Dengki Itu Nikmat?

Hari ini aku masuk pulau. Claim lagi, tapi elaun harian cuma. Tiada kes penyakit macam kolera a.k.a taun tu, tapi aku pergi sana cek kantin sekolah. Sambil tu ada rakan sekerja ku buat siasatan kes tibi

Sampai di pulau, nak pergi sekolah tu, melalui kawasan perkuburan lagi. Pergh ~ Macam kuburan raja-raja, nisan tinggi-tinggi, siap ada payung lagi sebahagian kuburnya, belum lagi campur kain kuning yang menyelimuti kuburan tu. Mahu juga aku ambil gambar, tapi ada orang kampung pula sana, naya aku, sebab dorang cakap, penduduk pulau ni ada “bahaya” sikit.

Lepas aku jumpa pengetua sekolah, aku pun cek la kantin. Tengok kebersihan kantin, tengok pengendali makanannya, dan apa-apa yang patutlah. Weehuu ~ cewek lagi tu pengendali makanannya, tapi aku tengok buku rating, jaga pandangan kunun, cewah.

“Beginilah kantin sekolah ni bang, sebab bangunan kerajaan kan, susah kami mahu patuhi semua kriterianya”, Ouch, abang yek? Nasib aku tak cair, dah tak nakal lagi, haha. Sekali aku tengok kad kesihatan dorang. ceh, mentang-mentang aku hensem, kamu panggil aku abang, tahu-tahu, umur jauh beza tua dari aku. Sekali lagi, nasib tak cair, yes!

******************************

Part ni aku cek bekalan air sekolah dorang. Di situ aku nampak 3 tong air dengan satu tangki di sana.

“Kamu guna air ni ka?”, soalku, menunjuk kepada 3 tong air itu.

“Ya bang, tapi bukan untuk minum, untuk cuci sahaja. Kalau minum kami guna air dari paip lain”, balas “adik tua dari aku” tu.

“Jadi yang tangki biru tu? Kamu tidak guna?”, soalku lagi.

“Kami tidak mahu guna air sana bang, nanti ada orang iri hati, dengki sama kami, macam-macam diletak dalam, tahu-tahulah orang sini”, jawabnya kembali.

Aku terdiam, memikir sesuatu. Bukan sebab iri hati atau dengki, tapi, sejak bila aku tahu pasal orang situ? Ok, abaikan, tapi aku pun pelik, nikmat sangatkah dengki itu? Terus aku teringat cerita yang aku baca dari majalah Solusi.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa’i, Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yang dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w.

Suatu hari semasa para sahabat duduk bersama Rasulullah s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud: “Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga.”

Seketika kemudian muncul seorang lelaki Ansar yang janggutnya basah oleh air wuduknya. Dia mengikat kedua-dua sandal pada tangan sebelah kiri.

Keesokan harinya, Baginda mengulangi perkataan yang sama “Akan datang seorang lelaki penghuni syurga”. Dan muncul juga lelaki yang sama. Begitulah Nabi mengulangi sehingga tiga kali.

Seusai majlis Rasulullah s.a.w. itu, Abdullah bin Amr Bin al-Ash r.a. mengikuti lelaki tersebut dan mencari helah untuk tinggal bersama.

“Saya bertengkar dengan ayah saya, dan saya berjanji kepada ayah saya bahawa selama tiga hari saya tidak akan menemuinya. Bolehkah kamu memberi tempat perlindungan kepada saya selama tiga hari itu?”, pintanya kepada lelaki tersebut.

Abdullah diizinkan oleh orang itu ke rumahnya dan tidurlah dia di sana selama tiga malam. Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh lelaki tersebut sehingga Baginda mengatakan sedemikian rupa.

Namun, dia hampa, kerana tiada satu apapun yang istimewa pada ibadah lelaki tersebut.

Berkata Abdullah: ” Setelah tiga hari aku melihat amalannya sehingga hampir-hampir aku meremehkan amalannya, lalu aku berkata “Wahai hamba Allah, sebenarnya akyu tidak bertengkar dengan ayahku apatah lagi menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata tentang dirimu sampai 3 kali, “Akan datang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga”.

“Aku ingin memerhatikan amalanmu supaya aku dapat menirunya. Mudah-mudahan, dengan amalan yang sama aku mencapai kedudukanmu.”

Berkata lelaki itu “Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan.

Ketika aku (Abdullah) mahu pulang, dia memanggilku dan berkata “Demi Allah, amalku tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yang buruk terhadap kaum Muslim, dan aku tidak pernah rasa dengki kebaikan yang Allah beri kepada mereka”

Lalu aku berkata “Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum muslim dan bersihnya hatimu daripada perasaan dengki, inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap terpuji itu. Inilah yang tidak mampu kami lakukan.”

(Hayat al-Shahabah, jilid 2, m/s 520-521)

Nampak macam biasa jak bila kita tiada perasaan dengki, hakikatnya, itulah kemuliaan yang Allah beri kepada mereka yang menjaga akhlak mereka. Memang nyata dengki itu nikmat, yakni nikmat neraka. Akhlak buruk, ibadah rosak.

*****************************

Lepas cek kantin, aku ikut kawan aku tu pergi siasat kes tibi lagi. Pergh ~ Canggih juga kampung mereka biarpun atas air. Biarpun atap nipah, tapi ada astro beyond lagi. Tapi, yang part ni aku nak tunjuk untuk Keen, haha.

Rumah tu atas air tu, hehe. Apapapun, aku rasa ngantuk naik bot, macam mahu tidur jak tadi, weehuu~


SCemanoti : Thanx buat Cik Tom yang memperkenalkan diri ini majalah Solusi. Memang thumbs up, tapi, susah nak cari di Sabah, huhu.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Sesat Di Kampung Sendiri
  • Tatkala Diri Ini Membaca Novel
  • Merdeka ~ Dulu Vs Kini
  • Great Teacher Aretikz 1
  • Ramadhan ~ Sahur, Dirimu Bakal Berpuasa

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Agama and tagged , . Bookmark the permalink.

17 Responses to Dengki Itu Nikmat?

  1. keen~ says:

    insaf jap.. tamau dengki2 lg.. hu3~ tp kn, jeles ngan dengki itu mende yg sama ke?? =.=”

    opsss~ apa motif tunjuk gmbr tu kt keen?? sbb bngunan tu kaler birukah?? atau bngunan tu lebih kurg cam rumah org n9?? =.=”
    keen~ recently posted..- wowww gaji peguam dinaikkan ke RM 10-000 nak jadi peguam la camni!! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Jeles dengan dengki benda lain dowh.. ahakz..

    Ececeh, pura2 lg, ahakz..

    [Reply]

  2. Violet Blue says:

    rmh tuh atapnye mcm atap rmh minangkabau..
    eh, tak3..
    atap rmh org minang lagi lawa..
    haha~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Cewah, hehe.. Ni memang up2 rumah Minang yek? hehe.. jarang2 ada rumah minang atas laut tau.. hehe…

    [Reply]

    Violet Blue Reply:

    atap rmh minang ade kat n9 jek..
    tmpt len xde..~
    haha~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Bagi ada jak.. haha.. bukan senang bertapak d Sabah, haha..

  3. ipa says:

    ni urang keningau,p tgu urang kgu kejap..
    haihh..bagus lagi jeles la kali..kehkehkeh..
    dengki cm kasar skit..hehe..thumbsup hadis2 yg d kongsi..
    ikut2 jua insap nih..hehehe..
    ipa recently posted..-Jelousy-

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Jeles dengan dengki benda lain dowh.. mana sama..
    Sma2 kita muhasabah diri ^_^

    [Reply]

  4. subhanallah..dengan amalan yang sikit tu jak pun dia da bole jadi ahli syurga..kita? moga dijauhkan dari dengki mendengki sesama insan…ameen…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Akhlak yang tinggi, biarpun ibadah biasa sahaja, sememangnya dipandang tiggi oleh Allah ^_^

    Ami, sama2 kita memperbaiki diri, hehe..

    [Reply]

  5. ainzulaikha says:

    orang kata ada dengki elok, ada dengki tak elok…
    ainzulaikha recently posted..KITA TIDAK TAHU!!!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Eh? Ya?

    [Reply]

  6. Yana says:

    x baik dengki2 ni.. haha. ape masalah dorang? klu orang x kacau dorang, kenapa pulak dorang nak kacau kita? hmm. musykil !!!
    Yana recently posted..FRIENDS -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Beta pun musykil.. tapi.. hati manusia siapa yang tahu kan, hehe..

    [Reply]

    Yana Reply:

    ish.. x matang namanya tu
    Yana recently posted..MISTAKES

    [Reply]

  7. dengki mende baek xpe kan? :) khaiyisahusna recently posted..nothing much to say

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Itu cemburu, bukan dengki.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: