Hujan makin lama makin lebat. Seorang gadis baru sahaja memasuki 7 Eleven, sambil menjinjit beg. Hmm, beg untuk kain sembahyang, bisikku. Huh, Zarina, adakah aku sudah nekad untuk mengatakannya? Di satu sudut, aku bersendiri, merenung tindakan yang bakal dilewati.
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini
******************************
“Meminang ni bukan benda main-main, kalau dah bertunang tu sudah terikat kiranya tau!”, Berapa das anak panah kat telinga aku sudah terkena leteran mak aku.
“Mak, itu tanda saya ikhlas, bukan anggap benda ini main-main”, aku cuba mempertahankan diriku.
“Kamu dah kenal sangat dengan perempuan tu?’, giliran bapa aku yang menyoal.
“Belum sepenuhnya, tapi saya tahu, dia terbaik buat saya”, balasku perlahan.
“Kenali dirinya dengan keluarganya, selidiki terlebih dahulu, sebelum dirimu menyesal di kemudian hari. Kelak bertunang, tiada sesalan buatmu”, ayat itu nyata membuatkan lidahku kelu untuk berkata.
“Bukan kami menghalang niatmu, tapi beringat sebelum melakukan apa-apa, memohon petunjuk dariNya, dan yang penting, sediakan diri kamu dulu”, sambung bapaku.
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…
******************************
“Assalammualaikum”, kataku sebaik sahaja memasuki 7 Eleven itu.
“Waalaikumsalam, oh, Azmi, ni nak beli apa lagi?”, balas Zarina, sambil tersenyum. Cantik, bisikku.
“Hari-hari membeli, bankrap saya nanti, tapi hari ni saya tak nak membeli, tapi nak meminta”, sengihku. Argh, ayat berterabur, lain nak dicakap, lain pula terkeluar.
“Minta? Ish, ada-ada saja awak ni, kalau kedai ni saya punya, sure, dengan kedai ni saya bagi”, gelak Zarina, tapi nyata gelaknya seketika cuma, setelah melihat wajahku yang tidak tenteram itu.
“Awak ok tak ni? Nak beli panadol? Musim hujan kan sekarang”, sambung Zarina. Hairan melihat reaksi aku yang sedemikian rupa.
“Zarina, tujuan saya ke sini, boleh tak saya minta alamat rumah awak”, soalku dalam resah.
“Erk? Nak buat apa alamat rumah? Takkan awak nak bagi Tv Lcd dengan saya? Wah, best ni, berapa inci?”, Aduh, ni saja-saja buat tak faham ka pula?
“Saya serius ni, saya nak pinang awak, saya tak tahu bila, tapi sekurang-kurangnya, ada alamat, mudah lah kerja saya, kan?”, dup dap dup dap, apalah reaksi dia ni.
“Jangan main-mainlah, sampai ke situ pula, ni memang nak panadol kan?”, Zarina, adakah anda cuba berdalih?
“Saya cakap benda betul ni, saya tak main-main. Tiada makna nak permainkan benda yang baik, saya ikhlas, betul ni”, aku cuba menyakinkannya. Zarina terkedu seketika. Entah apa yang bermain d fikirannya.
“Tapi, kenapa saya? Bukankah banyak lagi gadis yang lebih baik dari saya?”, Aku tersenyum mendengarnya.
“Awak, memang banyak gadis yang baik, tapi tak semestinya saya boleh bandingkan mereka dengan awak. Yang hanya mampu saya katakan, mata ini lebih kearahmu, dan biarlah saya memulakan langkah untuk ke arah yang baik, sebelum ianya terpesong dari niat asal”, terangku dengan panjang lebar.
Zarina hanya tunduk. Kemudian baru dia bersuara sambil tersenyum “Saya tinggal di Taman Mawar, itu yang mampu saya katakan, uppss, macam setuju pula”.
“Dah, jangan bergurau, awak ni suka sangat main kan?”, Sambung Zarina.
“Saya serius ni, saya tak main-main”, aduhai, bagaimana lagi hendak ku yakinkan dia ini?
“Iya? Ok”, gelak Zarina.
******************************
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita
Hujan masih lebat, berterusan membasahi diriku. Belum ada kata putus darinya, tapi memang aku rasa seolah-olah tiada harapan. Setapak demi setapak aku melangkah, kehairanan melihat aku bermandikan hujan. Hujan, bgiku engkau rahmat yang menemaniku.
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Adakah ini pengakhirannya buatku? Biarlah, aku redha apa yang berlaku. Ku berserah kepadaNya, biarlah diri ini, berhenti berharap.
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
“Assalammualaikum”, tiba-tiba satu suara menegurku.
“Waalaikumsalam”, balasku kehairanan, rupanya seorang budak kecil yang memberi salam. Mukanya seperti pernah kulihat, tapi aku kurang pasti di mana.
“Abang ni ok tak?”, soalnya. “Mestilah ok, kenapa?”, ish, dari mana asal budak ni aku pun tak tahu.
“Abang jangan nak tipu, dosa. Ala, cool la bang, akak tu pun tak cakap tidak tadi, dia tu cuma berserah jodohNya dengan Allah. Kalau benar dia tercipta untuk abang, InsyaAllah, tak ke mana. Janganlah sampai nak berhenti berharap. Selagi dia belum ketemu seseorang, berharaplah, cuma jangan melebih”, Erk? Aku kena ceramah ka ni?
“Kalau akak tu baik sangat, abang kenalah jadi baik, sebab, yang baik adalah untuk yang baik. Berusaha menjadi yang terbaik, supaya taraf abang dengan akak tu sama di luh mahfuz, jika benar akak itu yang abang idamkan. Lagipun abang kan dah usaha, tinggal doa dan tawakal menjadi senjata”, menyambung lagi dia.
“Yang penting, jangan jadi nakal. Pantang dengar ada gadis kiut, mula mencari lah tu. Abang jangan jadi macam saya tau”, katanya sambil berlalu pergi.
Hmm, kalau dah cakap begitu, dah tahulah siapa. Namun, aku mengiyakan katanya, jangan berhenti berharap!
SCemanoti : Musa berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Surah Al-A’raf : 128
Comments
Powered by Facebook Comments



hehehe..shin chan rupanya…
i like ^_^
nieza recently posted..Januari
[Reply]
aretikz Reply:
February 6th, 2011 at 6:27 pm
Hehe, penampilan istimewa, gaga~
Thanx ^_^
[Reply]
haaaa.. sudah.. dah mula entry serius dia.. tu dia~~ kali ni paling serius.. tahniah!! ^_^
[Reply]
keen~ Reply:
February 5th, 2011 at 6:02 pm
phewiiittt~ birthday belated boy dh blek la.. hik3~ ^_^
keen~ recently posted..- ucapkan selamat hari lahir kepada blogger ini -
[Reply]
aretikz Reply:
February 7th, 2011 at 10:00 pm
ini serius! kata ming-ming (wonderpets) hehe..
[Reply]
Comellllllll….
Sy paling suka entry kali ni…
sy ada cadangan, apa kata zarina–>zurina?
ihihihi..
yeeha!!!
[Reply]
aretikz Reply:
February 7th, 2011 at 10:06 pm
Haha. cadangan diterima, untuk cerita lain.. haha..
[Reply]
ni cerita reka ker cerita yang atik alami skang???hehe…
best la cerita ni…
betul kalau nak jodoh yg terbaik bg diri kita..kita kenalah berubah terbaik dulu..
^_^
cik tom recently posted..Tutorial Buat Link Hover Effect Cara Mudah
[Reply]
miss yaty Reply:
February 2nd, 2011 at 12:27 am
betul tu cik tom…jodoh yang baik untuk orang yang baik…
[Reply]
aretikz Reply:
February 7th, 2011 at 10:10 pm
Erk? Macam betul ka pula? hehe.. Yup, nak mencapai yang baik, pasti jadikan diri terbaik ^_^ setuju dengan yaty..
[Reply]
ehemm..best yg part zarina tu,. nak berangan jadi zarina jap!!
mish recently posted..Boleh tau Isi Hati Kamu
[Reply]
aretikz Reply:
February 7th, 2011 at 10:16 pm
Erk? haha.. Part mana tu ya? Jeng3x~
[Reply]
so sweet kesah ni…hope ending mereka ada jodoh…apa yang penting Allah dah tetapkan jodoh kita..cuma kita kena mencari yang terbaik untuk kita kan..
3 february tu birthday aretiks atau birthday blog?
miss yaty recently posted..Krisis Pelajar di Mesir Marilah Sama-sama Menyebarkan Dan Mendoakan Keselamatan Pelajar Malaysia Di Mesir
[Reply]
aretikz Reply:
February 7th, 2011 at 10:20 pm
Ami.. eh? Haha..
Yup, bday beta lah tu, hehe..
[Reply]
ni kli laa..sy suka btul crta dia..
ble bkin novel..^_^
ipa recently posted..terus terang jangan berkias-aku lemah balagah
[Reply]
aretikz Reply:
February 7th, 2011 at 10:35 pm
Erk? Novel? Hehe.. Mo try la mcm ni, haha..
[Reply]
terbaik la budak kecik tue…. hahaha
jgn terus berhenti berharap sebab Allah ada…
[Reply]
khaiyisahusna Reply:
February 4th, 2011 at 8:53 am
pssst : tambah lagi, sanah helwah ya… semoga Allah memberkati usia dan bertambah amalan kebajikan.. poi ucap terima kasih kat mak cepat! heee
khaiyisahusna recently posted..yeay! semua nak baru la
[Reply]
aretikz Reply:
February 7th, 2011 at 10:37 pm
Yup, Allah sentiasa ada.. jap2.. macam diri ini pula ditujukan. haha..
Thanx Husna ^_^
[Reply]
sejak bile ang jadi penulis cerpen ni. bagus2, ang berjaya membuat den bace smpi abes.hehe
epy besday yang ke 83:)
nazirulhazwan recently posted..Kurang ajar- siapa yang syok sendiri ni
[Reply]
aretikz Reply:
February 7th, 2011 at 10:42 pm
Sejak zaman berzaman, haha..
Trimas, patut lagi tua tu, haha..
[Reply]
jln2 kt sini.. x jmpa tempat jerit, hukk…
p/s: hepi besday aretikz ^^
caliph recently posted.. 10 saat saja
[Reply]
aretikz Reply:
February 7th, 2011 at 10:45 pm
Hehe.. dah buang..
Thanx Bro ^_^
[Reply]
yer, jangan berhenti berharap.. nampak ade chance tu..ngeee..
cikpuanhady recently posted..Tentang Salam dan As Salam
[Reply]
aretikz Reply:
February 7th, 2011 at 10:47 pm
Erk? Haha.. Kenapa ramai ingat diriku puya kisah? haha..
[Reply]
tiba tiba nama azmi muncul dalam ni.. hahaha.
atik atik .. serius nampak? dah muncul ke bidadari syurga tu?? hehee.. jgn lupak kitak ni .. di semenanjung ya
[Reply]
aretikz Reply:
February 7th, 2011 at 10:50 pm
Erk? Adeh, oh tidak! haha.. sekali lagi, mengapa diri ini yang disangka empunya kisah? hehe..
[Reply]
Yana Reply:
February 8th, 2011 at 4:03 pm
dah tu sampai terkait-kait nama azmi lagi.. hahahaha
x salah pon lah.. kan kan?? hehe. kan dh makin tua.. hua hua hua
[Reply]