Ragam Makan Ubat

Pagi yang cerah hari ini, yes! Tak sabar rasanya ingin ke sekolah. Program yang cukup meletihkan, namun kali ini, semangkit (semangat bangkit) habis. Sasaran telah dikenalpasti, Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran, tempat yang akan diterjah pagi ini.

Aku tersenyum, biarpun aku tahu, aku terlewat dari masa yang dijanjikan! Jatuh saham ni kalau begini.

******************************

“Ini semua borang murid-murid yang telah diisi oleh guru kelas, tapi ada juga guru yang belum beri kepada saya senarai murid tu”, guru kesihatan sekolah tersebut, memberi penjelasan kepada kumpulan kami.

“Tidak apalah, nanti yang lain kami ambil selepas ini, jadi boleh kami mulakan sudah program bagi ubat ni?”, balas ku kembali.

“Ya, boleh, kita mulakan sahaja, guru-guru telah dimaklumkan juga sebelum ini”, kali ini penolong kanan 1 yang bersuara.

Kumpulan kami memulakan langkah untuk program memberi makan ubat untut di daerah Beluran ini. Yezza ~ Langkah penuh keyakinan menerpa kelas pertama bagi sidang pagi ini. Lalu aku terpana, dan tidak menyangka, dia lagi?

Kawan aku merangkap seorang jururawat masyarakat, hanya tersenyum memandangku. Cis, senyuman itu, penuh tersirat mendalam. Cikgu kiut! Tidak!

Gila, adrenalin untuk tidak nakal, makin berkurang, dan berkurang dan berkurang dan berkurang. Tup, nampak cincin emas, erk? Adrenalin tidak nakal naik mendadak!

******************************

Sepanjang hari di sekolah, banyak betul panggilan dan gelaran. Doktor, pakcik, abang, cikgu pun dimasukkan juga. Kenangan jadi cikgu menerjah kembali, makin dekat dengan mereka, makin memori itu menggamit rasa.

Cepat betul aku mesra dengan murid-murid sekolah ni. Keluar naluri kecikguan aku, kalau bising, suruh diam, kalau diam suruh bising, eh?

“Doktor, doktor ni cina ka?”, Weehuu ~ Kan, entri latest tu pun dah cerita sal chinese look, sekarang murid-murid pun fikir aku cina, cubalah cakap ala japanese ka.

Masa aku periksa nama murid-murid dalam kelas tu satu persatu, aku terpandaang satu budak perempuan, kiut, dan dia memandangku tidak berkelip. Kebetulan giliran dia yang kena periksa nama. Senyum-senyum dia malu, pergh ~ macam dewasa pula, hakikat baru darjah lima!

Tiba-tiba kawan dia membisikkan sesuatu di telinganya. Sambil menutup telinga budak tu, kawan dia memberitahu sesuatu dengan budak tu. Mengumpat lah tu, nasib aku maafkan, sebab dia cakap “Hensemkan tu doktor?”.

Telinga aku memang tajam bab ni, haha.

******************************

Masuk dari satu kelas ke satu kelas, semua dengan perangai masing-masing. Siap bergaduh pun ada bila kena potong barisan, belum campur bab tolak-menolak masa berbaris untuk terima ubat tu. Ya, tugas aku masa tu, berbual mesra dengan dorang lah, kan naluri cikgu menjelma.

Bila mahu keluar dari kelas tu, oleh kerana disebabkan kemesraan itu, paling kurang, cakap bye dengan kuat, disertakan dengan lambaian tangan. Kalau yang advance, budak-budak datang, salam tangan aku, cium tangan, terasa macam cikgu pula, bagus budak-budak ni.

Yang paling extreme, cakap bye, tapi tarik tangan aku, cisdil tul. Budak-budak perempuan yang paling banyak tarik, aku geleng-geleng kepala jak. Terus terbayang, ini baru sekolah rendah, kalau sekolah menengah?

Keh keh keh, gelak jahat sikit.

******************************

Macam-macam tabiat dorang makan ubat ni, ada yang tak makan ubat sebab tiada air, ada yang muntah makan ubat, ada yang takut mahu masukkan ubat dalam mulut, belum kes minta ubat banyak kali, memang sadis. Baru budak-budak, kalau orang dewasa? Kena dengan 4 biji kena suruh makan, memang payah, haha.

Ok, post ni saja jak, nak bagitahu aku memang sibuk, bagi makan ubat punya kes la. Letih memang terasa, sebab kerja dari siang hingga ke malam, belum part yang berjalan bawah terik mentari, boleh jadi hitam beb.

Yang penting, duit claim masyuk, baik punya, haha.

 

SCemanoti : Kenapa asal orang tidur simbol dia ZZzzz? Kenapa bukan TTttiiDduuRRrr?


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Great Teacher Aretikz 5
  • Blog Review 2011 by Nurulchumel
  • Entri Down Putus Wayar
  • PenPal Not PayPal
  • Cerita Agama? Not My Taste Ok!

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Ragam Makan Ubat

  1. teratai says:

    salam aretikz,
    lama x menjengah kat sini~bila aretikz sebut muka ala2 cina, teringat masa sekolah2 dulu (time tu x pakai tudung lagi!)…tokey kedai siap cakap cina,sbb ingat kak budak cina! sekarang ni pun ramai anak murid tanya…cikgu ni cina ke?apa2pun memang ada darah campuran cina!! tapi sayang x pandai cakap cina!
    teratai recently posted..Pencemaran Alam Sekitar

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Wasalam kak
    Hehe.. akak kira ok lah tu.. ada darah cina.. saya xda langsung.. huhhu..

    [Reply]

  2. uu teringat masa kat sekolah bila doc bagi ubat untut tu suruh makan dpn dia. yek, dah la xsedap. paksa2 org pulak..nak xnak trpaksa la mkn.
    khaiyisahusna recently posted..lelaki o0 lelaki

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. sdap apa yg panjang.. yg dlm gambar tu memang manis.. ehe..

    [Reply]

  3. cik tom says:

    aretikz bertukar wajah blog??tahniah2…nmpk yg ni lagi kemas…
    mmg muka aretiks ade iras2 chinese pun..hehhe..
    part yg telinga tajam; eh hensem la doktor ni…hahhahaha :))
    cik tom recently posted..Penjagaan Kura-kura Segala Soalan dan Jawapan Mengenainya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx cik tom.. tp.. memang ada yg nak kena update lg ni.. huhu..
    Yezza.. cik tom pun mengiyakannya.. hehe..
    Itu baru telinga.. kalau mata? haha..

    [Reply]

  4. Astina says:

    wahahha dr ni noty juga ya… part kena puji tu kemain tajam pendengaran…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. dah SCemanoti.. ahakz..

    [Reply]

  5. Violet Blue says:

    tak3..~
    bdk tuh kate, ‘sape orang pelik yg dtg ni?’
    haha

    [Reply]

    aretikz Reply:

    aaah.. tidak2, haha..

    [Reply]

  6. i am S!L4H.. says:

    sy x suka makan ubat. eheee~

    emm. aretikz ni ckgu ke ape erh.
    i am S!L4H.. recently posted..Cartoon oh katon

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ahakz.. kalau dah terpaksa.. hehe..

    Nop.. bukan.. PPKP.. itulah dia.. hehe..

    [Reply]

    i am S!L4H.. Reply:

    yup. hehe tpkse…

    owh ppkp tu ape erh? ngee
    i am S!L4H.. recently posted..Cartoon oh katon

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.. itulah nama panjangnya.. memang panjang kan? haha…

  7. keen~ says:

    sapekah jururawat msyrkt itu?? jeng3~ ce cite, ce cite.. ^_^

    ubat..?? katakan TIDAK pada UBAT!! uhuk2~ T_T
    keen~ recently posted..- undilah saya opsss ini bukan manifesto – -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Lo, ni lain pikirannya ni.. haha..

    Haha.. Makan!

    [Reply]

  8. i am S!L4H.. says:

    owhhh. memang pnjg. heeee
    td ade bce kt menu bar yg ‘tentang aku…’

    hee. aretikz dok keningau erh. ape tah lg. haha
    i am S!L4H.. recently posted..Cartoon oh katon

    [Reply]

  9. nur diyana says:

    terinagt time kat sekolah2 dulu.
    if ada nurse dtg sekolah u buat injection atau periksa gigi, selalu ajer jadik budak 1st – duk depan sekali time berbaris.
    volunteer~!
    actually bukan sebab berani – tapi sbb NERVOUS!
    makin lama tunggu, makin berdebar, makin nervous.
    sebelum muka jadi pucat lesi tak tentu pasal, baik menyerah diri kat nurse awal2.
    nampak MACHO sikit ~!
    hehe.. :P

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: