Pakcik Misteri, Panggilan Misteri Dan Menjadi Misteri

Hari ini aku tidak ke mana-mana. Lepak di office, isi data dalam laporan, supaya senang hantar nanti, tidak payah tunggu sudden death hantar laporan, ceh, hakikatnya, awal pagi, buka laptop, online. Sabar-sabarlah dulu data yek, pukul 10 baru jadi budak baik, haha.

Tiba-tiba jak fikiran menerawang peristiwa kelmarin, tapi bukan part dengki tu, ini part masa ikut kawan aku siasat kes tibi. Namun, bukan rumah itu jadi sandaran, kali ni tentang seorang pakcik, bapa kepada pesakit yang kami cari.

Sampai ditempat dituju, setelah puas mencari. Pakcik tu yang nampak kami terus menjemput masuk. Tapi suara dia, fuh ~ seram. Dia suruh masuk rumah pun yang macam paksa ni, teringat aku terus cerita satu staff kami juga, yang dorang buat fogging untuk kawalan denggi, sampai panggil polis jaga dorang.

Tiada senyum di wajah pakcik tu, tapi kami tetap cool. Aku tahu, pakcik ni ok. Biasalah, dont judge book by its cover kan. Jumpa jak anak dia, mula lah kawan aku tanya itu ini, sebelum pakcik tu memotong sesi soal siasat kami.

Dia ceritalah keadaan anak dia sebelum kena diagnose kes tibi. Mula-mula anak dia ni bangunkan mak dia awal pagi, pukul 3 macam tu. Mengadu, tidak dapat berjalan. Dorang pun satu keluarga cepat-cepat bawa anak dorang pergi hospital.

Sampai di hospital, kena pakai lagi topeng oksigen. Sampai satu ketika, pakcik kena cakap, anak dia tiada harapan untuk hidup, menurut seorang doktor di sana.

“Yalah, kalau sudah begitu, saya terima ujian ini dengan redha. Kalau takdir Allah sudah begitu, mahu buat macam mana”, kata pakcik itu.

Kemudian pakcik itu menghubungi saudaranya akan berita itu. Dia hanya berserah kepada Allah apa yang terjadi. Tiba-tiba pakcik itu mendapat panggilan dari seorang doktor, merangkap pengarah hospital, menyuruhnya datang ke wad segera.

Dengan perasaan cemas, pakcik itu kembali ke hospital. Kemudian doktor itu berkata “Pakcik, kalau kami hantar anak pakcik ke Hospital Sandakan, pakcik setuju tak?”.

“Mana yang terbaik, kami ikut sahaja doktor”, kata pakcik itu. “Baiklah, kita akan hantar dia segera ke Sandakan”, sambung doktor itu kembali.

“Lepas itu anak saya pun kena hantar ke Sandakan. Dia di Sandakan kena hantar pergi pakar, memang keadaan dia teruk sebelum tu”, cerita pakcik itu dengan serius. Kami ketika itu mendengar penuh khusyuk sekali. Sampai kawan aku yang bertanya itu ini kepada anak pakcik tu pun terberhenti mendengar cerita pakcik itu.

Tiba-tiba pakcik itu terdiam, sambil memandang ke arah kami. Kami pun berdebar, menanti dia meneruskan cerita. Suasana tiba-tiba menjadi sunyi. Isterinya dan anaknya pun turut berdiam. Kucing yang lalu sana pun boleh berhenti sambil menelan air liur.

Kemudian pakcik itu memecahkan kesunyian, lalu berkata dengan wajah yang serius “Itu sajalah ceritanya”. Lantas aku menulis nama-nama yang tinggal dalam rumah tu, sambil kawan aku menyambung kembali kerjanya.

Memang misteri betul pakcik ni. Buat saspen jak.

******************************

Sedang aku online, perut pula berkeroncong, pergh ~ lapar, belum sarapan. Kemudian yang dinanti telah tiba. Budak-budak jual mee datang sudah. Selalu dorang pergi office, jual mee, nasi lemak, kuih-muih. Kami panggil dorang Boboy.

Padahal itu nama panggilan abang budak tu, yang menjual pun silih berganti orangnya, tapi semua kami panggil Boboy. Pergh ~ Terus teringat musuh ketat New Boyz dulu, kumpulan Boboy.

Rambut belah tengah lagi tu, comel siot. Trademark rambut masa tu, sampai kena panggil gaya Trunks, watak Dragon Ball, haha. Jangan, diriwayatkan baginda Rasulullah punya rambut pun digambarkan belah tengah. Ikut sunnah juga kumpulan ni ya. Tengok, lagu kat atas tu pun Demi Masa, haha.

Lepas makan, air pula dah habis dalam botol. Nak turun bawah dulu isi, kena masuk lagi 20 sen untuk beli air ni. Belum sempat aku masukkan duit, tiba-tiba henset aku berbunyi. Nombor 017, ish, siapa pula ni?

” Hello”, aku pun menjawab panggilan tersebut.

“Hello, ini Sakinah (bukan nama sebenar) ka? Ini spek kamu sudah siap, boleh ambil sudah”, tiba-tiba suara seorang perempuan menerjah di gegendang telinga.

“Maaf, saya bukan Sakinah, ini orang lain”, saja aku tekankan suara jantan, supaya dia dapat beza antara aku dan wanita.

“Oh, tapi ini Sakinah ada buat spek sini, siap sudah, boleh ambil sudah ni”, adeh, takkan dia tak faham?

“Sakinah?”, aku cuba bertanya untuk kepastian. Bukan apa, aku memang ada kawan nama tu, dan dia memang tahu nombor Celcom aku. Nombor tu untuk privasi sahaja, kalau urusan rasmi aku guna Digi. Tapi masih pelik, takkan dia guna nombor aku kan?

“Ya, Sakinah”, adeh, biar betik, takkanlah?

“Kamu salah nombor kali tau?”, aku cuba cakap begitu. Tahu-tahu, dia sebut nombor aku dengan jelas, dan memang nyata nombor aku. Lastly, aku cakap nanti aku bagitahu dia, supaya pendek ceritakan. Dia pun cakap ok, settle.

Aku terus mesej kawan aku. Sebab dia Bz, lambat sikit dia reply. Alhamdulillah, mata dia masih ok, tidak rabun, jelas terang dan nyata. Aku saspek dia pakai Permata Hijrah agaknya.

Ok, itu yang dia reply aku saja-saja jak buat. Tapi memang dia tiada apply spek mata pun. Dan dia memang tidak tahu-menahu kejadian itu. Yup, aku percaya dia, sal aku tahu dia tidak menipu, cuma mahu kepastian jak, manatahu memang dia applykan. Cewah, kalau lelaki, siap kena soal siasat habis-habisan, haha.

Tetap menjadi misteri panggilan itu, siapa sebenarnya?

******************************

Waktu punch card balik merupakan masa orang paling tepat sekali. Memang on time punya, selalu sangat punch tepat jam 5, haha. Dalam perjalanan balik, singgah dulu pergi kedai beli barang. Lepas tu baru balik rumah.

Sampai jak di perkarangan rumah, aku baru teringat aku silap parking. Bukan apa, selalunya terpaksa parking jauh sikit, sal kalau parking depan rumah, selalu kena blok oleh satu kereta ni. Geram aku serta kawan aku dengan tukang blok tu selalu. Cubaah maju depan sikit, ni blok habis-habisan, double parking lah kiranya.

Siap, macam mana ni. Tiba-tiba aku dapat idea jahat, setelah diilhamkan seorang kakak opis juga. Aku nampak sudah kereta tu dari jauh. Aku pun undur sikit, keluarkan buntut kereta sikit. Tempat dia parking tu jalan sebenarnya, menuju ke rumah orang, tapi dua kereta boleh lalu. So, kalau aku keluarkan sikit buntut kereta tu?

Dia mahu buat double parking? Konfom kena marah dengan seorang pakcik yang tinggal di sana sebab blok jalan dia mo masuk dalam rumah pakcik tu. Tempat rumah sewa kami memang tiada parking khas, cuma rumah dia  yang dia sewa juga, tiadatempat parking. Tapi dia tidak pandai consider persekitaran, macam mana nak bertimbang rasa sikit.

Kemudian dia pun nampak kereta aku buat punya parking, terus tidak jadi dia parking sana, tapi, dia pula ambil parking orang lain, jiran sebelah aku. Erk?

Aku rasa bersalah seketika dengan jiran sebelah aku, maafkan aku wahai jiran, sebab tempat rumah sewa kita memang tiada parking khas. Siapa dulu, dia yang dapat.

Misterinya? Ini yang menjadi misteri ni,aku pun tidak tahu apa misterinya, hoho.

SCemanoti : Esok gaji? Biar betul? Yang penting aku pinjam nama orang sekejap, jangan marah yek Keen, haha.

Ini juga ceriteranya

  • Hantu Itu Suruh SembahyangHantu Itu Suruh Sembahyang Cerita gunung sudah aku tamatkan, part turun, biarlah yek? Ada request? Haha. Oh ya, malam ni malam Jumaat kan, best ni cerita hantu, hehe. Part ni yang aku kalau ingat, lagi sadis dari […]
  • Ini Bukan Anak Saya!Ini Bukan Anak Saya! Senyumnya si kecil ini memandang lensa kamera. Umurnya baru sahaja mencecah setahun, namun senyuman seolah-olah bakal masuk tadika. Namun ingin ku tegaskan, ini bukan anak saya! Why? Ada […]
  • Edisi Selongkar : Budak Sekolah Makin Manja!Edisi Selongkar : Budak Sekolah Makin Manja! Pergh ~ Tajuk macam mahu makan orang jak. Hakikatnya, aku nak bagitahu esok sekolah, yahoo! Ceh, aku buat apa gembira? Sebab dapat jumpa cikgu sekolah? Mentang-mentang mak bapa aku […]
  • Ouch! What? Oh Yeah~Ouch! What? Oh Yeah~ Apa peliknya tajuk aku ni? Macam terbengkalai pula blog ni sepanjang hujung minggu. Nak melawat blog lain pun, rasa tak senang, bukan apa, mood downline sikit. Tapi tiada kaitan dengan […]
  • Tangan Yang Membelai WanitaTangan Yang Membelai Wanita Pergh ~ Macam-macam idea menerjah dalam kepala. Nak tulis mana satu dulu ni? Sedang elok-elok aku merenung masa depan blog ini, datang housemate aku baru balik dari meeting di Kota […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. lama x tgk belog ko tik^^ hahaha

  2. haih. misteri betul. haha. nk tau..ape kesudahan pakcik tu ler… adeih =,=
    sab recently posted..aku punye pandangan pulak tentang nak ber-blogging!!

  3. errr tersangat misteri la aretikz..huu
    alexa yussida recently posted..Cervical Cancer Staging

  4. ecehhhh~ mesti pak cik tu wat muka xbersalah, muka toye je kn?? hahahaha~ ^_^

    =.=” mcm kenal je nama tu.. tp xingt jumpa ktne.. hahahahaha~ ^_^

    uittt?? nk minta maaf kt jiran, ckp la dpn2.. kt blog, diorg bc ke?? zzzZZZZzzzZZZ~ =.=”

    SCemanoti: betul2~ esok gaji.. bleh la blnja, kn?? xelok kedekut2! hahahahaha~ ^_^ xmrh, tp kena byr sbb pinjam nama.. mahal tau nama tu! hahahahahaha~ ^_^
    keen~ recently posted..– wowww gaji peguam dinaikkan ke RM 10-000 nak jadi peguam la camni!! –

    • Haha, salah! muka serius menten..

      Ish3x~ Ini xkan mo “tolong ingatkan aku?”

      Baca.. kalau kena bgtau.. haha..

      Erk? Ni kes balas dendam menghilangkan p/s? haha..

  5. laaa.. maner cete pakcikk tu.. sobss sobss

  6. alaa..cerita tu pacik..gantung btul..ish..
    ipa recently posted..Experience 2006!!! part2

  7. Panjang ceritamu lai…
    aish! bisuk kita pigi jalan¬≤ sama gajimu ya…ops..ihihih.
    ZRn recently posted..Pernah Gagah

  8. misteri pak cik tuh..
    knpe pakcik tuh pause lame sgt?

  9. loh…gitu jer???
    khaiyisahusna recently posted..nothing much to say

  10. g mintak maap kt jiran tu cpt !! :) Yana recently posted..MISTAKES

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: