Nescafe 3 In 1 : Wasaber, Mari Mengayat Dan Kita Berbeza

Yezza ~ Permulaan entri Nescafe bagi tahun baru. Yang kurang faham apa maksud entri Nescafe, entri ini aku menggabungkan 3 cerita pendek menjadi satu entri. Pergh ~ Idea tak kering buat macam ni? Idea sentiasa ada, cuma cara kita nak menyampaikan yang bikin spoil, bukan idea tu, hehe.

Wasaber, apa itu Wasaber? Ini merujuk kepada cerpen yang aku buat tu. Mesti yang baca cerpen tu hairan, kenapa ada nama-nama berserta link dalam cerita tersebut. Sebenarnya, aku ikut contest anjuran komuniti Wasaber, yang banner dia korang sendiri boleh nampak di sidebar tu.

Komuniti Wasaber ni adalah komuniti blogger dari Sabah. Lebih kurang macam Geng Blogger la, tapi semua dalam ni orang Sabah. Jadi, kalau nak kenal-kenal orang Sabah, klik sahaja banner tu, atau terjah cerpen Mencari Cinta Di Nagoya, pasti dilayan mesra, hehe.

Banyak kebaikan mengikuti komuniti ni, anda sendiri boleh nampak di Geng Blogger kan, apatah lagi mungkin ada komuniti lain yang aku sendiri tidak tahu kewujudannya. Apa kebaikannya? Nanti kita cerita di lain masa, haha. Kalau tidak, panjang entri Nescafe ni nanti, hehe.

******************************

“Mari Mengayat Bersama”, cewah, gila punya statement. Ni aku nak bawa orang ke jalan mengayat? Oh tidak, gila punya kerja, aku tak biasa mengayat, dulu mungkin, sekarang jadi budak baik, paling-paling memancing jak, uppss, haha. Ini cerita tentang Mari Mengayat, satu edisi gila dari aku.

Tak faham apa itu? Klik sahaja Part 1 dan Part 2. Pasti anda akan faham. Buat Shag, memang dari dulu anda menanya, kini persoalannya, ada atau tidak lagi episod seterusnya? Opkoz ada, cuma buat masa ini, belum terbuat lagi. Tinggal 2 episod, dan ada episod SP, maksudnya special, untuk wanita punya, hehe.

Macam Drama Jepun pula main SP, haha. Tapi serius, ini bukan cara mengayat, tapi supaya kita membina keyakinan untuk menonjolkan diri. Masalah bagi lelaki sekarang, terlalu pemalu. Keberanian kurang.  Tapi entri itu bukan suruh kapel, ini supaya korang pergi masuk meminang, paling kurang perempuan tu tahu, kamu ada ciri-ciri baik punya, dan peluang diterima tinggi, cewah, biar betul? Haha.

******************************

Apakah yang berbeza? Bukankah disisiNya semua sama, tak mengira pangkat, harta, darjat, dan segalanya? Bukan, ini bukan bermaksud dari aspek peribadi, tapi dari segi pemikiran. Ya, sedikit tips menjana idea melalui perspektif berbeza.

Mengapa kering idea? Tak tahu nak tulis apa? Nak tulis pun tapi idea itu basi! Sebabnya kita selalu terikat dengan diskriminasi terpimpin. Apa maksud diskriminasi terpimpin? Oh, itu ayat mengarut aku cipta, tapi ada istilah khusus bagi benda sebegini rupa, cuma aku terlupa, eh, bukan, tak tahu, hehe.

Maksudnya, pemikiran kita telah dikuasai dengan mitos-mitos ciptaan majoriti. Contoh, masa sekolah, orang selalu berkata Matematik Tambahan ni susah, maka kita yang belum belajar, pasti sudah set, susahnya. Dan bila sahaja kita belajar, nampak nombor-nombor terus pening, tak gitu?

Bila mana aku buat entri mengenai Anonymous dan Copyrism, aku cuba sampaikan dalam bentuk luar darinya. Kebanyakkan tak suka dengan Anon dan mereka yang copy paste, tapi, kenapa kita tidak boleh tulis dari sisi yang lain, yang orang suka. Namun, memang bukan mudah nak menulis atau menggarap idea sebegini rupa, sebabnya, sumber rujukan yang terhad, melainkan minda kita ni jenis suka berfikir.

Paling mudah, timbulkan persoalan pada satu subjek, contoh mengenai Anonymous, dan buat tajuk selain dari kutuk mereka. “Mengapa mereka jadi Anonymous?” “Apa kebaikan menjadi Anonymous?” “Apa impak Anonymous?” “Kenapa perlu jadi Anonymous” dan macam-macam lagi, semua persoalan tu korang boleh buat entri, tapi, sejauh mana idea kita menjawab persoalan tersebut?

Menjadi yang berbeza sememangnya banyak manfaat, malah kita sendiri dapat membuka minda orang apatah lagi minda kita. Yang penting berfikir positif, itulah sebaiknya. Anyway, kalau rasa nak ambil tajuk Anonymous di atas tu, ambil lah ya? Haha.

Okay, tamat cerita Nescafe, penat hari ni, jogging punya pasal, kalau bukan sebab tournament futsal minggu depan, dengan aktiviti naik Gunung Kinabalu, tiadanya aku jogging wei. Kira kebaikan lah tu kan? Huaaa (menguap).

Bro Skemanoti : Ilmu itu luas, tinggal kita lagi mencarinya.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Fakta Lawak Di Sebalik Kebenaran Budak Digilis Van Di China
  • Perlukah Salahkan Anonymous?
  • Jangan Memperkecilkan Pekan Yang Kecil
  • Tips Mencari Idea Penulisan Melalui Kaedah Pemerhatian Part 2
  • Tips Mencari Idea Penulisan Melalui Kaedah Pemerhatian Part 1

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Nescafe 3 In 1 : Wasaber, Mari Mengayat Dan Kita Berbeza

  1. keen~ says:

    m’jd yg berbeza itu m’buatkn kita unik, tp kdg2 keunikan itu m’buatkan kita xdisenangi.. hanya dua pilihan.. berbangga dgn keunikan itu atau gunakan ia sekali sekala shj.. fikir2 kanlah.. ^_^

    bicara hati: kalau dikumpulkan semua lautan pon, xkn cukup utk menulis semua ilmu Allah di muka bumi ini.. ^_^
    keen~ recently posted..- it is so dangerous to marry a girl with law qualification -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. betul.. tapi cara penyampaian yg akan memainkan peranan.. keluar dari pemikiran kotak juga satu perbezaan.. dan perbezaan juga membuka minda kita.. point utama.. bagaimana cara penyampaian kita.. kan? hehe..

    Bicara Keen.. Yezza. itu statement tidak boleh dinafikan.. hehe,,

    [Reply]

  2. Jeff (JR) says:

    Gud n3, gud info…
    Jeff (JR) recently posted..INTRO

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx Jeff (JR) hehe..

    [Reply]

  3. nub says:

    nak p gak kinabalu! haha
    nub recently posted..betoi ka macam ni

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Jom2.. hehe..

    [Reply]

  4. tukang karut says:

    wuaaa…best tu dapat naik gunung kinabalu… selama ni tengok dari bawah jea….

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe. Harap2 cuaca tidak hujan masa tu.. Jd bro? Bila lagi nak naik? hehe..

    [Reply]

  5. Shag says:

    Ada? Tak sabar nak tunggu kemunculan nya! Kiki ;) Haa, Atik dah kasi idea. Nt Shag nak cari point utk tajuk2 yang Atik kasi tu. Lepas tu taip kat belog. Hehe. Macam karangan SPM. Dia kasi tajuk, kita ulas. Cabaran tu! Orang ingat soalan tu paling senang, padahal paling susah dapat markah =.=’

    Naik Gunung Kinabalu? Woah! Best gila *muka terjua gila*. Amik gambar tau dari atas sana. Dan Good Luck utk futsal. Lagi, semoga selamat pergi dan kembali dari GK ;)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ahakz.. Ada, tunggu jak.. Weehuu ~ Jadi macam cikgu ka pula ni? Haha.. Or8, pasti dinanti.. hehe..

    Thanx Shag, InsyaAllah, mesti amek punya.. Hehe..

    [Reply]

  6. padin says:

    sekarang ni macam2 hal, dari segi auto bw la, copypaste la, macam2.. tu belum masuk lagi kisah anon yg konon tunjuk hebat, tapi malu nak tunjuk muka, hampeh je kan?
    padin recently posted..Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Hangat kan blogger awal tahun bro? ahakz..

    [Reply]

  7. noa says:

    dah abis baca dah

    tetiba dahaga, nescafe ais 1
    noa recently posted..Salah Siapa

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ahakz.. Ko memang.. Nanti aku serve yek? Ahakz..

    [Reply]

  8. mira_nas says:

    hurm.. cuma perlu jadi diri sendiri..
    mira_nas recently posted..Kamus Dwibahasa Bergerak

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. hehe..

    [Reply]

  9. husna says:

    daaaa….jadilah terbaik disisiNya..buat pe nak sorok2….hmm..
    nescafe 2 selalu muncul dalam ur entry… kenape eh?haha

    psst: bestnye..nak panjat gunung jugak!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sorok yang macam mna ya? hehe..

    Ahakz, sebab entri nescafe kan, mestilah letak, hehe..

    [Reply]

  10. saiful says:

    lbh baik jadi diri sendiri walaupun adakalanya org tak bleh terima.
    saiful recently posted..Bunuh Kerana Takut Rahsia Terbongkar

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: