Double trouble? Adakah maksudku Kepak dan Cari? Eh? Bukan, Wings dan Search, hehe. Nop, ini entri saja-saja jak, yakni dua penceritaan dalam satu entri. Cerita di sebalik pertandingan futsal, dan cerita disebalik shoutbox yang telah lama dipendam. Apa kes? Jeng3x~
******************************
Futsal
Terima kasih diucapkan kepada mereka yang wish pertandingan futsal tu. Apakan daya, peringkat kumpulan tak lepas langsung. 1 menang, 1 seri dan 2 kekalahan membuatkan kami berjaya tersnigkir dan tak lepas untuk ke peringkat kalah mati. Itulah yang berlaku, huhu. Itu jak ceritanya?
Macam yang aku cakap, aku jalan jam 3 pagi dari Beluran. Sampai jam 7 lebih di Tawau. Memang rempit kawan aku bawa kereta, haha. Masa tu ramai orang sudah, pergh ~ belum campur awek-awek yang ada sana, oh yeah! Haha. Meriah dowh, ada sarapan lagi, perut lapar, seharusmya makan!
Itu hanya menyembunyikan yang tersirat, bahawa team kami tak cukup orang langsung! Dari 8 orang, hanya 4 orang sahaja datang. Nak main apa macam tu, sepatutnya 5 orang. Sakit hati tu memang, tapi memandangkan aku ni jenis penyabar, cewah, memang sekadar di pendam, biarpun ada juga melampiaskan rasa tidak puas hati dengan kawan aku yang lain.
Pelbagai alasan mereka berikan di telefon, kenapalah tidak cakap dari awal, boleh cari orang untuk ganti. Tak susah-susah nak cari orang di Tawau lagi. Sampai detik perlawanan pembukaan team lain, kami baru dapat jumpa seorang, so tekad main tanpa reserve, memang mebunuh kalau macam tu.
Syukurlah, kawan aku yang sorang ni dapat lagi sorang, lepas tu dibantu dengan pihak penganjur, tambah lagi dua orang student Masterskill yang praktikal di Tawau, lengkaplah korum kami. 4 orang strangers dalam pasukan futsal, nasib baik dapat main tanpa rasa segan. Cuma tidak serasi tu memang konfom, nak minta bola pun masih tidak tahu nama, haha.
Masalah utama kami adalah penjaga gol, dan kebanyakkan gol berpunca dari kesilapan penjaga gol kami yang baru dilantik. Bukan merendahkannya, kira sudah cukup bagus dibantu, haha. Tapi, itulah hakikat. Perlawanan last, aku yang ganti, dan memang selepas itu ayat dorang yang aku agak, “Cubalah kau keeper dari awal lagi”.
Bukan aku tak mahu, tapi aku masih terbayang, jari aku terlepas gara-gara menampan bola dulu. Pergi hospital pun, tu nurse ketawa-ketawa. “Main bola pun jari yang kena?”, sikit lagi aku balas “Betul ka kau ni nurse?”, bukan apa, kalau dah namanya nurse, mesti tahu, kecederaan bukannya kita boleh jangka bagaimana keadaannya.
Yang penting, aku bangga aku dapat pecahkan tradisi trauma aku, dan membantu team aku meraih kemenangan pertama, dan terakhir, haha.
******************************
Shoutbox
Ini isu auto blogwalking lagi? Bukan-bukan, tiada kaitan. Telah lama aku mahu buat benda ni, sejakd dari tahun lalu lagi. Yakni, aku ingin menyingkirkan Shoutbox dari blog ini. Ya, aku tahu, betapa pentingnya Shoutbox, ditambah dengan blogger baru yang akan mencanak naik setelah nampak pendapatan dari RedMummy, siapa tak nak promot diri di SB kan?
Aku ada sebab tersendiri, kekangan masa antara kerja, membuatkan masa untuk blog terhad seketika. Bukan ini isunya juga, tapi, aku kalau boleh, biarlah tahun ni aku nak target menjenamakan blog aku, dengan kualiti yang ada, bukan setakat kualiti blog, tapi kualiti selaku penulis blog, dari sekadar promot umpama angin cuma.
Bukan mudah untuk bergerak tanpa SB, yang penting, priority diletakkan kepada yang mengomen blog ini, barulah jenguk-jenguk orang yang dah biasa di sini, kemudian, baru jadikan SB orang sebagai mangsa, haha. Mangsa untuk aku komplen, eh? Bukan, komen, hehe.
Cuma aku considerlah, kalau ada komen-komen yang meruntun jiwa nanti, supaya jangan buang SB dengan alasan yang logik, barulah aku tangguh lagi niat aku yang dari dulu lagi bertangguh. Bukan mudah untuk puaskan hati semua orang, namun, dengan merasai pengalaman orang dalam arena blogging, lalu mengaplikasikannya merupakan kepuasan bagiku!
Semakin lama kita dalam arena ini, semakin kita tahu apa yang perlu dilakukan. Ingat, lain orang lain cara, mungkin ada sama, cuma pendekatan itu dipelbagaikan. terpulang kepada individu. Hari Rabu ni menjadi titik tolak bagi aku, hehe. Lagipun, SB is an option, bukan kewajipan, kan?
BroSkemaNoti : Ini punya part pun akan berubah, selamat tinggal SkemaNoti! Hehe.
Comments
Powered by Facebook Comments





pengomen yang pertama..ahhaha
jum nnt kita lawan main futsal…
student lawan korg la..kita tgk sapa menang^^
apple recently posted..- jiwang-
[Reply]
aretikz Reply:
January 25th, 2011 at 7:06 am
Ko biar betul? Aku takut ada yg nda sampai hati mo rampas bola dari aku.. asyik meliat aku jak ni.. haha..
[Reply]
apple Reply:
January 25th, 2011 at 2:06 pm
wekkkk! ahahaha
sapa juak mau mlihat mu…muahaha..ntah2 ko yang ndak dapat mgambil bola dari ku,,
kita lawan basket ball la yee^^
apple recently posted..- jiwang-
[Reply]
aretikz Reply:
January 25th, 2011 at 8:50 pm
Aikz, klau tak, ko mana cakap mo lawan lain. Ni basketball lagi. Betul ka xtakut lwn orang tinggi? Haha.
tentang futsal: tahniah~ anda dh berjaya atasi ketakutan anda.. bak kata barbie, jgn takut utk hadapi ketakutan itu sbb nnti ketakutan itu akan semakin mnyerang kita.. hik3~ ^_^
tentang shoutbox: yup2~ shoutbox tu sbnrnya bukan dhoruriyyat.. hanyalah tahsiniyyat je.. ha3~ paham ke tak nih?? =.=
bicara hati: haila~ tukar lg ke brosekamanoti tuh?? adesss.. =.=”
keen~ recently posted..- maaf shoutbox dibuang!! -
[Reply]
aretikz Reply:
January 25th, 2011 at 7:10 am
Erk? Bukanlah takut, just terbayang, haha.. kang ada jari-jemara patah, tak dapat nak update, gaga~
Haha, mentang2 sudah lama beta tinggalkan bidang itu.. memang bingung! ahakz.. Oh well, akhirnya kan, kalau buat dari tahun lalu lagi, mgkin ada yg buat muka jtuh peluh lg awal, haha..
Bicara Keen : Huhu, macam lain bunyinya dowh ~ ahakz..
[Reply]
Woah~ Okeh lah tu. 1 menang 1 kalah 2 seri. Tu sebab amik orang tak kenal kan? Hihi. Tahniah Atik dan kumpulan serta ahli yg tidak di kenali tu. Kiki.
Tak SB tak ada lah ngensot/aerobik dah :P
[Reply]
aretikz Reply:
January 25th, 2011 at 7:13 am
2 kalah 1 seri la shag, hehe.. Yup, insan yang tak dikenali.. ahakz.. Apapapun, thanx ^_^
Tetap ada, tapi kalau dia masuk sini tak ada, maaflah, haha..
[Reply]
meh sab jadi G.K boleh? hee..
lame xdtg sini..wee~
eh. lame dh ke ek? hehe..
sab recently posted..kau jangan gelak-gelak sama aku!!
[Reply]
aretikz Reply:
January 25th, 2011 at 7:15 am
Hehe, memang pemain lawan tak sampai hati nak shoot, haha..
Erk? Macam diriku jua, haha..
[Reply]
kalah..alaa,sy suda kirim jampi2 lagi tu semua,spy team ko mng.. cdg mau bg ko gula2 kalau mng..pa ble buat laa..xjadi..hehe
xla dapat sy kacau2 ko lagi nih kalau teda SB..haha
ipa recently posted..아주 멋져요sangat sejuk
[Reply]
aretikz Reply:
January 25th, 2011 at 8:53 pm
Erk? lambat kali effect jampi tu, haha.. menang last match la pula, ahakz.. Uish, kacau jak di komen ni, tidak pun tu di FB Page, hehe.
[Reply]
patut ar muka tak kuar paper
kalah upenye
huhuhu sian ko, jgn sedih tau,
noa recently posted..Alaanak cute ckit pun tak leh
[Reply]
aretikz Reply:
January 25th, 2011 at 8:56 pm
Hehe, ada paper sendiri edit, haha..
Tak sediih, sal ko ada kan..
[Reply]
aku pun baru je buang shoutbox tuh 2-3 hari lepas…tak kisah pun pasal auto blogwalking tuh sebab aku tak perah [un jejak diorang balik;;;
tapi kesian yg ikhlas dtg tinggal jejak tapi aku tak jenguk balik…maklumlah sibuk..jadi aku sekarang amalkan konsep siapa komen aku komen balik…aci tak??
Azmi recently posted..Meh lah join aku dalam dunia farmasi jap
[Reply]
keen~ Reply:
January 25th, 2011 at 7:16 pm
aci!! keen sokong ngan kenyataan azmi tuh.. opsss~ tetibe je menyampuk jap.. zzzzzzzzz~ ^_^
keen~ recently posted..- maaf shoutbox dibuang!! -
[Reply]
aretikz Reply:
January 25th, 2011 at 8:59 pm
Keen memang, haha.. Nyampuk jak, sal memang setuju cakap Azmi, ahakz.. (ada kembang hidung lepas ni, haha)
[Reply]
hahaha.. kalah ke? x pelah, xde rezki . lain kali boleh cuba lagi
Yana recently posted..Tragedi CINTA
[Reply]
aretikz Reply:
January 25th, 2011 at 9:03 pm
hehe, itulh tu, ahakz.
[Reply]