Bukan Diriku

“Awak, saya nak bagitahu awak sesuatu”

“Ya? Apa dia?”

“Saya suka kat awak, sungguh, hati saya meronta untuk mengatakan cintakan awak”

“……….”

“Awak?”

“……….”

“Kenapa awak diam?”

“Maaf”

“Untuk?”

“Saya telah berpunya dan saya cintakannya”

“Hmm.. Siapakah si dia itu?”

“Jodoh saya”

“Jodoh awak? Siapa? Takkan tak bernama?”

“Saya tak kenal dia, tapi saya dah jatuh cinta dengan dia”

“Bagaimana awak jatuh cinta dengan dia sedangkan awak tak kenal dia?”

“Kerana ianya telah tertulis di luh mahfuz, dia jodohku. Jodoh yang tak diketahui”

“Kalau begitu, izinkan saya menjadi jodoh awak”

“Saya tak dapat, maaf”

“Kenapa? Apa yang kurang pada saya?”

“Tiada kurangnya, tiada cacat celanya”

“Jadi, kenapa awak tidak mahu saya menjadi jodoh awak? Saya cintakan awak keranaNya”

“Betulkah? Saya tak percaya”

“Kenapa saya harus tipu dengan wanita yang sentiasa saya rindu?”

“Ayat awak telah menjelaskannya, bahawa awak bukan cintakan saya keranaNya”

“Ayat saya? Yang mana satu?

“Rasulullah telah bersabda : “Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. (Riwayat Bukhari Muslim)”

“Kalau saya dah cinta awak, takkan saya nak pendam?”

“Itulah sebaiknya, kerana syaitan sentiasa mencari jalan mencemarkannya. Simpanlah cinta itu untuk jodohmu”

Tapi, saya tetap nak menjadi jodoh awak. Bagaimana harus saya menjadi jodohmu? Awak belum lagi memberi izin untuk diri ini menjadi teman hidupmu”

“Maaf, bukan diriku, yang berhak memberi izin adalah waliku, jika benar ingin menjadi jodohku, kepada waliku diri ini berserah”

(Si lelaki memahaminya, lalu berlalu pergi)

BroSkemanoti : Huh~


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Award Pertamaku!
  • Kulit Education
  • Edisi Raya ~ Na, Bila Lagi?
  • Saya Tak Pernah Burukkan Awak, Kenapa Nak Burukkan Saya?
  • Kad Raya Datang Lagi

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Jodohku Jodohmu Jua and tagged , . Bookmark the permalink.

48 Responses to Bukan Diriku

  1. popolita says:

    sangat speechless..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Hehe.. Muka gravatar tu pun dah tunjuk.. hehe..

    [Reply]

  2. keen~ says:

    kiranya dia bukn jodoh keen sbb dia tlh mencemarkannya walau dia xmintak kami berkapel.. =.=”
    keen~ recently posted..- it is so dangerous to marry a girl with law qualification -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Tak tercemar selagi cinta kepadaNya tidak melebihi cinta kepada manusia.. kan? hehe.. Mesti Keen ingat lagi cerita Ali dan Fatimah kan? hehe..

    [Reply]

    keen~ Reply:

    ntah.. bg keen, sekali dia bgtau those 3 words kt keen, dh ilang respect keen kt dia.. knp perlu dilafazkn sblm benar2 yakin kami mmg berjodoh?? =.=”
    keen~ recently posted..- it is so dangerous to marry a girl with law qualification -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Lo, kalau dah lafaz 3 word rupnya.. ingatkan yg dalam diam.. haha.. trus bila nmpak numba 3.. mcm perna ku ingat numba tu, tp d mna ya? haha.. terpulang kepada penerimaan org kan.. mnatahu wanita itu menunjuk ajar benda yg lg elok kan.. hehe..

  3. nieza says:

    llaki 2 brlalu pergi jmpa walinya
    hehe
    so brani dia ya!
    ska2 smbung crta…hohoho :p nieza recently posted..Bila Aku Jadi KEJAM!!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Itula sebaiknya.. haha.. Mesti kena brani ma.. haha..
    Sambungan? lalalala.. haha.. :p

    [Reply]

  4. Jeff (JR) says:

    JR lah wali itu……baru2 ni JR jadi wali kpd adik perempuan JR….

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Wah.. Syukur alhamdulillah ^_^

    [Reply]

  5. MERAH says:

    oh suke suke!sabarlah menanti jodoh itu :) MERAH recently posted..Ada apa dengan Lisa Surihani &amp Hanis Zalikha

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, kena yakin adanya jodoh ^_^

    [Reply]

  6. husna says:

    siapa jodohku?? opsss….ngeeee!~

    mak aih..suke la citer nie… ^^
    husna recently posted..tajuk sesuai

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Jeng3x~ Siapakah? Ahakz..

    Thanx ^_^

    [Reply]

  7. caliph says:

    sy pnah trima yg ni..

    “Rasulullah telah bersabda : “Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. (Riwayat Bukhari Muslim)”

    p/s: trima ksih kpd org tu yg sedarkan sy dulu.. smoga trus sukses dlm capai cita2…
    caliph recently posted.. jom picnik kt sidebar

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Kita berdoa agar dia dan kita sendiri mendapat yang terbaik dalam hidup.. mencintai si dia tidak salah asal tidak melebihi cinta kepadaNya.. :D

    [Reply]

    caliph Reply:

    insyaAllah..
    akan lebih berhati2 dlm perkara cmni ^^
    caliph recently posted.. wanted

    [Reply]

  8. Shag says:

    Baru tahu. Sangat cetek pengetahuan Shag. Terima Kasih sebab kongsi ya, Atik! Sukarnya nak cari jodoh! Sebab, kalau dia tak cemarkan cinta tu, Shag yang akan cemarkan sebab rindukan dia. Ohh~

    Entri terbaru Shag : Penolong Kanan Kokurikulum. Oh tidak!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Hehe.. Shag, baca sahaja entri Kisah Cinta Agung Bersenikan Diam.. Jangan mencintai seseorang melebihi mencintai Allah.. Sebab itu kita dianjurkan diam.. meluahkan apabila dia sudah menjadi halal kepada kita.. hehe..

    [Reply]

  9. Nnti sy sms no. fon liau sy keh… hehe… Sangat2 memberi inspirasi.. Bye!~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Or8, dinanti.. haha.. Erk? Ok ^_^

    [Reply]

    Cik Cinderlala Reply:

    sy curik link ko ni k…mo letak di entri sy.. T_T

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ok jak lai ^_^

  10. Yana says:

    sabda Rasulullah bermaksud : “Barangsiapa yang mencintai seseorang itu, tetapi dia mendiamkan diri dan hanya meluahkan kepadaNya, sekiranya dia mati, matinya adalah mati syahid.”

    wallahua`lam :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Nice one Yana.. Tapi siapa perawinya ya? hehe..

    [Reply]

    fa-in Reply:

    erm,sy dgr dr rakan2..hadith tu hadith dhoif..betul kan sy jika salah?

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Uuh.. saya tak tahu pula.. kena tanya yg pakar tu.. huhu..

    [Reply]

    Yana Reply:

    bergantung pada niat dan keadaan
    Yana recently posted..Rukhsah SOLAT

    Yana Reply:

    pasal hadis tu.. banyak terdapat dlam buku2 agama yg mengenai cinta.. contoh, buku Fatimah Syarha : pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul..

    Ibnu Abbas r.a daripada Nabi bahawa baginda bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa terkena panahan asmara, lalu ia menjaga kesuciannya, lalu ia meninggal dunia, maka ia akan mati syahid.”

    Hadith ni memang banyak ditulis dalam buku-buku yang berunsurkan cinta. Contohnya, dalam buku “Cinta Kepada Allah, Syurga & Kekasih, Ibu & Bapa, Suami Isteri & Anak-Anak” susunan Yahya Nuradi pun ada. terpulanglah sama ada ingin mempercayai atau membiarkan sahaja. yg penting, cinta sebelum bernikah itu haram. itu yang penting.
    Yana recently posted..Rukhsah SOLAT

    aretikz Reply:

    Hehe.. hadis dhoif hanya boleh diamalkan untuk perkara kecil.. tp tidak boleh digunakan untuk bersandarkan akidah dan hujah syarak.. hadis dhaif ni banyak jenis.. hehe.. last2 kuar semua ulum hadis masing2.. ahakz..

  11. Yana says:

    hadis riwayat hakim ibn asakir al-dailami

    [Reply]

  12. fa-in says:

    nice one,like!
    cinta Allah cinta yg paling utama,
    if dah berkenan dgn seseorg p la lamar trus tu jln terbaik
    fa-in recently posted..Oh- I cant wait to back to the nature !

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, begitulah sebaiknya.. hehe..

    [Reply]

  13. ZRn says:

    Marilah ke sini jumpa waliku..
    mungkin kaulah jodhku…
    ahaks…

    Yeeha!! thumbs up mu boyapren!! Terbaek woo..Insaf aku trus.. :) ZRn recently posted..Tinta Kalimah

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. mengamuk la si nija juga ni.. ahakz.. tp ok juga kan? haha..

    Thanx gelifren, wakaka.. Besa2 jak.. yang penting.. input tidak disalah erti ^_^

    [Reply]

    ZRn Reply:

    Si Nija mau marah? Pigi daa…ahaks.

    Benar bah atu Pak Daus. Aku jg nda terima pcintaan sblm bkahwin sbnrnya. Tp trustrg sbg manusia biasa, aku pernah lalai & terleka. Mujur aku sempat sedar. Harap nda terlalai lg.

    Ko cepatlah bertemu waliku spy nda berulang lg. ahaks. {kidding bro, jgn noti²}

    =( sentiasa koreksi diri wahai Zurina…
    ZRn recently posted..Tinta Kalimah

    [Reply]

  14. Azmi says:

    aretikz aku nak mintak share benda nih…boleh kan?? nak letak kat fb….
    Azmi recently posted..Mood Bina Badan

    [Reply]

    aretikz Reply:

    or8 saja.. no prob ^_^

    [Reply]

  15. syuwai says:

    eii.. best nya!
    syuwai recently posted..Kisah si gadis dan si teruna

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx Syuwai ^_^

    [Reply]

  16. mira_nas says:

    jodoh.. bagaimana nak tahu dia jodoh kita..
    mira dah dicarikan calon.. tapi tak tahu nak bagi jawapan pe
    mira_nas recently posted..E-codes

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Uuuh.. Solat Istikharah Mira.. Jika kita yakin calon itu mampu memberi yang terbaik buat kita.. solat sunat istikharah untuk meminta Allah agar bersama dalam memberi jawapan.. Mira nilai calon tersebut.. jika ok, terima, jika tidak yakin.. jangan.. jangan ragu2 membuat keputusan.. kerana perasaan was was itu yang syaitan suka.. ^_^

    [Reply]

    mira_nas Reply:

    tq.. tapi dugaan paling hebat.. memang tak tahu langsung muka orang tersebut.. takut juga bila bulat hati menerima.. tapi tak jadi di saat akhir,,
    mira_nas recently posted..E-codes

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Rasanya harus bertemu mukadi antara sesama pasangan, sebelum melakukan apa2 keputusan.. paling tidak pun, biarlah skeping gambar menjadi sandaran.. seeloknya begitulah ^_^

  17. maCy says:

    mata tertunduk. air mata tertumpah

    hehe
    maCy recently posted..nanyang siangpau-17 Jan 2011

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. ni sambungan ka pula? ahakz..

    [Reply]

  18. cheezy says:

    nice tikz…sekurang-kurangnya ada peringatan utk saya^^

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Peringatan buatku juga.. ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: