Aku Cinta Dia Sampai Mati

Fuhh ~ Ayat, oh tidak. Siapakah insan yang ku cinta sampai mati? Wanita manakah itu? Pendedahan eksklusif? Ingat aku artis ka pula? ahakz. Inilah pengaruh Melodi Tv3 ni, sampai aku soal dan jawab diri sendiri, hehe. Kalau mak aku nampak ayat aku ni, siap sedia lah aku kena tanya macam-macam, hingga aku pun bagi macam-macam jawapan.

Oh my mum, tak pernah-pernah aku nak cerita tentang mak aku. Tidak tahulah kalau dia baca blog ni, jarang-jarang juga mak aku on9, tapi, status fb aku pun dia pandai tengok, terkawal juga aku nak ayat awek Fb, sebab kena pantau kan, hehe. Kalau tidak, liar ni kali, erk?

Tapi mak aku cool,dia tahu anak dia ni memang baik punya. Ceh ~ Puji diri sendiri pula, hehe. Kenakalan aku masa kecil pun dia tetap stedy, dah tahu anak dia macam mana kan. Aku kalau tak bertempek tahi lembu di seluar, kalau bukan koyak seluar di lutut, kalau tak merayau dalam rumah kawan-kawan mak abah aku, maknanya aku budak baik duduk diam. Baru sikit tu, kalau aku cerita lagi, memang sadis.

Tapi mak aku cuma setakat bercakap sahaja, kalau aku dah melebih, baru ada cubit-cubit sikit, nakal punya pasal kan. Ingat lagi aku, asal beli barang, dah kira di kaunter, tiba-tiba datang meluncur coklat Crunch minta kena bayar. Harga masa tu Rm 1.10 kalau tidak silap. Mahu tak mahu, terpaksa mak aku bayar. Kalau sekali sekala tidak apa juga, ni selalu. Kejam gila aku, hehe.

Kejam-kejam aku, ada lagi kejam, sampai meninggalkan impak terus dengan aku. Dulu masa kecil-kecil, aku punya nakal, sampai tahap suka menipu. Bajet la cawan pecah ka, buat dono, lepas tu cakap entah. Kalau kena suruh pergi kedai, ada baki duit, aku bagi separuh, yang separuh aku tapau, cakap itu jak bakinya, adeh, sandi eh.

Sekali satu hari, aku ni minat benda kereta-kereta Dash! Yonkuro ni. Kawan-kawan aku hampir semua ada. Masa rehat, bukan pergi makan, pergi lumba kereta. Kegilaan nak beli, aku suarakan dengan hati yang penuh harapan. “Mak, kawan-kawan saya semua ada kereta kontrol, boleh kah beli satu?”, sayu suara, muka dah tahap satu sen, gesel-gesel tempat mak macam kucing minta makan.

“Tak boleh, bukan ada faedah pun”, ringkas jak jawapannya, tapi aku tensen gila. Kalau dah tidak tu, memang aku pun tidak tahu nak cara apa lagi. Jadi aku pun merancang niat jahat, kah kah kah (evil laugh). Aku time tu terniat nak korek tabung yang mak simpan, tapi tunggu timing mak aku nak balik kerja dulu.

Tapi mak aku ni simpan tempat berkunci, jadi memang payahlah aku nak korek Rm 10 dalam tabung. Bila dah time balik kerja, kelam kabutlah mak aku nak bersiap, abah aku dah tunggu dalam kereta dah. Jadi, aku pun apa lagi “Mak, mana tabung tu, nak simpan duit lah”, sambil buat muka baik ni, hehe.

Mak aku tanpa banyak soal, bagilah tabung tu, jadi aku pun buat-buat menabung, padahal, aku goncang jak tabung tu, sambil ada kunci ikut menyelit berbunyi. Mak aku rasa pelik pula. Napa aku nak sembunyi-sembunyi masuk duit? Sekali dia tengok, dalam tangan aku pegang tu kunci jak, bukan duit. Pergh ~ Terkesima aku, ketahuan! Mak aku terus terdiam, tapi mata dia berkaca, dia ambil tabung, terus simpan, dan lepas tu jalan pergi kerja.

Selalu sangat menipu, lepas tu apa aku cakap, susah mak aku nak percaya, aku seolah-olah rasa tersisih ketika itu. Memang cahaya Nur terserlah dalam hati, terus aku tekad “Mak, lepas ni, saya tak mahu menipu lagi”, monolog aku dalam hati. Apa aku cakap semua jujur, sampai balik kedai baki 20 sen pun aku masih bagi balik, aku tak ambil pun beli keropok durian. Mak aku selepas menyedari perubahan aku, dia puji woo (sambil kembang hidung)

Kadang-kadang aku rasa kena lebih juga, best apa. Dari mula aku masuk asrama, itupun lepas kena cabar mak aku, sampai kerja ni, asal balik, banyak lauk kena masak ni. Kalau aku tak balik, memang dorang tak makan malam, tapi bila aku balik, rajin mak aku masak malam. Bila time mahu balik pergi asrama, malah balik kerja, dia tapaukan nasi dengan lauk untuk aku bawa balik. Sampai sekarang tapau tu masih belum aku bawa balik, hehe.

Kebiasaan mak aku kalau aku mahu jalan, mesti kena cium pipi, laga-laga pipi, rasa segan juga, dah besarkan, tapi, aku tak malu pun, biarlah orang cakap anak mak, dah memang aku anak mak, takkan mak nyah pula? Tapi kalau aku jalan dengan mak aku pula, kalau kawan dia nampak dan tak kenal abah aku, mesti dorang fikir aku suami mak aku. Aku tak kisahlah mak aku awet muda, tapi, tua sangat ka aku?

Ini dah kerja ni, kalau ada impian mak aku, memang aku nak tunaikan, tapi yang paling penting, aku nak jadi terbaik, sebab anak soleh tu harta berharga ibu bapa. Biarpun aku tak tercapai tahap tu, aku berharap sangat, paling kurang tuhan terima doa aku untuk mak abah aku.

Aku cerita dalam mood ceria, aku takĀ  nak mood sayu-sayu, sebab aku tak tahu, samada aku atau mak aku yang pergi dulu, nanti itulah part yang sayu, bila salah seorang sudah tiada. Nasihatnya sentiasa aku pegang, terutama bab duit, dia cakap kalau nak claim, biar claim betul, jangan tipu. Nak cari isteri pula, biar berkerja, ceh, masuk juga part cari isteri, hehe.

Kenapa aku cerita panjang lebar pula? Oh, aku join contest Bro Sudirman, cerita tentang mak. Aku tak kisah hadiahnya, tapi kalau aku cerita sal mak aku, memang banyak lagi cerita gila, hehe. Nak join, tekan jak banner atau link di bawah ni, macam biasalah, hehe. Tarikh tutup, 21 Jan 2010. Tak lama lagi tu.

http://sudirman1809.blogspot.com

Apapapun, tak kira apa yang berlaku, kita hanya ada satu mak, satu bapa, tak akan ada lebih. Nabi Isa jak punya keistimewaan hanya ada mak sahaja. Kat bawah ni, aku curi gambar Facebook mak dengan abah aku, tak boleh pisah pasangan romantik ni. Terselit juga adik aku yang kecil, hehe. Masa birthday bapa aku tahun lalu ni. Yang penting, gambar aku tiada, yezza, hehe. Adios.

Bro SkemaNoti : Engkaulah, ratu hatiku :love:

Ini juga ceriteranya

  • Saya Blogger SabahSaya Blogger Sabah Weehuu ~ Ini update sempena join kategori sahabat blogger mengikut negeri di Blog Pilihan Malaysia. Kalau mahu join, klik sahaja BPM 2010. Nasib baik aku sempat nak join, sebabnya ada […]
  • Warming Up For CoolWarming Up For Cool Skemanoti : Brader ni cool sebab, blog dia ada banyak cerita. Dan antara entri terbaru dia, dia letak gambar Khairi Jamaluddin. Apa kes?? Main politik kah apa? Gua saspek dia ni belum […]
  • Jom Tingkatkan Ranking AlexaJom Tingkatkan Ranking Alexa Nampak banner kat atas tu? Nampak tajuk tu? Ni segmen yang ngetop sempena penghujung 2011 dan start pada pembukaan 2012 yang mana kita berpeluang meningkatkan taraf hidup blog kita dalam […]
  • Edisi Selongkar : Budak Sekolah Makin Manja!Edisi Selongkar : Budak Sekolah Makin Manja! Pergh ~ Tajuk macam mahu makan orang jak. Hakikatnya, aku nak bagitahu esok sekolah, yahoo! Ceh, aku buat apa gembira? Sebab dapat jumpa cikgu sekolah? Mentang-mentang mak bapa aku […]
  • Pakcik Misteri, Panggilan Misteri Dan Menjadi MisteriPakcik Misteri, Panggilan Misteri Dan Menjadi Misteri Hari ini aku tidak ke mana-mana. Lepak di office, isi data dalam laporan, supaya senang hantar nanti, tidak payah tunggu sudden death hantar laporan, ceh, hakikatnya, awal pagi, buka […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. haaa.. tu lah, kn org kata.. jgn menipu walaupun sekali, nnti org dh xcaya.. huk3~ =.=

    btw, rasanya semua mak camtu.. klu anak dia balik dr asrama ke atau tmpt jauh, mesti dia masak yg best2.. tanya pe yg kita nk mkn.. terharu wooo~ ^_^

    walaweyhhh~ada gmbr fahmi la.. dia tenyum.. sukeeeeeeeeee~~ wiiiiiiiiiiiiii~ ^_^

    bicara hati: gud luck! ^_^
    keen~ recently posted..– yeah! sape kata perempuan kena pandai memasak –

    • Sekarang dah jujur, hehe.. dun wuly.. ahakz..

      Yup.. opkoz, lama kan tak balik.. hehe..

      Ahakz.. sengaja letak ni.. tahu dah.. haha..

      Bicara Keen : Thanx ^_^

  2. hihi. macam2 betul perangai yek. rupenye masuk contest. huhu.
    sgt menarik ntuk di baca. comel sgt adik tuh. wee~
    send my regard kt ur mother. kate kwn tau yg kimsalam. jgn kata future wife.
    hahaha ;p
    sab recently posted..WIRAWATI negara KSP MANTIN dalam kenangan –

  3. ibu memang tiada pengganti…
    semoga berjaya.. ^_^
    La Dolce Azila recently posted..

  4. aku agak la kan muka kau iras2 mak kau..
    haha….

  5. Haha. Ini baru betul anak mak. Sampai status FB pun kena cek. Comel je mak Atik neh. lagi lagi bila dia pesan, ‘Nak cari isteri pula, biar bekerja’. Dia tak mintak pun calon menantu tu mesti cantik dan seksi macam Fasha Sandha. Tinggi macam Hanis Zalikha. Kiki.

    GOOD LUCK, BRO! :D

  6. nmpk bahagia mak ayah atik+adik comel atik…huhu…..

    atik mana??hehehe :)

  7. nasib baik saya budak yang baik dlu..
    hak3..:D
    nui recently posted..Sejarah perkataan saing terhadap diri ku

  8. wehh aku suke kopok duyan doposen ! sedap woooo..hehe bese la tu perangai huduh masa kecik2..=p

    Check it out Entri Paling Best !
    # # Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Nangis !# #
    # Dosa Orang Suka Melambatkan Solat !#
    NEON recently posted..Lelaki Benci Wanita Menangis

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: