Keranamu Kolera

Pergh ~ Kebizi-mizian melanda aku. Tiada makna cuti hujung minggu, sebab aku bekerja juga. Nasib boleh ambil overtime, kalau tidak, sadis. Tahu-tahu jak, bukan semua orang rela hati nak ambil overtime, melainkan desperate sangat mahu duit. Cuma kes aku merupakan satu tuntutan, kerana kolera, bukan sebarang penyakit biasa.

Ok, seperti aku cakap dari dulu, aku bukannya doktor, kerja aku lebih kepada kawalan dan pencegahan, dan tidak termasuk bidang rawatan. Hari Jumaat yang mulia, tenaga aku dituntut untuk masuk ke kawasan pedalaman, sebab ada satu kes kolera di sana. Kolera ni lain, satu kes kira wabak sudah.

Jangan bermain dengan kolera, sebab kolera ni boleh menyebabkan kematian. Nasib hari Jumaat tu aku tak payah masuk kampung, team lain yang masuk. Kebetulan pula banjir masa tu. Team aku pula buat pemeriksaan premis makanan dan mengambil sampel makanan di restoran berdekatan.

Balik pun sudah lewat, pukul 9 malam baru sampai office. Urus itu ini, lebih kurang jam 10 baru balik rumah. Itu baru sikit, esoknya masuk sana lagi, kali ni baru masuk dalam kampung. Adventure sikit, naik bot. Cuma banjir sudah surut, kira ok lah tu, tidak payah aku rafting sana (imiginasi melampau)

******************************

Perjalanan masuk kampung melalui sungai tidaklah jauh sangat, setengah jam standard sampai lah. Aku fikir jauh, sebab kawan aku cakap satu jam lebih masuk, tahu-tahu dekat, haha. Tujuan kami masa tu, bagi ubat kepada kanak-kanak yang belum dapat hari Jumaat tu, dengan ambil sampel najis bagi yang belum juga.

Sepanjang perjalanan pergi dengan balik tu, aku cari-cari monyet belanda. Kawan aku cakap ada dorang nampak, kira macam dia melancong, tapi aku cakap jak monyet belanda, hakikatnya, aku pun tak tahu monyet spesis apa, hehe. Yang aku nampak lain pula, kalau lelaki, laju mata kali haha.

Jelingan manja, pergh~ kredit google

Apa yang laju mata? Perempuan berkemban mandi sungai, wanita desa kan. Cuci baju pun tepi sungai, berbuih sungai terus, leh wat mandi buih, canggih dari bath tub. Pergh ~ Tapi aku nak cari monyet, nak ambil gambar, aku tak tengok, tertengok jak, kataku dengan jujur sekali.

Kesimpulannya, aku tidak jumpa monyet, tapi benda lain yang lagi bisa aku baru tahu.

“Cif, di sini lubuk cif”, tiba-tiba jak Pembantu Kesihatan Awam yang sama-sama kami masuk kampung bersuara sambil berpusing belakang melihat aku. Dia ni staff area sana, jadi tidak payah bawa masuk staff dari area aku.

“Lubuk apa? Lubuk udang?”, Pergh ~ Best ni kalau ada, boleh tarik udang.

“Bukan, lubuk ni”, sambil menggayakan tangannya berupa mulut buaya. Gulp, terus mata aku melilau sana sini.

“Selalu, masa kami balik dari estet, waktu malam, ada ni mata dia timbul kena silauan lampu. Memang lubuk dia area sini”, sambung dia.

Fuh, siap, asal nampak kayu hanyut, aku tengok betul-betul, itu kayu ka, atau benda lain. Tengok jak kayu, terbayang buaya, tengok jak kayu, terbayang buaya. Syukur, sebab aku tengok kayu, tak terbayang gadis berkemban tadi, maka, aku bukan buaya, yes!

Kesimpulannya, buaya tu bagus-bagus, sebab tiada dia ngap gadis berkemban sana. Tiada nafsu kali.

*****************************

Di kampung tu tidaklah lama sangat, sebab sekadar bagi ubat jak. Ambil sampel najis pun bukan ramai, 4 orang cuma. Yang lain sudah hari sebelumnya. Lepas tu dibantu lagi staff bawahan, mudah kerja aku. Berlagak bos sekejap, memantau dorang yang bagi ubat, haha.

Sambil tunggu kena dorang yang lain bagi ubat, berceritalah aku dengan seorang pakcik ni. Dia ni pun staff kesihatan area sana, turut membantu petang tu. Dalam banyak-banyak cerita, satu cerita yang menyentuh hati aku.

“Masa dulu cif, sebelum masuk ni kesihatan, saya kerja sebagai kerani estet jak. Kalau penduduk kampung sakit, memang selalu saya panggil kesihatan masuk sini. Kalau kes emergency, masuk sini guna helikopter”, pakcik tu memulakan ceritanya.

Dulu memang susah, nasib sekarang ada jalan aspal, kalau tidak, masuk pakai helikopter lagi untuk cepat. Kalau pakai bot, meamng lambat, nanti ada pula yang mati. Dulu masa kes teruk, ada saya marah sampai bergaduh dengan orang kesihatan lagi.

Ini pembantu perubatan, turunlah dari helikopter. Saya pun datanglah pergi sana, mahu bagitahu orang sakit. Dia tanya, siapa yang panggil team kesihatan. Saya cakaplah yang saya panggil, telefon dorang. Lepas tu dia suruh saya panggil tu orang sakit pergi tepat dia.

Saya cakaplah, orang tu tidak dapat berjalan, ada 6 orang di sana campur budak-budak lagi. Dia siap cakap lagi, saya yang merawat, tahulah saya. Punya sombong cif. Sedangkan kawan-kawan dia yang lain, semua pergi sana, siap bawa dia lagi.

Saya cakaplah cif, kalau tidak percaya, pergilah sana, kalau ada orang yang boleh jalan pergi sini masa kena periksa, cakap jak sama doktor, tidak payah layan saya punya panggilan. Tapi kalau ada orang mati, saya mahu kau hidupkan dia balik!

Baru dia mahu pergi cif. Sekali masa tu ada satu budak, baru dia mahu cucuk di lengan budak ni, mati budak tu. Say terus cakap, sekarang kau buat tu budak hidup balik. Geram saya cif, saya pergi bot, pergi opis saya, terus telefon tu doktor.

Saya cakap pasal tu, tidak lama lepas tu, datang tu doktor, dia suruh tu orang balik, sampai sekarang saya tidak tahu cerita pasal dia. Mungkin sudah kena pindah kali”, pakcik tu menamatkan cerita.

Aku hanya beristighfar, harap-harap aku buat kerja sehabis baik. Biarpun ajal maut di tangan tuhan, tapi kalau attitude macam tu, baik tidak payah kerja lagi bagus. Setiap kerja yang kita pikul adaah amanah. Bukan benda main-main.

Aku terus semangat, dalam fikiran berharap agar dijauhkan dari sifat tu. Lepas tu aku terlicin sal pijak lumpur, nasib baik tidak jatuh, dan lepas tu aku fokus jalan depan, tidak mahu berkhayal.

SCemanoti : Bulan Mac pun bizi, takut-takut tidak sempat buat entri autopublish, sebab masuk pedalaman lagi 10 hari, claim pun masyuk, kah kah kah.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Great Teacher Aretikz 8
  • Great Teacher Aretikz 7
  • Great Teacher Aretikz 6
  • Great Teacher Aretikz 5
  • Serangan Balas

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , . Bookmark the permalink.

17 Responses to Keranamu Kolera

  1. keen~ says:

    adesss.. patut la ada org hilang ghaib camtu je.. cam chipsmore.. rupa2 nya jln-jln-cari-awek.. hahahahaha~ jgn marah noe~ ^_^
    keen~ recently posted..- maaf saya tak nak jadi anak saudara yang derhaka- tapi saya terpaksa! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. bila lg nak ghaib kan? ahakz..
    Saya dah jadi budak baik, harap maklum.. haha..

    [Reply]

    keen~ Reply:

    what’s your authority?? *hahahaha~ ayat sarkastik gila kot~* ^_^
    keen~ recently posted..- maaf saya tak nak jadi anak saudara yang derhaka- tapi saya terpaksa! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    coz diz my teritory.. so.. i can say with confidence.. haha.. lg sarkastik.. lalalala ^_^

    keen~ Reply:

    ahhhh~ i dun accept any statement without authority.. yes, we have freedom of speech, but there’s also limitation for that freedom.. zzZZZzzzZZZ~ ^_^
    keen~ recently posted..- maaf saya tak nak jadi anak saudara yang derhaka- tapi saya terpaksa! -

    aretikz Reply:

    But da owner has a fredom made by himself.. haha..

  2. cik tom says:

    sama2 busy ye atik…huhu…pe pun cik tom doakan yg terbaik utk atik :) cik tom recently posted..Segmen Ben Ashaari – Khas Buat Blog Punya Follower

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, memang bz sejak kebelakangan ini.. huhu.. Sama juga untuk Cik Tom ^_^

    [Reply]

  3. Yana says:

    haha.. kolera rupanya. nnt mac masuk kampung lg?
    macam best jak?
    nnt kirim kan salam kalau nmpk buaya atau monyet lg.. bisa ngak? hahaha!!

    rsa cm best gilak bca pengalaman ni.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Mesti best, claim punya pasal.. hehe..

    Monyet boleh.. buaya jangan.. tp buaya darat digalakkan.. eh? haha..

    Than Yana ^_^

    [Reply]

    Yana Reply:

    buaya darat nak buat ape? hahaha!
    Yana recently posted..MISTAKES

    [Reply]

  4. Astina says:

    pengalaman itu yang paling berharga..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Tepat sekali ^_^

    [Reply]

  5. sab says:

    olla aretikz. lame sab xsinggah sini. :)

    hehe..best story…macam bace dalam majalah pulak. :D sab recently posted..CONTEST BEAUTIFUL EYES BY TENNILICIOUS

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Olla Sab, its ok, as same as me too.. huhu.. soru yek..
    Thanx.. haha.. ni nak wat majalah 3 la macam ni.. hehe..

    [Reply]

  6. nice experience….. :)
    xpernah dgr pun kolera b4 dis..*mmg buta ilmu btl….

    - err…monyet 2 sgt comel..mcam…….
    khaiyisahusna recently posted..me

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx ^_^
    Erk? penyakit Taun tu Husna.. hehe..

    Mcm sepa ha? hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: