Masa : 4.30 petang
Lokasi : Restoran Sri Keningau, Tawau, Sabah.
Lapar! Siapa tak rasa lapar setelah menghabiskan tenaga untuk pertandingan futsal. Ambil port, duduk bersama 3 orang kawan. Kemudian datang pelayan ambil order, pesan itu ini, siap, tinggal tunggu makanan, yummy.
Dekat meja kami, ada kapel chinese baru sahaja habis makan. Macam mana aku tahu dorang habis makan? Sebab aku nampak makanan dah habis lah, kalau tak habis, maksudnya dorang masih makan, haha. Mesti dorang tengah cerita-cerita mengeratkan hubungan kan? Teeet, salah, sebab, muka si gadis itu monyok semacam.
Lo, dating-dating pun monyok? Memang wajib dia monyok, sebab buayafren dia sedang main game dekat laptop touch screen. Gila apa dating bawa laptop main depan awek? Tak terlayan awek dia, hanya duduk merenung boyfie dia main laptop sahaja. Sikit lagi aku nak cakap, alang-alang macam tu, baik jadi pompom girl, kan?
Di sudut pandangan yang jauh, sekeluarga duduk dengan gembiranya. Menikmati hidangan bersama salah satu cara pengerat hubungan antara keluarga. Well, percaya atau tidak, nak makan sekeluarga kini hampir jarang dilakukan oleh masyarakat kita. Selalunya pasti ada yang makan awal, atau yang makan kemudian. Tak semua, tapi ada.
Makanan sampai, minuman dah hampir separuh. Nasi goreng pataya, my peberet membuka selera. Pergh ~ satu suapan, kalau perut lapar, pasti habis. Tiba-tiba, saat menikmati makanan terganggu seketika. Sebabnya? Datang seorang budak peminta sedekah, memohon ihsan meminta duit.
Kawan aku memberi isyarat supaya budak itu berlalu pergi, dan dengan muka hampa, budak itu pun ke meja lain. Aku? Err, hehe. Kerana dah masak dengan perangai mereka, aku pun boo layan. Bukan tak kasihan, atau tak nak sedekah, tapi, kalau dia dah dapat, selalunya dia akan panggil kawan-kawan dia yang lain minta duit.
Salahkah bagi mereka semua? Tak salah pun, perkara sunat juga, bukan wajib. Yang aku risau, fenomena sindiket budak peminta sedekah. Kalau mereka kena suruh oleh orang tertentu, memang kesian budak-budak tu. Namun, aku salah seorang rakyat prihatin di hati, bukan pada tindakan, itupun sadis juga.
Alhamdulillah, kenyang aku rasa. Yang lain pun baru habis makan. So, kesimpulannya, pekena rokok terus. Bukan aku, kawan aku yang dua orang. Nikmat hisap rokok lepas makan, kata mereka. Oh well, kadang-kadang aku terfikir geng, kalau segala bahan kimia tu bercampur dengan makanan dalam perut, nikmat kah itu?
Mata aku pun melilau melihat persekitaran sekali lagi. Kali ini penjual sepcky jalanan. Jual cermin mata hitam stylo yang penuh bergaya. Macam biasa, kawan aku menunjukkan isyarat berlalu pergi. Dia pun beredar ke meja lain, kali ini meja sorang awek dengan emaknya. Promote habis-habis, tapi tak dilayan.
Penjual tu masih kat sana, aku pun hairan. Biarpun si awek menunjukkan tangan to say no, penjual tu masih tidak berlalu, sambil menunjukkan beberapa speckynya. Aku pun seram juga nak tengok, bukan apa, nanti awek tu perasan mamat hensem tengok dia, cewah, haha. Last-last, penjual itu berlalu jua, kesimpulannya? Oh, saja, awek tu kiut kan, haha.
Lepas tu salesman lagi, promote buku-buku pada keluarga yang mesra itu. Berbuih mulut diterang, tapi akhirnya hampa, apabila keluarga itu yang sedang menikmati makanan, memberi isyarat no. Kebiasaan salesman, promot orang tengah makan. Sedangkan makruh kita bagi salam masa orang tengah makan, ini lagi nak promot barangan. Mesti orang rasa nak memaki jak.
Di satu sudut lain, dua orang kawan sedang memanggil pelayan, nak bayar makan. Pelayan tu pun kira lah. Lepas bagitahu jumlah makanan, masing-masing menawarkan diri untuk membelanja. Masing-masing menolak kawannya dari mengeluarkan dompet. Dalam hati aku, nak jak aku pergi sana, bukan untuk bayarkan mereka, tapi minta dorang bayarkan makanan kami, haha.
Itu dua orang kawan, yang 4 orang termasuk aku ni? “Dik, kira dulu”, “Rm 27. 10 semua”, masing-masing nak keluarkan dompet. Tapi lambat-lambat, haha. Siapa keluar dulu dompet, dia lah yang membayar. Maka, aku pun makan free petang itu, yes!
BroSkemaNoti : Futsal? Terima kasih kerana wish, namun apakan daya, haha.
Comments
Powered by Facebook Comments




observing di restoran macam2 ada kan.
matahari recently posted..lagi tinggi
[Reply]
aretikz Reply:
January 23rd, 2011 at 10:19 pm
Yezza, banyak perkara boleh membuka minda, hehe..
[Reply]
hahaha ini restoran ke tempat jualan langsung ni.. kalau kat tempat saya, jarang jumpe orang yg promot barang masa orang tengah makan.. kalau ade, mau kene seligi lah salesman tu..hehe
Siti Safiyyah recently posted..Lega semuanya dah selesai
[Reply]
aretikz Reply:
January 23rd, 2011 at 10:22 pm
hehe.. sebabnya logik juga, orang makan tak boleh lari, mesti duduk di situ, sal tu salesman promot barang dgn orang mkan.. hehe..
[Reply]
haha.. kesimpulannya nak bgtau dia makan free jak ptg tuu.. haih. hahah ! tp mmg betol lah. kalau tgh makan, org dtg ckp2, mmg rasa nk lempang ajeh.. lg 1, yana suka bila time cuti.. boleh makan sama2 ngn family!!! khamis ni dah nk cuti, hoorey !
futsal menang ke kalah???
Yana recently posted..Tragedi CINTA
[Reply]
aretikz Reply:
January 23rd, 2011 at 10:24 pm
eh, mcm mna tahu ni? haha.. erk? cakap2 tu kawan ato stranger? jeng3x~ hehe..
weehuu ~ nyum2.. itu yg terbaik ^_^.. orang study memang suka bercuti.. haha..
[Reply]
Yana Reply:
January 23rd, 2011 at 10:45 pm
stranger laa.. kawan2 tu kira boleh lagi diterima.. haha. yuppp.. org study mmg sgt suka bercuti !!!! eh, menang ke x lawan futsal tuu?? ha ha , nk ngelat arr tuu
btw, atik keja dah ke? study lg?
Yana recently posted..Tragedi CINTA
[Reply]
aretikz Reply:
January 24th, 2011 at 7:12 am
Weehuu ~ nanti beta bagitahu, apa kesimpulan di sebalik permainan futsal itu, ahakz..
dah kerja, hehe..
Yana Reply:
January 24th, 2011 at 10:31 am
alaaaah.. bgtau lah cepat. x sabar nk tahu menang ke x ni
btw, kerja apa?? ptt lah senang je blog. rupanya dah kerja.. orait2
aretikz Reply:
January 24th, 2011 at 6:22 pm
haha.. nanti wat entri, ada juga cerita.. ahakz..
Kerja bahagian kesihatan, tapi bukan doktor, hehe..
Yana Reply:
January 24th, 2011 at 9:33 pm
keja kt hospital?
Yana recently posted..Tragedi CINTA
aretikz Reply:
January 24th, 2011 at 9:41 pm
Bukan, di pejabat kesihatan cuma.. hehe..
Yana Reply:
January 24th, 2011 at 9:45 pm
wah bestnye
Yana recently posted..Tragedi CINTA
besa la tu atik..mana2 pun ada..belum lagi jumpa ngan sami baju kuning…tak nak tau kalo kita setakat bagi RM10, wajib RM30..demanda gila…baik tak usah di layan…cukup sedekah senyuman…kan kan…
ellen recently posted..Bunyi Ringtone dalam Mulut buaya
[Reply]
aretikz Reply:
January 23rd, 2011 at 10:26 pm
Sami kuning tu, memang belum sampai, sudah tangan cakap xdak.. wakaka.. yezza, senyum dgn sedekah, ahakz..
[Reply]
ahahaa! ada hari 2 budak datang minta duit, ksian la kan..bila nak keluarkan dompet/…berani pulak dia suru cepat..amboii..macam mau tendang jak budak 2….dah la meminta duit..pndai mgarah lagi..ish3…( ceta pasal budak2 peminta) ahaha
apple recently posted..- aku rindu sangat-
[Reply]
aretikz Reply:
January 23rd, 2011 at 10:28 pm
erk? haha.. ketara dia takut kena tangkap.. kalo aku kena cakap begitu, sudah aku cancel bagi.. siap kena bagi ceramah lagi, haha..
[Reply]
apple Reply:
January 24th, 2011 at 10:10 pm
ahah…nasib tym 2 saya baik hati tau..kalau x..
lama uda saya suru budak 2 keja ngan saya^^
apple recently posted..- jiwang-
[Reply]
Cerita kapel Cina : Kalau Shag si awek, Shag akan cakap, You are fired! I nak hire laki lain. Bye~ :P
Cerita keluarga : Wahh~ Family Shag amalkan tunggu makanan semua orang sampai baru makan. tetapi adeq Shag paling kecik di kecualikan. Dia selalu makan dulu tapi habis paling lambat =.=’
Rokok : Abah pom macam tu. Wajib lepas makan, rokok! Tapi, jauh dari kitorang. Dia rokok luar kedai
Cerita penjual spek : Kalau Shag si awek, dah lama cakap, Awat tunggu lagi? Kan saya dah cakap, TAK NAK BELI. Nak ngorat eh? Kiki :P
Cerita siapa nak bayar : Shag salu buat adegan cari dompet dalam bag sambil tunggangkan semua isi dalam bag atas meja sebab tak nak bayar. Hahaha.
Shag tak suka promoter datang waktu makan. Dalam semua adik beradik, Shag paling baran. Jadi, promoter selu kena hentam dgn Shag. Bukan nak berkurang ajar. Dah dia tak hormat waktu makan orang lain. Hmph. Lagi2 budak yg minta sedekah. Shag pernah cakap kat diorang, ni siapa upah? Kalau nak buat masjid, sekolah kompem2 ada Dato’ sponsor. Jangan nak meminta sedekah sangat. Dan jangan tipu. Tak baik gunakana alasan nak buat masjid utk dapatkan duit. Tak tahu lah budak tu paham ke tak =.=’
p/s : Teruk ke futsal? ke dapat jugak top 5? kiki
[Reply]
aretikz Reply:
January 23rd, 2011 at 10:32 pm
pergh ~ macam entri, haha.. sememangnya.. itulah hakikatkan? huhu..
p/s : top 3 jak, dalam kumpulan, haha.. xlepas peringkat kumpulan, lgpun ada story di sebaliknya, huhu..
[Reply]
Shag Reply:
January 24th, 2011 at 11:32 am
Haha. Ni namanya lawan toke belog :P
p/s : wahh ada mee sebalik bihun!
[Reply]
aretikz Reply:
January 24th, 2011 at 6:19 pm
haha.. ni CEO tau, ahakz..
p/s : maggi jak pun, haha..
ciss koo taktik taknak bayar ! amboi22..takpe dah kantoi daaa =)
Check it out Entri Paling Best !
# Siapa Suka Makan Roti Milo ?#
# Frame Ikea Dari Blogger Eqbalzack#
# Pekerja Sambilan Diperlukan !#
# b>Makan Di Q Thai Steamboat !#
# Tak Suka Jalan DI One Utama ! #
NEON recently posted..One Utama- Damansara
[Reply]
aretikz Reply:
January 24th, 2011 at 7:13 am
Hehe.. memang mahu bayar juga, kira nak kongsi, tapi kawan cakap dia bayar, kira ok la tu, ahakz..
[Reply]
jadi pemerhati ke ape..ahahha..tapi biasanya kalo ada orang minta sedekah pon tak bagi jugak jarang sangat je…
nur recently posted..Ragam Manusia
[Reply]
aretikz Reply:
January 24th, 2011 at 7:20 am
Stalker separuh masa, hehe.. weehuu ~ kadang2 jak kan.. hehe..
[Reply]
perghhhh~ ni kalah cite 3 in 1 pasal many-in-one.. hahahaha~ btw, mmg mcm2 ada kt restoran tuh.. time ni la best nk tngok gelagat manusia yg pelbagai.. fiuhhhh~~ ^_^
tp kn, ada sesetengah org xbleh dikacau time dia tgh mkn, kn?? kang dia terus xlalu.. klu salesman gi jumpa org yg camni, mmg kena jelingan maut 1.. hua3~ ^_^
uiittt?? ni blnja dlm keadaan xrela.. xbaik tau~ =.=”
bicara hati: wiwiwiwiwii~ kalah ke?? dpt no brapa?? =.=
[Reply]
aretikz Reply:
January 24th, 2011 at 7:22 am
hehe.. saja jak tu melihat.. sal terfikir, manatahu boleh tlis di en3.. haha..
Keen ka tu ya? haha..
Bukanlah, dia ok jak.. after dat, saya yg bayar minyak keta dia., fair kan? haha..
Bicara Keen : Nanti i setory-mory, ahakz..
[Reply]
sy selalu makan bersama keluarga.. kalau kat rumah mesti tunggu sampai cukup ahli baru makan.. hehe.. pasal minta sedekah 2 dah biasa.. kat sini pon ramai jugak.. geng ramai.. bukan die sorg.. n baru2 nih sy p mkn kt 1 tempat, ad pakcik nih jual kerepek, sy cakap “x pe pakcik.. terima kasih…” sambil melemparkan senyuman… tapi ditenungnye tanda x puas hati.. hoho.. sangat pelik…….
La Dolce Azila recently posted..Owhhhh Yeahhh!! Bertambah Perasan Aku Macam Nihhhh!!!!
[Reply]
aretikz Reply:
January 24th, 2011 at 6:13 pm
Hehe.. bagus tu Azila, nak try makan dgn family azila lah.. eh? lalalala.. haha..\
Lain tempat kan, ada juga pernah serbu ramai2.. tapi wat cool jak.. ahakz.. besalah tu, mungkin dia kecewa kan.. sabar jak la.. huhu..
[Reply]
memang rasa annoyed sgt bila kita tgh makan ada org ganggu dgn benda2 yg tak sepatutnya….
Azmi recently posted..Minggu Busy Bakal Bermula
[Reply]
aretikz Reply:
January 24th, 2011 at 6:11 pm
Betul tu bro, teramat dipersetujui.. hehe..
[Reply]
Lawak pulang critamu ani..Aiyak!
Aku rasa baik ko jd pemerhati, pastu buat rncgn dokumentari sdiri.
Tajuknya “Dari Sudut Pandang Bro Skemanoti”.
Ahahh, kalo mjd aku terus btau waliku utk mminangmu pulak. ahaks.
Yeeha!
ZRn recently posted..Selamat Tinggal Pamit
[Reply]
aretikz Reply:
January 24th, 2011 at 6:10 pm
Haha.. National geographiuc ka pula? ahakz..
Bababa.. bleh tu.. hehe..
[Reply]
Banyaknye tetamu datang time lepak makan kat restoren ye. Tak pernah agi datang seramai tu. Biasa yang datang pun mintak sedekah je. Hehhee~
cik Yana recently posted..Kelebihan Widgeo kepada belogwalker -
[Reply]
aretikz Reply:
January 24th, 2011 at 6:08 pm
hehe.. tetamu yg tak diundang kan.. ahakz.. benda yg orang tak pandang itulah kebiasaan sebenarnya..hehe..
[Reply]
Pingback: Oh Kedai | SeGaLa CeRiTeRa