Cerita gunung sudah aku tamatkan, part turun, biarlah yek? Ada request? Haha. Oh ya, malam ni malam Jumaat kan, best ni cerita hantu, hehe. Part ni yang aku kalau ingat, lagi sadis dari cerita Kisah Alam Misteri tu. Mari aku expose cerita dark side aku masa sekolah asrama dulu.
Waktu tu rasanya aku tingkatan 4. Tinggal di asrama, apatah lagi sekolah agama, pastinya aktiviti kerohanian tidak terlepas. Aku rasa hari tu malam Sabtu hari Jumaat. Time tu kena buat Qiamullail, jadi, ready-readylah kena bangun awal kan? Oh Yeah ~ Aku kan skemanoti, korang rasa aku nak bangun awal?
So, merancanglah aku dengan kawan aku ni, nak pergi tidur di dewan besar. Lagipun, lepas solat malam tu, semua kena turun pergi masjid, solat Subuh sana. Target kami turun Subuh jak, nak Qiam di surau, malas, hehe. Jam 11 lebih, selepas aktiviti surau, kami pun pergilah dewan besar.
Macam mana nak tidur di dewan, takkan tidur di lantai? Di dewan tu ada trampolin, kami buka lah benda tu, bentang, dan main lompat-lompat dulu. Lepas puas lompat, baru kami tidur, Pergh ~ saat selepas inilah yang bakal dilalui, saat hantu itu suruh sembahyang!
Enak-enak aku tidur, tiba-tiba lebih kurang pukul 12, kami dikejutkan bunyi bising depan dewan. Bunyi tu di luar pintu utama. Kuat betul, yakni bunyi orang ketuk besi. Bukan hanya aku yang dengar, kawan aku pun dengar juga. Kami berpandangan sesama sendiri.
Tiba-tiba kami dengar orang berjalan di luar dewan, menuju ke pintu tepi, tempat kami memecah masuk. Tiadanya pecah masuk, memang tidak berkunci pun, hehe. Cepat-cepat kami sembunyi dalam stor. Risau kawan aku, kalau kantoi ustaz, tapi aku rasa, ada something yang tak kena.
Bunyi itu makin dekat, tapi, tak masuk-masuk juga dalam dewan. Pelik, ni versi wakenabeb ka pula? Bunyi ketukan masih menten, tapi dari bunyi tapak kaki, beralih pula bunyi orang bercakap-cakap. Tambah resah si kawan ni. Dia bab ustaz memang seram sejuk pula.
Last-last kami ambil keputusan untuk jenguk keluar. Plup, keluar kepala! Oh, kepala kami dua melihat keadaan sekeliling. Nyata tiada satu orang manusia pun di sana. Tapi masih jelas suasana ceria orang bercerita, malah gelak ketawa pun ada.
Memandangkan tiada kami nampak siapa-siapa, kami pun berlari keluar dewan, menuju ke bengkel kemahiran hidup, yang hanya selang satu blok dari dewan. Cuma bangunannya di bawah bukit sikit. Kami turun jak sana, automatik, bunyi ketukan besi, orang ketawa, semua lenyap!
Kami berdua masih tertanya-tanya, siapakah gerangan yang melakukan kerja kimpalan itu. Kawan aku balik-balik cakap ustaz, ish3x~ Macam tak logik pula, siap ketawa-ketawa lagi. Tapi tiada pula kami rasa seram apa, just wonder, siapa mereka? Takkan wonderpets?
Setelah memastikan keadaan selamat, kami naik ke atas, dekat-dekat dewan juga, tapi jauh sikit. Jejak jak kaki kami di kaki lima, bunyi besi tu dengar balik. Kali ni lagi dahsyat, tang tung tang tung TANG!! Pergh ~ siap bunyi hujung tu dikuatkan lagi.
Tanpa berlengah, kami pun menuju ke kelas. Punya seram di kelas berbanding di dewan aku rasa. Kawan aku mahu tidur di sana, aku rasa macam malas pula. Tiba-tiba, aku nampak macam ada lembaga berjalan di koridor blok sebelah. Nampak dari tingkap blok kami.Kemudian lembaga tu masuk dalam kelas di sana.
Kawan aku pun macam nampak, apa lagi, kami pun cepat-epat balik asrama, manatahu warden buat spot check di kelas tadi. Bila kami di gate asrama, kami pandang ke arah dewan, mahu tengok siapa yang menukang luar dewan. Ya, memang korang dah agak, tiada langsung siapa-siapa kat luar dewan tu,
Kawan aku balik-balik memaki. “Sial, kalau aku tahu hantu tadi, aku pergi cari tu”, Weehuu ~ Berapi dia cakap dalam bilik. Jam masa tu pukul 3 pagi sudah. Lama juga kami terperangkap dalam suasana begitu. Last-last, sambung tidur di bilik jak. Namun…
******************************
“Assalammualaikum”, suara seorang perempuan tiba-tiba menerjah ke telinga ini. Aku bingkas bangun. Berpeluh. Tercari-cari arah suara itu.
“Assalammualaikum”, sekali lagi suara itu memberi salam. Gulp. Aku menjawab salam dalam suara perlahan. Ku pandang ke kiri, ku pandang ke kanan. Hanya bunyi cengkerik yang sedang memikat pasangan berkumandang. Gerangan siapakah itu?
Tiba-tiba lampu di buka. Tersentap aku seketika. Dan ketika itu satu suara berkata ~
“Bangun-bangun, qiamullail, qiamullail, pelajar puteri dah datang tu”, cisdil, warden rupanya, ingatkan siapa. Yang bagi salam tu pelajar perempuan, sebab kebanyakkan lelaki tidur di surau kan.
Kesimpulannya, memang hantu tu baik, sebab buat aku dengan kawan aku tu, ikut sama-sama menginsafi diri, sama-sama berjemaah solat malam. Terima kasih hantu!
SCemanoti : “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Huud : 114)
Comments
Powered by Facebook Comments




cait!!! hantu betul la…
tukang karut recently posted..Soalan yang rasa nak jawab dengan penampar jea V3
[Reply]
aretikz Reply:
February 20th, 2011 at 10:56 pm
haha.. hantu betul la.. ahakz..
[Reply]
Seram! Wahh~ Kalau Shag dah lintang pukang lari balik rumah terus. Hahaha ;D
Shag recently posted..Antara simpati dan benci
[Reply]
aretikz Reply:
February 20th, 2011 at 10:57 pm
Haha.. Trimas kerna memahami jalan cerita.. hehe.. Erk? Balik rumah jauh.. macam mana tu?
[Reply]
salam aretikz
sunahsukasakura.com
[Reply]
aretikz Reply:
February 20th, 2011 at 10:58 pm
Wasalam
Ni kes balas dendam yek? haha..
[Reply]
Anonymous Reply:
February 20th, 2011 at 11:07 pm
a’ah! hahaha~
nak kene masak untuk aretikz dulu ke? tak boleh! nanti sila datang ke restoran saya, ok?
sunahsukasakura.com
[Reply]
aretikz Reply:
February 20th, 2011 at 11:14 pm
Erk? Hehe..
Ala, bolehlah.. baru boleh bagitahu apa yag patut diperbaii.. cewah.. hehe..
sunah suka sakura Reply:
February 23rd, 2011 at 10:57 am
hahaha~ okie2~ bile agaknye tu..hohoho~
sunah suka sakura recently posted..Kawan Saya Datang! -
hahaa.. nasib x nampak muka dia kan.
kalau lah ditakdirkan nampak, ape yg akan en firdaus buat? wahh
[Reply]
aretikz Reply:
February 20th, 2011 at 11:00 pm
Haha.. bagi pelempang kot.. cewah.. macam berani sangat.. konfom keluar segala ayat yang ada.. ahakz..
[Reply]
Yana Reply:
February 21st, 2011 at 1:24 pm
hahaha.. lintang pukang la alamatnya ye.. haha.
jangan cakap besar. hahaha
[Reply]
aqpa kaitan part atas ngan bwh ea?? mula2 kata smbung tido kt bilik, tp terbangun kt surau plak?? sikit kurg phm.. uhuk2~ =.=”
keen~ recently posted..- kahwin semasa belajar mana satu pilihan korang -
[Reply]
aretikz Reply:
February 20th, 2011 at 11:03 pm
bukanlah.. mana bangun kat surau.. memang kat bilik lah tu.. orang len yg kat surau.. huhu.. suara tu dengar dari bilik.. hehe..
[Reply]
sebab apa kita takut hantu? sbb otak kita x boleh terima benda yg ganjil
[Reply]
aretikz Reply:
February 20th, 2011 at 11:04 pm
hehe.. dah mindset keturunan kan.. haha..
[Reply]
Haha !!naek suspen aku tadi,xpernah duk diasrama ne ,tp pernah gak member y dok asrama kate pernah kena usik ..
Umairah recently posted..Wedge Boots May Be the Perfect Boots for Everyone
[Reply]
aretikz Reply:
February 20th, 2011 at 11:05 pm
Erk? hehe.. tp memang kebiasaan kat asram tu.. mesti ada.. hehe..
[Reply]
Salam Aretikz a.k.a. Firdaus,
tak pernah jumpa hantu setakat ni! Perangai anak murid macam hantu tu adalah!he,he..
teratai recently posted..Debaran Menanti
[Reply]
aretikz Reply:
February 20th, 2011 at 11:07 pm
Wsalam kak, hehe..
Erk? Hehe.. perkara biasa tu.. ahakz..
[Reply]