Gempar! Blogger Tipu Blogger

Keningau – Penduduk maya kampung blogger sini telah gempar dengan pendedahan berani seorang penduduk mengenai kes penipuan yang berleluasa di kalangan blogger ini. Penipuan yang melibatkan trafik beribu-raban itu telah didedahkan secara eksklusif melalui kajian terperinci.

“Ini satu penipuan, ianya harus didedahkan!”, tegas Pendekar Berkuda sambil berpencak silat. “Kita selama ini tertipu dengan perniagaan bercorak downline demi kepentingan mereka”, sambungnya lagi.

Beliau mengulas kejadian yang berleluasa itu secara terperinci melalui media PB, hinggakan Karam Singh Walia pun tenggelam dengan pendedahan persekitarannya.

Teknik ini telah lama dikesan dan dipantau oleh beberapa orang penduduk, namun, belum ada tindakan yang dikenakan terhadap mereka, dan hanya sebilangan pihak berkuasa sahaja yang menimbulkan isu terbabit, sehinggalah kajian yang dilakukan dan didedahkan oleh saintis Pendekar Berkuda.

Menurut duta iklan pengantin, encik Belalang, penipuan ini telah dia dedahkan dalam buku pengantinnya, supaya para pengantin sedar, bukan mudah hidup dalam penipuan. “Yang ingin mendapatkan tempahan buku penipuan, sila lakukan disini”, kata Belalang sambil mempromosi buku pengantin bertajuk “Bagaimana penipuan blogwalking berlaku“.

Namun, wartawan difahamkan, silap faham berlaku dalam pendedahan tersebut. “Saya tidak bersalah”, kata Ellen, setelah segelintir penduduk menuduh dia menipu.

“Kenapa tiada yang baca entri pendedahan itu betul-betul? Itu hanya contoh shoutmix saya, bukannya saya melakukan perkara tersebut”, jelas Ellen, sambil ditenangkan oleh Lee Min Ho, yang menyebabkan ada mata-mata menjeling tajam kepada Ellen.

Wartawan sempat meminta ulasan dari CEO Suratan Kebetulan Corp mengenai kes tersebut. “Berilah peluang kepada mereka yang telah bertaubat, apatah lagi yang telah memberi penjelasan, kerana mungkin mereka sudah insaf”, kata CEO tersebut selepas menyanyikan lagu Pretty Ugly, Jika Ku Diberikan Satu Peluang.

“Ya, saya setuju, kerana saya tidak lama lagi ingin berkahwin”, kata-kata dari Aril, insan yang tidak dikenali, lantas dibaling kasut oleh salah seorang wartawan dari Segala Ceritera Online.

“Tapi, bagaimana mereka yang mengatakan, benda ini bukan haram pun, dan lagi satu, perlukah pendedahan lapuk sebegini rupa?”, soal wartawan Berita Haril Peterpang.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui, surah al-Baqarah ayat 42″, tiba-tiba Ustaz Aretikz keluar dan berlalu macam hantu cerita Ju-On.

“Zaman sekarang, susah nak terima nasihat, sebabnya…”, semua wartawan mendengar penuh khusyuk apakah yang ingin disampaikan lagi.

“Fahami ayat diatas, sekali-sekala berfikir okay?”, lantas Ustaz tersebut terus menghilangkan diri. Wartawan mencebik, memang dasar Ustaz Playboy!

“Saya nak tanya satu soalan lagi, macam mana kita nak tahu mereka insaf atau tidak? Ada cara yang mudah lagi?”, semua menganggukkan kepala tanda setuju.

“Sila lah beli buku terbaru keluaran saya, harap membantu”, sahut Mira_Nas sambil memegang buku tersebut, yang tiada kaitan dengan Nas Ahmad si abang terjah.

Oleh kerana semua wartawan bengang dengan keadaan ini, mereka semua berpakat membuat mogok dengan melaungkan slogan “Kami tak mahu anda blogwalking secara tipu, sila jujurkan diri anda!”.

*****************************

“Ala, buta IT apa dorang ni, bagus-bagus orang bagi kemudahan, tak nak guna, ini pun nak jadi isu ka pula, kalau tak nak guna, jangan jaga tepi kain orang!”, Suparman, insan tidak dikenali baru sahaja menutup Televisyen.

Pap, satu tamparan di muka Suparman. “Ini napa tampar orang ni?”, marah Suparman.

“Oh, dari tadi tengok berita itu, lepas tu komplen orang buta IT? Tak tahu guna kemudahan? Kalau semua orang macam abang, baik semua pergi rompak bank, sebab bank kan banyak duit? Kenapa tak guna kemudahan tersebut? Tak dengar ka apa ustaz tu cakap tadi? Ha, tu, kain bertimbun, pergi basuh, cepat!”, suara Jijah, isteri yang tidak dikenali memecah kesunyian perkampungan setinggan.

“Ini berita atau cerita?” Ketua kampung hanya mampu menggelengkan kepala.

Bro Skemanoti : Nak tahu lebih jelas cerita ini, klik sahaja mana-mana link yang telah dihiglightkan ya? Watak-watak tersebut, harap-harap jangan marah, sila beritahu jika ingin remove dari entri ini, hehe. Apapapun. sila buka minda kita semua ya?


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Jangan Memperkecilkan Pekan Yang Kecil
  • Ramadhan ~ Aku Nak Buat Sehabis Baik
  • Edisi Raya ~ Cuti Oh Cuti
  • Epl ~ Ceritera Sebelum Sepak Mula Part 2
  • Hilang Syarat Kerana Paksaan

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Blogging and tagged , . Bookmark the permalink.

45 Responses to Gempar! Blogger Tipu Blogger

  1. Sufeenan says:

    Hhehe..makna yang dalam di sebalik gurauan..:)
    Sufeenan recently posted..Benmaapkan saya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe, sesuatu yang perlu didalami, cewah.. ahakz..

    [Reply]

    @rep Reply:

    http://ceriteraarieve.blogspot.com/2010/12/qesah-blogger-penipu.html

    BENDA NI SEYES LAME
    @rep recently posted..Blogger Jutawan

    [Reply]

  2. panadol says:

    woahhh, ini mmg kes berat smpi masuk surat kabar..
    hehehe

    ntah apa la yg dorg kejar sgt tue..
    kata orang tua2 “takkan lari gunung d kejar”
    ahhahah
    panadol recently posted..Siri Kelinik 2

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Awas, SEO ni, haha.. Aku copy paste dari akhbar jak ni, haha..

    Aku rasa, men jadi-jadi kali tau, ahakz..

    [Reply]

  3. belalang says:

    hahaha terbaik la bro…
    tp lain kali kasi la watak ketua kampung kat belalang…
    baru la nampak maskulin!

    hahaha…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. Ketua kampung? Or8, haha.. Konfom terpimpin kampung tu dengan lelaki maskulin.. haha..

    [Reply]

  4. keen~ says:

    keen malas masuk blog2 yg guna software bw nih.. klu diorg xguna, baru keen gi.. huk3~ =.=”
    keen~ recently posted..- it is so dangerous to marry a girl with law qualification -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, samalah juga.. tengok URL kan, hehe..

    [Reply]

  5. eh nme saya takde pun? nk jugak interframe name..hehe ;)

    *ape motif letak gambar lee min ho?? hoho
    Siti Safiyyah recently posted..Contest Kami Kembarkah

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. Nak yek? Boleh2.. nati2. haha..

    *Motif, menunjukkan Lee Min Ho pun datang gi blog ni, haha..

    [Reply]

  6. caliph says:

    olahan cerita yg menarik ni..
    klau ada watak kamen rider, sy nk blakon jgak laa, hikk…
    caliph recently posted.. jom picnik kt sidebar

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Bro, kalau watak tu diwujudkan, InsyaAllah, dirimu yang memegangnya, haha..

    [Reply]

  7. saiful says:

    hahha,berita yg menarik,bro
    saiful recently posted..Bunuh Kerana Takut Rahsia Terbongkar

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe, copy paste dari Kosmobelitan :p

    [Reply]

  8. sharifah nor says:

    terbaik…akak dah baca kat pendekar berkuda…hmmmmm..benda2 cam ni pun nak tipu…
    sharifah nor recently posted..Akak kpoh jadi student

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx Kak, hehe.. Yup, biasalah tu. yang penting, jangan ada dendam ^_^

    [Reply]

  9. ZRn says:

    Glurp…takut woah! ahaha..
    terbaek…:D yeeha!!

    :love: ZRn recently posted..Tinta Kalimah

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Takut? Hehe.. Thanx Lai.. tapi smiley tu untuk sepa ya? haha..

    [Reply]

    ZRn Reply:

    ur welcome..:)

    smiley tu utk boyaprenku..erk, tp siapa ya?? ahaha.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Kah3x~ (evil laugh) hehe.. sepa ya? ahakz..

    ZRn Reply:

    aku nda boleh komen d bwhmu.
    Disbbkan ko btnya, aku ttp komen d atasmu.

    Siapa? biar yg faham akan faham…ahahaha {ketawa dgn ganasnya}
    ZRn recently posted..Tinta Kalimah

  10. cik tom says:

    terbaik….erm tp xtau plk psl ellen..sat nk pi terjah my best friend…
    cik tom recently posted..Rindunya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx cik tom.. Yup.. sian kan Ellen? Ni kira pemberitahuan Ellen terkono.. huhu..

    [Reply]

  11. Shag says:

    Sedih gila bila tahu Kak Ellen di duga dengan macam macam baru baru ni. Mula2 pasal orang tak reti baca entri. Kena tuduh tipu BW. Patah hati Kak Ellen. Lepas tu di tuduh lagi penipu dalam GA. Sebabnya hadiah tak sampai2 padahal salah si pemenang tak pernah update dgn Kak Ellen. Adoi~

    Pasal Pendekar, Shag sokong sangat dia bongkarkan kegiatan haram ni. Dah macam 360 dgn 999 dah. Hehe.

    Lawak lah part Ustaz Atik datang dan pergi macam JuOn tu :P Serious punya cerita di selit dgn lawak jenaka. Terbaik lah entri Atik. Ni nak nuntut dgn Atik macam mana nak hasilkan entri yg gempak macam Atik punya entri ;)

    Moga yg bersalah di bawa ke muka keadilan. Shag akan maafkan dorang kalau dorang mengaku salah.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Memang sadis kan Ellen kena.. hanya mampu bersabar sahaja.. huhu..

    Pembongkaran bisa tu, memang sesuatu yang kembali muncul, kerana makin menjadi-jadikan.. hehe..

    Erk? Hehe.. besa2 jak shag, xdalah gempak sangat.. hehe.. maybe kena cara penyampaian kot.. kalau buat en3 macam orang.. rasanyasama juga besa2 orang len buat.. hehe..

    yup.. jangan ada dendam.. hehe..

    Apapapun, thanx ^_^

    [Reply]

  12. mira_nas says:

    ah.. tak habis pasal ini…
    mira_nas recently posted..Kamus Dwibahasa Bergerak

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Memang takkan habis mira.. hehe.. selagi ada blogger, selagi tu akan jadi macam ni.. dan yang baru pasti takkan tahu, maka akan timbul lagi pada masa akan lain tu.. hehe..

    [Reply]

  13. ellen says:

    wah…kali ni ellen dah masuk akhbar atik dari Borneo…
    Tak pa lah Tik..maybe dah nasib ellen dapat dugaan…rasanya itu baik juga untuk mematangkan ellen dalam dunia blogging, di sini kita dapat tau mana satu emas mana satu pasir kan…ellen ucapkan selamat maju jaya untuk atik dan teruslah berkarya seperti ni sebab ini identiti atik dan Ellen suka…hehe..
    Jum hantar artikel p Daily Express mana tau blh glamer..miahahahaha
    ellen recently posted..Sambutan Ulang Tahun dengan Friends and Family

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. supaya nama Ellen tak kena kondem, tapi berapa orang jak la yang baca ya? haha..

    Erk? Hehe.. besa2 jak Ellen, apapun, thanx.. Ellen pun teruskan usaha.. kena karaskan hari k, hehe..

    Haha.. kita hantar di New Sabah Times la senang.. hehe.

    [Reply]

  14. miss yaty says:

    kesian kak ellen..hidup blogger tipu blogger ni memang terok..patutlah traffik dorang ni tinggi je..geram plak sebab yaty pun jadi mangsa tipu dorang ni….terutama sembang kosong!
    miss yaty recently posted..Kepada Sahabat Alam Maya dan Stalker Miss Yaty Tersayang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. sabar yaty, kalau dia dah insaf, kita jangan berdendam.. Cool k ^_^
    Yup, Ellen jadi mangsa keadaan.. inilah bila tidak diselidiki secara telus.. sabar jak la.. huhu..

    [Reply]

  15. Yana says:

    niat tu yg penting..
    Yana recently posted..info SOLAT

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza, nawaitu.. tapi.. maksud yana macam mana ya? hehe..

    [Reply]

  16. husna says:

    hmmm…ade jugak kes2 pelik camni…manusia nie macam2 ragam. dalam hal cmni pun boleh main tipu2….kesian Kak Ellen…

    btw, citer nie best :) husna recently posted..tajuk sesuai

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Dunia oh dunia.. hehe.. besalah.. hehe..

    Erk? hehe.. Kan, bukan berita jadinya.. haha..

    [Reply]

  17. mak says:

    atik,

    Kesian ellen kan..s.mixnya yang dijadikan cnth, kemudian disalah ertikan oleh blogger2 lain. Kesian ellen dipersalahkan sdgkan dia mcm nk mati kesana sini.

    TU laaa..pesanan mak kpd semua blogger, klu BW tu, baca2 la entry betul2. Kan dah salah paham pd ellen.

    Tang buat s/mix ellen sbg cth tu, kenapa…? blognya x de s/mix sendiri ke???

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, betul mak, orang tak kenal kan, memang jadi macam u.. huhu..
    Semua main belasah jak asal nampak tajuk dan gambar.. huhu,,

    Hehe.. contoh jak tu agaknya.. xda niat lain.. hehe.. dah biasa dengan Ellen kali kan.. tak terfikir impaknya tu begitu.. huhu..

    [Reply]

  18. zty says:

    haha . ni berita x masok paper ponn , hee ,terbaikk !

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Dia masuk blog jak.. haha..

    [Reply]

  19. imanshah says:

    tipu ka??potong jari wei

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Potong, jangan tak potong.. hehe..

    [Reply]

  20. noa says:

    aku nak jadi pelakon tambahan gak

    tak kira tak kira

    \nak gakkkkkkkkkkk
    noa recently posted..Short and Simple

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Alalala.. nanti bagi gelaran ratu.. jangan riso.. ahakz..

    [Reply]

  21. teratai says:

    kes tipah tertipu di alam cyberlah ni ya…itulah ragam manusia, nak naik trafik sanggup buat sesuatu di luar dugaan! Macammana ek tindakan mereka ini di dunia nyata apabila ingin mendapatkan sesuatu? sanggup menganiaya kawan kot demi kepentingan sendiri??
    teratai recently posted..7 kalimat untuk diamalkan

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: