“Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu”
Setiap manusia inginkan yang terbaik buat dirinya. Tidak kiralah, mat rempit, bohsia, ataupun sekalian yang digelar manusia, bila disebut mengenai pasangan hidup, pasti ada ciri-ciri terbaik yang diidamkan.
Ayat standard kalau perempuan “Saya nak yang sayang saya sepenuh hati, yang hormat mak bapa, hensem atau tidak, itu belakang kira, yang paling penting, beriman kepadaNya”.
Yang lelaki pula “Aku tak kisah cantik atau tidak, yang penting dia baik, sopan santun, pandai jaga hati, paling bagus, pakai tudung, tutup aurat gitu”, pergh ~ tipu kalau cakap yang buruk-buruk idaman hati, kan?
Tapi, yang perempuannya suka mengumpat, mulut ikut lepas, kuat melenting bila mak bapanya tegur sesuatu, nak yang beriman, tapi diri sendiri agama tak tentu hala, apa kes?
Yang lelaki pun sama, nak sopan tapi adab tak terjaga, nak yang jaga hati dia tapi panas baran sepanjang masa, nak bertudung tapi aurat sendiri tunggang langgang, macam mana nak membimbing wanita baik punya?
“Aku dah buat yang terbaik buat dia, tapi kenapa dia masih tak dapat terima aku? Apa kurangnya aku?”, terbaik itu luas konsepnya, hanya untuk dirinya takkan kemana-mana, tapi jika untuk diriNya, pasti diberi yang setimpal buat kita.
Lelaki baik untuk perempuan jahat dan sebaliknya?
“Selalu juga aku nampak suami si polan tu pukul bini dia, kesian, punya baik bini dia tu, tak tahu kenapa dapat laki macam tu”.
“Kau tengok tu, laki dia punya main baik lagi bagi itu ini, tapi bini dia curang beb”.
Kalau tengok ayat bawah ni, takkan ada something wrong?
“Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.” An-Nur : 26
Tiadanya something wrong, malah itulah dalil yang nyata sekali. Kalau tengok ayat mengumpat tadi, kita tidak tahu seribu makna dalam kehidupan, kerana kita sentiasa diuji, tak kira dalam keadaan apa sekali pun. Jika kita mengharap keredhaanNya, insyaAllah, dari ayat mengumpat, pasti jadi ayat baik punya.
Bukan mudah, cuma persepsi kita, bagaimana berusaha memperbaiki diri, agar mendapat yang terbaik itu.
JanjiNya, yang baik tetap untuk yang baik
Untuk mendapat yang terbaik, fikirkan dan ingatlah, bersediakah kita untuk menjadi yang terbaik buat yang diharapkan? Bukannya merendahkan diri sendiri, tetapi inisiatif bagaimana untuk menjadi terbaik.
Selalu berkata “Aku belum jumpa lelaki/perempuan yang betul-betul baik dan memahami diriku”, tapi sedarkah kita, bagaimana hendak jumpa yang baik, jika kita selalu mengabaikan diriNya? Pernahkah kita terfikir, kita memahami kehendakNya? Yakni melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNya.
Baik bukan sekadar peribadi cuma, tapi apa yang kita beri kepadaNya. Akhlak yang baik itu dipuji olehNya, tapi biarlah seiring dengan perintah yang wajib buat kita.
Jadikanlah diri yang terbaik, InsyaAllah, yang terbaik pasti kita akan dapat, kerana itu janji dariNya.
Ingat, selalunya yang baik, pasti akan tertarik kecantikan dalamannya, dan mereka yang terjerumus kepada nafsu semata, pasti hanya memandang kecantikan dunia.
Moga yang terbaik itu ada pada diri kita, sentiasa beristighfar memohon keampunanNya, kerana itu yang banyak membantu menjadi terbaik sentiasa.
SCemanoti : Musa berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Surah Al-A’raf : 128
Ini juga ceriteranya
Comments
Powered by Facebook Comments







mencari sambil menjadi…:)
da bertukar wajah upenye blog ni…:)
sunah suka sakura recently posted..Banyak Hits Dari Dia- Bosan!
Yezza.. itu semestinya ^_^
Hehe.. perubahan angin kan.. ahakz..
berdoalah dan beristikarahlah utk dpt yg terbaik.
dan the most important thing is jgn kita je nak yg terbaik, tp kita x prepare diri kita jd terbaik utk org lain… x adil la gitu. ye dok?
khaiyisahusna recently posted..ohsaya bahagia -
Yezza.. Itulah yang seharusnya..
Yup.. Sebab itulah.. nak yang baik.. kita jadilah terbaik.. otomatik kita jd terbaik untuk orang lain ^_^
utk m’gapai langit, kita kena naik kapal terbang..
utk menggapai psgn yg terbaik, kita kena baiki diri..
tehehehehee~ ^_^
sape yg baik?? angkat tgn~~ ^_^
keen~ recently posted..- wowww gaji peguam dinaikkan ke RM 10-000 nak jadi peguam la camni!! -
Yup, itulah sebaiknya ^_^
Saya! haha..
lari2 anak..
cari baldi..
muntah hijau~
hahahahahahaa~ ^_^
keen~ recently posted..- wowww gaji peguam dinaikkan ke RM 10-000 nak jadi peguam la camni!! -
Muntah itu lebih baik dari pengsan.. ahakz.. nanti xda orang nak angkat Keen, kasihan.. haha..
Kita perlulah jadi baik dulu kalau nak yg terbaik. Kan. Eh, apa Shag taip tu tah. Bila baca balik tak paham. Haha :P
Shag recently posted..TDBC – Day Nine
Lo, betul lah apa yg shag tulis..hehe.. xkan xfaham kot? haha..
hebat entry ni aretikz..
baik pada akhlaknya, baiklah segalanya…
sempurna akhlaknya, sempurnalah segalanya..
lama xdtg sini, dah berubah wajah, nice..
Thanx bro.. Biasa2 jak tu, sekadar renungan bersama ^_^
Yup, kita mendapat apa yg setimpal untuk diri kita.. hehe..
Lama xterjah tmpat padin juga.. soru..
nice entry…memang kena cermin diri dulu sebelum berkata2…
what goes around comes around…huhu~
miss yaty recently posted..What Goes Around Comes Around!
Thanx Miss Yaty..
Erk? Hehe.. What goes around come around.. tp kalo bukan di dunia.. di akhirat pun ada juga.. hehe..
nice 1.. thumbs up^^
Thanx keju ^_^
nak jadi yang terbaik tu la susah… so terima la seadanya…
hehe.. memang trima seadanya bg setiap pasangn.. tp.. kalo kita tidak buat yg terbaik utk dri kita.. pasti tahap itulah juga pasangan kita.. lagipun tidaknya susah.. smua dr hati kita untuk membina yg terbaik ^_^
nak jadi baek mmg susa tapi kalo nk jadi jahat senang je
noorcahaya recently posted..mari install mozilla 4 beta -3
Betul2.. hehe.. xdapat dinafikan.. tp kalo erusaha.. insyaAllah boleh ^_^
Teringat kembali kata-kata sahabatku seperti ungkapan Lelaki baik untuk perempuan jahat dan sebaliknya?dalam maknanya ini….runsing juga pikir bab ne
joomla templete recently posted..Game Joomla Themes 2011 World Wide Appeal and Market
memang mendalam.. InsyaAllah.. berdoa untuk kebaikan kan ^_^
saya x komen lagi yek di sini?
terlepas pndang la tuh kot..
kesimpulannya, cermin diri sendiri dulu..
nk lagi?
pegi kat musuh kite dan tanye ‘ape kurangnye saya?’
musuh akan jawab dengan jujur berbanding kawan baik..