Mencari Cinta Di Nagoya

Selamat datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu”, umum pramugari bertugas, menandakan kepulanganku di tanah air setelah sekian lama menimba ilmu di bumi Tokyo. Uwahh, lain sungguh udara iklim khatulistiwa ni. Sambil itu, mata aku melilau mencari seseorang. Tapi hampa, takkanlah peristiwa beberapa jam yang lalu tadi satu kebetulan?

Terpampang iklan Imam Muda ketika ini, teringat aku Sahidzan, naib johan program Imam Muda musim keempat, orang kampung aku sendiri. Kenapalah dia tidak juara, ada juga wakil Sabah menjulang gelaran Imam Muda, tapi, apa boleh buat, rezeki masing-masing.

“Daus”, kedengaran namaku di panggil, tak lain tak bukan, suara ibu bapaku. Macam biasa, aksi laga pipi aku dengan mak aku, segan juga, lagi-lagi kalau ada awek cun tengok macam Glay dengan Finie, mahu ketawa ngensot-ngensot kalau nampak aku begini.

“Abang, ada hadiah tak?”, Keciq, adik aku, tak padan dengan kecik, hati besar nak minta hadiah. “Dah-dah, abang tu penat, nanti-nanti jak minta hadiah”, sahut mak aku, Hajah Zurina. Adik aku hanya mencebik bibir setelah melihat aku memberi senyuman sinis kepadanya.

“Daus, long time no see”, satu suara menyapa aku tiba-tiba. “Yarabi, Bobby, how are you? Gila, makin membesar kau ya?”, balasku dalam gelak. Bobby, kawan aku, sekarang merupakan pemain bolasepak Sabah, dengan idolanya Bobby Chua.

“Kami tunggu kat luar ya Daus”, pesan bapa aku, Haji Farid, sebelum berlalu bersama family aku. Aku hanya bagi thumbs up jak dengan bapa aku, sempoi.

“Aku ambil adik aku, baru pulang dari Tokyo, tapi flight dia belum sampai lagi, delay sejam, Air Asia kan, faham-faham jak lah”, Bobby menyambung bicaranya kembali. Air Asia? Can it be?

Setelah lebih kurang 15 minit berbual, aku pun meminta izin untuk berlalu, kerana tidak ingin familyku menanti begitu lama. Hmm, bukan adik Booby rupanya. macam mana aku boleh lupa adik Bobby si Izwan tu, aduhai. Sambil melangkah keluar dari KKIA, memori ku menerewang, mengingati detik pertemuan pertama.

******************************

“Uikz, lambat tul kau ni, nanti terlepas sembahyang Jumaat”, bebel Farhan, geng Malaysia aku di Jepun ni. Pandai dia nak membebel, dia yang dalam tandas mahu satu jam tadi, tidak pula aku berleter.

Selepas membeli tiket yang berharga 260 yen, kami pun menanti keretapi dengan penuh kesabaran. 5 minit menanti, keretapi pun sampai, kelam kabut punya pasal, ada seorang awek ni keluar dari pintu terus berlaga bahu dengan aku. Berterabur buku yang di pegangnya. Serba salah aku dibuatnya.

“Sumimasen”, itu jak ayat keluar dari mulut aku, mana tidaknya, awek bertudung, sah-sah bukan orang Jepun.

Dia tidak memandang, terus sahaja mengutip buku dan berlalu pergi. Ketika itu terpandang aku kad bank gadis itu di atas lantai. Terjatuh agaknya.

“Daus, yarabi, nanti rugi 260 yen kau tu, cepatlah, pantang nampak gadis betul dia ni, bawa-bawalah bertaubat wei, nak ke masjid ni”, potong stim betul lah si Farhan ni, aku ambil kad bank gadis tu dan terus masuk ke dalam keretapi. Hmm, orang Malaysia juga rupanya, Kad BSN lagi tu, nak bagi balik pun, tak tahu macam mana.

******************************

“Selamat jalan Farid Kamil”, suara Hikmah dengan Catherine serentak, seolah-olah sayu melihat kepulanganku ke bumi Malaysia. Sabarlah wahai juniorku, padan muka kamu, gelak aku dalam hati.

“Ceh, Farid Kamil? Farid Majid pun tak lepas, ada hati Farid Kamil”, celah Farhan, dengan nada sinis.

“Kau jeles tu kan? Sampai bapa aku pun di puji, mentang-mentanglah Nija terima pinangan kau, nak bagi jeles orang single macam aku lah tu”, balasku dengan acuh tak acuh.

Suasana Lapangan Terbang Tokyo Narita hingar oleh suara-suara pelajar yang telah tamat sesi pengajian. Disinilah junior dan senior bermaafan sesama mereka, bertukar hadiah, dan macam-macam lagilah. Kalau di Malaysia, belum tentu ada macam ni.

Sedang aku bersembang dengan junior aku dari Jepun, tiba-tiba aku seperti terpandang seseorang. Lantas aku meminta izin untuk berlalu kerana takut kehilangan si gadis itu sekali lagi.

(Soundtrack lagu “Full House”)

Puas aku mencari, tapi aku seolah-olah hilang punca, lautan manusia Lapangan Terbang Narita tidak menghalang aku dari mencarinya. Sedang aku mencari, tiba-tiba, bahu aku ditepuk seseorang.

“Wei, puas aku cari kau, tak lama lagi nak berlepas dah ni, tiba-tiba kau menghilang, aku call pun tak bersambut. Napa kau ni?”, Farhan memulakan bebelannya.

“Aku macam nampak dia tadi, betul, serius”, jelasku, sambil mata masih lagi mencari.

“Yang kau nak cari dia sangat kenapa? Takkan dah jatuh cinta pandang pertama? Kalau setakat nak pulangkan kad BSN, aku rasa baik kau lupakanlah niat murni kau tu, konfom dah dia terminate fungsi kad, takkan dia nak biarkan kad BSN dia still on jak”, balas Farhan.

Aku hanya menghela nafas. “Mungkin bukan jodohku”, bisik hatiku sendiri.

******************************

“Kau ni Daus, dah ada calon atau belum?”, Uhuk-uhuk, terbatuk aku. Soalan maut betul. Nasib tak tercekik makanan.

“Ala mak, abang tu kan Playboy, beribu calon dia bagi kat mak tu”, adikku mencelah sambil nasi penuh di mulut. “Kau Keciq, tak padan kecil, sudahlah mulut penuh nasi, nak bercakap lagi, nanti aku tarik balik hadiah tu baru tahu”, ugut aku. Adik aku cuma menjelir lidah, aku sembelih lidah tu baru tahu.

“Tiadalah mak, belum terniat lagi, kalau ada, memang minta mak pinang terus, malaslah nak berkapel ni”, ujarku sambil tersenyum.

“Hmm, baguslah tu, lagi baik macam tu”, bapa aku pula menyampuk. “Malam ni ada match Sabah, nak ikut tak? Friendly lawan MU”, sambung bapaku. Pergh ~ semenjak bapa aku jadi ketua penyokong kelab Sabah, aktif dia pergi stadium.

“Malaslah pak, tunggu keputusan kena umum jak, senang”, kataku sambil tersengih. Bapaku hanya menggeleng kepala sambil berlalu dari meja makan. Tiba-tiba handset ku berbunyi, ada sms masuk.

“Pak, ikut malam ni”, teriakku tiba-tiba, sampai mak aku pun apa lagi “Opocot tahi ayam bertelur”.

******************************

“Fuh, hebat kau Bobby, macam ni, boleh kau main untuk MU”, pujiku selepas perlawanan Sabah dengan MU.

“Kalaulah pengurus MU tu terniat nak ambil aku, kalau tak?”, balas Bobby sambil tersenyum.

“Eh, kan pengurus yang ganti Alex Ferguson tu si Zahiddin, orang Malaysia, apa susah. Ok apa, kan?”,

“Kau tengoklah match malam ni, Sabah menang 3 tanpa balas kau tahu tak? Baik aku main untuk Sabah, kurang standard dah MU tu, semakin teruk pula lepas Zahiddin tu ambil alih MU”, aku terdiam, mengiyakan apa yang dikatakan.

“Wei, jadi, apa cerita yang kau sms tadi tu?”, aku mula membangkitkan isu sms yang dia hantar. Katanya, girlfriend adiknya si Izwan, kawan kepada gadis yang aku cari.

“Itulah, kira nak minta Farah bawa dia pergi sini, tapi, girlfriend adik aku cakap, dia  ni kira alim sikit, nak keluar memang payah, memang test kau lah dia ni”, terang Bobby. Aku tersenyum, Bobby pun pelik semacam.

“Kau Bobby, jadi pengapit aku nanti ya?”, terpacul ayat yang buat Bobby tersembur air mineral depan muka aku, kurang asam kau Bobby!

******************************

“Aku terima nikahnya, Shizu Hanis binti Ariez Hazaril dengan mas kahwin 33 ringgit, tunai”, sekali lafaz sahaja ijab kabulku.

“Sah?’, Pap, satu tamparan di atas bahuku.

“Yarabi, tiada kesabaran langsung, yang lu sebut sah kenapa? Itu part gua tanya saksi, faham?”, kena ceramah pula aku dengan Ustaz Sahidzan.

‘Serviks ustaz, itu yang jadi macam tu”, balasku sengih. Malu wei, semua orang gelak kat aku. Nampak Hanis macam menahan gelak pula, cis, awas, nanti kena isteri abang nanti, cewah.

“Sebut tu biar betul. Nervous nak oii”, alamak, ibu mertuaku, Mak Nui sudah bersuara, aduh, bisa-bisa.

“Dah, terpaksa gua ulang balik, lu ni buat susah betul. Sekarang, kita start balik”, tingkah Ustaz Sahidzan.

Tiba-tiba..

“Cut! dah berapa kali kita ambil balik screen shoot ni, wei, kau ni, berlakon nikah pun nervous ka? Nak masuk 17 kali dah ni kita ambik shoot tau?”, aduh, teruk aku macam ni, kan dah kena marah Director.

“Sorry miss Amoi, wa talak sengaja woo, ingatkan dah nak nikah betul tadi”, potong stim betul, kenapa part lakonan ni juga aku gagal!

******************************

Sorry kalau panjang geng wasaber, semua watak tu hanya rekaan, nanti ada marah aku take over si Drhanis, haha. Yang nama tak termasuk pun, maaf ya, apapapun, harap anda berpuas hati, sekian, hehe.

Bro Skemanoti : Drama King Semata-mata.

Ini juga ceriteranya

  • Izinkan Ku PergiIzinkan Ku Pergi Diilhamkan dari kisah benar, SegalaCeritera mempersembahkan: “Mak Su, ibu mana?” lemah suara Humaira sambil matanya melilau mencari ibunya. Zahidah hanya mampu menggelengkan kepala […]
  • 99 Hari Kisah Klasik Kita : Doa Malam Pertama99 Hari Kisah Klasik Kita : Doa Malam Pertama Mata Akmal masih lagi terasa berat, rasa nak tidur jak dalam lif ni. “Penangan semalam la ni, syaitan punya Hamdan, buat party birthday pun sampai kat kelab malam”, getus Akmal. “Wow, […]
  • Berhenti BerharapBerhenti Berharap Hujan makin lama makin lebat. Seorang gadis baru sahaja memasuki 7 Eleven, sambil menjinjit beg. Hmm, beg untuk kain sembahyang, bisikku. Huh, Zarina, adakah aku sudah nekad untuk […]
  • Edisi Klasik : Nenek Kebayan Dan Snow WhiteEdisi Klasik : Nenek Kebayan Dan Snow White Pada zaman dahulu kala, di satu negara bernama negara Andalusia, yakni tempat yang dicatatkan dalam World Book Of Records sebagai negara paling banyak anak dara lanjut usia, tinggal […]
  • Khas Untuk Bakal IsterikuKhas Untuk Bakal Isteriku Bismillahirahmanirahim, Bakal isteri? Oh, siapakah dia yang menjadi isteriku? Adakah dia tengah memasak? Atau tengah study? Mungkin main Farmville? Ataupun, tengah baca blog […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. kekekeke
    like it!! ^^
    sy mau like 7juta kali
    hohohoho

  2. kih3…
    kau nih terover sgt nak kawin sampai ambik alih peranan pak imam dah…kah3
    Azmi recently posted..Kalau Orang Tanya Allah Kat Mana- Apa kita Nak Jawab

  3. hahaha…SUPERB!! rupanya..belakon seja..alalaaa..

    abis la MU kali ni..Zahiddin sdh ambil alih pl..hahaha
    Kreatifbuzz recently posted..Cara Mudah Lajukan Loading Blog – Part 2

  4. aku x setuju ko kawin dgn anak aku.!!haha..

    nway,nice story..gud luck utk BOTM.. :)

  5. adesss.. lakonan je ke?? terkena~~ T__T

    btw, best2.. sukeee~ tp keen lg suke fahmi.. opsssss~ hik3~ * gelak gedix* ^_^
    keen~ recently posted..– yeah! sape kata perempuan kena pandai memasak –

  6. nmpak pkataan nagoya tu trus stop sini..
    ni cerpen suka2 atau mmg drp sumber2 ori?

    p/s: apa2 pun, nice.. keep it up ^^
    caliph recently posted.. jom picnik kt sidebar

  7. oic, 1st time dgr psl komuniti Wasaber ni..
    gud luck ok ^^
    caliph recently posted.. jom picnik kt sidebar

  8. abang abang .. mana hadiah? iskkk :'(

  9. ciss..ingatkan kisah benar…camana nak kenalkan sumandak2 ni kalo dah ada cinta di nagoya..hehehe….

    pstt…bilalah ada watak ellen dalam dramamu ni atik..hahaha
    ellen recently posted..Sambutan Ulang Tahun dengan Friends and Family

    • Pergh ~ kalau kisah benar.. best juga pegi jepun.. sila2 kalo wat filem ni, bajet rendah buat di keningau jak ni.. haha..

      Erk? Ala, siou Ellen, inda pula terletak nama Ellen.. soru.. huhu.. ok, next, kalo ada apa2.. nama Ellen memang masuk.. hehe..

  10. sejak bilakah gue menjadi ibu mentua mu??
    heh. kalau betul2 ingt ku sudi ka mngambil mu sbg menantu?
    ceihh.. hahaha
    nui recently posted..Sejarah perkataan saing terhadap diri ku

  11. Yeeha!!! Nice²!!!
    Sy suka!!! Comel…. Aku jd hajah jg.. :) ZRn recently posted..Syarikat WSB Sdn Bhd

  12. cinta di Nagoya testil tak
    cari ke.
    Ali ridha recently posted..Perang baju-T RHETT &amp LINK’S

  13. hahaha.. nice one :)

  14. HAHA nampaknya aku banyak membebel dalam cerita ne aah..
    Nice story! jalan cerita kemas, ringan and mudah difahami serta ada unsur2 kezutan kat ending dia.. see eku membebel lagi.. btw Gud Luck!!
    FarhaNezam recently posted..CONTEST PIC hitam putih PALING COOL!

  15. catherine says:

    weh,apa maksud serviks dalam ayat mu tu??? x paham oOoo…

    hehe…

  16. salam aretikz,

    seronok baca cerpen, ingatkan cerita benar…ke cerita benar tapi diubah ke bentuk cerpen, sbb biasanya dr pengalaman yg dialami tu, amat baik bila dijadikan ‘drama’… hiidup je jalan ceritanya!
    teratai recently posted..Menulis semulasetelah menghilang!

  17. Gila. Bila masa budak Sahdzan tu masuk Imam Muda?

    Sabah Lawan Man.Utd memang pernah berlangsung. Tapi dah lama. Zaman 70an atau 80an kalau nda silap. Nice story. kehkehkeh.
    PecahKata recently posted..Cerita cinta

    • Haha.. bagi kau merasa sekali-sekala watak suci murni.. haha..

      Pergh ~ Zaman Mu power tu.. tapi tu la.. yg ni zaman Zahidin pegang.. faham2 jak la.. haha..

      Apapapun.. thanx Yo.. hehe..

  18. hahaha gile hebat imaginasi ko ni eh ! siap masukkan watak2 live gitu =p

    @serviks tu kanser serviks ke@

    Check it out Entri Paling Best !
    # # Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Nangis !# #
    # Dosa Orang Suka Melambatkan Solat !#
    NEON recently posted..Lelaki Benci Wanita Menangis

  19. thumbs up dude^^
    c3kz h!kmAh recently posted..gelodak hati

  20. Aretikz Monogatari – sukidesu~!
    :)

Trackbacks

  1. […] aku emo ni kenapa? Ada anonymous yang serang entri aku ka? Ala, kan entri cerpen jak sebelum ni, takkan itupun nak kena serang? Oh tidak! Aku bukan nak maksudkan anonymous seperti […]

  2. […] ni orang Sabah. Jadi, kalau nak kenal-kenal orang Sabah, klik sahaja banner tu, atau terjah cerpen Mencari Cinta Di Nagoya, pasti dilayan mesra, […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: