“Ini cara saya, pandangan yang sarkastik, penuh daya eletrik”
“Betul apa yang aku cakap, wei Timun Jantan, ko memang *&%#$, bila dah salah tak nak ngaku salah”
“Lihat sahaja gambar Durian Betina berbikini, inilah ciri-ciri wanita akhir zaman”
Bila sebut tentang dakwah, Alhamdulillah, kebanyakkan kita suka mengembangkan dakwah berdasarkan kreativiti sendiri. Tidak kiralah dari segala bentuk apapun, terutama melalui blog juga, segala yang baik dapat disampaikan.
Namun, sedar tak sedar, banyak juga dikalangan kita, apabila memperkatakan sesuatu, tidak menggunakan dasar dakwah, tetapi hanya menambahkan lagi orang jauh hati apa yang diperkatakan. Malah, menyebabkan dikalangan kita menjadi berpecah-belah, itulah fitnah dalam penyampaian.
Kenapa begini? Bukankah apa yag diperkatakan itu benar, tepat dan jitu? Betul, tapi apa yang digunakan bukanlah menggunakan konsep dakwah, tetapi konsep mereka sendiri, yang menjadikan mereka zero berbanding hero.
Perlukah penyampaian itu menggunakan kata cacian, carutan? Perlukah penyampaian itu menampakkan keaiban?
Dakwah itu bermaksud menyeru ke arah kebaikan. MENYERU, bukannya mengutuk, mengeji mahupun memperlihatkan gambar aib sesama manusia.
Tapi bagaimana dengan contoh? Nanti ada yang tak faham?
Abu Umamah r.a. berkata: “Ada seorang pemuda datang menghadap Nabi SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku berzina.” Orang-orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki, “Celaka engkau, celaka engkau!”
Setelah Rasulullah SAW menyuruhnya untuk mendekatinya, pemuda itu pun menghampiri dan duduk mendekati beliau, lalu beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada ibumu?” Pemuda itu menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu mereka.”
Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuanmu?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka.”
Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ayahmu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau menjawab, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.”
Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ibumu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.”
Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di dada pemuda itu seraya berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosanya,sucikanlah hatinya, dan lindungilah farjinya.” Setelah itu, pemuda tersebut tidak menoleh sedikit pun kepada hal- hal yang haram.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Apabila nabi memberi contoh, tidak pernah terlintas difikiran baginda untuk mengaibkan orang, tak pernah baginda membayangkan perbuatan zina itu bagaimana, cukup dengan contoh untuk memberi peringatan, dan pemuda itu faham akan contoh tersebut.
Kaji dakwah cara Rasulullah, disana timbul seribu makna yang tersirat di dalamnya. Berdakwah itu menyeru, yakni mendekatkan, bukan menyebabkan mereka makin jauh. Itulah hikmah, dan lakukan dengan bijaksana.
Hayya ‘alas solah, hayya ‘alal falaah’ ~ Marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan. Itulah seruan, bukannya arahan.
Wallahualam ^_^
SCemanoti : Pesanan untuk diri sendiri, tolong ingatkan aku jika ada salah mahupun silap.
Comments
Powered by Facebook Comments



setuju sangat-sangat.
nobitasensei recently posted..Sarkasis Strawberi
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:26 pm
Thanx sensei.. hehe..
[Reply]
Dorang tiada ilmu sbnrnya dalam menyampaikan dakwah. Bila di tegur mereka itu bukan cara berdakwah, pasti di jawab ‘Ini bukan dakwah ini teguran’. Durr~ teguran is dakwah kan sayam? Hmph.
Shag recently posted..Marilah mengundi- undi Shag Yahaya!
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:31 pm
Yup, teguran itu pun satu dakwah juga.. ^_^
[Reply]
cup.
kiss untuk gadis blogger.
flying kiss untuk jejaka blogger.
rindu kamu, kamu dan kamu.
teruskan usaha di arena ini.
maCy hilang tapi ada.
*salam sayang dari maCy*
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:33 pm
Weehuu ~ Macy.. Tetap berada di ingatanku.. good luck 4 da rst of your life.. harap2 dirimu kembali ke arena blogging nanti ^_^
[Reply]
tetibe teringat time bljr subjek dakwah time sem 2 dulu.. rindunya~~ T_T
ohHhhh~~ malasnya nk update blog.. =.=”
keen~ recently posted..- undilah saya opsss ini bukan manifesto – -
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:34 pm
Review balik lah.. hehe..
Ish3x~ mo lantik beta jadi penulis jemputanka tu? haha..
[Reply]
tq segala teguran…insyaallah mina akan cuba utk tonjolkan lbh baik dlm penulisan dlm blog….huhuhu
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:35 pm
InsyaAllah.. renungan untuk kita bersama Mina ^_^
[Reply]
salam aretikz,
bersetuju dgn penulisan aretikz,berdakwah secara halus tanpa menimbulkan rasa tersinggung pihak lain!
teratai recently posted..Pencemaran Alam Sekitar
[Reply]
i am S!L4H.. Reply:
March 12th, 2011 at 11:36 am
=) =)
i am S!L4H.. recently posted..Cartoon oh katon
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:43 pm
Wasalam Kak
Thanx Kak, cuma berdakwah tak kira apa cara, yang penting berhikmah dan mengajak.. conto macm sahabat nabi ~ Abu Bakar dengan pendekatan halus dan lembut, manakala Umar al-Khatab terkenal dengan ketegasan dan kelantangannya ^_^
Silah ~ =)=)
[Reply]
slalu, org judge a book by its cover..
manusia, walau sedikit akan tgk penampilan dulu..
kutuk sikit dlm hati – ni yg AGAK baik la..
pastu, ade yg bg teguran cara sarkastik tnpa sdr org lain pon manusia jugak… ade perasaan..
niat nk btolkan org tp x sdr yg kalo gune cara yg keras utk btolkan sesuatu yg dah bengkok, patah jadinya nanti..
teguran secara berhemah adalah lebih baik
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:46 pm
Hehe.. Yang penting niat megajak ke arah kebaikan.. kebanyakkan orang hanya sekadar berkata, melampiaskan ketidakpuasan hati, yang nyata hanya menyebabkan orang menjauh cuma ^_^
[Reply]
setuju 100%…
tukang karut recently posted..hummmmppp
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:47 pm
Thanx bro ^_^
[Reply]
setuju. betul. tepat.
ade makna tersendiri. good job aretikz
sab recently posted..GORGEOUS LADIES BLOGGERS GATHERING PART 2
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:49 pm
Thanx Sab
Skadar renungn bersama ^_^
[Reply]
betul tu…kadang-kadang manusia tersilap cara, yang ditegur akan menjauh…hasilnya hilang entah ke mana..
sunah suka sakura recently posted..Blog Review- kAtEk
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:52 pm
Yezza, ini yang harus dipandang, bgaimana mendekatkan, bukan menjauhkan.. hehe..
[Reply]
Subhanallah..
terima kasih atas teguran
mutiara recently posted..Ye ke awak nak jadi Bintang saya!
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:53 pm
Its ok Mutiara, untuk renungan kita semua
[Reply]
betul tu.. jgn berdakwah dgn emosi.. berdakwahlah dgn bijaksana..
Heidi Shafiq recently posted..Impian Bersama Bintang-Bintang Cantik
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:56 pm
Emosi perlu, tapi secara sederhana, seperti kasih sayang.. semestinya berdakwah dengan bijaksana
[Reply]
Astaghfirullohal’azim…
trus sy mcm takut… syukran yabro atas tegurannya…:)
ZRn recently posted..Pandang ke Lantai
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:57 pm
Its ok, sama2 kita memperbaiki diri ^_^
[Reply]
kalau mish silap pun atik tegur ea..
mish recently posted..Sorry If I Hurt You
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 1:58 pm
InsyaAllah ^_^
[Reply]
ko ni bijak ar
macam cikgu aku
hai cikgu, cikgu sihat?
noa recently posted..Senyum -
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 2:05 pm
erk? hehe.. Sihat no.. Noa sihat? hehe..
[Reply]
huuh,slalu jak nampak orang mengutuk dlm forum2 online ni.
thanks ar for the share, sikit lagi mo terikut2 mengutuk skali~ huaa
ps: ada jak sony vegas yg free, torrent la jawapannya (macam download movie)
vlogdaus recently posted..Follower
[Reply]
aretikz Reply:
March 12th, 2011 at 2:16 pm
kebiasaan yg harus dikurngkan.. hehe..
peringatan sesama kita ^_^
[Reply]
Pingback: Tipikal Blogger - Hot And Spicy | SeGaLa CeRiTeRa