lelaki korang, konfom dorang jawab, “Maggi Masak Kari” atau “Ikan Sardin Masak Sos”. Terer apa?

Tapi aku masak baik punya lah, malas nak bagitahu, nanti riak, tuhan tak suka orang riak kan, haha. Tapi, apa kaitan aku cerita benda ni dengan romantik? Siapa cakap tiada kaitan? Kalau korang baca berita, konfom balik-balik nampak suami pukul isteri, itulah inilah, macam-macam lagi benda yang buat perempuan makin tak percaya dengan lelaki, kan?

Lelaki ni makin kurang romantik? Tengok drama ok jak pun? Sweet gitu. Janganlah TERpercaya dengan drama-drama semua tu. Siap candle light dinner lagi, siap bagi bunga ros, nak melamar siap melutut dan memulakan kata-kata indah ~ weehuu ~ satu keajaiban jika anda mengalaminya, apatah lagi melihat depan mata!

Aku ni lelaki, kenapa perlu diskriminasikan lelaki? Bukan setakat diskriminasi lagi, diskrimibubur terus. Tapi, bukan semua lelaki macam tu, kalau korang baca berita, ada dorang mahu letak cerita front page “Suami tempah meja makan malam dengan isteri”, “Suami nyanyikan lagu cinta di Kbox”, ada di berita? Tiada kan? Peranan media yang mempengaruhi pemikiran masyarakat.

Lelaki romantik ni macam mana juga? Secara prinsipnya, lelaki romantik adalah lelaki yang pandai membelai jiwa wanita dan faham keperluan wanita secara kejiwaannya. Secara ayat sempoi, membuat sesuatu dalam apa cara yang menyentuh perasaan wanita. Bukan menyentuh tu menyakitkan, tapi menyenangkan.

“Ala, my boyfie romantik tau”, erk? Nanti kalau kahwin, cuba tengok, perangai dorang sama atau tidak macam sebelum kahwin. Kalau sama, Alhamdulillah, kalau tak sama, Alhamdulillah juga, haha. Sebab tu aku malas cerita part kapel ni, tiada faedah pun. Nanti timbul cerita “Dulu masa sebelum kahwin, perangai abang tak macam ni!”. Cuba cinta lepas kahwin, ada mahu ungkit-ungkit cerita sebelum kahwin?

Tips romantik ni senang sahaja, buatlah macam mana pun, selagi dapat sentuh hati dia, itupun dah cukup romantik sesangat. Perempuan ni senang saja nak sentuh hati mereka bagi yang bergelar isteri, dengan sentuhan kasih sayang, pergh ~ cair. Yang penting, buat benda tu pada masa yang betul.

“Bang, nak rehat dulu ya, nanti ayang masak untuk abang, tapi kalau lapar dah, bagitahu ayang tau”, ujar si isteri, sambil suami dalam hatinya berkata “Kepenatan agaknya”. Lantas si suami mengambil keputusan untuk memasak buat isterinya. Selesai masak, si isteri tiba-tiba menjengah ke dapur, untuk memasak buat suaminya.

“Dah masak pun, jom makan”, lembut suara si suami. “Eh? Biar betul abang masak? Setahu ayang, abang bukan pandai masak pun?”, penuh persoalan di minda is isteri.

“Aikz, jangan dipandang sebelah mata, dah, jom makan, ada di tudung saji tu, special tau untuk ayang”, balas si suami dengan senyuman.

“Yarabi, abang? Ini specialnya yek?”, tergelak si isteri sebaik sahaja membuka tudung saji itu.

“Ok apa, maggi masak kari, dari maggi gulai masak lemak, nanti ada yang terpaksa makan luar, lagipun bukan senang abang nak masak ni, khas untuk ayang juga”, si suami tergelak sama. Si isteri kemudiannya tersenyum. Mereka berdua makan dalam suasana ceria, biarpun hanya memakan maggi sahaja.

Tak payah nak candle light dinner segala, cukup maggi, asal tahu menyentuh hati si isteri, insyaAllah, romantik itu terjadi sendiri. Yang penting melakukan di tempat yang betul. Jika si isteri tengah berdukacita, tenangkan hatinya, pujuk hati dia dengan sentuhan kasih sayang, itupun romantik. Kunci utama, belai hati, kan?

Pergh ~ Macam kaunseling rumahtangga pula tau, haha. Dari cerita kemas rumah, termelencong sampai romantik. Yang lelaki, korang belajar lah kemas rumah, rajin cuci baju, belajar memasak, sebab kalau buat benda tu sama-sama dengan isteri, konfom orang akan cakap “Sweetnya suami dia, selalu tolong isteri buat kerja rumah”, sweet tu kira romantik la tu, ahakz.

Cukuplah, kalau aku cerita lebih, aku pun belum nikah, haha. Nanti aku bagi banyak-banyak, manatahu bakal isteri terbaca ni, tak dapat aku buat romantik, cewah, haha. Yang penting, lelaki mesti tahu, konsep romantik ni luas, tak kira dari kata-kata, hinggalah perbuatan, asal dapat jadi cupid guna panah tu, zupp, tembus, opkoz si dia jadi bertambah cair. Jangan panah betul-betul, nanti ada sedekah Al-Fatihah pula, hehe.

Sekarang aku nak layan bola dulu, sambil blogngensot, manatahu, time-time blogngensot, jumpa jodoh aku kan? Haha. Kepada perempuan, jangan salahkan aku kalau pasangan anda masak maggi lepas ni, weehuu~

Bro Skemanoti : Aku bukanlah superman, aku juga bisa masak maggi.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Ramadhan ~ Tidak, Itu Bukan Tebuan
  • Aku, Mereka & Myvi 2
  • Tragedi K-Pop
  • “EsperLay”
  • Tak Habis-Habis Dengan Valentine!

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Jodohku Jodohmu Jua and tagged , , . Bookmark the permalink.

17 Responses to Lelaki Dan Romantik

  1. keen~ says:

    ehem.. ehem.. nasihat yg baik.. seolah2 cam ada pengalaman jek?? hik3~~ ^_^
    keen~ recently posted..- yeah! sape kata perempuan kena pandai memasak -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    uhuk2.. rasa2? har3x~

    [Reply]

  2. fiqah alias says:

    fiqah stuju sgt3…!!! bkn senang nk jumper yg romantik2 nie…huhu…
    btw….mmg hebat laa n3 nie…fiqah mmg terpegun jugak bace…buleh jd doktor Love nie… =) jd penasihat rumahbertangga or rumah x bertangga pon buleh nie…(^.~)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Besa2 jak fiqah.. hehe.. Bahaya juga kalau jd Dr Love.. Nanti kalau den pun ada prob.. sepa nak tulun? haha.. apapapun.. San Q ^^

    [Reply]

  3. imanshah says:

    aku bukan romantik, tapi plastik!!heheh
    imanshah recently posted..AKU TIADA DI SANA

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Haha.. Statement jujur ni.. ahakz..

    [Reply]

  4. Azmi says:

    tikz kalau aku pomuan komfirm aku suh ayah aku masuk meminang kau..haha…
    cayalah tik
    Azmi recently posted..Kalau Berpacaran PART 2

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Xdapat aku bayangkan dirimu perempuan geng.. Oh tidak! Haha,.

    [Reply]

  5. mujur rumah sewa saya buat jadual masak.
    so kalau tak pandai kena belajar jugak..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Macam saya juga dulu, masa praktikal, semua pakat buat jadual masak.. hehe..

    [Reply]

  6. fara says:

    salam.. tumpang lalu dan singgah sini sambil baca entry..
    fara recently posted..diEt tiNggi prOteiN BaiK uNtuK leLaKi

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Teruskan usaha yek.. hehe..

    [Reply]

  7. Pingback: Aku Cinta Dia Sampai Mati | SeGaLa CeRiTeRa

  8. kalau sang isteri yang masak meggi..agak2nya romantik x? hehehehe
    illianahidayah recently posted..Penganggur Ni Pernah Masuk Pertandingan Menjadi Ratu

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. perempuan kalau wat romantik ni yg payah sebenarnya.. hehe.. tau2 jak lah.. bukan senang nak lembutkan hati lelaki ni.. hehe..

    [Reply]

  9. miss yaty says:

    entry emo atau luahan ni? hihi..

    apa yang penting kesabaran dan iman yang tinggi..

    :) miss yaty recently posted..Kepada Sahabat Alam Maya dan Stalker Miss Yaty Tersayang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Bukan.. sekadar pandangan cuma.. hehe..

    Yup.. semestinya.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: