Apa peliknya tajuk aku ni? Macam terbengkalai pula blog ni sepanjang hujung minggu. Nak melawat blog lain pun, rasa tak senang, bukan apa, mood downline sikit. Tapi tiada kaitan dengan MLM, main downline, mood ceria kurang sikit jak, sebab gigi punya hal kan, hehe.
Oh Well, apa kaitan dengan tajuk? Sebab aku tidak tahu mahu letak tajuk apa, jadi, Ouch tu kira sakit la, What tu tentang perkara lain lagi, yang Oh Yeah, kira dah ok. Bukan apa, selain sakit gigi, rumah sewa tempat aku dan housemate aku bernaung ni tiada air semenjak dari hari sabtu lalu lagi.
Nasib ada air di tangki, kira boleh bertahan sampai hari Rabu lalu, lepas tu? Tiada air dah. Tapi kami tetap mandi, cuma tak seberapalah mandinya. Pakai air dalam botol mineral jak, yang memang kami dah standby, sebab di sini memang pandai ada masalah air.
Pagi jak la, malam, tawakal bau badan, haha. Cuma tak pernah bermasalah sampai seminggu. Bila tanya jiran sebelah, dorang punya air masyuk, kalau aku tak tanya pun, boleh nampak dorangĀ jemur baju hari-hari, orang perempuan kan, uppss, aku dah jadi baik, part gadis nak kurang sikit nakalnya, nanti takut nama tak diketahui yang tertera di luh mahfuz jeles, cewah, hehe.
Baru jak tengahari tadi aku pergi jumpa tuan rumah, buat aduan rakyat sikit. Lambat betul aku bertindak, haha. Tuan rumah pun tak tahu apa yang berlaku, jadi kami pun check it out, manatahu ada paip bocor ka. Sekali, meter tempat air kena off daaa. Cisdil tul, tak tahu kerja siapa, standard budak-budakla yang buat, main paip meter, tapi, tidak baik pula main tuduh-tuduh, jadi aku jadi budak baik lagi, redha jak lah.
Settle masalah air, ni baru lepas mandi, wangi popinjay lagi, haha. Cuma gigi masih terasa lah, bengkak gusi. Sal tu nak terjah tempat orang, nak update, nak balas komen, semua rasa malas. Ni tak tahu nak sambung cerita gunung atauĀ tidak, macam cukuplahpart kemuncak kan? Turun dah tak payah, kira tamat lah tu, boleh?
Kalau dah sakit gigi, begitu indah sekali, haha. Sakit yang paling sakit selepas sakit nak mati dengan sakit bersalin kan. Sampai demam, rasa nak Mc lah sok, boleh ka tu ya? Ahakz.
Kerja aku pula sepanjang masa tu, aku memulakan edisi download movie. Lama dah tak buat kerja ni, semua gara-gara line ciput kan, tapi lepas guna Internet Download Manager, pergh ~ mood download kembali lagi. Terus layan cerita Liar Game : The Final Stage, Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan Ngangkung. Siap download drama Jepun lagi, tajuknya Natsu no Koi wa Nijiiro ni Kagayaku.
Entah cerita apa tu, aku bantai jak, nanti layan, ahakz. Best juga cerita yang aku layan tu, cuma ada part dalam Ngangkung, aku kurang berkenan, masa doktor lakonan si Azlee jumpa dengan Tasnim lakonan Azad Jasnim depan kedai nombor ekor. Part apa tu?
Si doktor cakap dia nak pergi memburu, tapi si Tasnim tanya wat apa pergi memburu kalau bawa stetoskop. Jadi doktor tu cakap, nak periksa nadi haiwan, kalau mati haram makan binatang tu, ceh, dah namanya memburu, memanglah nak bagi haiwan tu mati, sebab tu tak jadi bangkai. Kalau masih hidup, baru kita sembelih dulu. Atau aku ada silap?
Tapi memang itu yang kau belajar pun, kalau ada perlu diperbaiki, korang tegurlah yek. Yang penting, dah panjang pula cerita, haha. Malam-malam puasa aku, nanti sakit pula gigi, kalau makan, terpaksa kuah banjir, atau benda lembut, kalau tidak, bisa!
Apapapun, sakit tu kan satu nikmat juga, yang penting redha. Semua tu ada hikmah juga, jangan nak memaki bila sakit, itulah kebiasaan orang sekarang. Yang penting, aku nak buat project lain dulu, dan terima kasih layan cerita bengap aku, har3x~
SCemanoti : Kawan aku cakap “Esok 14 Feb. Hari kekasih. Lu org sudah sediakah? dah praktis mcm mana mau bagi ciuman perancis? dah booking hotel ada ekon? dah sedia bunga ros merah? kalau dah sedia semua, tahniah. Mudah kerja setan” Sahidzan –> Pecahkata.blogspot.com
Comments
Powered by Facebook Comments


![Ngangkung [2010] DVDRip.x264.AC3-KaRL[JWG].avi_003248040](http://segalaceritera.com/atik/wp-content/uploads/2011/02/Ngangkung-2010-DVDRip.x264.AC3-KaRLJWG.avi_003248040-300x160.jpg)

syakallah~~ ^_^
keen~ recently posted..- Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 -
[Reply]
aretikz Reply:
February 15th, 2011 at 9:09 pm
^_^
[Reply]
Atik!! hehe. Lama dah tak mai sini bro! Apa kabar orang kampung weh :P
Alololo. Kesiannya sakit gg. Meh sini Shag sembuhkan
Shag recently posted..Tuah pertama di tahun 2011 ALHAMDULILLAH
[Reply]
aretikz Reply:
February 15th, 2011 at 9:11 pm
Hehe.. Lama juga tak singgah tempat Shag..
Weehuu.. Or8.. haha..
[Reply]
patut lah bau nya sampai ke universiti kamek ni bah .. haha
dah makan ubat belum sakit gigi tu?? jaga bebaik..
dan Allah memberikan kesakitan kepada seseorang itu adalah kerana Dia ingin melunaskan dosa-dosa kecilmu
[Reply]
aretikz Reply:
February 15th, 2011 at 9:12 pm
Ha? Ya? Ahakz..
Yup.. Ni redha jak kesakitan gigi.. huhu.
[Reply]
Yana Reply:
February 15th, 2011 at 9:16 pm
belom lega?
Yana recently posted..Mom and Friends ! Miss both of u
[Reply]
aretikz Reply:
February 15th, 2011 at 9:17 pm
lum.. bengkak gusi jak makin kurang ^_^
Yana Reply:
February 15th, 2011 at 9:21 pm
kasihan kamu ya
Yana recently posted..Mom and Friends ! Miss both of u
semoga cepat sembuh..
erm air xde?erk! hehe
khaiyisahusna recently posted..BIG- pengalaman yang terlalu mahal
[Reply]
aretikz Reply:
February 15th, 2011 at 9:14 pm
Thanx Husna ^_^
Erk? Ap difikr ni? hehe..
[Reply]
sakit gigi jgn main2 tambah2 kalau bengkak gusi…x boleh tidur mlm tau! cepat2 jumpa doktor~sekarang mcm2 cara nak ‘selamat’ kan gigi yg sakit tu n x sakit pun!
teratai recently posted..Sape nak hadiah
[Reply]
aretikz Reply:
February 15th, 2011 at 9:15 pm
Thanx kak.. memng nak selamatkan.. cuma belum ada kesemptan.. trutama tempat yg juh ni.. huhu..
[Reply]
haha…kesian kau…erm betullah apa yg kau ckaap tuh binatang yg tak leh makan binatang yg jadi bangkai…
apa dah
[Reply]
aretikz Reply:
February 15th, 2011 at 9:17 pm
Sbar jak kan.. hehe..
Itulah, entah napa dorang ckp gitu.. huh.
[Reply]
kesian atik..sbr ye..huhuhuu…
cik tom pun lm gak..dekat 2minggu kot xupdate blog sebelum ni..hehehhe…
cik tom recently posted..Segmen Ben Ashaari – Khas Buat Blog Punya Follower
[Reply]
aretikz Reply:
February 21st, 2011 at 9:45 pm
Nasib sekarang dah ok.. hehe..
Its ok. update slow2.. xpayah rush ^_^
[Reply]