Maut Itu Hampir Menjemputku

Hari-hari baca newspaper, memang tidak lepas cerita kemalangan. Buka Berita Harian, cerita accident, buka Kosmo, cerita kemalangan, buka Harian Metro, cerita panas, eh? Astagfirullah, banyak yang kena serbu ops Valentine kan? Yang sadis, time cuti maulud nabi pun masih tidak insaf. Adeh, apa ceritaku pula ni?

“Malang tidak berbau”, itulah istilah yang selalu diungkapkan dalam episod kemalangan jalan raya. Kalau ada bau, konfom, yang dari tadi tahan kentut, melepas terus. Terkaver dengan bau malang kan, lagipun kalau dah malang, ready-ready mengucap jak. Tapi takut nak mengucap tu tercungap-cungap sal bau kentut tu, hehe.

Tiba-tiba aku teringat episod memori daun pisang. Andai aku pergi masa tu, konfom, blog ni tiada, dan aku boleh jamin, aku tak banyak dosa masa tu, haha.

******************************

Nama aku, Firdaus. Jangan tertipu dengan panggilan Aretikz tu. Aku budak paling comel semasa aku berada dalam darjah 5. Sebab jarang-jarang orang yang kurus kering, umpama penagih dadah tegar, comel sebegitu rupa. Berat aku, kalau tak silap 27 kg jak, yang penting aku lagi comel dari budak CJ7 tu.

Langit kian gelap, menandakan malam akan tiba. Pasar malam begitu meriah dengan kehadiran manusia yang tidak jemu-jemu berkunjung, membeli makanan, samada yang sudah masak, atau belum masak. Tak terkecuali bapa aku, pesanan mak aku membeli barang dapur dilampiaskan di pasar itu.

Pergh ~ Kecil-kecil sudah madah berhelah, sebab masa tu cerita Sembilu masih hangat lagi. Pukulan Jiana Jain dengan keningnya itu mampu membuat semua terkesima. Biarpun yang hangat adalah filem Maria Mariana 2, effect Sembilu tetap ada.

Cukup melalut, sebab aku tiada kaitan dengan Awie masa tu. Selepas beli barang yang boleh tahan banyaknya, sampai aku dengan adik perempuan aku pun ada pegang bakul plastik juga. Masa tu part melintas jalan. Aku ikut big boss jak melintas. So, bila line clear, bapa aku pun melintaslah, dan aku pun turut sama megikut jejaknya.

Namun, bapa aku menyedari ada kereta yang dipandu laju tanpa lampu dipasang menyebabkan niatnya melintas terbantut. Aku? Entah apa yang aku khayal sangat, setahu aku, otak masih suci, nak fikir gadis-gadis, pengaruh Shin Chan belum masuk. So, kesimpulannya?

******************************

“Cek tekanan darahnya, denyutan nadi semua”, doktor bertungkus lumus di situ.

“Doktor, pendarahannya makin banyak, nadinya makin lemah”, resah wajah jururawat.

“Kita kena lakukan pembedahan sekarang, kalau tidak makin teruk!” sahut doktor yang lain.

Ok, itu diatas dialog drama Tv jak selalu, tiada kaitan dengan aku pun. Sedar-sedar aku, sudah dalam kereta, kereta si pelanggar. Aku tak nangis, masih cool. Tapi macam ada sesuatu yang panas di kepala aku, aku sapu, dan nampak darah. Tapi dalam kereta gelap, macam mana aku boleh nampak ya?

Start situ aku menangis. Bapa aku cuba menenangkan aku. Semangat aku tiba-tiba down. Hujan seolah-olah menemani aku, dan menambah spoil, kereta tu punya wiper pula rosak, cisdil betul. Takut-takut ada lagi malang seterusnya. Sampai jak di hospital, macam biasalah, kena periksa itu ini.

Syukur, tiada kecederaan yang serius. Paling-paling, kepala aku jak luka terseret, sampai kalau siapa perasan bulu kening sebelah kiri ada kurang bulu sikit, haha. Bengkak di bahagian kena langgar, di pinggang, selain siku pun jadi bahana.

Yang aku pelik, sekurus aku masa tu, tiada juga patah tulang. Walhal bapa aku cakap, jauh juga aku terpelanting. Masa dalam keadaan jadi zomba, i mean zombi, bangun-bangun jak, terus cari bapa aku. Siap berjalan lagi. Tiada nangis-nangis. Dan yang pasti, aku tiada kesedaran sivik masa tu.

******************************

Sampai di rumah, mak aku yang pelik kenapa kami balik lewat, terkejut besar nampak keadaan aku. Aku masih menten stedy, stedy nangis, tapi nangis yang ala-ala mamat korea, bukan teriak-teriak tu. Kira macho jugalah aku nangis. Memang down betul semangat aku, last-last, aku tertidur, penat menangis.

Tidak lama lepas tu, aku pun bangun, tapi dibangunkan. Entah tiba-tiba datang satu orang ni, mak aku cakap, supaya kembalikan semangat aku. Tapi memang tangisan masih belum berhentilah. Tidak tahu apa orang tu buat, akhirnya aku terlena sekali lagi. Selepas itu, bangun-bangun jak, sudah boleh berlari keliling rumah, ok, tipu.

******************************

Tidaklah thriller sangat cerita aku tu, namun kerana orang tu yang tidak mengamalkan pemanduan berhemah, disamping aku yang tidak mengamalkan perjalanan kaki berdisiplin, maka berlakulah kemalangan yang langsung tidak ngeri sangat.

Apapapun, aku bersyukur, nyawa masih dipanjangkan, untuk aku melakukan yang terbaik, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi mungkin untuk orang lain. Siapa tahu, apa akan jadi pada masa akan datang, selagi masih bernyawa, gunakanlah hidup ini sebaiknya.

Yang aku tahu, lepas accident, satu nikmat ditarik, yakni mata aku jadi rabun masa tu. Tidak apa, rabun yang ganteng, ok lah tu, kah kah kah.

SCemanoti : “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Great Teacher Aretikz 8
  • Great Teacher Aretikz 7
  • Great Teacher Aretikz 6
  • Great Teacher Aretikz 5
  • Serangan Balas

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , , . Bookmark the permalink.

24 Responses to Maut Itu Hampir Menjemputku

  1. thebeybeh says:

    alhamdulillah…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Masyukulna.. ahakz..

    [Reply]

  2. matahari says:

    baguslah, ajal belum sampai. peluang untuk menjadi orang yang lebih baik.
    (pesanan untuk diri sendiri juga)
    matahari recently posted..gelombang akal yang berbeza

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. Peluang untuk menjadi lebih baik lagi.. hehe..

    [Reply]

  3. ipa says:

    syukur laa nak..klu x, tdala nampak muka ko skg..ceewah..

    tu ayat last..[ayat quran]<~sy paling igt sy bca ni ayat tem belek2 tafsir alquran tem fom3..
    mau ggur jantung tem bca tu tafsiran..terkesima..
    ipa recently posted..Jay ah-lei hai pin tou aa

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Itu lai tu, susah juga muka hensem ni.. eh? ahakz..

    Ayat yg menyentap jiwa kan? Sama2 kita bermuhasabah diri ^_^

    [Reply]

  4. imanshah says:

    samalah..alhamdulillah, peluang kedua menyusul..usah persiakan

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. Peringatan untuk kita kan.. hehe..

    [Reply]

  5. tukang karut says:

    bersyukur la masih lagi diberi peluang…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. Alhamdulillah.. ^_^

    [Reply]

  6. teratai says:

    salam aretikz….ke Firdaus!t

    dua2 pun boleh kan.

    bukan semua org dpt peluang buat kali kedua ini! Itu tandanya Allah sayangkan Aretikz, jadi jangan persiakannya
    teratai recently posted..Santau!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Wasalam.. Hehe.. dua2 pun boleh..

    Betul kak.. Cuma lambat sikit insaf ni.. huhu.. nasib masih bernafas sekarang..

    [Reply]

  7. keen~ says:

    kita sama2 dpt peluang kedua.. Alhamdulillah~~ ^_^

    bicara hati: tp sy lg comel!! ha3~ ^_^
    keen~ recently posted..- kahwin semasa belajar mana satu pilihan korang -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Sebabnya? Keen pun sama? Ka ada samting beta terlepas ni? Huhu.. apapapun.. Alhamdulillah.. ^_^

    Bicara Keen : Errr.. ok! Haha..

    [Reply]

    keen~ Reply:

    mmg pon.. tp cite keen lg dasyat dr aretikz.. yuuuuuuuu~ ^_^

    bicara hati : yes2~ ada org sokong.. mekasih!! ^_^
    keen~ recently posted..- kahwin semasa belajar mana satu pilihan korang -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Cecececite cecececite ~ hehe..

    Bicara Keen : Supaya orang wat asemen berlambak senang hati, haha..

    keen~ Reply:

    ni awat penyakit cececece byk sgt ni?? ke cacar air?? uhuk2~ =.=”

    bicara hati : waaaaaa~ puji xikhlas! T__T
    keen~ recently posted..- kahwin semasa belajar mana satu pilihan korang -

    aretikz Reply:

    Haha.. cecite la.. ahakz..

    Bicara Keen : Ikhlas tp jauh.. ahakz..

  8. selagi hayat dikandung badan, selagi itu bekalan ke alam akhirat perlu dicari sebanyak2 nya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Betul bro.. dari persinggahan sementara ini kita mencari yang terbaik buat diri kita ^_^

    [Reply]

  9. Yana says:

    penah excident la ni.. ooh namanya firdaus. ke kena tipu lg ni? haha
    Yana recently posted..ooh ya- mustajab DOA

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. masa kecil.. hehe.. Haha.. kan beta dah jadi budak baik. tak baik tipu2 ni.. hehe..

    [Reply]

    Yana Reply:

    hahaha.. bagos2. perubahan mmg sgt diperlukan :)

    [Reply]

  10. nur diyana says:

    teringat masa umur 5 tahun dulu (ingat2 lupa).
    sy pernah gi main kat playground.
    main panjat2 tiang besi yg bertingkat2 tu..yg dari 1 row kita climb row yg lebih tinggi.
    selalunya budak2 laki yg minat aksi panjat memanjat besi ni
    tp nak wat cam na – ada genetic tomboy dlm diri : i love that game very much~!
    cuma that evening, tangan terlepas dari besi tu, kaki tak sempat nak tampung, i fall from row yg paling tinggi (3 tingkat kot benda tu..) terus jatuh ke tanah.
    mmg tak sedar jap time tu..sedar2 abah dah angkut masuk dalam kereta.
    bila sy nak apply masuk matrix – kita kena wat full medical check up kan? from chest xray boleh lihat tulang belakang saya sedikit teranjak dari posisi normal.
    Doc: ni kenapa dgn tulang belakang awk? masa kecil pernah jatuh ke? nakal ni..
    aku: ‘sengih2 aje..mmg tak dpt tipu doc’ :P

    p/s: kita sentiasa diberi peluang kedua oleh Tuhan. cuma samada kita reti guna/appreciate peluang itu atau tidak. tau bersyukur atau tidak.. :P

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: