Valentine makin tiba, bermain persoalan di minda, hadiah buat si dia? Dimana hendak bertemu dengannya? Suasana romantik yang menghangatkan cinta?
Si gadis rasa terharu, makin bertambah kasih kepada si jejaka. Baju couple, gelang ikatan, tali handset, menunjukkan diri mereka sehati sejiwa.
Tiada wanita sehebatmu di dunia, mampu menggetarkan jiwa tatkala terpandang wajah, kekal cinta berkasih di hari Kekasih.
Dirimulah lelaki idaman wanita, setiap detik bersama memancarkan sinar bahagia, terima kasih wahai cinta.
Sweetnya, namun romantik itu hanya sia-sia, tanpa tujuan yang nyata.
Aisyah memasakkan makanan untuk Rasulullah, menyedari masakan Aisyah ada yang tidak kena, baginda tidak menyatakannya. Aisyah yang tertanya-tanya bagaimana masakannya, lantas disuapkan oleh baginda sendiri. Baru Aisyah mengerti, masakannya itu teuk!
Menegur itu pun romantik kan?
Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut, lantas diadukan kepada Rasulullah. “Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh, kepalaku”, kata baginda.
Malam itu kepala mereka berdua berat, sakit yang teramat. Si suami tidak dapat membelai isterinya untuk mengurangkan kesakitan itu, si isteri turut tidak dapat memicit kepala suaminya untuk melegakan suaminya, kerana rasa itu sama.
“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu, dan akan ku dirikan solat buatmu serta engkau akan ku kebumikan”, gurau baginda menyakat Aisyah.
“Demi Allah, aku rasa kalau begitu kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!”, rajuk si isteri.
Baginda lantas ketawa.
Dalam sakit, masih ada kehangatan romantis antara baginda dan isterinya. Hakikat romantise yang sah, tiada larangan antara mereka.
Sambutan si jejaka dengan gadis, yang tiada ikatan menghalalkan serta tanpa tujuan, hanya episod duka dunia akhir zaman.
Sebelum bencana tiba, leburkanlah Valentine dalam minda.
“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku”, kata Rasulullah.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat tertanya-tanya.
Siapakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah?
“Kalian adalah sahabatku. Adapun saudara-saudara yang ku maksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada”, jawab Rasulullah.
Cinta luar biasa, terhadap umat akhir zaman yang belum ditemuinya.
Sedalam manakah cinta kita kepadanya? Selawat ke atasnya, sambutlah Hari Kekasih kita sebenar, Maulud Nabi.
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkan salam sejahtera kepada penghormatan sepenuhnya (Al-Ahzaab : 56)”
SCemanoti : Menulis dalam kesakitan gigi.
Comments
Powered by Facebook Comments


salam aretikz~ nice entry…orang makin lupa maulud nabi, tapi makin ingat valentine..jom join KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~
sunah suka sakura recently posted..KEMPEN- Kami TAK Sambut Hari Valentine
[Reply]
aretikz Reply:
February 13th, 2011 at 9:25 pm
Thanx sunah ^_^ yup, itulah yang perlu kita cuba perbaiki, everyday we selawat ke atasnya ^_^
[Reply]
sehari je ke nak sambut dan menghargai kekasih?
tukang karut recently posted..Kaki Gosip Hangit Ni
[Reply]
aretikz Reply:
February 13th, 2011 at 9:27 pm
Opkoz xdak, setiap hari kita selwat ke atasnya, tapi dengan adanya program ni, kira bagus juga ^_^
[Reply]
salam aretikz,
seronok membaca luahan menyambut hari kekasih aretikz~penyampaian yang menarik mengagungkan hari kelahiran junjungan besar nabi s.a.w
teratai recently posted..Boikot Valentines Day-Sanjungi Maulidur Rasul!
[Reply]
aretikz Reply:
February 13th, 2011 at 9:29 pm
Thanx kak.. sama2 kita selawat dan salam kepadaNya
[Reply]
d(^^,)
SAMiZUL recently posted..Churp2 minta maaf sama aku
[Reply]
aretikz Reply:
February 13th, 2011 at 9:29 pm
[Reply]
moga saudara seIslam kita takde yang sambut V-day
hari untuk berkasih sayang adalah hari-hari
terutamanya pada Allah dan Rasul-Nya
[Reply]
aretikz Reply:
February 13th, 2011 at 9:30 pm
Amin, iulah sebaiknya..
[Reply]
valentine day vs. maulidur rasul..
mana satu pilihan hati?? klu pilihan yg berdasarkn nafsu, valentine la jwpnnya.. klu pilihan yg berdasarkan iman, insya-Allah, maulidur rasul la jwpnnya..
bicara hati : mengomen sambil demam + batuk + selesema + tension.. hukhukhuk~~ T__T
keen~ recently posted..- Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 -
[Reply]
aretikz Reply:
February 13th, 2011 at 9:47 pm
betul3x~ hehe..
Erk? Semoga cepat sembuh ^_^
[Reply]
herm….
benda ni makin menjadi2 sebab media massa semakin mengalakkan mereka..lepas tu di siarkan cerita2 cinta..iklan2 produk utk coupple dan bagai2 lagi lah….
Azmi recently posted..Pok Guard VS Mok Guard
[Reply]
aretikz Reply:
February 13th, 2011 at 9:49 pm
Tahu2 jak la, media ni sukar nak disekat, pngaruh yg besar kan.. Yang penting, kita tingkatkan kesedaran antara kita semua ^_^
[Reply]
rasa si dia ku semakin hampir…. ahah.
good! thumbs up bro!
ZRn recently posted..Pahala di Singki
[Reply]
aretikz Reply:
February 13th, 2011 at 9:50 pm
Jeng3x~ siapakah? hehe..
Thanx Jue ^_^
[Reply]
bestla artikel nieh..terbaek la atik
dalam kita dup uar2kan jangan sambut valentine’s day, masih ramai yang buat. mulut cakap haram, tapi perbuatan tak kena dengan percakapan.
khaiyisahusna recently posted..BIG- pengalaman yang terlalu mahal
[Reply]
Pingback: Tak Habis-Habis Dengan Valentine! | SeGaLa CeRiTeRa
Wajib tahu dan baca Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10 Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika di lihat pada aspek perubatan, anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)
[Reply]
semua org duk sibuk nak celebrate valentine tp lupa plk psl maulud nabi…cam hampeh je…
aretikz…thanks ye coz bg semangat kat cik tom..huhuhu..
cik tom recently posted..Segmen Ben Ashaari – Khas Buat Blog Punya Follower
[Reply]
aretikz Reply:
February 21st, 2011 at 9:42 pm
Begitulah unia.. hmm.. moga kita dijauhkan
Its ok cik tom.. thats wat fren to be.. hehe..
[Reply]