Oh Kedai

Masa : Beberapa tahun yang lalu
Tempat : Pasaraya Milimewa Keningau, Keningau, Sabah

Dulu lepas STPM, aku sebenarnya nak belajar memandu dulu, kemudian baru kerja. Tapi mak aku tak bagi, dia suruh aku pergi cari kerja dulu mengisi ruang cuti yang panjang kan. Aku malas sebenarnya, sebab dulu masa lepas SPM, aku cari kerja habis-habisan pun, akhirnya menjadi suri rumah berjaya juga.

Namun, mungkin tahun tu, tahun berkat agaknya, dapat juga aku kerja di supermarket sebagai Sales Assistant. Pergh ~ Nama canggih, hakikatnya, pembantu kedai jak pun, haha. Kalau siapa pernah baca Oh Restoran, mesti tahu kenapa tajuk dia Oh Kedai. Kali ni pemerhatian aku kat kedai yang aku kerja, kira kebanyakkan tabiat orang Malaysia juga ni.

Tapi bukan aku tengok pekerja, tapi gelagat pelanggan. Itulah kerja boring aku, tengok orang. Kadang-kadang orang tengok aku, sebab geram kali aku tengok dorang. Cepat-cepat aku pura-pura susun barang, padahal peluh jantan betina khunsa semua menitik.

******************************

Yang selalu aku nampak, asal lagu hit kedengaran di corong speaker kedai, mesti ada juga aku dengar backup singer. Kalau penyanyi utama konfom tidak, sebab suara yang di dengar, halusss. Kadang-kadang ada juga yang tidak sedar diri, sampai kalau nyanyi, kalah Giant!

Biarpun hanya Sales Assistant, ada juga bahagian yang aku jaga. Kira department aku ni, bahagian makanan tin, maggi, rempah masakan, pendek kata, groceries department. Bergaya juga nama department aku, dan yang pasti, akulah antara orang palig sibuk.

Sebab? Weehuu, maggi, sardin, pati ayam, bak kut teh, mee, dan segala yang berkaitan, semua cepat kena sapu. Selaku pekerja berdedikasi, rajin juga aku turun naik dari stor amek stok, isi balik mana yang makin kurang. Sampai kadang-kadang stok tiada, sadis tunggu order.

Aku tidak kisah part ramuan, tapi, memang nyata orang sekarang dah terlebih makan express. Macam maggi, sardin. Belum department jual makanan ringan, sana pun cepat laku. Berpada-pada kalau part makan benda tu, bukan ada khasiat. Jangan tertipu dengan zat-zat yang seciput pada label, kalsium itulah, protein inilah. Baik makan sayur, lagi banyak, cewah.

(Salah satu sebab orang tak makan sayur?)

Yang aku pelik, asal aku display cantik-cantik, bersusun kemas, mesti ada yang ambil dari belakang dulu makanan tu. Aku tidak tahulah tempat lain, padahal, sama jak pun tu, bukan ada beza. Senang-senang ambil depan, belakang juga dia bersusah-payah, ish3x~

Part yang aku paling suka, tolong cashier packing barang. Korang tahu-tahu jak lah, SCemanoti kan, haha. Lepas ni sila ambil nota, korang tengok mana-mana lelaki yang kira masih muda, lepas tu tengok mana dia pergi. Aku berani jamin, cashier mana yang kiut, situlah dia pergi. Macam aku juga, priority tolong cashier kiut, uppss.

Yang ni konfom korang pun ada buat masa bayar barang. Bila cashier tu tanya “Ada 20 sen?”, selalunya orang jawab “Tiada”. Padahal ada dalam dompet tu kan? Saja malas nak bagi, uhuk-uhuk. Jangan menipu, berdosa, kah kah kah (Evil Laugh).

Benda yang paling aku tak suka tapi tertengok, kalau ada orang “Buat Wayang”. Memang makin rosak betul akhlak. Itu belum part mencuri, berapa banyak orang sudah yang kena cekup mencuri, yang paling feymes kena cekup, coklat dengan syampoo. Kenapa benda ni yang famous amos ya?

Banyak lagi benda yang korang boleh observe, itu apa yang aku nampak, yang aku tidak nampak? Mesti korang boleh perasan. Yang penting, kerja di sana memang kena kuat iman lah, kalau tidak, fuhh ~ awek cashier, makanan dan barang tak dikawal, tinggal dari hati nak buat apa. Aku? Buat bodoh jak, lalalala.

SCemanoti : Ramai masih kabur-kabur apa itu kolera. Kolera tu nama kampungnya penyakit Taun, hehe.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • April Fool Just For Someone Fool
  • Tatkala Diri Ini Membaca Novel
  • Lelaki Dan Romantik
  • Bengangnya Memandu Di Bandar
  • Jodoh Itu Urusan Allah

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , . Bookmark the permalink.

25 Responses to Oh Kedai

  1. cinoi says:

    bestnya ada pengalaman gitu kan
    cinoi recently posted..Just for my record

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Pengalaman itu mendewasakan.. hehe..

    [Reply]

  2. dulu pernah kerja kat restoran jadi cashier..paling tak best bila duit kecik dah takde…adohhhh…kene gi kedai2 sebelah nak pecahkan duit dulu…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Uuh.. tu perkara besa bagi cashier juga tu.. ahakz..

    [Reply]

  3. Violet Blue says:

    sbb org suke mkn coklat kot..
    tu pasal la slalu ilang..
    hak3..

    tp, part duit syiling tuh, lelaki jek BANYAK buat…
    kaum ibu plak SURE bg duit syiling kat cashier tu..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Hehe.. Sepa makan coklat, dia terasa manisnya.. eh? haha..

    Uish, kalau awek kiut saya bagi apa.. haha..

    [Reply]

    Violet Blue Reply:

    amboii..~
    gatai naa..
    kire kaum lelaki ni bg duit syiling kalo cashier die awek kiut je la eh?
    melampau tuh..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. ala.. saya xckp pun xbg kalo awek xkiut.. ahakz..
    Kalo saya memag bagi jak, selagi ada.. xbek menipu kan.. hehe.. :D

  4. MERAH says:

    kat mane2 pun kena kuat iman kan.terutama dunia skrg ni.ade je dugaannyaa.
    MERAH recently posted..Doa Jangan Putus

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Betul3x~ Dugaan sentiasa datang.. Yang penting kena cekal ^_^

    [Reply]

  5. sab says:

    sab nk keje dulu. tpi..abg2 xkasi..tension jek..suruh nye blaja komputer time lepas spm. haih.=,=

    pape pun..untung la..aretikz rse jugak pglmn bekerja :) sab recently posted..CONTEST BEAUTIFUL EYES BY TENNILICIOUS

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Weehuu ~ Nasib bukan suri rumah berjaya cm beta.. haha..

    [Reply]

  6. keen~ says:

    walaweyhhhh~ dah berpengalaman keje.. berapa gaji maaa?? hik3~ kaching~~ $.$
    keen~ recently posted..- wowww gaji peguam dinaikkan ke RM 10-000 nak jadi peguam la camni!! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Mentang2 post sal gaji.. kaching tul. haha..

    [Reply]

  7. edith says:

    lawa la.. hehe.. pnah jg keja supermarket dulu.. tp jd cashier arr.. busy mengira brg.. x ter observe sekeliling.. hehe

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ahakz.. xkan xda masa senggang? hehe..

    [Reply]

  8. Astina says:

    naaa kan.. bagus dapat share begini..

    sekurang2nya “saya dah ade pengalaman kerja di superstoreeee..”
    Astina recently posted..- Siapa Ituu -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Selagi boleh ^_^

    [Reply]

  9. imanshah says:

    saya pun pernah keje kat sini

    [Reply]

  10. imanshah says:

    silap2..saya pernah kerja supermarket
    imanshah recently posted..HUJAN DAH TURUNANGKAT JEMURAN

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. kalau kerja kat situ.. napa kita xjumpa yek? ahakz..

    [Reply]

  11. ZRn says:

    Mujur imanmu kuat…
    Alhamdulillah bahagia dunia & akhiratku…
    Aik? ya ka aku yg bahagia? wahahaha…
    Btw, thumbs up! Semoga berjaya mengharungi segala dugaan yg dtg melanda… :) ZRn recently posted..Aku Pergi Bertikam!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Eh? Jeng3x~ Haha..
    Thanx Lai, awal2 jak tu xseberapa.. haha..

    [Reply]

  12. akakcomey says:

    Manusia kan memilih,nak pilih yang terbaik.
    akakcomey recently posted..Trans-Borneo Day 13 Bintulu- Jumpa Aki Igat

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Yezza.. tapi pilihan itu kadang2 ada di depan mata.. huhu..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: