Tangan Yang Membelai Wanita

Pergh ~ Macam-macam idea menerjah dalam kepala. Nak tulis mana satu dulu ni? Sedang elok-elok aku merenung masa depan blog ini, datang housemate aku baru balik dari meeting di Kota Kinabalu. Maka timbul satu isu selain dari isu Pe***c** Blogger itu.

Kami gosip-gosip seketika, weehuu ~ lelaki bergosip? Oh, gosip kami tidak mengaibkan. Setakat cerita urusan yang perlu dibuat untuk menghabiskan duit gaji. Maka kata sepakat dicapai, kami pergi ke Sandakan malam tu dan stay tempat kawan!

Ok, itu cerita hari Jumaat tu, sal tu tiada update, terima kasih.

******************************

Hari Sabtu pun sesak, mahu buat macam mana, orang berjoli sakan kan lepas dapat gaji. Oh, aku tidaklah berjoli, paling kurang beli bahan bacaan, beli minuman mountain dew, err, macam itu jak barang aku beli. Tidak termasuk makanan yang hendak dimakan.

Aktviti lepas tu, lepak seketika rumah member, sebab malam nak pergi fun fair. Jadi, skip seketika aktiviti yang dilakukan, maka ketika itu, malam sudah menjelma. Fun fair pun tidak sabar menyambut kami semua.

Lama tak pergi Fun fair, sebab makin lama makin boring tengok itu jak benda yang dimain. Tapi, kali ni lain sikit fun fairnya. Aku tak pernah teruja macam sebelumnya. Bukan apa, ada 3 benda yang aku tak pernah try, selalu aku tengok di Tv jak, dan akhirnya, aku terjah!

 

SpaceGun

Masuk-masuk jak situ, terus terpandang benda ni. Pergh ~ suara teriakan umpama melodi di tengah ratusan orang. Tapi semua pitching flat, perlu banyak diasah lagi.

Benda ni boleh buat orang luluh jantung, tapi as a man, aku tahu aku tak takut, ni tengah angkuh sekarang ni, haha. Pergi tukar token, terus aku dengan 3 orang kawanku menanti giliran. Angkuh-angkuh aku pun, berdebar juga, kalau aku arwah naik benda ni?

Sampai giliran kami, terus berebut nak ambil tempat. Rasa menyesal pula ambil seat nombor 2, macam tidak thrill. Kawan aku 2 orang tu pula takeover part depan. Lepas tu aku tunggu juga, kenapa seat belt tak pandai turun-turun. Rupanya, manual dipakai, haha.

Mulalah benda ni beraksi, hayun sana, hayun sini, aku pula siap pegang kamera, mahu rakam detik-detik yang buat orang teriak la konon. Sekali, apa yang aku terfikir sebelum ni, hampir menjadi kenyataan.

Bila dia hayun ke belakang, tiba-tiba, “prak”, belt aku tidak ketat rupanya. termaju ke depan aku dari seat. Oh tidak! Kaki aku menekan ke hadapan, supaya tidak termaju sangat. Cepat-cepat aku ketatkan belt tu, namun, aku kurang pasti, ketat atau tidak.

Tapi aku tetap stedy, kamera masih berpusing-pusing sana sini ambil video. Kawan aku di depan sudah bising, seram, haha. Aku dengan kawan aku yang sorang lagi, hanya mendiamkan diri cuma. Lagi-lagi aku, kurang sikit rasa angkuh, sejuk kan, belt mahu terlepas.

Last-last selesai juga, aku tetap menten muka slumber. Siap cakap depan kamera, “Ala, tiada apa-apa pun, ini jak?”. Lepas tu aku pun mahu playback video tu, sekali baru aku perasan, rupanya tidak terakam! Cikai, siapa suruh berlagak!

 

Apollo

Ha, ni part main putar laju-laju. Ni pun aku belum pernah rasa juga, sadis kan? Macam biasa, tunggu giliran lagi. Yang ni ramai sikit orang, sebab tidak banyak berfikir mahu tulis surat wasiat berbanding benda yang satu lagi tu.

Yang aku pelik, ada juga suara-suara berteriak main ni. Aku macam biasalah, tetap dengan muka macho. Banyak awek sana kan, pergh ~ susah tul jaga pandangan, haha.

Kali ini aku pastikan benda tu terakam, kalau berulang lagi macam tadi, konfom ada aku hadiahkan kamera tu. Lumix DMC-TZ10, jangan harap aku mahu bagi, haha. Aku hadiahkan untuk diri aku sendiri juga.

Apapapun, akhirnya aku berteriak juga ikut dorang, semua orang tengok aku. Sebab aku berteriak masa berhenti. Saja jak, minta puji, haha.

 

Tagada?

Kenapa tanda soal pula? Sebab aku lupa sudah apa nama benda ni. Tapi mungkin betul juga kot. Benda ni main spin-spin juga. Ini kira benda last kami main. Sebab yang lain benda biasa yang aku main dulu. Takkan mahu main Merry go round kan?

Apa yang best benda berputar laju-laju ni? Secara jujur, tidak best! Yang best, masa naik jak, tiada feeling langsung!

Lepas tu kami pusing-pusing sana, tengok apa game yang ada. Banyak juga game menarik, tapi ada unsur penipuan juga. Belum campur bab judi. Sebab tu aku malas mahu main, lagi-lagi kebanyakkan hadiah anak patung! Kalau hadiah dia Toyota Vios, menarik juga kan?

Jap, apa kaitan dengan tajuk entri? Flashback time.

******************************

Bangun awal pagi hari Sabtu, memang satu keajaiban bagi yang bercuti. Logiklah bangun awal, takkan tidak solat Subuh pula, tapi macam biasa, tidur balik time tu, hehe.

Jam 7 lebih baru bangun, lepas tu direct pergi mandi. Dengan muka yang mamai masuk bilik mandi, letak tuala pada penyidai. Sebelum lupa, tutup pintu dulu, gila tidak tutup?

Aku merenung paip shower, mahu buka pun rasa malas. Last-last aku mengalah dengan tenungan shower tu, manja sungguh. Aku pun buka paip, tapi terlalu tunduk pula kepala shower tu.

Dengan satu sentuhan yang lembut untuk mendongakkan kepala shower, sekali, seluruh shower tu tercabut! Aduh, aku habis-habis pasang balik, namun gagal, sebab patah kan. Padahal, lembut gila jak, bukan secara kasar. Pergh ~ Kalau bakal bini aku baca ni, agak-agak, apa dia rasa yek?

Apapapun, buat tuan rumah yakni kawan aku, paling kurang benda tu dari jadi air hujan, sekarang kalau korang buka paip, dah jadi air terjun, best kan? Aku belajar dari Deko Bersama Eric tu, maaf ya? Haha.

 

SCemanoti : Kreativiti kadang-kadang membunuh!


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Great Teacher Aretikz 8
  • Great Teacher Aretikz 7
  • Great Teacher Aretikz 6
  • Great Teacher Aretikz 5
  • Serangan Balas

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , , . Bookmark the permalink.

23 Responses to Tangan Yang Membelai Wanita

  1. apple says:

    woo….kami baru dari funfair semalam..^^
    apple recently posted..tanda dia sudah jatuh cinta dengan kita

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha, nasib aku nda terjumpamu.. kalau inda,aku minta belanja la tu.. ahakz.

    [Reply]

  2. keen~ says:

    perghhhh~ kontrol macho tuh.. xboleh bla.. =.=”

    walaweyhhhh~ pengganas antarabangsa.. isk3~ gi sambung balik kepala shower tuh.. isk3~ =.=”

    btw, drp abes kn duit gaji camtu je, baik sedekah kt keen sikit.. dlm RM1000 ke.. hahahahahaha~~ ^_^
    keen~ recently posted..- wowww gaji peguam dinaikkan ke RM 10-000 nak jadi peguam la camni!! -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ayat standard, haha..

    Hok olo, bila lg nak jadi pengganas, haha..

    Xmo, xmo dan xmo, haha..

    [Reply]

  3. PecahKata says:

    ahh!! datang sandakan diam2. cubalah cari gua. boleh gua minta belanja makan ke. kurang2 pun kena teh segelas pun okkehh!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha, bukan diam2 bro, tapi secara mendadak.. haha..

    [Reply]

  4. aYaz says:

    ekekeke…
    cumel tgk air tu dah macam air terjun..
    :p aYaz recently posted..25-02-2011

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe, best lagi dari shower kan? haha..

    [Reply]

    aYaz Reply:

    tau takpe… 8) aYaz recently posted..Stylish Blogger Award

    [Reply]

    aretikz Reply:

    tahu tahu tahu.. ahakz..

  5. Shag says:

    Pergh best gilak p fun fair. Tak ajak Shag! Merajuk sat :P

    Mandi air terjun tu yg best. Kalau tgh penat boleh suruh air tu urut belakang. Keke.
    Shag recently posted..Gosip Hangit Terbakar – Woofer Storm menjadi Comot

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Hehe, hok olo, jangan merajuk, ahakz..

    Err.. yang kat ats tu leh kira best juga? haha,,,

    [Reply]

  6. Yana says:

    ades.. ayat x leh blah kot.. tangan yg membelai wanita.

    lembut ke? smpi tercabut kepala shower tu, ades.. haila haila. pengganasan melampau terlampau ni.. kah3~

    nway, teringin nk naik gakk.. dh lame x cuba. dh gugup rasanya kot.. haha :) Yana recently posted..MISTAKES

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Uish, lembut gila dah ni, ala2 usop panggil husin lagi.. haha..

    Dah lama xcuba? Mananya dah pernah naik sebelum ni? hehe.

    [Reply]

    Yana Reply:

    pernah.. kt fun fair di kedah dulu.. tapi lama dah hah.. waktu tu umur 16 ke 17 ntah.. mmg dah lama la x naik.. mesti dh gugup + gayat skrg ni.. hahaha
    Yana recently posted..MISTAKES

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Weehuu ~ Ni bukan gayat, memang semput pas turun.. ahakz..

  7. budumasin says:

    apa la…aku ingtkan betul2 wanita tadih…
    kah3…deci bersama eric la sangat..kau dah jahanamkan…
    haha….
    budumasin recently posted..Betullah Tu

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha, lum boleh belai wnita lg dowh.. ahakz..

    Aikz, kretif apa? haha..

    [Reply]

    budumasin Reply:

    kau dah boleh kawin pun….
    kreatif sgt3

    [Reply]

  8. Violet Blue says:

    whoa!!
    patah shower tu??!!
    melampau ganas kot..
    haha~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ish, lembut jak tu, mana ganas, ahakz..

    [Reply]

  9. Eel says:

    klu funfair di kk ni bnyk jak orang x tentu.. haha..

    kalau yg shower tu, ntah la napa, tapi yang saya perasan kalau di asrama, confirm patah ~
    Eel recently posted..Pandu Dengan Cermat

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Kalau di asrama selalu aku tengok.. kepala shower tu yg tercabut, ahakz..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: